Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia





NAMA : MOHAMAD RIDUWAN BIN ALIAS
NO.MATRIK: D20111047446
FAKULTI : FSSKJ
PROGRAM : PENDIDIKAN SAINS SUKAN
SUBJEK : KEMAHIRAN IKHTISAS PADANG (GOLF )
KUMPULAN: A
PENSYARAH :
INSTRUKTUR : EN. MOHD MUHAIYUDIN B. MOHD ZAHID
GOLF
Golf adalah satu sukan padang yang dimainkan dengan menggunakan satu
set kayu golf dan sebiji bola. Anda boleh bermain secara perseorangan ataupun
berkumpulan. Dalam sukan golf pemain perlu memukul bola golf sehingga
dimasukkan ke dalam lubang di padang golf. Setiap pemain perlu memastikan
jumlah pukulan (stroke) kurang daripada PAR golf untuk skor yang terbaik.
Golf merupakan satu sukan yang tidak memerlukan kawasan bermain yang
standard seperti sukan-sukan lain yang mempunyai kawasan yang terhad dan
tetap. Sebaliknya, sukan golf dimainkan di padang golf dan setiap padang
mempunyai rekabentuk yang unik masing-masing dan mempunyai 9 lubang atau 18
lubang.
Sukan golf juga ada peraturannya seperti sukan-sukan lain yang dipanggil
rules of golf.Merujuk buku rules of golf, sukan golf ditakrifkan sebagai memukul
bola dengan kayu golf dari tee box sehingga ianya masuk ke dalam lubang dan
kiraan berpandukan peraturan golf.
Umumnya, sukan golf dikira berdasarkan bilangan pukulan terendah bagi
setiap individu atau dikenali sebagai stroke play atau individu/pasukan yang
mendapat bilangan pukulan terendah bagi setiap lubang dalam satu pusingan
dikenali sebagai matchplay. Selain itu terdapat juga pelbagai jenis format
perlawanan yang lain seperti stableford, foursome, four ball, Patsome, Skins, String,
Chapman, Flag tournement dan no official format seperti Scramble dan
Greensome.




Dalam permainan golf kiraan stroke telah ditetapkan kepada 5 pukulan (Par
5), 4 pukulan (Par 4) dan 3 pukulan (Par 3) bagi setiap lubang. Kebiasaannya jumlah
pukulan dalam setiap golf course adalah sama ada Par 70, Par 71 dan Par 72.
Apabila anda bermain golf, jika jumlah pukulan (stroke) anda sehingga bola masuk
ke dalam lubang sama dengan bilangan pukulan bagi lubang tersebut anda dapat
PAR. Jika lebih satu pukulan dipanggil Bogey, jika lebih 2 pukulan Double
Bogey, jika lebih 3 pukulan- Triple Bogey. Kalau pukulan anda kurang satu
dipanggil Birdie, jika kurang 2 pukulan Eagle jika kurang 2 pukulan Double
Eagle. Jika anda pukul sekali dah masuk dipanggil HOLE IN ONE.
Dalam permainan golf mempunyai satu sistem yang dinamakan handicap,
yang mana istilah ini merupakan ukuran kepandaian seorang pemain iaitu bermula
dengan 24 hingga 0.Manakala bagi wanita pula ialah bermula dengan 36 hingga 0.
Pemain golf melibatkan fahaman fizik dan daya konsentrasi. Kelajuan bola yang
dipukul bergantung pada:
1. Kelajuan ayunan pemukul
2. Sudut kayu dan pola
3. Permukaan hentaman
4. Arah hentaman








J ENIS SHOT DALAM GOLF
Tee shot
-Pukulan pertama dari teeting ground. Tee shot biasanya dilakukan dengan
menggunakan driver (contohnya 1-wood) pada hole yang panjang atau iron pada
hole yang lebih pendek.
Fairway shot
-Iron atau wedge adalah club yang biasa digunakan untuk melakukan pukulan.
Bunker shot
-Pukulan ini dilakukan jika bola mendarat di atas bunker. Pukulan ini biasanya
menggunakan sand wedge.
Punch atau knockdown
-Adalah pukulan rendah yang dilakukan untuk mnghindari cabang pohon atau angin
yang kuat di atas.
Putting
-Adalah pukulan yang dilakukn di atas green dan menggunakan putter dan bagi
kebanyakan golfer merupakan pukulan sulit.
Approach shot
-Adalah pukulan yang dilakukan intuk mendekatkan bola ke green.Pukulan ini
biasanya dilakukan pada jarak yang sedang atau dekat. Tipe approach ada tiga iaitu:





1.Pitch
Adalah approach shot yang menerbangkan bola ke atas green atau dekat green.
Pitch shot biasa dilakukan dengan menggunakan iron 6 hingga lob wedge.
2.Flob
Adalah approach shot yang lebih tinggi dan berhenti setelah terkena tanah. Hal ini
dilakukan ketika pemain pemain mesti menghadapi rintangan untuk sampai ke
green. Flop biasa dilakukan dengan menggunakan club sand wedge atau lob wedge.
3.Chip
Adalah approach yang rendah untuk bergerak kearah green.

