Proses Kelulusan Pelan Bangunan (Baru)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PROSES KELULUSAN PELAN BANGUNAN (BARU)

Makmal Pembangunan Hartanah telah mencadangkan bahawa Pelan Bangunan/Building Plan


dikecualikan daripada kelulusan PBT. Berikutan daripada itu, satu bengkel bagi mengkaji
cadangan tersebut telah diadakan bersama Agensi-Agensi Teknikal Persekutuan, PBT dan
badan-badan professional dan mencadangkan supaya proses kelulusan Pelan Bangunan
dipermudahkan daripada kedudukan sekarang.
Panduan Proses Kelulusan Pelan Bangunan (Baru)
6 elemen penambahbaikan ke atas Proses Kelulusan Pelan Bangunan adalah seperti berikut
iaitu:
I. Selaras pemakaian Template Seragam Senarai Semak Dokumen dan Senarai Semak
Terperinci Agensi Teknikal Luaran dan Dalaman, permohonan pelan bangunan yang
dikemukakan kepada PBT perlu dirujuk kepada Jabatan Bangunan sebagai jabatan
memproses dan 4 jabatan teknikal luaran yang memberi ulasan teknikal iaitu Indah
Water Konsortium (IWK), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM). Semakan pematuhan yang dilaksanakan adalah bersandarkan kepada keperluan
undang-undang, amalan kesenibinaan dan kejuruteraan serta polisi-polisi jabatan yang
berkuatkuasa. Bagi meningkatkan elemen self-regulation di kalangan perunding, adalah
disarankan IWK, SKMM dan JPS tidak lagi dirujuk di peringkat pelan bangunan
melainkan JBPM yang menyemak pematuhan kepada keperluan keselamatan kebakaran
dan kesesuaian inovasi-inovasi baru pencegahan kebakaran yang dicadangkan
perunding. Sehubungan itu, inisiatif baru ini menyaksikan pengurangan agensi
teknikal luaran yang dirujuk daripada 4 iaitu IWK, JPS, SKMM dan JBPM
menjadi 1 agensi sahaja, iaitu JBPM.

II. Bagi 3 jabatan teknikal yang masih dirujuk di peringkat kelulusan pelan bangunan iaitu
Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan dan JBPM semakan pematuhan yang akan
dilaksanakan adalah bersandarkan kepada keperluan-keperluan teknikal selain daripada
peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil Bangunan
Seragam 1984. Oleh yang demikian, berlaku juga pengurangan jumlah senarai
keperluan yang disemak ketiga-tiga jabatan tersebut iaitu dari 81 kepada 19
senarai.

III. Melalui inisiatif baru ini, jabatan memproses dan jabatan yang mengeluarkan ulasan
teknikal kini diberi 7 hari untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Proses-
proses lain yang berkaitan juga dipendekkan tempoh piagamnya agar keseluruhan
tempoh meluluskan Pelan Bangunan yang telah dipermudahkan dapat
dikurangkan dari 61 kepada 37 hari. Pengurangan selanjutnya dari 37 kepada 30
hari boleh dilakukan sekiranya PBT, secara pentadbiran, menetapkan Pelan Bangunan
diluluskan oleh YDP dan kelulusan tersebut dimaklumkan kepada Mesyuarat
Jawatankuasa OSC dan seterusnya kelulusan muktamad dikeluarkan oleh jabatan yang
memproses.
IV. Memandangkan pihak-pihak IWK, SKMM, JPS tidak lagi dirujuk di peringkat kelulusan
Pelan Bangunan, perunding akan memperakukan bahawa telah mematuhi kehendak
ketiga-tiga jabatan tersebut melalui Surat Perakuan Perunding. Salinan surat-surat ini
hendaklah disertakan bersama-sama Borang A semasa permohonan Pelan Bangunan
dikemukakan dan sekali lagi semasa Borang B untuk memulakan atau menyambung
kerja dikemukakan.

V. Bagi mengelakkan pihak runner melakukan perundingan teknikal, perunding hendaklah
menamakan agen-agennya yang dibenarkan berurusan dengan PBT semasa
mengemukakan Borang A kepada PBT. Agen yang dimaksudkan hendaklah dari
kalangan yang terlibat secara langsung termasuk mengetahui secara mendalam selok-
belok mengenai cadangan projek yang dikemukakan.

VI. PBT disaran mempertimbangkan 4 permohonan permit bagi binaan sementara di
tapak jika dikemukakan serentak dengan Pelan Bangunan dan Pelan Kerja Tanah untuk
diluluskan bersekali iaitu:
Permit papan dendeng (hoarding) dan papan tanda projek;
Permit guna jalan awam;
Permit keluar masuk tapak; dan
Permit rumah kongsi

You might also like