Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Pengenalan

Pembiakan adalah satu ciri benda hidup. Ia membolehkan benda-


benda hidup (tumbuhan dan haiwan) menghasilkan zuriat untuk
menyambung spesiesnya. Pembiakan merupakan salah satu cara
benda hidup memastikan kemandirian spesienya.
Terdapat 2 jenis pembiakan iaitu:
a) Pembiakan Aseks
b) Pembiakan Seks
Pembiakan Aseks
Pembiakan aseks ialah pembiakan yang tidak melibatkan
percantuman di antara gamet jantan dan gamet betina. Ia boleh
dilakukan oleh induknya sendiri tanpa melibatkan induk yang lain.
Pembiakan aseks biasanya dilakukan oleh haiwan peringkat rendah
dan tumbuhan tidak berbunga. Namun begitu, terdapat juga beberapa
jenis tumbuhan berbunga yang menjalankan pembiakan aseks seperti
bunga raya, bunga ros dan bunga orkid.
Terdapa 5 cara pembiakan aseks iaitu:
a) Belahan dedua
b) Pertunasan
c) Pembentukan spora
d) Penjanaan semula
e) Pembiakan vegetatif
Jadual di bawah ini menunjukkan contoh-contoh haiwan atau
tumbuhan yang menjalankan pembiakan aseks.
Jenis
Pembiakan
Contoh
Haiwan/Tumbuhan
Penerangan
Belahan
Dedua
a) Paramesium
b) Ameba
c) Bakteria
Induk yang matang akan
membelah kepada dua
bahagian dan menghasilkan
induk yang baru. Induk baru
serupa dengan induk yang
asal
Pertunasan a) Yis
b) Hidra
Induk matang akan
mengeluarkan mata tunas.
Apabila mata tunas menjadi
matang, ia tertanggal daripada
induk asal. Induk baru serupa
dengan induk yang asal
Pembentukan a) Kulat Pembahagian sel berulang-
Spora b) Lumut
c) Paku-pakis
ulang di dalam sporangium
akan menghasilkan sel-sel
pembiakan yang dipanggil
spora. Sporangium yang
matang akan terpecah dan
membebaskan spora yang
terdapat di dalamnya. Spora
yang terbebas akan
menghasilkan individu baru
yang serupa dengan induknya
jika keadaan bersesuaian.
Penjanaan
Semula
a) Cacing pipih
b) Tapak sulaiman
Apabila induk terpotong,
keratan-keratan daripada
induk ini akan mengalami
penjanaan semula bagi
menghasilkan induk baru
yang serupa seperti induk
asal.
Pembiakan
Vegetatif
daun
a) Setawar
b) Begonia
c) Lidah jin
d) African Violet

Pembiakan
Vegetatif
akar
a) Lobak
Pembiakan
Vegetatif
keratan
batang
a) Tebu
b) Pokok Bunga
Kertas
c) Ubi Kayu
d) Bunga Raya
e) Bunga Ros

Pembiakan
Vegetatif
batang rayap
a) Rumput
b) Strawberi
c) Ubi Keledek

Pembiakan
Vegetatif
rizom
a) Halia
b) Lengkuas
c) Lalang
d) Serai
e) Teratai

Pembiakan
Vegetatif
umbisi
a) Sengkuang
b) Keladi

Pembiakan a) Kentang
Vegetatif
tuber
b) Dahlia
Pembiakan
Vegetatif
bebawang
a) Bawang
b) Pokok lili