PERATURAN PERMAINAN GOLF
1. Buatlah tanda yang khusus pada bola anda. Jika anda tidak dapat
mengenalpasti bola tersebut sebagai milik anda, bola itu akan dianggap
hilang. Jika bola hilang ketika mula memainkan hole, anda boleh
menggantikan tanpa penalty, ketika main dilubang atu ketika di antra dua
lubang.
2. Hitung jumlah club anda tidak boleh melebihi 14.
3. Dilarang untuk menggunakan alat bantuan (khusus untuk mengira atau
mengukur jarak.
4. Jangan minta nasihat daripada sesiapa,kecuali daripada partner atau caddie
anda dan jangan memberi nasihat kepada sesiapa kecuali kepada partner
anda.
5. Anda boleh melakukan latihan pergerakan tangan apabila ingin bermain hole,
tetapi pukulan latihan tidak digalakkan. Di antara lubang, anda boleh
melakukan latihan chip atau putt berdekatan putting green terakhir yang
dimainkan atau berdekatan di kawasan tee hole dan tidak dalam rintangan.



PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM SUKAN GOLF




MINGGU PERTAMA
Pada minggu pertama, kami telah memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan baik. Kami mengadakan kelas di padang golf dengan bantuan
seorang tenaga pengajar yang profesional. Beliau mengajar kami dengan penuh
dedikasi dan berwibawa. Hal ini adalah kerana , beliau menampilkan rasa minat lalu
memberi komitmen yang tinggi ketika mengajar. Dapat dilihat bahawa beliau
memberi keterangan teori dengan jelas dan menunjukkan teknik asas yang betul
agar kami mudah memahami proses pembelajaran tentang golf dengan jelas . Pada
hari pertama dan minggu pertama dalam proses pembelajaran , kami telah
didedahkan tentang proses pembelajaran golf secara sistematik . Sebagai
pengalaman pertama dalam menceburi bidang sukan ini , saya berasa amat bangga
dan gembira kerana berpeluang mengikuti aktiviti ini . Tambahan pula ,sukan golf ini
adalah salah satu sukan yg selalu disertai oleh golongan elit dan berkedudukan
tinggi . Pengalaman hari pertama , saya telah didedahkan oleh tenaga pengajar
iaitu Encik Din tentang pengetahuan golf . Dalam permainan golf , perkara asas dan
wajib yang perlu diketahui oleh seseorang pemain golf adalah tentang lima kayu,
iaitu woods, iron, parter, pitching & sand. Pada hari pertama ini juga , kami diajar
teknik pukulan golf dengan betul . Kami dilatih dengan menggunakan sebiji bola dan
gegulung .
Teknik:
Bola diletakkan dibahagian tengah tangan dan dikepit dengan kedua-dua
belah tangan .
Bola yang masih berada ditengah tangan dihayunkan seperti memukul bola
golf . Dengan menggunakan kayu golf .
Pergerakan badan yang betul dilakukan ketika melakukan pukulan yang
dipanggil swing .
Pembentukan badan penting ketika melakukan pergerakan hayunan bola




MINGGU KEDUA
Minggu kedua proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan di padang golf.
Kami masih diajar teknik pukulan yang betul dan proses pembentukan badan ketika
melakukan fasa-fasa pukulan bola golf.
Pengajaran pertama
Kami diajar membuat hayunan dengan menggunakan bola. Pergerakan ini
penting untuk mendapatkan postur tubuh yang betul ketika melakukan pergerakan .
Sebagai contoh, kaki dibengkok setelah melakukan pukulan. Manakala tangan akan
bergerak dalam posisi yang sama.
Pengajaran kedua
Kami diberi peluang memegang kayu golf sebenar. Kami diarahkan duduk
dalam setiap gegelung yang disediakan dalam jarak yang sesuai agar dapat
membuat hayunan golf dengan selamat. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan
keselesaan dan teknik pukulan yang betul ketika melakukan hayunan kayu golf.


