Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SMK KOTA SAMARAHAN

POST MORTEM KEPUTUSAN SPM 2013


SAINS

Pada tahun 2013, seramai 224 calon telah hadir untuk menduduki kertas Sains SPM (1511), daripada jumlah 229 calon yang berdaftar.

Seramai empat orang guru yang membimbing pelajar-pelajar tersebut :
a) Cikgu Pui Wei Leong (5VT, 5A)
b) Cikgu Barbara Sian (5B, 5D, 5E)
c) Cikgu Chin Nyuk Jung (5C)
d) Cikgu Lau Choon Teng (5MPV)

Keputusan peperiksaan yang diumumkan pada 20.3.2014 menunjukkan :
a) Peratusan kelulusan meningkat daripada 94.15% bagi tahun 2012 kepada 95.98% bagi tahun 2013.
b) 150 pelajar mendapat gred C dan ke atas. Hanya 9 orang pelajar yang gagal berbanding dengan tahun sebelumnya, iaitu 12 pelajar.
c) Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) menunjukkan peningkatan kualiti dengan penurunan daripada 5.29 bagi tahun 2012 kepada 5.16 bagi
tahun 2013.

Sila rujuk Lampiran untuk Analisis penuh keputusan sains SPM dari tahun 2006 hingga 2013.

Kekuatan
a) Latih tubi dan kertas peperiksaan percubaan dari sekolah/negeri lain dapat membantu pelajar membiasakan diri dengan soalan-soalan
lazim.
b) Kelas tambahan diberi kepada pelajar mengikut kumpulan pelajar dilaksanakan seminggu sekali.
c) Kerja Rumah Terancang diberi kepada pelajar semasa cuti persekolah yang panjang.
d) Program Titian Permata dilaksanakan sepanjang bulan Oktober dan November.
e) Sebanyak 30 orang pelajar dari kumpulan sasaran pelajar cemerlang telah diberi insentif buku latihan Skor A Sains SPM untuk
menggalakkan pelajar membuat latihan kendiri.



Kelemahan
a) Kurangnya bilangan pelajar yang hadir semasa kelas tambahan dilaksanakan. Ini kurang membantu pelajar yang lemah kerana mereka ini
yang tidak mempunyai disiplin diri untuk hadir.
b) Terdapat sebilangan pelajar yang sangat aktif dalam aktiviti kokurikulum sewaktu Tingkatan 4 dan awal tahun Tingkatan 5 sehinggakan
mereka kerap tidak mengikut PdP. Kesannya, mereka ketinggalan dalam sukatan pelajaran dan sekaligus gagal mencapai keputusan yang
memuaskan.
c) Sikap sesetengah pelajar yang mengambil sikap sambil lewa dengan latihan latih tubi dan soalan-soalan peperiksaan percubaan daripada
sekolah-sekolah lain yang diberikan oleh guru.

Peluang
Pelajar yang mempunyai penguasaan asas yang lemah masih mampu untuk lulus sekiranya mereka menunjukkan sikap yang baik semasa
P&P dilaksanakan. Sikap yang baik termasuklah :
a) Memberi perhatian semasa guru mengajar
b) Jarang tidak hadir ke sekolah
c) Cuba untuk hadir ke kelas tambahan
d) Membuat latihan latih tubi yang diberikan oleh guru
e) Membuat soalan-soalan percubaan daripada sekolah-sekolah lain

Ancaman
a) Pelajar yang gagal adalah terdiri daripada mereka yang terlalu kerap tidak hadir ke sekolah. Ini menyukarkan guru untuk membantu mereka
untuk sekurang-kurangnya lulus.
b) Pelajar yang gagal juga terdiri daripada mereka yang sudah putus asa dari awal tahun persekolahan. Mereka ini tidak mahu langsung untuk
mencuba menjawab apa-apa soalan yang diberikan.


Disediakan oleh,
Pn. Norshamsiah Samsudin.
KP Sains 2013
Mac 2014

You might also like