Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Demam Denggi

Penyakit demam denggi amat berbahaya. Wabak ini disebarkan oleh


nyamuk aedes yang biasanya membiak di dalam air jernih yang
bertakung.
Sehingga pertengahan Januari tahun 2004, lebih 3500 kes telah
dilaporkan. Beberapa lokasi telah dikenal pasti sebagai tempat
pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan peningkatan kes demam
denggi. Antara lokasi tersebut termasuklah kawasan rumah yang
terbengkalai, iaitu sebanyak 32.8%. Tapak pembinaan pula di tempat
kedua, iaitu 28.6%, diikuti pejabat kerajaan sebanyak 18.6%, kawasan
kilang berjumlah 13.8% serta taman rekreasi sebanyak 6.2%.
Kesedaran orang ramai tentang bahaya penyakit ini perlu
dipertingkatkan. Hal ini demikian kerana ubat atau vaksin untuk proses
rawatan penyakit ini belum ditemukan. Masyarakat setempat patut
memberikan kerjasama dalam usaha menghapuskan tempat pembiakan
nyamuk ini.
Mereka yang didapati bersalah kerana membiarkan aedes membiak
akan dikenakan tindakan undang-undang. Bagi kesalahan pada kali
pertama, denda tidak melebihi RM10000 atau penjara tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya sekali akan dikenakan. Jika mereka masih
ingkar, denda sebanyak RM50000 atau penjara tidak melebihi lima
tahun atau kedua-duanya sekali akan dikenakan.

You might also like