PINTAR CERDAS AKADEMIK (PEERS ATTITUDE TOWARDS ACADEMICALLY TALENTED STUDENTS)
Mohd Zuri Ghani; Aznan Che Ahmad & Nurul Husna Mat Husin Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang, Malaysia
Rosadah Majid & Norani Salleh Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh sikap rakan sebaya terhadap pencapaian pelajar pintar cerdas akademik (PCA). Pengaruh sikap rakan sebaya terhadap jantina dan jenis sekolah juga turut dilihat. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang melibatkan pelajar-pelajar di Sekolah Harian Biasa, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Seramai 177 sampel telah dipilih daripada pelajar- pelajar cemerlang yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil pada peringkat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Data dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Analisis Regresi telah digunakan bagi melihat interaksi dan sumbangan sikap rakan sebaya terhadap pencapaian akademik pelajar. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara bagi sikap rakan sebaya berdasarkan jantina pelajar PCA. Nilai min sikap rakan sebaya bagi pelajar sekolah harian biasa adalah lebih tinggi berbanding pelajar SBP dan MRSM. Sikap rakan sebaya juga tidak berbeza dan dipengaruhi oleh jenis sekolah. Pada keseluruhannya sikap rakan sebaya telah menyumbang sebanyak 3.3% terhadap pencapaian pelajar. Kata kunci: pelajar pintar cerdas akademik, sikap rakan sebaya
Abtract: The aim of this study was to determine how the attitude of peers influence the academic achievement of academically talented students. The influence of peers attitudes based on gender and type of schools were also being studied. This is a survey study which involved students in the mainstream school, Boarding School (SBP) and Mara J unior Science College (MRSM). 177 samples were selected consisted of students who earned A in all subjects in PMR examination. Data were analyzed by using descriptive and inferential statistics. Regression analysis was used to identify the interactions and contributions to the attitude of peers on academic achievement. The result showed that there was no significant different regarding peers attitude of 2
academically talented students based on gender. The mean value of peers attitude of main stream was high compared to SBP and MRSM. Peers attitude of academically talented students was not influenced by type of school. Attitude of peers contributed only 3.3% on students achievement. Keyword: academically talented students, peers attitude Pengenalan Setiap individu yang dilahirkan mempunyai bakat dan potensi yang boleh diperkembangkan dan dipertingkatkan. Dengan kemajuan pada masa kini dan kemudahan dalam mendapatkan pelbagai jenis maklumat sedikit sebanyak memberi kesan yang besar terhadap perkembangan dan pertumbuhan fizikal, psikomotor dan emosi individu terutamanya dalam kalangan mereka yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa yang juga dikenali sebagai mereka yang pintar cerdas (gifted) (Hazsuzila, 2006). Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. Roseidayu dan Masriyah (2007), telah menyatakan bahawa Stanford Binet adalah merupakan orang pertama yang menjalankan ujian kecerdasan yang dikenali sebagai The Stanford-Binet Test pada tahun 1916. Stanford Binet (1916), telah mendefinisikan pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Manakala, Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Pintar cerdas akademik (PCA) adalah takrifan yang diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada tahap-tahap tertentu (Piirto, 1999). Piirto (1999), juga telah mencadangkan bahawa setiap pelajar yang pintar di dalam aspek akademik boleh dikenal pasti semenjak mereka mencapai usia 13 tahun lagi. Ini adalah berlandaskan keputusan mereka dalam pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan setara atau dalam subjek-subjek tertentu. Pendefinisian ini telah disokong oleh Shabazz (2000), beliau juga telah mendefinisikan pelajar PCA berdasarkan keputusan yang cemerlang dalam aspek akademik. Shabazz (2000), telah mengkategorikan pelajar PCA sebagai pelajar yang berada dalam lingkungan 10 peratus teratas dalam pencapaian akademik atau top ten students. Menurut Susan K. Golant dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs, pelajar yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya (Hazsuzila, 2006). Pelajar pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Mereka dapat mengaitkan sesuatu peristiwa yang terjadi, boleh menumpukan perhatian pada jangka masa yang lama, gemar merumuskan sesuatu 3
