Istiadat Dalam PBSM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1

PENGENALAN
Adat istiadat adalah aneka kelaziman dalam suatu negeri, kelab dan juga
pertubuhan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, terbitan Dewan Bahasa dan
menakrifkan adat istiadat sebagai tata kelakuan yang kekal dan turun temurun dari satu
generasi ke generasi yang lain sebagai warisan sehingga kuat integrasinya dengan
pola perilaku masyarakat.
Di dalam Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), terdapat beberapa
adat istiadat yang amat penting dalam struktur dan organisasi persekutuan. Contohnya,
istiadat perhimpunan, istiadat meningkat naik dan sebagainya. Di sini kami akan
menerangkan dengan lebih lanjut dan lebih jelas mengenai adat istiadat dalam
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.













2

1.0. ISTIADAT PERHIMPUNAN

Masuk dalam barisan
Melapor kekuatan pasukan
Mengibarkan bendera Malaysia, bendera Bulan Sabit Merah dan bendera negeri.
Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Bulan Sabit Merah Malaysia.
Bacaan doa.
Ucapan pemimpin
Bacaan ikrar
Keluar baris.

2.0. ISTIADAT PENYAMPAIAN LENCANA

Lencana disediakan di dalam dulang dan di bawa oleh Penolong Pemimpin.
1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu.
2. Pemeriksa bergerak ke bulatan di hadapan bendera.
3. Pemeriksa memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di
tengah bulatan)
4. Taklimat pemeriksa tentang pentingnya lencana yang diterima oleh
penerima.
5. Pemeriksa maju kea rah Ahli PBSM dan Ahli PBSM tabik hormat.
6. Pemeriksa menyematkan lencana.
6.1 Lencana Kecakapan (di kiri lengan baju)
7. Pemeriksa bersalam dan ucapan syabas
8. Ahli PBSM tabik hormat.
9. Selesai semua kumpulan beri sorakan Tahniah dan dijawab oleh
penerima lencana.
10. Ahli PBSM balik ke sekawan masing-masing
3

Pemimpin berdiri di sebelah kanan sekali dan diikuti oleh penolong-penolong
pemimpin.
Lencana mesti disampaikan oleh pihak PBSM.
Senarai penyampaian lencana:
KATEGORI
1
AHLI KEHORMAT
SEUMUR HIDUP
(Honorary Life
Membership)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas
sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM
kepada orang-orang yang terhormat yang telah
mencurahkan khidmat-khidmat yang bernilai
sejajar Prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah. Tidak
lebih daripada empat (4) anugerah dalam setiap
tahun.
KATEGORI
2
PINGAT
PERKHIDMATAN
CEMERLANG
(Distinguished Service
Medal)
Dianugerah oleh Penegrusi Kebangsaan atas
sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM
kepada ahli-ahli yang telah memberikan
perkhidmatan yang bernilai kepada Persatuan
dalam tempoh tidak kurang daripada sepuluh
tahun.
KATEGORI
3
PINGAT KEBAKTIAN
TERPILIH
(Excellent Service
Medal)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas
sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM
kepada ahli-ahli yang telah melengkapi
perkhidmatan terpilih sekurang-kurangnya
selama sepuluh tahun perkhidmatan selepas
melepasi had umur 18 tahun.
KATEGORI
4
PINGAT JASA
TERPUJI
(Meritorious Service
Medal)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas
sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM
kepada ahli-ahli yang telah melengkapi
perkhidmatan yang terpuji sekurang-kurangnya
selama (5) tahun selepas melepasi had umur 18
tahun.

