Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PROJEK INTERNSHIP

GURU PELATIH IPG KAMPUS IPOH


SEKOLAH KEBANGSAAN LENGGONG, 33400 LENGGONG, PERAK.

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : MEGAT LOKMAN BIN MEGAT
KAMARUZZAMAN
PROGRAM : PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JAN 2011
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN LENGGONG
NAMA PROJEK : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
(KITA BOLEH)
TEMPOH PELAKSANAAN : 14 JULAI 2014 (2.00- 5.00 Petang)
OBJEKTIF :
Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk:
1) Menggalakkan murid melaksanakan amalan-amalan ibadat di Bulan
Ramadhan
2) Menyambut hari-hari kebesaran Islam dengan program yang tersusun bagi
membina sahsiah murid
3) Melahirkan warga sekolah yang memahami peristiwa penting dalam Islam
seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan seharian












PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS IPOH
SEKOLAH KEBANGSAAN LENGGONG, 33400 LENGGONG, PERAK.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Pada 7 Julai 2014, saya telah membuat satu perbincangan tentang projek-
projek yang boleh dijalankan untuk melengkapkan Internship bagi pismp
ambilan 2011 bersama mentor yang telah dipilih oleh pihak sekolah yakni
Puan Umi Sharifah Binti Haji Idris. Hasil keputusan perbincangan tersebut,
kami sebulat suara bersetuju untuk menjadikan Latihan Dalam Perkhidmatan
sebagai projek kecil internship saya di sekolah ini. Walaupun begitu, saya
tidak mendapat gambaran awal apakah yang akan lakukan dalam LADAp
tersebut. Mentor saya mengarahkan saya untuk merujuk Guru Penolong Hal
Ehwal Murid (HEM) bagi mendapatkan maklumat atau mengetahui perkara
sebenar yang akan saya lakukan dalam LADAP kendalian saya.
2. Pada 8 Julai 2014, saya telah berjumpa dengan Guru Penolong Kanan HEM
iaitu Puan Khoizah Binti Ayoob Suha untuk mendapatkan maklumat serta
gambaran sebenar berkaitan apa yang perlu dilakukan semasa LADAP kali
ini. Setelah berbincang, saya telah diberikan satu tajuk ceramah iaitu Kita
Boleh untuk disampaikan kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Lenggong.
Program ini dibawah seliaan Guru Penolong Kanan HEM dengan kerjasama
Jabatan Pendidikan Negeri dan Yayasan Perak. Program Kita Boleh
merupakan salah satu program di bawah Program Guru Penyayang.
3. Proses membuat draf kertas kerja bermula. Saya telah menunjukkan draf
pertama kertas cadangan di samping meminta pendapat dan cadangan
penambahbaikan untuk projek ini. Di samping itu, saya memohon kerjasama
dan penglibatan daripada Guru Penolong Kanan HEM tersebut bagi
melaksanakan projek yang dirancang.
4. Selepas itu, proses menyiapkan kertas cadangan yang lengkap terus bermula
supaya ia dapat dihantar kepada pihak pengurusan sekolah dengan kadar
segera. Setelah kertas cadangan disokong oleh mentor iaitu Puan Umi
Sharifah Binti Haji Idris, ia terus dihantar sebelum diluluskan oleh Guru Besar
iaitu Tuan Amir Bin Musa pada 11 Julai 2014.



PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS IPOH
SEKOLAH KEBANGSAAN LENGGONG, 33400 LENGGONG, PERAK.

5. Kemudian, saya telah mengadakan satu mesyuarat bersama dengan
penyelaras program dan AJK Guru Penyayang peringkat sekolah yang terlibat
untuk pembahagian tugasan. Dalam mesyuarat ini juga, kami telah bersetuju
untuk melantik saya sebagai penceramah. Hal ini bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran berinteraksi serta komunikasi saya
6. Pada 9 Julai 2014, saya telah berbincang dengan penyelaras program dan
AJK yang terlibat berkaitan tajuk dan isi penyampaian untuk disampaikan
kepada guru-guru. Saya telah dibekalkan bahan yang disediakan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri dan Yayasan Perak. Walaupun bahan telah
disediakan, saya dikehendaki untuk mengubah suai bahan tersebut supaya
sesuai dengan audien saya yakni para guru. Oleh hal yang demikian, proses
mengedit dijalankan dengan segera. Saya juga diminta menambah baik
bahan tersebut mengikut kesesuaian dan kreativiti saya. Namun begitu, saya
diingatkan agar tidak tersasar daripada tajuk yang diberikan.
7. Pada 9 Julai 2012, kami telah membuat tempahan sepanduk di Syarikat Rass
Design yang bertempat di Kangar. Tempahan dibuat untuk dua jenis
sepanduk yang berlainan saiz iaitu 10x2 dan 8x2. Sepanduk tersebut akan
dipasang di dewan tertutup dan pagar sekolah. Kami juga membeli sedikit
hadiah untuk kedua- dua program pada hari tersebut.
8. Kemudian, pada 11 Julai 2014, saya telah menyiapkan tentatif program untuk
dihantar terlebih dahulu ke pegawai pengurusan bagi tujuan cetakan.
Aturcara tersebut akan diperbanyakkan dan diedarkan kepada semua guru
pada hari berlangsung majlis tersebut. Atur cara ini diberikan kepada guru-
guru agar mereka dapat gambaran awal berkaitan ceramah dan aktiviti yang
bakal dilakukan.
9. Pada 12 Julai 2012, kami telah berjumpa dengan pegawai ICT iaitu Puan Nor
Azimah Binti Azman untuk memohon peminjaman LCD bagi kegunaan
ceramah dan tayangan sirah nabi. Kami juga telah membuat persiapan
tempat dengan membersihkan kawasan dewan dan bilik JQAF yang akan



PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS IPOH
SEKOLAH KEBANGSAAN LENGGONG, 33400 LENGGONG, PERAK.

digunakan. Selain itu, kami juga memohon bantuan daripada pekerja swasta
iaitu Pakcik Razak untuk menggantung sepanduk di pintu pagar sekolah.



PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS IPOH
SEKOLAH KEBANGSAAN LENGGONG, 33400 LENGGONG, PERAK.

REFLEKSI:
1) KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI
Kekuatan yang pertama ialah dapat memberi peringatan awal kepada warga
sekolah terutamanya murid berkaitan dengan kelebihan bulan Ramadhan. Program
yang diadakan lebih awal dari kebiasaan iaitu seminggu sebelum tibanya bulan
Ramadhan sememangnya bertujuan untuk mengingatkan kembali perkara-perkara
yang berkaitan dengan kelebihan, batal, makruh serta kebesaran dan keberkatan
yang terdapat di dalam bulan ini. Melaluinya, diharapkan semua pihak dapat
memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadhan yang
akan disambut tidak lama lagi.
Kekuatan yang kedua ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan
tentang Ramadhan seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan seharian.
Walaupun isi pelajaran tentang Ramadhan telah diajar dalam subjek Pendidikan
Islam, namun dengan adanya program ini, ia dapat menambahkan pengetahuan
baharu yang belum dipelajari sebelum ini. Sebagai contoh, mungkin sebelum ini
murid hanya mengetahui apabila bulan Ramadhan hendaklah berpuasa. Namun,
melalui pogram ini, murid mendapat pengetahuan baharu bahawa umat Islam perlu
menjaga tujuh anggota iaitu termasuk tangan, kaki, telinga, mulut, lidah, perut dan
kemaluan selain daripada berpuasa.
Kekuatan yang ketiga ialah melahirkan murid yang mempunyai sahsiah diri yang
tinggi dan terpuji. Pertamanya, melalui pendedahan tentang kelebihan dan manfaat
yang akan diperoleh pada bulan Ramadhan, ia akan memberi kesedaran dan
mendorong murid untuk melakukan kebaikan secara berterusan dan meninggalkan
perkara kejahatan. Kedua, melalui tayangan sirah yang dipertontonkan, murid- murid
akan mencontohi sikap terpuji yang ditonjolkan oleh para- para nabi seperti Nabi
Muhamad, Nabi Musa dan Nabi Yunus.
2) KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI



PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS IPOH
SEKOLAH KEBANGSAAN LENGGONG, 33400 LENGGONG, PERAK.

Kelemahan yang pertama ialah keadaan tempat yang kurang kondusif iaitu
sempit. Pada peringkat awal perancangan, program ini diadakan untuk semua murid
tahap satu dan tahap dua. Namun, memandangkan saiz dewan tersebut tidak
mencukupi untuk memuatkan kesemua murid, program terpaksa dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu ceramah dan tayangan sirah nabi. Ceramah diadakan di
dewan manakala tayangan sirah diadakan di bilik JQAF. Keadaan yang sempit
membuatkan murid kurang selesa dan sukar untuk memberi tumpuan terhadap
perkara yang disampaikan.
Kelemahan yang kedua ialah pemilihan bahan tayangan sirah nabi yang kurang
berjaya menarik tumpuan murid- murid tahap satu. Murid tahap satu merangkumi
murid tahun satu, tahun dua dan tahun tiga. Walaupun tayangan tersebut
menggunakan gambar animasi, namun nada suara pencerita terlalu mendatar. Hal
ini menyebabkan murid mudah hilang tumpuan, berasa bosan lalu membuat bising.
Murid jelas tidak dapat memberi tumpuan kerana apabila guru mengajukan soalan
berkaitan tayangan, murid menjawab soalan yang diberikan dengan salah.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Berikut adalah beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada
masa akan datang:
Penambahbaikan yang pertama ialah melaksanakan program di tempat yang
lebih luas seperti dataran perhimpunan di mana dapat memuatkan semua murid
termasuk murid pra sekolah, dan murid PPKI. Selain daripada berasa lebih selesa
dan senang untuk dipantau, semua murid akan berpeluang mendapat pengetahuan
dan pengisian yang sama.
Penambahbaikan yang kedua ialah memilih bahan tayangan yang sesuai
untuk murid. Pemilihan bahan perlu mengambil kira banyak kriteria termasuklah isi,
nada suara, animasi, berwarna dan sebagainya. Penggunaan bahan yang baik akan
membantu dalam memastikan objektif yang hendak dicapai akan tercapai.



PROJEK INTERNSHIP
GURU PELATIH IPG KAMPUS IPOH
SEKOLAH KEBANGSAAN LENGGONG, 33400 LENGGONG, PERAK.

Penambahbaikan yang ketiga ialah melantik jawatankuasa bagi kawalan
murid dengan menambah bilangan guru yang memantau murid. Jumlah murid yang
ramai memerlukan bilangan guru yang ramai untuk mengawal murid supaya
suasana yang lebih tenang semasa program berlangsung dapat diwujudkan.




KESIMPULAN:
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati kerana berjaya melaksanakan
program mengikut perancangan yang dibuat. Melalui program ini, diharapkan semua
warga sekolah termasuk guru dan murid akan dapat menghayati dan tidak
melepaskan peluang merebut hikmah dan ganjaran daripada Allah semasa
menyambut bulan mulia iaitu bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Nabi
Muhammad S.A.W sendiri pernah menyatakan jangan kamu jadikan Ramadhan
sama dengan bulan-bulan yang lain. Selain itu, diharapkan program ini akan
diteruskan pada tahun- tahun akan datang. Sesungguhnya apa yang baik itu datang
dari ALLAH S.W.T dan apa yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri.

You might also like