perkara, boleh menyelesaikan masalah dengan mudah dan tanpa bantuan orang lain serta suka membaca buku-buku tahap tinggi berbanding rakan sebayanya(Rosadah Abd Majid, 2003). Mereka ini mempunyai keupayaan untuk menghasilkan sesuatu yang berlainan, berbeza daripada rakan sebaya mereka dalam aspek kreativiti, motivasi, kualiti mental serta kombinasi kesemua aspek ini (Rosadah Abd Majid, 2003). Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar pintar cerdas akademik (PCA). Faktor-faktor tersebut boleh dikategorikan dalam dua jenis. Apa yang dimaksudkan di sini ialah faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman adalah faktor yang berkaitan atau disebabkan oleh pelajar itu sendiri. Antara yang dikategorikan sebagai faktor dalaman ialah minat, sikap dan persepsi pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Faktor luaran pula ialah faktor yang disebabkan oleh persekitaran pelajar. Kaedah pengajaran guru, pengaruh rakan sebaya, ibu bapa, kemudahan dan peralatan sekolah, isi pelajaran dan seumpamanya adalah dikelaskan sebagai faktor luaran (Quek Miow Leng, 2006).
Penyataan Masalah Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili, 2010). Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kajian tentang kumpulan sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar belakang atau komposisi sekolah (Quek Miow Leng, 2006). Nursuhaili (2010), menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan kebolehan sosial serta kognisi sosial. Menurut Nursuhaili, (2010), selain daripada mengembangkan kebolehan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu. Tingkah laku yang biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya adalah merangkumi cara bercakap, cara berpakaian, dan juga cara belajar. Rohani Abdullah (2001), menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial, bahasa dan pendidikan seseorang individu. 4
Pada kebiasaannya sikap rakan sebaya terhadap pelajar pintar cerdas dan berbakat di peringkat sekolah rendah adalah positif. Dalam kajian yang dijalankan oleh Kennedy (1995), pengalaman belajar bersama-sama pelajar pintar cerdas akan menjadikan seseorang itu lebih menerima kehadiran pelajar ini. Walau bagaimanapun responden kajian beliau yang terdiri daripada mereka yang berumur 10 hingga 29 tahun telah menunjukkan sikap simpati yang agak kurang jika dibandingkan dengan responden yang lebih berumur iaitu mereka yang berumur 30 hingga 39 tahun. Selain itu, pelajar pintar cerdas juga biasanya mengalami masalah dalam hubungan dengan rakan sebaya. Ini adalah kerana sikap pelajar pintar cerdas itu sendiri yang kadang kala sukar difahami oleh rakan seusia mereka. sikap pelajar pintar cerdas sukar difahami oleh rakan seusia mereka kerana pengaruh umur mental mereka yang agak tinggi berbanding dengan umur kronologi mereka. Oleh kerana sikap sebegini, pelajar pintar cerdas akan dianggap sebagai pelik dan sukar didekati oleh rakan seusia mereka. Ini seterusnya akan menjadikan pelajar pintar cerdas sukar untuk mencari kawan untuk meluahkan perasaan dan dijadikan teman untuk berbual. Sikap pelajar pintar cerdas yang lebih terkehadapan dari segi pemikiran berbanding dengan rakan seusia mereka juga akan menjadikan rakan seusia mereka menjauhkan diri daripada mereka (Goleman & Daniel, 1997). Walau bagaimanapun Colangelo & Davis (1991) dan pengkaji yang lain seperti Hollingworth (1991), tidak mempunyai pendapat yang sama seperti pengkaji-pengkaji di atas. Colangelo (1991) dan Hollingworth (1991) dalam kajian mereka telah menyatakan bahawa pelajar-pelajar pintar cerdas adalah merupakan pelajar yang tidak mempunyai masalah dari segi psikologi dan sosial. Mereka juga menyatakan bahawa pelajar pintar cerdas pandai menyesuaikan diri dengan rakan sebaya dan mudah bersosial. Rizza (1997), pula telah mendapati bahawa sikap rakan sebaya terhadap pelajar PCA adalah penting bagi meningkatkan perkembangan pelajar pintar cerdas. Rizza (1997), telah melaporkan bahawa sikap rakan sebaya yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada pelajar PCA akan meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar itu.
Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan memberi gambaran mengenai sikap rakan sebaya dalam kalangan pelajar pintar cerdas akademik (PCA). Perbandingan min berdasarkan analisis yang dibuat akan memberikan gambaran tentang perbezaan sikap rakan sebaya berdasarkan jantina dan jenis sekolah pelajar PCA.
5
Persoalan kajian Kajian ini cuba menjawab beberapa soalan-soalan berikut: i. Adakah terdapat perbezaan sikap rakan sebaya yang signifikan dalam kalangan pelajar PCA berdasarkan jantina? ii. Apakah tahap sikap rakan sebaya Pelajar PCA berdasarkan jenis sekolah? iii. Adakah terdapat perbezaan sikap rakan sebaya yang signifikan dalam kalangan pelajar PCA berdasarkan jenis sekolah? iv. Adakah terdapat kesan interaksi dan sumbangan bagi faktor sikap rakan sebaya dalam kalangan pelajar PCA? Hipotesis kajian Ho1: Tidak terdapat perbezaan sikap rakan sebaya yang signifikan dalam kalangan pelajar PCA berdasarkan jantina Ho2: Tidak terdapat perbezaan sikap rakan sebaya yang signifikan dalam kalangan pelajar PCA berdasarkan jenis sekolah Ho3: Tidak terdapat kesan interaksi dan sumbangan bagi faktor sikap rakan sebaya dalam kalangan pelajar PCA
Metodologi Kajian
Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Data-data dikumpul berdasarkan soal selidik yang telah diubah suai berdasarkan Eysenck Personality Questionaires (EPQ). Keesahan dan kebolehpercayaan instrument telah diperolehi melalui ujian rintis dengan nilai alpha 0.86. Konstruk sikap rakan sebaya telah dilihat dalam beberapa aspek iaitu sikap rakan sebaya dalam memberi sokongan dan dorongan, layanan, minat, dan membuat keputusan. Pensampelan pula dibuat secara bertujuan iaitu pengkaji telah memilih pelajar yang dikategorikan 15% teratas daripada populasi keseluruhan. Analisis statistik ujian-t, ANOVA dan korelasi digunakan bagi melihat perbezaan min dan tahap hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Selain itu, statistik inferensi juga digunakan. Data-data di laporkan berdasarkan purata nilai min bagi melihat tahap sikap rakan sebaya berdasarkan pemboleh ubah yang dikaji.
6
Dapatan Kajian
Jadual 1 : Ujian-t Bagi Faktor Sikap Rakan Sebaya Berdasarkan Jantina Jantina N Min Sisihan Piawai DK
t
Sig.p Sikap Rakan Sebaya Lelaki 88 2.388 .445 175 1.472 .143 Perempuan 89 2.280 .532 Signifikan pada aras p<0.05 J adual 1 telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi sikap rakan sebaya berdasarkan jantina pelajar PCA. Aras kesignifikanannya juga adalah lebih besar daripada aras yang ditetapkan, dengan itu, hipotesis nul bagi soalan ini adalah diterima. Dapatan kajian ini juga secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa sikap rakan sebaya adalah tidak berbeza dan jantina tidak mempengaruhi sikap seseorang pelajar PCA. Jadual 2: Statistik Deskriptif Bagi Faktor Sikap Rakan Sebaya Berdasarkan Jenis Sekolah Jantina N Min Interpretasi Jenis Sekolah SMK Harian Biasa 63 Sederhana SM Berasrama Penuh 56 2.265 Sederhana MRSM 58
Sederhana Hasil analisis menunjukkan bahawa keseluruhannya sikap rakan sebaya adalah berada pada tahap sederhana. Sikap rakan sebaya bagi pelajar sekolah harian biasa (min=2.376) adalah lebih tinggi daripada pelajar sekolah berasrama penuh (min=2.265) dan MRSM (min=2.354). Jadual 3 : ANOVA Bagi Sikap Rakan Sebaya Berdasarkan Jenis Sekolah Sumber JKD DK MKD F Sig. Antara Kumpulan .402 2 .201 .827 .439 Dalam Kumpulan 42.356 174 .243 Jumlah 42.758 176 Signifikan pada aras p<0.05
Analisis ANOVA Satu Hala telah mendapati bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan bagi sikap rakan sebaya berdasarkan jenis sekolah (F=.827; DK=2,176; 7
P>0.05). Ini sekali gus telah menerima hipotesis nul. Selain itu, ia juga telah menunjukkan bahawa sikap rakan sebaya adalah tidak berbeza berdasarkan jenis sekolah yang dihadiri. Dengan kata lain, jenis sekolah adalah tidak mempengaruhi sikap seseorang pelajar terhadap kawan mereka.
