Bab 1

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KEDUDUKAN

Rujukan Grid
1. Kedudukan sesuatu tempat pada peta topografi
ditentukan dengan menggunakan garisan grid.

2. Garisan grid yang dilukis secara mendatar dan
dinomborkan dari dari selatan ke utara dinamakan
Garisan Utaraan. Manakala garisan grid yang
dilukis secara menegak dan dinomborkan dari barat
ke timur dinamakan Garisan Timuran.

3. Kedudukan di sesuatu tempat di atas peta topografi
ditentukan dengan menggunakan ruiukan grid, iaitu
titik persilangan antara Garisan Timuran dengan
Garisan Utaraan.
Terdapat dua jenis rujukan grid, iaitu:
(a)Rujukan Grid 4 angka
untuk menentukan kedudukan sesuatu kawasan yang
luas dalam sesuatu segi empat grid. Rujukan Grid 4
angka ditunjukkan melalui persilangan antara Garisan
Timuran dengan Garisan Utaraan di penjuru barat daya
segi empat grid berkenaan. Lihat Rajah (a), KS. Pdg.
Embun terletak di RG 1245.








(b) Rujukan Grid 6 angka
untuk menentukan kedudukan sesuatu ciri geografi
yang lebih kecil dengan lebih tepat. Untuk itu, segi
empat grid berkenaan perlu dibahagikan kepada 10
bahagian yang sekata. Lihat Rajah (b), kuil terletak di
RG 154457 Rajah (b) kuil terletak di RG154457


Ketinggian
Ketinggian sesuatu tempat dapat dinyatakan dengan menggunakan pelbagai
kaedah seperti warna, simbol, dan garisan.

Warna
(a) Warna biasanya digunakan pada peta atlas.
(b) Warna yang berbeza digunakan bagi menunjukkan perbezaan ketinggian.
(c) Ton warna juga digunakan bagi menunjukkan ketinggian. Ton yang gelap
mewakili kawasan tanah tinggi dan semakin cerah bagi kawasan rendah.
Garisan kontur
(a) Kontur adalah kaedah yang lebih tepat bagi
menentukan ketinggian.

(b) Kontur ialah garisan-garisan yang dilukis pada peta
topografi dengan menyambungkan titik titik yang sama
ketinggian dari aras laut.

(c) Selang kontur merujuk kepada jarak antara dua
garisan kontur yang terdekat. Selang kontur
dalam sesebuah peta topografi adalah sama. Contohnya
15 m, 50 m, atau'100 m.

You might also like