Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ruj.

Kami SKPP : 60/002/04( )


Tarikh : 13 Julai 2014
Pengurus,
Marry Brown, Lot 01,
Kompleks Bas Shahab Perdana,
Jln Sultanah Sambungan,
05350 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Tuan / Puan ,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PROGRAM IFTAR PERDANA DAN MERAIKAN
ANAK-ANAK YATIM SEMPENA BULAN RAMADHAN.

Dengan segala hormatnya , perkara di atas adalah dirujuk.

2. Persatuan Ibu bapa dan Guru(PIBG) Sekolah Kebangsaan Padang Pekan dengan
kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Padang Pekan, Sekolah Kebangsaan Darulaman
Heights, Sekolah Kebangsaan Anak-anak Angkatan Tentera dan guru-guru pelatih Institut
Pendidikan Guru Kampus Darulaman akan mengadakan majlis berbuka puasa dan
penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim.

3. Program tersebut akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 22 Julai 2014
Hari : Selasa
Tempat : TH Hotel & Convention Centre Alor Setar.
Jemputan : 60 orang

4. Sehubungan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan kewangan untuk
menampung kos perbelanjaan sepanjang program tersebut. Sebarang maklum balas boleh
hubungi ketua program Iftar Perdana, Abdul Fattah di talian 013-9647921. Sumbangan yang
ingin dihulurkan bolehlah disalurkan atas nama Bendahari PIBG SK Padang Pekan.

5. Harapan kami agar pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan ini
memandangkan peserta terdiri daripada anak-anak yatim yang kurang berkemampuan.
Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian , terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
GURU PRIHATIN, MURID TERPIMPIN

Yang menjalankan tugas,


.......................................
(NURUL AKMAR BINTI AHMAD)
Setiausaha PIBG,
SK Padang Pekan,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Padang Pekan
06000 Jitra, Kedah Darul Aman
Tel/Faks : 04-9177782

You might also like