Jadual 4 : Regrasi Kesan Interaksi Antara Rakan Sebaya Dengan Pencapaian Pelajar PCA Trait Beta Piawai Ralat Piawai T Sig.
Sikap Rakan Sebaya -.181 .074 -2.437
.016
R=.033 Sig. F =.016
Rajah 1 : Interaksi Antara Rakan Sebaya Dengan Pencapaian Pelajar PCA 1.00 1.20 1.40 1.60 1.80 2.00 1.00 1.50 2.00 2.50 3.00 3.50 sikap rakan sebaya Observed Linear KeputusanPMR
Hasil analisis menunjukkan bahawa sikap rakan sebaya mempunyai kesan interaksi atau hubungan dengan pencapaian pelajar PCA (t=-2.437;p<0.05). Interaksi ini dilihat sebagai interaksi negatif dan signifikan. Oleh itu, faktor sikap rakan sebaya juga boleh dikatakan 8
sebagai peramal kepada pencapaian pelajar PCA. Faktor ini telah memberi sumbangan sebanyak 3.3% kepada kejayaan pelajar PCA. Oleh itu, hipotesis nul adalah ditolak.
Perbincangan Kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh sikap rakan sebaya dalam kalangan pelajar pintar cerdas akademik. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa rakan sebaya memberi pengaruh yang kuat terhadap pencapaian akademik seseorang pelajar. Zalizan Mohd J elas et., al, (2005), telah menyatakan bahawa perbezaan jantina turut mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar. Bagaimanapun, dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa perbezaan jantina tidak mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar pintar cerdas akademik. Perbezaan jantina juga didapati tidak memberi pengaruh terhadap sikap, layanan, sokongan, dan minat dalam kalangan pelajar pintar cerdas akademik. Selain itu, dapatan kajian ini juga berbeza daripada dapatan kebanyakan kajian terhadap pelajar aliran perdana. Dalam kalangan pelajar aliran perdana, didapati pengaruh jantina memainkan peranan yang agak penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar (Zalizan Mohd J elas et., al, (2005). Walaupun terdapat perbezaan pencapaian antara jantina bagi pelajar aliran perdana, namun tiada perbezaan yang signifikan bagi sikap rakan sebaya berdasarkan jantina pelajar PCA. Ini menunjukkan faktor jantina tidak mempengaruhi sikap rakan sebaya dalam kalangan pelajar PCA. Ini sekaligus memberi erti bahawa kebanyakan rakan sebaya pelajar PCA tidak mendiskriminasikan pelajar PCA berdasarkan jantina. Secara keseluruhannya sikap rakan sebaya adalah berada pada tahap sederhana. Min sikap rakan sebaya bagi pelajar Sekolah Harian Biasa adalah lebih tinggi daripada pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Ini bermaksud bahawa sikap pelajar sekolah harian biasa adalah lebih baik daripada sikap pelajar SBP dan MRSM berdasarkan nilai min. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak dipengaruhi oleh jenis sekolah sama ada Sekolah Harian Biasa, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Hasil kajian ini mendapati bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan bagi sikap rakan sebaya berdasarkan jenis sekolah. Hasil analisis menunjukkan bahawa sikap rakan sebaya mempunyai kesan interaksi atau hubungan dengan pencapaian pelajar PCA. Interaksi ini dilihat sebagai interaksi negatif dan signifikan. Oleh itu, faktor sikap rakan sebaya juga boleh dikatakan sebagai peramal kepada pencapaian pelajar PCA. Ini disokong oleh American Association of Suicidology, 1989 (dalam Ann Margaret dan Mohd Zuri, 2008) yang menyatakan persekitaran positif dalam keluarga, rakan sebaya, sekolah dan masyarakat perlu dalam membantu dan memelihara perkembangan kognitif dan keperluan afektif pelajar pintar 9