Pembiakan
Vegetatif
sulur (anak
pokok)
a) Pisang
b) Nenas
c) Buluh

Pembiakan Seks
Pembiakan seks melibatkan percantuman gamet jantan dan
gamet betina. Proses percantuman ini dinamakan
persenyawaan.
Gamet jantan di dalam haiwan dinamakan sperma manakala di
dalam tumbuhan dinamakan butir debunga.
Gamet betina di dalam haiwan dinamakan ovum manakala di
dalam tumbuhan dinamakan ovul.
Di dalam haiwan, persenyawaan gamet jantan dan gamet
betina akan menghasilkan zigot. Zigot akan mengalami
pertumbuhan bagi membentuk organisma yang baru dan
mempunyai rupa yang berlainan daripada induk asalnya
(wujud variasi akibat percantuman baka yang berlainan).
Proses persenyawaan berlaku melalui persetubuhan.
Di dalam tumbuhan, persenyawaan gamet jantan dan gamet
betina akan menghasilkan biji benih. Biji benih akan
bercambah dan tumbuh menjadi tumbuhan baru yang berbeza
daripada induknya. Proses persenyawaan berlaku melalui
pendebungaan.
Pembiakan seks biasanya dilakukan oleh haiwan peringkat
tinggi (multisel kompleks) dan tumbuhan berbunga dan
biasanya melibatkan dua induk yang berlainan. Namun
demikian, terdapat juga beberapa spesis tumbuhan yang boleh
melakukan pembiakan seks melibatkan satu induk sahaja
seperti pokok seri pagi dan pokok alamanda.
Kebaikan Pembiakan Aseks dan Pembiakan Seks
Pembiakan Aseks Pembiakan Seks
1. Dapat menghasilkan
individu dengan banyak
tanpa memerlukan induk
yang lain
1. Variasi antara individu
baru dan induk asal
menjadikan spesis
mempunyai daya tahan
2. Individu baru yang
terhasil khususnya
tumbuhan sentiasa
mengekalkan rasa yang
sama (contohnya halia
dan bawang)
3. Tidak memerlukan
sebarang agen bagi
membolehkan pembiakan
berlaku
yang lebih tinggi terhadap
persekitarannya
2. Meningkatkan interaksi
dalam spesis
3. Persaingan antara induk
dan individu baru kurang.
Keburukan Pembiakan Aseks dan Pembiakan Seks
Pembiakan Aseks Pembiakan Seks
1. Individu baru kurang daya
tahan terhadap
persekitaran kerana tiada
variasi
2. Persaingan menjadi tinggi
kerana individu baru yang
terhasil berdekatan induk
asal
1. Memerlukan agen
khususnya di dalam
tumbuhan bagi
membolehkan
persenyawaan berlaku
2. Tidak dapat menghasilkan
individu baru jika
persenyawaan di antara
gamet jantan dan gamet
betina tidak berlaku
3. Tidak dapat menghasilkan
individu baru yang
banyak dalam tempoh
yang singkat
Perbandingan antara Pembiakan Aseks dan Pembiakan Seks
Item Pembiakan Aseks Pembiakan Seks
Bilangan induk 1 2 (kecuali tumbuhan
biseks)
Agen untuk
persenyawaan
Tidak perlu Perlu pada tumbuhan
Variasi Tiada Ada
Ketahanan terhadap
persekitaran
Kurang Tinggi
Rupa individu baru sama seperti induk berbeza genetik
daripada induk
Taraf organisma Biasanya peringkat
rendah
Biasanya peringkat
tinggi
Sel pembiakan Tiada Gamet jantan dan
betina
Organ pembiakan
khusus
Tiada Ada




Pembiakan seks
KELEBIHAN KEKURANGAN
1 Boleh dibiak dalam kuantiti yang banyak
Biji benih tidak didapati pada semua
pokok
2 Biji benih mudah didapati Lambat matang
3 Pokok mempunyai akar tunjang Tumbuh tidak sekata
4 Tidak mengikut ciri induk sepenuhnya
JENIS PEMBIAKAN SEKS
1. Pembiakan mengunakan biji benih halus
2. Pembiakan menggunakan biji benih besar
PEMBIAKAN ASEKS
Adalah pembiakan yang tidak melibatkan seks iaitu penghasilan tumbuhan baru daripada
satu induk tanpa melibatkan penggabungan gamet.
KELEBIHAN KEKURANGAN
1 Mudah dilakukan Tiada akar tunjang
2 Cepat matang Virus mudah merebak
3 Anak benih tumbuh seragam Tiada hasil varieti baru
4 Keluarkan baka tulen





































KEPENTINGAN IKAN HIASAN
Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan
keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini
berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut
maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta
lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa
dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian
tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan
agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.

Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut
peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak
memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan
akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan
satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan
hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan
mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.


1.2 BAHAGIAN IKAN


Bahagian ikan.
Sirip
1. Membantu ikan bergerak
2. Terdiri daripada 2 jenis iaitu sirip tidak berpasangan seperti siri ekor, sirip
dorsal dan sirip anal manakala sirip berpasangan seperti sirip pektoral
dan sirip pelvik.
3. Sirip tidak berpasangan berfungsi untuk membantu ikan bergerak lurus.
4. Sirip berpasangan berfungsi untuk kestabilan, berundur, berpusing dan
mengapungkan diri.



Sisik
1. Meliputi keseluruhan badan .
2. Bertindak sebagai pelindung dari musuh , kecederaan dan penyakit .



