Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Alat Pentaksiran

Laporan bertulis &


Oleh:
Imelda Joseph
Apa itu Laporan bertulis?
Laporan bertulis
Merupakan pemerian bertulis tentang
kejadian, perkara atau pendapat yang
disampaikan dalam format tertentu dan laras
bahasa formal.

Suatu kenyataan formal hasil daripada sesuatu
penyelidikan atau penyiasatan yang dijalankan
oleh individu atau kumpulan tertentu.
Laporan Bertulis
Terdapat 2 jenis laporan bertulis iaitu;
i) Laporan rutin seperti kemajuan projek
sendiri.
ii)Laporan tak rutin yang disediakan untuk
tujuan khusus seperti laporan
penyiasatan, laporan penyelidikan parti
politik, laporan produk dan laporan
kebakaran.
Laporan bertulis dalam
pengajaran sains
Laporan amali
Laporan amali adalah satu laporan berformat
yang dibuat selepas selesai sesuatu sesi amali
atau penyiasatan sains.
Terdiri dari tujuan eksperimen, prosedur,
keputusan dan perbincangan.
Berfungsi sebagai alat yang efektif dalam
usaha memberi makna kepada apa yang telah
dilakukan oleh pelajar semasa sesi amali.
Laporan penyiasatan,projek dan
aktiviti lawatan sains
Melaporkan hasil keputusan aktiviti
penyiasatan. Contohnya aktiviti membina reka
bentuk bangunan yang paling stabil.
Melaporkan hasil pemerhatian dalam projek
memerhati perubahan fasa bulan.
Melaporkan pengetahuan baru yang didapati
selepas mengikuti lawatan ke hutan simpan
negara.
Penulisan Kreatif
Apa itu penulisan kreatif?
Merupakan satu bentuk penulisan gambaran
buah fikiran, daya imaginasi dan daya
kreativiti yang diolah secara unik dan menarik.
Contoh penulisan kreatif:
Novel
Puisi
Cerpen
Pantun
Contoh penggunaan Penulisan kreatif
dalam sains
Penulisan karangan pendek
Boleh dilaksanakan sebagai tugasan murid
bagi menggalakkan serta meningkatkan daya
pemikiran kritis, kreatif dan imaginatif murid.
Contoh:
Topik mesin ringkas:
Murid diminta membuat satu penulisan mengenai
mesin ringkas yang ingin mereka cipta bagi
memudahkan kerja seharian mereka.
Penulisan pantun
Boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran
sains bagi meningkatkan kemahiran penulisan
kreatif di samping mengaplikasikan
pengetahuan sains dalam isi kandungan
penulisan kreatif tersebut.
Contoh:
Topik keperluan asas haiwan
Murid diminta menulis pantun ringkas mengenai apa
yang kucing saya perlukan?
Cara pelaksanaan pentaksiran
Sains Tahun 4
Tema: sains hayat
Tajuk: Proses Hidup Tumbuhan
Standard kandungan:
Tumbuhan bergerak balas terhadap ransangan
Pendekatan: ikuiri-penemuan
Kaedah: projek
Prosedur pelaksanaan
1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan membuat aktiviti
penyiasatan berdasarkan lembaran prosedur
amali yang diedarkan dan diterangkan oleh
guru.
3. Setiap murid akan melengkapkan laporan
amali masing-masing sepanjang tempoh
pelaksanaan ujikaji sehinggalah pemerhatian
akhir selesai diperoleh.


4. Setelah menyelesaikan tugasan laporan amali,
murid akan diberikan tugasan kedua iaitu
tugasan menulis karangan bertajuk aku si
pekebun sayur
5. Tugasan ini mengkehendaki murid
memindahkan pengetahuan yang mereka
perolehi daripada aktiviti penyiasatan tersebut
ke dalam bentuk penulisan cerita. (penulisan
kreatif)
6. Tugasan akan dinilai berdasarkan rubrik yang
telah disediakan.
Rubrik Analitik
Rubrik Holistik
Rujukan


Azman Aris. (2010). Format Laporan Bertulis. Dimuat turun dari
www.scrib.com
Mcmillan. J.H. (2014). Classroom assessment Sixth Edition. United States of
America: Pearson Education Inc.
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah.
Johor Darul Tazim: Penerbit UTM Press
Nor Raudah Hj Sirem. (2009).Bentuk-bentuk Penulisan. Dimuat turun daripada
http://penulisdaie.blogspot.com/2009/03/kuliah-3-bentuk-bentuk-
penulisan.html
Russel. M.K., Airasian. P. W. (2012). Classroom Assessment, Concept and
Applications. America:McGraw-Hill Companies, Inc
Uni.edu.com. (2014). Holistic and Analytic Rubric. Dimuat turun daripada
https://www.uni.edu/chfasoa/ analyticholisticrubrics.pdf
Wahba. (2013). Penulisan Kreatif Dalam Sastera Moden. Dimuat turun
daripada www.utusan.com.my

You might also like