Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PENILAIAN BERASASKAN

PROJEK
Pentaksiran bagi kerja kursus berasaskan
sekolah
Modul pentaksiran kerja kursus
Pelaporan
Kaedah pemarkahan
PENILAIAN ini merupakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid mengaplikasi atau membuat
tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi sebenar. (Wiggins, 1989).
Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan
menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada
pada kita
Penilaian ialah Proses menentukan mutu, kualiti, harga, atau nilai sesuatu benda.
(Mokhtar, 1995)
CIRI-CIRI PENILAIAN PROJEK
Projek/ tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual, kinestetik)
Berbentuk jangka panjang
Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar
Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak mendapat
jawapan yang benar.
Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif iaitu membuat projek didalam kumpulan
secara koperatif.
Pelajar dapat menjalankan tugas secara individu atau berpasukan
MENILAI PELAJAR DARI SEGI :

-Kreativiti,

-Kemahiran merancang,

-Integrasi pengetahuan,

-Kebolehan membuat tugasan bersama orang lain

-Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentuk sesuatu

-Melaksana dan menghasilkan sesuatu

-Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
DENGAN ITU, PENILAIAN PROJEK INI DAPAT:
1) Projek yang dilaksanakan menunjukan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
2) Pelajar dikehendaki terlibat secara aktif dalam membuat projek secara koperatif .
3) Pelajar dapat menjalankan tugasan projek secara individu atau berpasukan.
4) Pelajar perlu mensintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.
5) Projek atau tugasan yang dilaksanakan mempunyai pelbagai reka bentuk sama ada lisan, visual
atau kinestetik
PERINGKAT-PERINGKAT PELAKSANAAN PROJEK
SEBELUM PELAKSANAAN PROJ EK :
o Dapatkan panduan dari guru
o Kenalpasti masalah dan tajuk
o Tinjau projek lepas untuk rujukan
o Bentuk pasukan dan pembahagian tugas

SEMASA PELAKSANAAN PROJ EK
o Sumbangsaran idea dan bina kesepakatan ahli kumpulan
o Kenal pasti skop dan urutan
o Sediakan jadual pelaksanaan projek
o Tentukan punca maklumat
o Jalankan proses inkuiri dan pengumpulan data
o Penambahbaikan dan penilaian berterusan
o Sediakan laporan projek
o Bentangkan dapatan/ hasil
SELEPAS PELAKSANAAN PROJ EK

1)Penilaian projek oleh guru dalam aspek perancangan, pelaksanaan atau proses, dan projek
yang dihasilkan mempunyai kualiti mengikut piawaian yang ditetapkan
2) Maklum balas daripada rakan berkaitan kekuatan, kelemahan dan cadangan mengatasi.
3) Refleksi kendiri berkaitan kekuatan, kelemahan dan kemahiran
4) Rekod pemarkahan/skor dan analisis markah
5) Hargai pencapaian dalam penyelesaian masalah

Penilaian jenis ini berlaku dalam tiga fasa:
1. FASA 1
Sebelum projek dilaksanakan, guru seharusnya mengenal pasti sama ada secara formal seperti
pra-pentaksiran bertulis mahu pun tidak formal berkenaan maklumat sedia ada murid mengenai
topik projek. Bagi pembelajaran berasaskan projek, asas pengetahuan amat penting. Penilaian
ke atas maklumat sedia ada murid membantu guru dalam agihan murid dalam kumpulan.

2. FASA 2
Semasa projek dilaksanakan, pentaksiran menggunakan senarai semak dan skala kadar memberi
maklum balas bernilai kepada murid mengenai pembelajaran dan kemajuan projek mereka. Rubrik
pemarkahan boleh membantu murid-murid menilai kemajuan perancangan projek sementara bagi
guru pula menjadi rujukan ketika mengadakan sesi perbincangan mengenai tahap pencapaian dan
kemajuan.

3. FASA 3
Selepas projek, pentaksiran menggunakan rubrik dapat memberikan maklumat bernilai mengenai hasil
projek dan dalam membuat pembentangan di hadapan rakan kelas. Rubrik yang sesuai juga dapat
membantu memberikan maklum balas tentang kekuatan dan kelemahan projek yang dibentang.

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan
membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis
maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru
di peringkat sekolah ini dikenali sebagai Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

PBS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu
peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke
semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki
kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu
guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi
murid.

Penilaian kerja kursus berasaskan sekolah
MELALUI PBS GURU AKAN DAPAT:
a mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;
b.mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa;
c.mengetahui keberkesanan pengajarannya;
d.merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan
e.menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

PBS DILAKSANAKAN BERASASKAN BEBERAPA CIRI YANG UTAMA SEPERTI BERIKUT:
i. Dikendalikan oleh guru dalam menilai muridnya sendiri
ii. Berasaskan kriteria di mana penguasaan murid dinilai menilai berdasarkan hasil pembelajaran
yang telah ditentukan
iii.Berbentuk formatif di mana penilaian ini dijalankan secara berterusan dalam mengesan
perkembangan, kemajuan dan pencapaian murid
iv.Menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, lisan, penulisan dan sebagainya
v.Mengesan perkembangan pembelajaran secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, emosi
dan jasmani
vi.Menekankan perkembangan Individu berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk
perbandingan antara individu
vii.Bersistem yang melibatkan proses merancang, menentukan instrumen, melaksana,
menganalisis, merekod, melapor dan mengambil tindakan susulan
viii.Menggalakkan penilaian kendiri di mana murid dilatih menilai kemajuan sendiri secara
berterusan dan guru mendapat maklumat tambahan
ix.Membolehkan tindakan susulan diambil bagi mengatasi kelemahan pembelajaran dan
mempertingkatkan kekuatan pembelajaran murid.
JENIS-JENIS PENILAIAN PROJEK
-Latihan Dan Soalan Open Ended Untuk Pelajar Hasilkan Secara Lisan Dan Bertulis
(Main Peranan)
-Extended Tasks Assignment-menulis Puisi, Menerangkan Keputusan Ujikaji, Membina
Model.
-Portfolio-koleksi Tugasan Berdasarkan Prestasi
-Tugasan Prestasi-drama, Lakonan, Persembahan Dan Model.


TAHAP
KRITERIA
LEMAH
(0-5 MARKAH)
SEDERHANA
(6-8 MARKAH)
CEMERLANG
(9-10 MARKAH)
KREATIVITI DAN KEASLIAN Kurang kreatif dan
mengambil daripada
sumber lain (plagiat).
Mempunyai kekreatifan dan
keaslian.
Mempunyai kekreatifan
dan keaslian serta mampu
menarik perhatian umum.
FUNGSI Rekabentuk dan
paparan salah.
Rekabentuk dan paparan
betul tetapi kurang menarik
perhatian.
Rekabentuk dan paparan
brosur kelihatan seperti
brosur yang sebenar.
TATABAHASA Penggunaan tatabahasa
dan ejaan yang lemah.
Penggunaan tatabahasa dan
ejaan baik tetapi masih boleh
diperbaiki lagi.
Penggunaan tatabahasa
dan ejaan baik, jelas dan
tidak mengandungi
kesalahan.
ILUSTRASI Menggunakan ilustrasi
yang sedikit atau tiada
langsung ilustrasi.
Menggunakan ilustrasi
sekadar mencukupi syarat.
Menggunakan ilustrasi
yang pelbagai, menarik
dan sesuai.

You might also like