Garis Lateral
1. Merupakan bintik-bintik hitam di sisi badan bermula dari tutup insang
hingga ke ekor.
2. Berfungsi membantu mengesan pergerakan objek lain .
3. Ia juga berfungsi sebagai organ deria telinga .



Insang
1. Menyenaraikan spesis ikan hiasan.
2. Oksigen diserap melalui insang dan seterusnya ke dalam badan ikan.


1.3 MENYENARAIKAN SPESIS IKAN HIASAN

Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan
jenis pemakanannya. Antaranya ialah :

Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain
dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz
besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor
ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah
ikan sebarau, oskar, dan ikan Arowana.
Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai
herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam
tumbuhan akuatik. Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb.
Ikan omnivor
Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput,
daging haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya
telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga,
Oskar, dan Cichlid.

1.4 J ENIS-J ENIS IKAN HIASAN
Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-
penggemar ikan hiasan. Berikut adalah slaid yang menunjukkan beberapa
spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh
dipelihara.
Spesis Ikan Hiasan
View more presentations or Upload your own.


1.5 MENYATAKAN SEBAB DAN TUJ UAN MEMELIHARA IKAN HIASAN
Ikan hiasan adalah ikan yang dipelihara di dalam bekas seperti akuarium kaca
atau kolam hiasan untuk mengindahkan ruang kediaman dan kawasan taman.
Memelihara ikan hiasan dapat memberi ketenangan dan boleh menghayati
alam akuatik semula jadi.

1.6 MENYATAKAN BEBERAPA CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN
Beberapa ciri istimewa pada ikan hiasan adalah seperti berikut:

Warna sisik badan dan sirip yang menarik.
Bentuk badan yang unik seperti pipih, panjang atau bulat.
Pergerakannya menarik iaitu aktif dan agresif.

Manja dan dapat mengenali tuannya.
Cara permakanannya yang mudah dan dapat menerima makanan
rumusan.


1.7 Memilih ikan hiasan untuk dipelihara.
Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikan kerana ikan
hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam
akuarium akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini
dipelihara di dalam akuarium yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan
akuatik hidup. Ikan hiasan juga boleh dipelihara di dalam kolam hiasan yang
diletakan di ruang kediaman atau kawasan taman. Jenis ikan hiasan yang sesuai
dipelihara di dalam akuarium adalah seperti berikut:


Bukan ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi kerana
ianya tidak dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan.
Jenis yang telah jinak dan dibiakan di dalam akuarium. Ikan ini
boleh dibeli dari kedai hiasan.
Mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk badannya.
Boleh bercampur dengan jenis ikan lain.
Tahan terhadap perubahan mutu air.
Tahan terhadap serangan penyakit.

Posted by aCeDa at 01:49 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
2.0 Penyediaan Bekas


2.1 MENGENAL DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK ATAU TIRUAN
Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di
dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman
akuarium.
Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap
bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisa
makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan
perkumuhan akan mendak ke dalam sunstrat di dasar akuarium dan
manjadi baja kepada tumbuhan akuatik.
Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses
fotosintesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses
pernafasan.
Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung
dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan
tempat berehat.
Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah
seperti berikut:
Alternanthera spp.
Bacopa spp.
Anubias spp.
Lobelia spp.
Sumatra fern spp.
Java fern spp.

Contoh tumbuhan akuatik

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi
keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida
yang mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup
subur dan kelihatan cantik sepanjang masa.


2.2 MEMILIH AKUARIUM /BEKAS DAN AKSESORI

1) PEMILIHAN BEKAS
Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu
seperti:

Jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan).
Jenis ikan hiasan.
Bilangan ikan hiasan.
Saiz ikan hiasan.
Saiz akuarium.
Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm 90 cm sesuai
digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana.
Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu
menggunakan saiz yang lebih besar.

contoh bekas/akuarium

2) MEMILIH AKSESORI
penyediaan aksesori adalah seperti berikut:

rak


akuarium


lampu

tumbuhan akuatik

filter

pam

kayu

termometer


2.3 MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM

Langkah 1
Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan
lebih kurang 28-30 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki dengan air paip.
Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah klorin air. Lapkan air yang tertumpah
di atas lantai untuk mengelakkan lantai menjadi licin.


Langkah 2
Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang seperti vallisneria sp.Ikan akar
tumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan akarnya ke dalam pasir.


Langkah 3
Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium untuk
mendapatkan pandangan landskap yang menarik.


Langkah 4
Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari
kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.


Langkah 5
Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh
dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kayu
perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukan ke dalam
akuarium.