4

KATEGORI
5
SIJIL KEPUJIAN
(Certificate of Merit)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas
sokongan jawatankuasa Anugerah PBSMM
kepada ahli-ahli yang telah melengkapi
perkhidmatan khusus kepada Persatuan
sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun
selepas melepasi had umur 18 tahun.
KATEGORI
KHAS
PINGAT
KEBERANIAN
(Gallantry Award)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
kepada mana-mana ahli di atas keberaniannya.
PINGAT
PERKHIDMATAN
LAMA
(Long Service Medal)
Melengkapi perkhidmatan yang berterusan
selama sepuluh tahun setelah melepasi had
umur LAPAN BELAS tahun dan satu BAR
dianugerh bagi setiap 5 tahun selepasnya.
(diluluskan pada 4.4.71)
ANUGERAH KHAS
DERMAWAN
(Special Award for
benefectors)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan
kepada Syarikat Perdagangan, Industri, Firma
persendirian atau orang perseorangan yang
bermurah hati memberikan sokongan mereka
kepada Persatuan yang mana Jawatankuasa
Pengurusan Kebangsaan berpendapat bahawa
mereka berhak menerima anugerah.
ANUGERAH KHAS
KHIDMAT ISTIMEWA
Ianya dianugerahkan kepada ahli-ahli yang telah
memberi khidmat istimewa khusus untuk sesuatu
tugas yang menaikkan imej Persatuan dan juga
menepati sepenuhnya keperluan tujuh prinsip-
prinsip PBSMM.
KATEGORI
BELIA
PINGAT JASA
TERPUJI (BELIA)
(Mentonous Service
Medal youth)
Dianugerhkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas
sokongan Jawatankuasa Anugerah PBSMM /
jawatankuasa Anugerah Cawangan kepada ahli-
ahli Belia yang telah melengkapi perkhidmatan
yang terpuji sekurang-kurnagnya selama tiga
5

tahun.
SIJIL KEPUJIAN
BELIA
(Certificate of Merit
youth)
Dianugerahkan oleh Pengerusi Kebangsaan atas
sokongan Jawatankuasa Anugerah
PBSMM/Jawatankuasa Anugerah Cawangan
kepada ahli-ahli Belia yang telah memberikan
perkhidmatan khusus kepada Persatuan.

















6


SENARAI LENCANA KEGUNAAN AHLI-AHLI PBSM


LENCANA AHLI SEUMUR HIDUP
(Diluluskan pada 19.11.94)


Atas pembayaran rm 1000.00 atau lebih, Sijil
Keahlian Seumur Hidup akan dikeluarkan. Bayaran
bagi kos lencana akan ditanggung oleh Cawangan.


LENCANA KEAHLIAN
(Diluluskan pada 22.1.1967)


Lencana keahlian akan diberikan kepada semua
kategori keahlian PBSMM atas pembayaran yuran
keahlian.


LENCANA TOPI (CAP)


Lencana topi akan diberikan kepada semua ahli
yang berpakaian seragam atas pembayaran yuran
keahlian.



7







8


ANUGERAH KHAS.








9

3.0. ISTIADAT MENINGKAT NAIK

Istiadat meningkat naik meruakan satu istiadat yang mustahak dan menjadi
kenangan kerana ianya merupakan satu peristiwa yang gembira bagi ahli atau para
Pegawai Kanak-Kanak yang meningkat naik. Istiadat ini adalah bertujuan untuk
menunjukkan rasa betapa berharganya ahli yang berjaya meningkat naik yang telah
pun melepasi ujian. Istiadat ini juga dilakukan bertujuan untuk memberikan sijil
penghargaan kepada ahli yang berjaya menduduki peperiksaan atau Amali.















10

4.0. ISTIADAT BENDERA PBSMM
Sebelum menaikkan bendera PBSMM, ahli yang bertugas seharusnya menguji
terlebih dahulutali temali bendera tersebut bagi memastikan ianya teguh dan tidak
mudah putus hingga menyebabkan bender jatuh atau melampai tidak tentu kibarannya.
Sebelum bendera dinaikkan, pastikan ianya dalam keadaan yang baik. Para petugas
yang menaik dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas, lengkap dengan
uniform PBSMM. Peringatan kepada petugas yang menaikkan bendera, bendera
janganlah dilitakkkan ke tanah semasa hendak menaikkannya dan tidak juga
seharusnya membiarkan bendera tersebut meleret ke tanah sewaktu menurunkannya.
Sebaiknya, bendera tersebut hendaklah ditatang atau diselimpangakan ke bahu apabila
ia sampai ke bawah.
Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan
sepenuhnya terlebih dahulu dan kemudian menurunkannya semula keseparuh tiang.
Apabila menurunkan bendera separuh tiang, langkah pertama ialah menaikkan semula
semula bendera tersebut sepenuhnya terlebih dahulu dan kemudiannya menurunkan
bendera itu secara terus. Bendera yang telah siap digunakan hendaklah dilipat dan
disimpan dedngan baik di tempat yang tertentu supaya tidak dilangkahi dan
sebagainnya. Jangan sesekali menggunakan bendera PBSMM untuk mengalas meja
dan untukapap-apa tujuan yang dirasakan tidak wajar. Manakala, bagi bendera yang
telah koyak atau lusuh, bendera tersebut dianggap sebagai uzur dan ianya harus
dimusnahkan dengan cara sopan. Cara yang terbaik untuk memusnahkan bendera
yang telah uzur adalah dengan membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa
meunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera tersebut. Jangan sesekali mengibarkan
bendera yang telah uzur kerana perbuatan itu dianggap sebagai menghina bendera
persatuan.



