Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

o Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan

oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun


1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat.

o Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa
teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud
tidak mendalam dan adalah satu bentuk
pemulihan yang tidak saintifik.


o Pada awal tahun 1955, beliau telah
menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan,
fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai
teori emosi-rasional (RET).

o Ellis telah menjalankan kajian secara klasikal
berasaskan psikoterapi.

o Hipotesis RET menunjukkan bahawa emosi
berpunca daripada kepercayaan, penilaian,
interpretasi dan tindakan daripada situasi
kehidupan.

o Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien
mempelajari kemahiran yang akan digunakan
untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang
telah tertanam lama di dalam diri seseorang.




o Teori ini lebih bersifat pendidikan
daripada perubatan yang direka dalam
keadaan di mana kaunselornya aktif
terarah dengan tepat dan mengajar.

o RET mementingkan tiga aspek utama iaitu
kognitif, emosi dan aspek tingkah laku.

o Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran,
penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat
keputusan.

o Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau
mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada
pemikiran daripada kepercayaan yang tidak
rasional.

Terapi ini yakin bahawa setiap individu
mempunyai sistem kepercayaan yang
tidak rasional.

Kepercayaan ini perlu diperbetulkan
supaya dapat mewujudkan sistem
kepercayaan yang baik dan rasional.
Terapi ini dianggap sebagai satu proses
pembelajaran kerana kadang-kala
kaunselor bertindak sebagai seorang
guru memberi tugasan kepada pelajar
iaitu klien dalam konteks terapi ini.

Konsep ABCDE telah dinyatakan oleh Ellis:

A ialah penggerak pengalaman atau peristiwa,
faktor sikap atau tingkah laku yang dialami oleh
seseorang.
B adalah sistem kepercayaan yang dianuti oleh
seseorang.
C ialah akibat iaitu hasil daripada penilaian oleh B
ke atas A dan ditafsirkannya.

D adalah kaedah-kaedah untuk berhujah,
mengajar, mencabar dan memperbetulkan
sistem kepercayaan yang tidak rasional
yang menyebabkan individu itu mengalami
suatu reaksi emosi yang tidak rasional.

E ialah menjadi normal dan mempunyai
sistem kepercayaan dan penilaian yang
rasional dan positif.

o Bagi Ellis, terapis dan klien perlu bekerjasama
untuk mencabar kepercayaan tidak rasional yang
mengakibatkan gangguan emosional.

o Gangguan emosi ini menyebabkan wujudnya
kebimbangan dan kemurungan dalam diri
seseorang.
o Keadaan ini akan mengakibatkan individu itu akan
kekal berpegang dengan kepercayaan yang tidak
rasional itu.

o Kepercayaan inilah yang perlu dibantu oleh
kaunselor agar klien tersebut dapat
merasionalkan dirinya dalam menghapuskan
fahaman-fahaman dan kepercayaan yang tidak
rasional yang ada pada dirinya.