MINGGU KETIGA
Kami pelajar mengadakan latihan di Bukit Beruntung. Perjalanan di sana
mengambil masa lebih kurang 50 minit untuk sampai ke destinasi. Kami pergi
dengan menaiki sebuah bas yang disediakan oleh pihak UPSI. Sebelum pergi ke
sana, kami perlu menyediakan peralatan-peralatan seperti bola, gegelung dan set
kayu golf. Sampai sahaja di sana, tenaga pengajar iaitu Encik Din mengarahkan
kami mengambil posisi masing-masing untuk membuat latihan. Kami diberi peluang
membuat pukulan dengan peralatan golf. Saya sebagai pelajar yang baru menceburi
dalam bidang subjek golf berasa amat berbangga dan seronok kerana dapat
membuat pukulan dengan cara dan teknik yang betul seperti yang dipelajari dalam
aktiviti kelas pada minggu sebelumnya. En. Din memberi kami peluang memukul
sebanyak mana bola golf. Tujuan latihan dibuat berulang kali untuk mendapatkan
pukulan yang betul dan membiasakan diri dengan situasi sebenar..
MINGGU KEEMPAT
Kami melakukan latihan golf ditempat yang sama iaitu di Bukit Beruntung.
Kami menggunakan peluang yang ada untuk menguasai teknik latihan golf ini,agar
dapat dipraktikan pada masa hadapan. Bidang sukan seperti sukan golf ini perlu
memiliki pengetahuan yang mendalam agar sukan ini mampu diketengahkan hingga
ke persada dunia. Pada latihan kali keempat ini, kami masih diberi peluang membuat
latihan pukulan jarak jauh secara berulang kali,dan sambil itu En. Din sebagai
tenaga pengajar kami menegur segala kesilapan kami untuk membentuk
pengetahuan yang baik dalam proses pembelajaran pukulan golf. Saya berasa amat
gembira dengan situasi tersebut kerana daripada situ kami akan mendapat belajar
daipada kesilapan setiap teknik dan pelajaran berkaitan sukan golf ini. Hal ini adalah
kerana, proses pembelajaran ini mampu meningkatkan pemahaman saya dengan
lebih baik. Sebagai contoh, teknik pukulan dari fasa permulaan pukulan hingga fasa
akhir pukulan.

MINGGU KELIMA
Latihan kali kelima ini banyak ilmu dan pengajaran yang diperolehi,melalui
penegasan dan penerangan tentang proses pukulan golf. Kami dibawa ke kawasan
padang golf yang dipanggil green. Nama pukulan ini dipanggil putting iaitu pukulan
yang dilakukan di atas green dan menggunakan putter. Sebelum mengarahkan kami
melakukan latihan, En.Din sebagai tenaga pengajar menunjukkan kepada kami
tentang teknik pukulan yng betul. Saya berasa amat teruja akan situasi tersebut
kerana dapat melakukan latihan yang begitu menarik dan pergerakan yang betul
dalam situasi sebenar. Lebih-lebih lagi,saya juga dapat mendalami ilmu sukan golf
dengan lebih mendalam melalui praktikal secara dekat berkaitan sukan ini. Setelah
berulang kali membuat latihan pukulan golf ini, akhirnya saya telah mula fasih untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan pukulan secara dekat dan lebih realiti. Paling
membanggakan, saya dapat memasukkan bola golf berulang kali dengan teknik
yang telah dipelajari sejak awal saya masuk kelas kemairan ikhtisas golf ini.
Permainan atau sukan golf ini memerlukan daya koordinasi yang tinggi dalam
proses pukulan secara dekat kerana tanpa memfokuskan situasi tersebut, bola golf
sukar dimasukkan kedalam lubang.
MINGGU ENAM
Minggu ini kami ke Seri Selangor Golf and Country Resort. Kali ini, kami
berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat pemain-pemain golf profesional
iaitu pro Jai dan pro Aidil. Kami cuba mendapatkan ilmu sedikit sebanyak daripada
kedua-dua pro. Mereka berdua sangat ramah dan tidak lokek dengan ilmu. Di
samping dapat mengenali kedua-dua pemain Malaysia tersebut, kami sempat ke
melawat klinik golf dimana kami berpeluang melihat sendiri bagaimana cara iron
digabungkan dan cara mengubah shape iron mengikut kesesuaian pemain.

MINGGU TUJ UH
Pada awal kelas, kami melakukan pukulan di driving range. Selepas itu
diadakan pra-test bagi golf. Kami membuat pukulan di green pada jarak 1 meter dan
3 meter. Setiap jarak dikehendaki membuat 5 pukulan. Inilah masa yang ditunggu
tunggu untuk menguji peningkatan diri setelah beberapa minggu belajar.

MINGGU LAPAN
Kali ini kami ke Lembah Beringin Golf and Country Resort. Struktur tanah di
tempat ini lebih baik walaupun berbukit. Disana kami membuat latihan di green
sebelum diadakan amali bagi peperiksaan akhir semester. Kami perlu diberi peluang
sebanyak 5 kali untuk memasukkan bola pada jarak 1 meter dan 3 meter.

MINGGU SEMBILAN
Minggu ini kami beralih angin ke Sungai Buloh. Di sana persekitarannya lebih
baik dan ramai pemain pemain golf. Ia merupakan antara tempat tumpuan pemain
golf. Pada mulanya, kami ingin bermain golf di situ tetapi memandangkan ada
diantara rakan rakan yang baru sahaja menderma darah, kami mengambil
keputusan untuk sekadar mengadakan lawatan pada hari itu.






LAMPIRAN

You might also like