11

5.0. ISTIADAT MELANTIK

Ahli PBSM membuat bulatan. Komandan berdiri di dalam bulatan. Ahli Majlis
Tertinggi di luar bulatan di belakang Komandan. Ahli lain dalam keadaan sedia.
Ahli baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan.
Komandan : Adakah kamu ingin menjadi seorang ahli PBSM?
Ahli baru : Ya, Komandan
Komandan : Adakah kamu bersedia untuk melafazkan persetiaan PBSM?
Ahli baru : Ya, Komandan
Komandan melafazkan Persetiaan PBSM diikuti oleh ahli baru.
Komandan berjabat tangan dengan ahli baru dan berkata: Saya percaya kamu
akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang
adalah seorang PBSM dan seorang ahli dalam PBSm sedunia.
Ahli baru tabik hormat kepada Komandan kemudian berpusing dan hormat
kepada ahli PBSM lain.
Ahli PBSM lain membalas hormat sebagai tanda mengalu-alukan ahli baru
Istiadat diakhiri dengang Laung Agung yang dibuat kali pertama disertai PKK
tersebut.









12

PENUTUP
Istiadat sepatutnya dikendalikan daripada daya ingatan juga pengalaman.
Kebanyakan istiadat-istiadat yang dijalankan menunjukkan tanda peningkatan
seseorang dan sebagai tanda pengikhtirafan kepada mereka yang menyertainya.
Bukan sahaja PBSMM, malahan, persatuan-persatuan badan beruniform yang lain juga
mempunyai istiadat mereka yang tersendiri.
Bagi murid-murid yang menyertai PBSM, antara kelebihan yang mereka peroleh
ialah dapat menerapkan nilai-nilai murni yang diajar oleh guru mereka kerana persatuan
ini mengajar mereke erti kerjasama, tolong-menolong, kasih sayang dan sebagainya.
Selain itu, persatuan ini juga boleh melatih seseorang itu menjadi berdisiplin sama ada
dari segi etika berpakaian mahupun sifat. Persatuan ini juga mencegah ahli-ahlinya
daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. Masa itu emas. Sepatutnya mereka
diberikan peluang untuk melakukan aktiviti yang berfaedah sama ada aktiviti dalaman
atau aktiviti luaran.
Kesimpulannya, persatuan sukarela seperti PBSM ini memberikan impak yang
positif kepada Ajaran agama juga menuntut seseorang itu untuk melakukan amal
kebajikan kepada yang memerlukan. Jadi, kepada ahli-ahli yang menyertai persatuan
sukarela ini maka akan ada perubahan yang drastic pada diri mereka.








13


BIBLIOGRAFI
BUKU
Mohdzir Mohd Yassin. (2011). Buku Teks Untuk Ahli Belia PBSM. Kuala Lumpur: Cerdik
Publications Sdn. Bhd.

Lofland, L & Taylor, I (1999). The league of Red Cross society. New York: Harper & Row.

David Lian & Richard Cardron, (2001). International Federation of Red Cross and Red Crescent
Societies. United Kingdom: Harper Collins Publishers.

Sir James Cantlie, (2000). British Red Cross Society Training Manual. United Kingdom: Trans
Atlantic Publishing House.

Anastasia Suen, (1985). The Red Crescent in Malaysia. Malaysia: Umbrella Corp Publishers.

INTERNET
Pendidikan Palang/Bulan Sabit Merah (atas talian) http://pbsmhl.tripod.com/VIJAY.htm (12
Januari 2013)


Mohdzir Mohd Yassin. (2011). (atas talian) http://ramlanhamzah.tripod.com/RM/id7.html. (12
Januari 2013)

Sairee Sainal dan Suhaila Abd Rahman. (2009). (atas talian)
http://www.scribd.com/doc/15652922/Struktur-Dan-Organisasi-Pergerakan-Palang-Merah (12
Januari 2013)

You might also like