Nasi Kandar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Nasi kandar

Destinasi ke-3 kami selepas Ais Tingkap adalah restoran nasi kandar .Seperti kita sedia maklum bahawa
nasi kandar merupakan makanan yang sangat popular dimerata tempat tetapi lebih dikenali di Pulau
Pinang yang terletak di Penang Road. Perkataan Nasi Kandar, muncul apabila penjual nasi mengandar
nasi dibahu mereka . Nama itu kekal sehingga ke harini.Kebanyakkan mereka yang menjual nasi kandar
merupakan mamak(India Muslim). Nasi kandar dibuat daripada beras yang dikukus dan disediakan
dengan pelbagai jenis kari serta pelbagai menu tambahan seperti sayur-sayuran, kacang dan ikan
bilis.Namun begitu, ayam goreng merupakan lauk yang menjadi pilihan orang ramai untuk dimakan
bersama Nasi Kandar selain daripada ikan dan daging.
Resepi:
Bahan-Bahan:
1 cawan kacang sepat (kacang mocha kotta).
2 biji terung bulat sederhana besar dipotong empat.
10 biji bawang merah kecil dihiris (2 biji bawang labu dihiris).
2 ulas bawang putih diketuk buang kulit.
2 biji tomato sederhana besar dipotong empat.
1/2 cawan perahan asam jawa pekat.
2 cawan air.
1 sudu kecil halba campur.
8-10 helai daun kari.
3 sudu besar minyak masak untuk tumis.
1 cubit serbuk asafoetida atau hing powder.
2 sudu besar serbuk cili.
2 sudu besar serbuk ketumbar.
1/4 sudu kecil serbuk kunyit.
1 sudu kecil sambar powder kalau ada.
Garam dan gula secukup rasa.
*AyamGoreng dimasak dengan salutan butter.

You might also like