APLIKASI REBT
Bersifat multimodal dan intergrative:
Gunakan pelbagai teknik melibatkan
aspek kognitif, afektif dan tingkah laku
yang dipadankan dengan keperluan
klien.
Kaunselor perlulah berperanan:
Menunjukkan dan membuktikan kepada klien
bahawa sistem kepercayaan klien itu tidak
rasional.
Membawa klien ke satu tahap kesedaran
bahawa masalah klien yang sebenarnya
adalah berpunca dari diri klien.
Membantu klien agar dapat memodifikasikan
pemikiran-pemikirannya dan meninggalkan
sistem kepercayaan yang tidak rasional
tersebut.
Contoh Idea Rasional:
IDEA-IDEA TIDAK RASIONAL IDEA-IDEA RASIONAL
- Adalah perlu saya untuk
digemari dan disayangi oleh
setiap orang.
- Kita tidak perlu mendapat kasih sayang
daripada setiap orang yang dekat
dengan kita. Kita boleh menumpukan
pada amalan kasih sayang. Bagi setiap
hasil kerja, tidak perlu bagi kita untuk
mendapatkan pujian setiap masa.
- Tingkah laku yang salah
mesti dikenakan hukuman
berat.
- Pesalah-pesalah tidak semestinya
dihukum dengan berat. Sebaliknya
mungkin mereka tidak mengetahui
tentang hal itu atau emosinya yang
tidak stabil.
- Adalah lebih senang untuk
mengelakkan daripada
menghadapi masalah-
masalah.
- Satu-satu cara menyelesaikan
masalah adalah dengan
menghadapinya.
TEKNIK KAUNSELING
TEKNIK KOGNITIF
TEKNIK EMOTIF
TEKNIK BEHAVIORAL
TEKNIK KOGNITIF
Antara teknik-teknik yang biasa digunakan
termasuk:
Menstruktur semula pemikiran dan kepercayaan
tidak rasional melalui penggunaan akronim A-B-
C-D-E.
Mendefinisi semula situasi negatif supaya
menjadi lebih positif.
Menkonseptualisasi masalah menjadi holistik dan
menyeluruh berbanding dengan bahagian-
bahagian kecil yang terpisah.
Singka
-tan
Perihalan Contoh / Keterangan
A Peristiwa pencetus Saya telah gagal ujian Sains.
B Penilaian terhadap peristiwa
tadi
Terdapat 2 cara:
I. Tidak rasional
II. Rasional
B: Penilaian tidak rasional
Saya telah gagal ujian Sains. Oleh itu,
saya adalah seorang yang gagal dalam
kehidupan saya
B: Penilaian rasional
saya telah gagal ujian Sains. Saya berasa
kecewa, mulai hari ini saya akan bersedia
untuk menghadapi ujian yang berikut.
C Konsekuen / perasaan akibat
penilaian tadi
Penilaian B: Anda akan berasa sedih dan
putus asa.
Penilaian B: Anda akan vuba mengatasi
perasaan kecewa dan cuba tumpukan
perhatian kepada ulang kaji.
D Usaha anda mengatasi
penilaian tidak rasional
Guru bimbingan dan kaunseling akan
membantu anda untuk melawan
penilaian tidak rasional.
E Jawapan yang dijana bagi
melawan pemikiran tidak
rasional.
Pemikiran tidak rasional diubah menjadi
rasional.
TEKNIK EMOTIF
Berfokuskan domain afektif /emosi klien. Antara
teknik yang disyorkan termasuk:
Unsur kecindan membantu klien untuk melihat
situasi mereka dalam perspektif dan tidak
memandang rendah terhadap diri sendiri.
Imageri membimbing klien untuk membentuk pola-
pola emosi yang positif. Contoh: menggambarkan
bagaimana mengatasi ketakutan atau fobia
Latihan menyerang perasaan malu / segan
membantu klien untuk tidak terlalu mempeduli
persepsi orang lain terhadap mereka.

TEKNIK BEHAVIORAL
Antara teknik-teknik yang biasa digunakan
termasuk:
Teknik operan (peneguhan dan denda) seperti
latihan asertif dan latihan pembentukan.
Latihan asertif ialah latihan keterampilan-sosial yang
diberikan pada individu yang diganggu kecemasan,
tidak mampu mempertahankan hak-haknya, terlalu
lemah, membiarkan orang lain merongrong dirinya,
tidak mampu mengekspresikan amarahnya dengan
benar dan cepat tersinggung (lutfifauzan).
Teknik meningkatkan keyakianan diri.

Teknik klasikal seperti desensitasi
bersistematik
Pengurusan kendiri termasuk pemantauan
kendiri
Tugasan kerja rumah membantu klien cuba
dan amalkan apa yang dipelajari dalam sesi
kaunseling dalam aktiviti seharian masing-
masing

You might also like