Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ruj Kami : SKUB/100/03/JLD2: ( )

Tarikh : 09 Julai 2014



Kepada

Ibu bapa/ Penjaga murid ,
Sek Keb Ulu Bendul,
71500 Tanjong Ipoh,
Negeri Sembilan.


Tuan/ Puan,

JEMPUTAN KE IFTAR PERDANA DAN MAJLIS KHATAM AL QURAN 2014

Adalah dengan hormat dan takzimnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan kepada tuan/ puan bahawa SK Ulu Bendul akan mengadakan Iftar
Perdana dan Majlis Khatam Al- Quran 2014 dengan kerjasama daripada guru pelatih IPG
Kampus Raja Melewar, Seremban pada ketetapan berikut :

Tarikh : 19 J ulai 2014 ( SABTU )
Masa : 4.00 petang 8.15 malam
Tempat : Surau j-Qaf SK Ulu Bendul

3. Semoga dengan kehadiran tuan/ puan akan memeriahkan lagi majlis tersebut. Pihak
kami juga amat berbesar hati sekiranya tuan/puan memberikan sedikit sumbangan
makanan berat/ kuih-muih pada majlis tersebut. Kehadiran tuan amat dialu-alukan dan
didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan.


Sekian terima kasih.

Saya yang menurut perintah,



.
( SUHAIMI BIN NORAZI )
Guru Besar,
SK Ulu Bendul,
ATURCARA PROGRAM :
4.00 petang Berkumpul di surau bilik j-Qaf
4.30 petang Persiapan solat Asar berjemaah
5.00 petang Majlis khatam Al- Quran bermula
Ketibaan VIP
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
Ucapan YB Dato Abd Samad
Penyampaian Hadiah
Persembahan Murid
7.00 petang Persiapan berbuka puasa & menjamu
selera
7.45 malam - Solat Maghrib berjemaah
8.15 malam - Bersurai

You might also like