Sejarah Sekolah Kebangsaan Methodist Malim Nawar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1950 oleh pertubuhan gereja Methodist dan orang
ramai.Bangunannya merupakan bangunan kayu sementara yang terletak di Indian Camp
Malim Nawar dengan nama Sekolah Inggeris Methodist Malim Nawar.
Sekolah ini mula ditadbirkan oleh V.D Kuppusamy sebagai Guru Besar hingga tahun
1961.Kemuadian jawatan Guru Besar telah dipangku oleh Encik Lai Kam Hong dan encik
Seenisamy hingga tahun 1965.
Pada awal tahun 1965 bangunan sekolah ini telah dipindahkan ke tapak sekarang iaitu
kawasan sekolah yang kekal.Pada masa itu sekolah ini dikelolakan oleh Encik Fang Ung Ming
iaiatu Guru Besar ACS Methodist Kampar.
Pada masa itu hanya terdapat 3 buah bilik darjah sahaja iaitu darjah 1,darjah 2 dan darjah 3
dengan jumlah murid seramai 150 orang dan 4 orang tenaga pengajar.Segala kos pentadbiran
dan rancangan pembesaran sekolah adalah bergantung kepada sumbangan derma orang
ramai dan pihak swasta pada masa itu iaitu syarikat-syarikat perlombongan bijeh
timah.Diantara syarikat yang banyak membantu perkembangan sekolah ini ialah Perak River
Hydro dan syarikat kapal korek.
Pada 14hb.Julai 1966,Lembaga Pengurusan sekolah dengan persetujuan Kementerian
Pelajaran Malaysia telah melantik Encik Saw Thian Bee sebagai Guru Besar sekolah
ini.Terdapat dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang kerana pertambahan murid yang
berjumlah seramai 750 orang.
Pada tahun 1975 nama sekolah ini telah bertukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK)
Methodist Malim Nawar dengan dasar SRK Bantuan Modal. Pada bulan Mei 1983, sesi
persekolahan telah ditukarkan kepada satu sesi sahaja. Ini sejajar dengan pertambahan bilik
darjah menjadi 12 buah bilik darjah dan kemerosotan bilangan murid. Kemerosotan bilangan
murid ini berlaku akibat :-
a) banyak syarikat perlombongan ditutup
b) pengambilalihan Perak Hydro oleh kerajaan menyebabkan bilangan pekerja telah
dikurangkan ke tempat lain.

Pada 1 Januari 1994 En Hanib @ Hanif b Arshad menjadi Guru Besar Melayu yang pertama
bertugas di sekolah ini. Pada tahun yang sama, jalan tar menuju ke sekolah telah dibina di
bawah projek PLB. Pada bulan Januari 1995 pula, kantin dan tandas murid telah dinaik taraf
menerusi peruntukan Kementerian Pendidikan.
Pada tahun 1997, berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia,maka sekolah ini bertukar nama sekali lagi menjadi Sekolah Kebangsaan
Methodist Malim Nawar hingga ke hari ini.
Sehingga kini sekolah ini telah ditadbir oleh 13 orang Guru Besar seperti
berikut:

1950 1961 : En.VD Kuppusamy
En. Lai Kam Hong
En. Seenisamy

1961 31/3/1965 : En. Fang Ung Ming
1/4/1965 - 15/1/1983 : En. Saw Thian Bee
16/1/1983 15/1/1987 : En. Hor Kum Foo
16/1/1987- 15/5/1989 : En. G.Samarrasan
16/5/1989 31/12/1993 : En. Ng Thye Chong
1/1/1994 14/3/1997 : En. Hanib@Hanif Bin Arshad
15/3/1997- 14/3/1998 : En. Ahmad Malek Bin Naim
15/3/1998-2/10/2002 : En. Eri@Daheri Bin Yahaya
28/10/2002-16/9/2004 : Tn. Said Mun Bin Said Wok
10/2/2005 1/5/2008 : Pn.Hajah Siti Mariam Bt.Abdullah
1/7/2008 15/2/2011 : Tn.Hj.Jamaludin Bin Hj.Mat Mokhtar
16/2/2011- Sekarang : Pn Indhira a/p Thirunavukarasu



LATAR BELAKANG SEKOLAH

Nama
Diitubuhkan pada tahun
Taraf
Lokasi
Keluasan
Jenis
Bilangan Murid
Bilangan Guru
Prasarana



Kemudahan lain



: SK Methodist Malim Nawar.
: 1950 oleh pertubuhan gereja Methodist.
: Gred B.
: Luar bandar , 17 km dari PPDKS, Kampar.
: 6.5 ekar
: Sekolah Bantuan Kerajaan
: 108 orang
: 18 orang.
: Mempunyai 2 blok bangunan satu tingkat.
Blok 1 - Pejabat, bilik guru, 4 bilik darjah, dewan,
bilik agama dan bilik pemulihan
Blok 2 - Bilik sains, 2 bilik darjah dan kantin.
: Padang bola sepak, gelanggang badminton,
taman rekeriasi

You might also like