Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 34

Norhayati Md Yatim

Pensyarah Penasihat PPK


IPG Kampus Bahasa Melayu
Kuala Lumpur
ffyatsmy@yahoo.com
019-2639481





ffyatsmy@yahoo.com
019-2639481

Memasak Cara Hutan/
Memasak Tanpa
Peralatan yang
Lengkap
Wah, lihat. Emmmenaknya!
PENGENALAN
Dalam program kepanduan, terdapat beberapa
kemahiran yang bukan sahaj memberikan kepuasan
tetapi menjadi keperluan untuk mendapat Lencana
Kecekapan.
Seorang pandu puteri perlu tahu kemahiran memasak
cara hutan atau memasak tanpa peralatan yang
lengkap.
Kemahiran boleh diperoleh semasa perkhemahan
Banyak resepi yang boleh diaplikasikan.
PENGENALAN
Backwoodmans Cooking adalah penting untuk
mendapat Lencana Kecekapan bagi PPK.
Ia amat penting terutamanya semasa
perkhemahan.
Cara memasak ini tidak menggunakan peralatan
memasak yang lengkap seperti periuk, kuali,
sudip, pinggan dll
Perancangan Awal
Jenis Masakan dan Tempat Memasak
1. Menentukan jenis masakan yang hendak
dimasak
2. Menentukan kaedah yang hendak
dimasak.
3. Kaedah mesti sesuai dengan tempat atau
tapak perkhemahan

Pertama: Tempat Perkhemahan
kering dan teduh







Kedua Mencari sumber bahan api
Perancangan Awal
Sumber Bahan Api
Mencari sumber bahan api seperti kayu, ranting
dan daun yang kering
Kayu-kayu atau ranting mesti terdiri daripada
pelbagai saiz.
Api yang baik dan mempunyai kepanasan yang
sekata akan menghasilkan masakan yang baik
Boleh dilakukan dengan menggunakan api yang
jelas dan terang tanpa asap


Ketiga - Kawasan Memasak

Perlu dibersihkan terlebih dahulu
Buang rumput dalam 1 meter persegi di sekitar
lapisan tanah kawasan memasak
Sediakan bara api mahupun unggun api
Sediakan gajet di dapur untuk menyimpan
barang, memasak
Jika perlu pasang pagar di sekeliling dapur.
Selepas memasak, tanam semula rumput yang
dibuang dan bersihkan sampah atau puntung
kayu yang ada

Kaedah-Kaedah Memasak
Merebus dan mencelur
Cara memasak yang paling mudah dan
ringkas.
Bahan masakan dimasukkan ke dalam
periuk dan tunggu sehingg masak.
Contoh bahan : ubi kayu, pucuk ubi,
kerang, telur
Makanan ini biasa dimakan bersama
bahan pencecah


Kaedah-Kaedah Memasak
Mengukus
Cara memasak dengan menggunakan wap
air. Ia baik untuk kesihatan
Contoh bahan : pulut,ikan
Bahan diletakkan di atas bekas pengukus
dan bersama-sama air yang berada di
bawah


Jenis Masakan

Kaedah-Kaedah Memasak
Memanggang
Cara memasak dengan memanggang
bahan di atas atau di bawah api panas
Contoh bahan : ayam, ikan, burung, dll
Kaedah yang dikatakan paling ringkas
tanpa memerlukan alatan yang banyak



Alatan Memasak
Ruas Buluh: alat membakar - membakar
lemang
Batu: alat membakar
Tempurung: alat membakar
Kentang: alat membakar
Bawang besar: alat membakar
Kayu membuat gadjet/ Kayu: alat membakar
Daun pisang/Daun keladi: membalut bahan
Kertas Aluminium: membalut bahan makanan
yang dimasak





Teknik-teknik Memasak Tanpa Alat
Memasak di atas kepingan kayu
Batu perlu berbentuk leper.
Cara dengan memanaskan batu di atas api
selama 30 minit.
Bersihkan batu tersebut dengan kain,
kemudian goreng telur, ikan atau
sebagainya di atas permukaan batu yang
panas.
Teknik-teknik Memasak Tanpa Alat
Memasak dengan cara membungkus dalam
daun
Daun pisang atau daun keladi digunakan
Hidupkan api hingga menjadi bara.
Timbus ikan yang dibungkus dalam bara
api di antara 20-30 minit. Daging - 45 min
Tutup lubang dengan tanah setebal 5 cm
dan hidupkan api di atas lubang untuk
mempercepatkan masakan
Tempoh Masakan = 5 6 jam

Teknik-teknik Memasak Tanpa Alat
Memasak dengan cara membakar
Bungkus ayam dalam aluminium foil dalam
tanah setebal 5 cm.
Hidupkan api hingga menjadi bara
Masukkan ayam yang telah dibungkus ke
dalam bara selama 30-45 minit.
Sebelum makan, tanah perlu dibuang
dahulu
Teknik-teknik Memasak Tanpa Alat
Memasak dengan menggunakan buluh
Sediakan seruas buluh yang masih basah
atau buluh hidup seperti buluh lemang
Pastikan buku ruas tidak dipotong.
Paras permukaan buluh.
Bersihkan bahagian dalamnya.
Masukkan beras dan kemudian air.
Tutup semula paras dan hidupkan api
seperti membakar lemang

Teknik-teknik Memasak Tanpa Alat
Memasak dengan menggunakan buah kelapa
Bahan-bahan adalah seperti memasak kari
Potong kelapa kapada 2 bahagian. Bahagian
atas cuma 1/3 sahaja sebagai penutup.
Isi kelapa dikeluarkan sedikit.
Masukkan rempah dan ayam yang telah
dipotong ke dalam kelapa bahagian besar dan
tutup kelapa.
Masak atas bara hingga mendidih
Tempurung itu mestilah disalut dahulu dengan
tanah dan dikeringkan.
Teknik-teknik Memasak Tanpa Alat
Memasak ayam keretapi
Ayam dibungkus dalam aluminium
Masukkan ayam dalam tin milo (tutup)
Tin dan buluh dibalut dengan tanah liat
Masak atas bara di atas batu bata.
Teknik-teknik Memasak Tanpa Alat
Memanggang roti / ayam / ikan
Sediakan adunan roti
Lilitkan adunan pada sebatang kayu atau
buluh yang telah dibersihkan.
Pacakkan ke atas tanah atau sandarkan
pada kayu bercabang.
Boleh memegangnya atau menyalai di
atas bara api.

Teknik-teknik Memasak Tanpa Alat
Memasak telur dalam ubi/buah oren/bawang
besar/tanah
Ubi kentang yang berkulit di potong dua.
Korek isi ubi kentang bahagian besar
Pecahkan sebiji telur di dalam ubi kentang dan
tutup dengan bahagian ubi kentang yang kecil.
Cucuk dengan lidi agar tidak terbuka
Masukkan ke dalam bara api.
Teknik ini boleh digunakan menggunakan bawang
dan buah oren.
Tempoh memasak = 15-25 minit

Selamat Mencuba !
SEKIAN TERIMA KASIH
Disediakan
oleh,
Norhayati Md Yatim
Pensyarah
Jabatan Bahasa Melayu
IPG Kampus Bahasa Melayu
Kuala Lumpur





ffyatsmy@yahoo.com
019-2639481

You might also like