Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Kelas : 5 Abu Hanifah Bilangan murid : 35 orang Tajuk : Gimnastik Asas (Lombol Kangkang) Tarikh : 23/6/2014 Masa : 7.30pagi 8.00 pagi Standard kandungan : Berkebolehan melakukan lombol kangkang dan melakukan pendaratan dengan lakuan yang betul. Standard pembelajaran: 1,1,1 - Melakukan Lombol Kangkang 1.2.1 - Mengawal imbangan badan semasa dan selepas melakukan Lombol Kangkang dan Hambur Arab. 2.1.1.- Mengenal pasti otot-otot utama yang menghasilkan daya semasa melakukan Lombol Kangkang dan Hambur Arab. 5.1.3 - Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.
Objektif pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid: 1. Psikomotor - Boleh melakukan lombol kangkang dengan lakuan yang betul (TP4). 2. Kognitif - Boleh menyatakan otot-otot yang menghasilkan daya semasa melakukan hambur (TP2). 3. Afektif - Boleh mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan (TP6).
Bahan Bantu Belajar: bangku gimnastik (4), peti lombol (2) 2
Bahagian/ Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran Pengelolaan/ Strategi PdP Alatan/ Catatan 1. Permulaan ( 3 hingga 5 minit )
1. Memanaskan Badan
a) melakukan aktiviti senamanrobik CD lagu Tahun 3 (Trek 19 Do Re Mi)
2. Regangan otot: kepala badan kaki
- meningkatkan suhu badan untuk aktiviti regangan - meningkatkan kadar degupan jantung - mewujudkan keseronokan
- regang otot di bahagian kepala badan dan kaki untuk elak daripada kecederaan - meningkatkan julat pergerakan - dalam kawasan yang telah ditetapkan
guru
- kaedah kinestatik & muzik - secara kelas (beramai-ramai)
pemain cakera padat, CD lagu
2. Perkembangan: ( 8 hingga 12 minit )
Aktiviti 1: Lombol kangkang berhalangan
1. Rakan membongkok dengan tangan menyokong lutut untuk mengekalkan kestabilan. 2. Murid melonjak menggunakan kedua hujung kaki untuk mengangkat badan melepasi rakan. 3. Mata pandang ke hadapan. 4. Tapak tangan diletak atas badan rakan untuk sokongan 5. Kangkangkan kaki seluas yang boleh apabila melepasi halangan. 1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Pilih rakan yang sama saiz. 3. Berbaris dan membongkok dengan tangan menyokong lutut. 4. Murid yang berada di belakang melakukan Lombol Kangkang melepasi rakan. 5. Pastikan kepala tidak didongakkan ketika rakan melompat. 6. Ulang aktiviti 4 sehingga semua ahli kumpulan berjaya melakukan aktiviti.
3
Aktiviti 2 : Awalan hambur
6. Mendarat dengan lutut dibengkokkan dan berdiri tegak dengan imbangan.
1. Murid berdiri menghadap peti lombol. 2. Tapak tangan diletakkan di atas peti lombol. Buka tangan seluas bahu dan luruskan. 3. Melonjak di atas papan anjal beberapa kali sehingga punggung lebih tinggi daripada bahu dan kedua-dua belah kaki pointed serta mendarat seketika di atas peti lombol. 4. Berdiri di atas peti lombol, ayun tangan ke atas dan menghambur ke bawah serta mendarat dengan lutut fleksi dan mata pandang ke hadapan.
- kaedah kontekstual, kinestatik dan interpersonel
1. Murid berbaris mengambil giliran membuat awalan hambur 2. Penyokong berada ditepi lombol untuk menyokong hambur rakan 3. Ulang sehingga semua murid selesai dan tukar peranan.
papan anjal, peti lombol 4
- kaedah masteri dan interpersonel 3. Kemuncak: ( 8 hingga 10 minit )
Permainan Kecil : Persembahan Mari Menghambur
1. Aplikasi kemahiran lombol kangkang dan hambur dalam persembahan
1. Murid dalam kumpulan kecil. 2. Secara bergilir-gilir, berlari beberapa langkah dan melonjak di atas papan anjal dengan tangan lurus, kedua-dua belah tapak tangan menyentuh di atas peti lombol. 3. Kaki kangkang, hambur ke hadapan melepasi peti lombol, mendarat dengan kaki rapat, lutut difleksi, dan mata memandang ke hadapan. 4. Murid yang berjaya melakukan Lombol Kangkang diberi tiga mata. Kumpulan yang mengumpul mata terbanyak dikira pemenang.
- pendekatan TGfU
papan anjal, peti lombol dan papan skor 5
Penilaian pengajaran dan pembelajaran: a. Borang Penilaian b. Lembaran kerja memadankan otot-otot yang terlibat semasa melakukan lombol kangkang
Refleksi : i. 30 daripada 35 murid dapat mencapai standard yang ditetapkan. ii. Tindakan susulan : a. Pemulihan: Melakukan aktiviti dengan penyokong dengan bantuan tunjukcara.
b. Pengukuhan: Murid diberi peluang melakukan aktiviti lombol kangkang di atas peti lombol
c. Pengayaan: Murid diminta melakukan persembahan lombol kangkang di peti lombol
4. Penutup: ( 3 hingga 5 minit )
Aktiviti Gerak Kendur: 1. Berjalan sekeliling kawasan permainan sambil menarik nafas 2. Membuat regangan pada otot yang banyak digunakan semasa beraktviti dan membuat persembahan. 3. Buat refleksi dan soal jawab berkaitan kemahiran yang telah dipelajari
1. merehat dan memulihkan degupan jantung 2. mengendurkan otot yang telah direngang secara aktif ketika bermain 3. mengembalikan sistem fisiologi secara beransur- ansur selepas digunakan secara aktif