Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Mata pelajaran Sains

Tingakatan 2
Tempoh 2 waktu (80 minit)
Tema Perkembangan teknologi dan industri dalam masyarakat
Bidang
pembelajaran
Mesin ringkas
Pendekatan Inkuiri terbimbing
Objektif
pembelajaran
Menganalisa tuas
Hasil
pembelajaran
A. Menguasai isi pembelajaran
1. mengenal pasti beban, daya dan fulkrum dalam tuas.
2. mengelaskan tuas.

B. Menguasai kemahiran saintifik/KBAT
1. Murid boleh berfikiran kritikal dalam membina sistem tuas
daripada alat-alat yang telah diberikan.
2. Murid boleh berfikiran kritikal dalam mengenalpasti
kedudukan beban, daya dan fulkrum pada sistem tuas yang
telah mereka bina.

C. Menunjukkan sikap saintifik dan nilai murni
1. Murid boleh melibatkan diri secara aktif semasa menjalankan
penyiasatan berdasarkan prosedur dan peraturan kumpulan
yang dipersetujui bersama.
2. Murid boleh menghargai masa dengan cara melaksanakan
tugasan dengan cekap, pantas dan jujur.

Konsep sains Sistem tuas terbahagi kepada tiga iaitu tuas kelas pertama, tuas kelas kedua
dan tuas kelas ketiga.
Bahan dan
peralatan
Stapler, pembaris, duit syiling, buku, penyepit ais dan pemadam.
Aspek
keselamatan
Sila pastikan pelajar tidak bermain-main dengan bahan dan peralatan
eksperimen.
Pengetahuan
sedia ada
Berdasarkan pembelajaran yang telah dibuat, pelajar telah memahami
bahawa sistem tuas terbahagi kepada tiga iaitu tuas kelas pertama, tuas kelas
kedua dan tuas kelas ketiga. Pelajar juga telah mengetahui kedudukan beban,
daya dan fulkrum pada setiap sistem tuas.

You might also like