Langkah 6
Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan
akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain
untuk menghasilkan satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan
selama seminggu sebelum memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja
menghias akuarium.

Kiri atas:Jenis-jenis pam dan penapis, Kiri bawah:Pemasangan penapis 'Under gravel
filter', Kanan atas:Masukkan hiasan dan aksesori, Kanan bawah:Masukkan air.

Di bawah ialah video cara-cara untuk menyediakan dan menghias akuarium.






2.4 MEMASUKKAN IKAN KE DALAM AKUARIUM


Langkah 1
letakkan plastik beg yang mengandungi ikan hiasan kedalam akuarium selaa 20
- 30 minit. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air didalam akuarium
dengan air didalam plastik beg.


Langkah 2
buka ikatan plastik beg dan biarkan ikan berenang keluar dengan sendirinya
bersama air ke dalam akuarium.


Langkah 3
setelah kesemua ikan keluar, keluarkan pastik beg tersebut.
Posted by aCeDa at 01:41 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
3.0 Pengurusan

3.1 MENGENAL DAN MEMILIH MAKANAN IKAN HIASAN
Makanan pelet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan hiasan yang
mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan
swordtail, Guppy atau Angle. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan
kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke bawah seperti ikan
orydoras atau Loach.

Makanan ikan hiasan di dalam akuarium

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau
makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain
bergantung kepada jenis ikan yang pelihara.
Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan
hiasan juga perlu disediakan disediakan berdasarkan sifat ikan yang di pelihara.
Kebanyakan ikan yang di pelihara di dalam akuarium pula telah lama
menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak
dipengaruhi oleh persekitaranya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja
makanan yang diberikan lebih-lebih lagi apabila ikan sedang kelaparan.

1) Makanan hidup
Makanan hidup adalah seperti plankton (organism halus yang terdapat di dalam
air), cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik dan lipas.

monia, daging atau hati yang dibekukan

2) Makanan basah
Makanan basah juga boleh diberikan kepada ikan hiasan: jenis makanan ini
kurang digunakan kerana ianya cepat mengotorkan air. Contoh makanan basah
adalah seperti isi kerang, hati lembu dan sayuran (salad atau bayam).

bloody worm

3) Makanan rumusan
Makanan rumusan adalah seperti pelet, emping, stik yang telah tersedia diproses
oleh kilang membuat makanan haiwan.

emping dan pelet

Untuk maklumat lanjut,KLIK DI SINI.

3.2 MENYATAKAN KEKERAPAN DAN MEMBERI MAKANAN IKAN HIASAN
Ikan hiasan diberi makan tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari, dan lewat petang.
Kadar pemberian makanan adalah setakat ianya mengenyangkan. Makanan
yang diberikan berlebihan akan mengotorkan air dan boleh mendatangkan kesan
buruk terhadap hidupan ikan.



3.3 MENGENALPASTI MUTU AIR AKUARIUM
1) pH air
pH air ialah kemasaman air. Diukurdari nilai 1 14. Nilai 1= paling masam atau
asidik. Nilai 14= paling alkali. pH air utk akuarium ialah 6.5 hingga 7.5. Kertas
litmus digunakan untuk menentukan nilai pH. Nilai pH air perlu dipastikan dari
semasa ke semasa bagi mengelakkannya terlalu asidik.
2) Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26C hingga 27C. Suhu yang
terlalu tinggi atau rendah menyebabkan ikan mati.
3) Bahan beracun
Ammonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air ternakan. Bahan ini terhasil
dari perkumuhan ikan yang dipelihara. Oleh kerana sistem tangki/akuarium
adalah sistem yang seimbang, keadaan ini tidak memberikan kesan kepada
kehidupan ikan . Kerana, ianya telah ditukan kepada bahan makanan dan baja
yang berguna kepada tumbuhan akuatik.



3.4 MENGENAL DAN MERAWAT SIMPTOM PENYAKIT IKAN HIASAN

KLIK DISINI

3.5 MENJ AGA TUMBUHAN AKUATIK DIDALAM AKUARIUM
1) Baja
baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran
tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cacair atau biji perlu ditambahkan dari
semasa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut
kaedah yang dicadangkan.

2) Cahaya
cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti
dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.



3.6 BEKALAN KARBON DIOKSIDA
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses
fotosintesis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk
pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan
melalui gas karbon dioksida yang khusus yang ada dijual di kedai akuarium.
Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas
karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui penafasan ikan yang
dipelihara di dalam akuarium.

You might also like