cerdas. Faktor ini telah memberi sumbangan sebanyak 3.3% kepada kejayaan pelajar PCA. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa sikap rakan sebaya adalah tidak dipengaruhi oleh faktor jantina pelajar PCA. Walaupun sikap pelajar sekolah harian biasa terhadap pelajar PCA adalah lebih baik, namun ia tidak dipengaruhi oleh jenis sekolah tersebut. Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan pencapaian pelajar PCA. Secara keseluruhannya, sikap rakan sebaya mempengaruhi pencapaian pelajar PCA.
RUJUKAN
Ann Margaret dan Mohd Zuri Ghani. (2008). Pelajar Pintar Cerdas dan Masalah yang Dihadapi. Digest Pendidik. J ilid 8, Bil. 1/2008: 8-13 Colangelo, N. & Davis, G.A. (1991). Issues in the Education of the Gifted Students. Dlm. Colangelo & Davis (pnyt.). Handbook of gifted education, 3-13. Boston: Allyn & Bacon. Colangelo, N. (1991). Counseling Gifted Students. Dlm. Colangelo & Davis (pnyt.). Handbook of gifted education, 273-284. Boston: Allyn & Bacon. Goleman, Daniel. 1997. Emotional Intelligence: Why It Can Matter More Than IQ. Bantam. Hazsuzila Hasan. (2006). Pola Personaliti di Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Berasaskan Inventori Personaliti MBTI. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, J ohor. Kennedy, D.M. (1995). Glimpses of a highly gifted child in a heterogeneous classroom. Roeper Review. 17, 164- 168. Nursuhaili Baharuddin. (2010). Hubungan Antara Kemahiran Sosial dengan Tingkah Laku Sosial dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah di Tabika Kemas, Beaufort. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah. Piirto, J . (1999). Talented Children and Adults; Their Development and Education. Edisi ke-2. Ohio: Merrill Prentice Hall.
10
Quek Miow Leng. (2006) Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru dan Pengaruh Rakan Sebaya dengan Pencapaian Matematik di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di Daerah Batu Pahat, Johor. Tesis PhD. Univesiti Teknologi Malaysia, J ohor. Rizza, M.G. (1997). Exploring Succesful Learning with Talented Female Adolescents. Tesis PhD. University of Connecticut. UMI Proquest Digital Dissertations Full Citation Abstract. Rohani Abdullah. (2001). Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio. Penerbit. Universiti Putra Malaysia, Serdang. Rosadah Abd Majid. (2003). Satu Kajian Perbandingan Profil Pelajar Pintar Cerdas Akademik dengan Pelajar Sederhana Akademik. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Roseidayu dan Masriyah. (2007). Murid Pintar Cerdas: Seni dan Kreativiti. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Shabazz, H. (2000). Higher Education and African American At-Risk Students: The Effect of A Sponsorship Program On African American Middle School At-Risk Students Who Are Academically Talented. Tesis Ph.D. University of Louisville, Kentucky. Zalizan Mohd J elas, Saemah Rahman, Roselan Baki dan J amil Ahmad. (2005). Prestasi Akademik Mengikut Gender. J urnal Pendidikan 30 (2005) 93 -111. Universiti Kebangsaan Malaysia.