Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Model Pengurusan Kelompok Kounin

Diasaskan oleh Jacob Kounin(1971).


Menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah.
Guru perlu mempunyai withitness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu
aktiviti bilik darjah dalam satu masa.
kebolehan guru melakukan dua tindakan pada satu masa digelar pertindanan.(overlapping)

Contoh: dalam gerak kerja berkumpulan, guru ini Berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua
kumpulan kecil walaupun ketika itu dia sedang mengajar satu kumpulan yang tertentu.
Kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tindakan guru terhadap seseorang
murid yang melakukan salah laku. kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat
tindakan dengan jelas, tegas dan serius.
Kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik. guru harus
elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkara-perkara yang tidak perlu dan melakukan
fragmentasi
Fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan pelajaran itu dapat
dijalankan secara menyeluruh.
Momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam
aktiviti p&p
Momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan lancar,
melakukan peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan
menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan.

Model Pengurusan Kelompok Kounin.
Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah iaitu Jacob
Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management merupakan karya beliau mengenai
pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal dengan Konsep Riak - apabila seorang murid akur
kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama. Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori berkaitan
disiplin dan pengurusan kumpulan manakala matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan disiplin
dapat dicapai (seiring). Terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin.
Perkara-perkara tersebut ialah:
1) Bertindih (overlapping) : Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau lebih aktiviti
individu atau kumpulan pada masa yang sama.
2) Merangkumi semua (withitness): Ia merujuk kepada kebolehan guru membetulkan tingkah laku
buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak boleh dikawal.
3) Momentum (momentum) : Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan
yang sesuai sepanjang masa pelajaran.
4) Kelancaran (smoothness) : Cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan.
5) Fokus kumpulan (group focus) : Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain daripada respons
seorang murid sedang diberikan.
6) Menggalakkan akauntibiliti :Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa
penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir.
Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah seperti berikut:
* Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku rakan
sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagai kesan riak (ripple effect).
* Guru harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam setiap masa.
Kesedaran ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah yang dicipta oleh Kounin.
* Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti dan mengekalkan momentum
yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan dengan berkesan.
* Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap individu
mempunyai akauntibiliti dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran optimal berlaku.
* Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan,
menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam bilik darjah.

You might also like