Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Konsep Dao / Tao

Konsep Dao mempunyai pelbagai maksud, tetapi maksud terawal ialah jalan
atau lorong yang memandu manusia kearah kebaikan.
Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, dao digunakan untuk menunjukkan
suatu kelakuan atau tabiat samaada tabiat baik ataupun buruk.
Selepas kedatangan Konfusius, orang yang mengikut fahaman Daoisme (berasal
dari perkataan dao) menggunakan konsep dao dengan suatu maksud metafizik
yang merujuk kepada kesuluruhan alam semesta.
Daoisme adalah falsafah yang dihasilkan oleh Lao Tzu di dalam bukunya The
Way and Virtue.
Konsep Dao ini diibaratkan sebagai ibu yang melahirkan dan memupuk makhluk
sejagat (wanwu), dan pada akhirnya semua makhluk akan kembali kepada Dao.
Menurut fahaman Daoisme, Dao ialah punca pertama yang meluas dan telah
wujud sebelum benda lain wujud seperti Tien (Langit) dan Di (Bumi) juga berasal
dan muncul dari Dao.
Ajaran Lao Tzu bertentangan dengan Konfusius yang mana ajaran Konfusius
banyak membicarakan persoalan alam realiti. Konfusius menggunakan konsep
Dao sebagai suatu konsep moral yang mesti dipatuhi oleh individu.
Dao menurut fahaman Konfisius merujuk juga kepada satu corak atau jenis
pentadbiran yang dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat dengan
cara yang paling baik. Jadi Dao adalah cara hidup dan cara tindakan bagi
seseorang individu dan juga sesebuah kerajaan.
Dao merupakan tatatertib etika atau suatu set peraturan moral, maka ia harus
melibatkan dua perkara iaitu :

i. Proses memahami prinsip-prinsip etika yang terlibat.
ii. Proses melaksanakan atau mengaplikasikan prinsip-prinsip tersebut
dalam kehidupan seharian dan dalam perjalanan pentadbiran
kerajaan.
Kesimpulan

Kesimpulannya, China mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan agak unik jika
dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain di Asia. Ini memandangkan tamadun
China telah maju dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang sains dan
teknologi. Negara China seharusnya dijadikan contoh kepada negara-negara lain di
Asia terutamanya kepada negara Islam. Ini dapat dilihat daripada sabda Nabi
Muhammad s.a.w yang berbunyi tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China.

You might also like