Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

Nama Tempatan : Mas Cotek

Nama Saintifik : Ficus Deltoidea


Famili : Moraceae
Lokasi Dijumpai : Menumpang atas pokok lain

Keterangan :
Mas cotek atau nama saintifiknya ficus deltoidea dari famili
moraceae adalah sejenis tumbuhan yang menumpang diatas pokok
lain(epifit). tapi ia juga boleh hidup diatas tanah seperti tumbuhan
lain juga.Ia juga dikenali dengan nama telinga beruk, mas secotek
dan serapat angin.Pokok ni ada pokok jantan dan pokok
betinanya.Jantina pokok ini dibezakan oleh saiz daunnya, daun
yang lebih besar menunjukkan pokok betina.selalunya ia tumbuh
pada ketinggian lebih kurang 20 kaki dari permukaan bumi(atas
pokok lain).
Kegunaan:
berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan
urat
digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal
dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas
bersalin.
digunakan untuk mengubat paru-paru berair
buahnya juga boleh dimakan untuk menyihatkan badan

Nama Tempatan : Lidah Buaya
Nama Saintifik : Aloe Vera linn
Famili : Liliaceae
Lokasi Dijumpai : Seluruh Dunia
Keterangan :
Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera
Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert,plant of
immortality dan tumbuhan berubat. Nama aloe berasal dari
perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500
sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe
vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman
dan serangan parasit. Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia
dan pada semua iklim.
Kegunaan:
digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh
membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah,
juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi
kencing dan hati
digunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau
bangkat
boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit
muka
digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut
Nama Tempatan : Pandan Wangi
Nama Saintifik : Pandanus Odorus
Famili : Pandanaceae
Lokasi Dijumpai : Ditanam Sekitar Rumah

Keterangan :
Terdapat beberapa spesies dalam famili pandanacea
antaranya ialah pandan wangi atau daun pandan yang digunakan
dengan meluas dalam kebanyakan masakan melayu
tradisional.Pandan wangi ialah sejenis tumbuhan berumpun dan
boleh mencapai ketinggian antara 1 hingga 2 meter. Batangnya
sebelum muncul daun disokong oleh akar yang timbul dari
permukaan tanah. Daunnya licin dan berkilat mempunyai panjang
sekira 50 cm.Pandan menyukai medium yang agak lembab dan
selalunya tumbuh subur dikawasan yang agak berai
Kegunaan:
digunakan untuk menurunkan darah tinggi
digunakan untuk mematikan kuman dalam darah
digunakan untuk melicinkan kulit
digunakan untuk menyembuhkan sakit pada pangkal peha,
sakit tulang atau kejang urat
digunakan untuk menyembuhkan gejala payudara bengkak
dan nyeri


Nama Tempatan : Halia
Nama Saintifik : Zingiber Officinale
Famili : Zingiberaceae
Lokasi Dijumpai : Seluruh Dunia


Keterangan :
Tumbuhan herba yang paling mudah ditemui. Kebanyakan
masakan melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah
untuk mewangikan masakan , juga untuk menghilangkan bau
sesetengah daging seperti daging kambing dan spesies ikan yang
berbau hanyir. Halia adalah tumbuhan dari famili Zingiberaceae.
Halia mudah membiak dengan cara pecahan rizom dan mudah
tumbuh dengan subur dikawasan tanah yang mempunyai
kelembapan yang tinggi dan mendapat sinar matahari yang cukup.

Kegunaan:
digunakan untuk merawat penyakit angin dalam
badan,muntah-muntah,cirit-birit,sakit perut,
rheumatik,melancarkan pengaliran darah, menghangatkan
badan dan membantu penghadaman makanan
boleh merawat mati pucuk(impoten),keracunan oleh
udang,sakit pinggang dan sakit kepala
Nama Tempatan : Serai
Nama Saintifik : Cymbopogon nardus
Famili : Graminae
Lokasi Dijumpai : Tanaman Kebun


Keterangan :
Di Malaysia serai merupakan tanaman yang paling mudah
dijumpai di tanam dihalaman rumah kerana pelbagai
kegunaannya dalam masakan melayu dan indonesia.Ia merupakan
sejenis tanaman dari keluarga rumput yang mempunyai aroma
yang kuat dan wangi.Serai tumbuh dalam sat rumpun yang lebat.
Ia membiak dengan pecahan rizom dengan kadar pertumbuhan
yang cepat.

Kegunaan:
digunakan untuk tuaman yang bertungku pada kawasan urat
saraf yang lemah,penyakit bisa otot-otot,sendi,mengecutkan
rahim yang bengkak,memecahkan lendir,darah dan angina
merawat kesihatan sistem dalaman badan.
digunakan sebagai pewangi untuk kosmetik ,syampu dan
sabun
Nama Tempatan : Kari
Nama Saintifik : Murraya Koenigii
Famili : Rutaceae
Lokasi Dijumpai : Sekitar Rumah

Keterangan :
Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai
ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.Ia biasa ditanam dihalaman
rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan
terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang
kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak
kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan
dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam,
chutney , murukku dan sebagainya lagi.
Kegunaan:
digunakan untuk menguatkan perut dan meningkatkan
keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman
digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening
terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan
dapat mencegah uban
digunakan untuk merawat lebam dan bengkak
Nama Tempatan : Kunyit
Nama Saintifik : Curcuma Longa
Famili : Zingerberaceae
Lokasi Dijumpai : Sekitar Rumah

Keterangan :
Kunyit ialah sejenis tumbuhan herba yang memainkan
peranan penting dalam masakan masyarakat Asia.Ia sejenis
tumbuhan berumpun dengan daun selari yang lebar dan membiak
melalui pecahan rizom. Kunyti menyukai tempat lembab dan
mendapat sinaran matahari yang mencukupi. Isi kunyit selalunya
terdiri dari ibu kunyit yang dikelilingi oleh cabang-cabang.

Kegunaan:
digunakan untuk mengubat tekanan darah tinggi,demam
kuning,cirit-birit,meningkatkan selera makan,mengubat sakit
perut, sembelit, kening berdarah,radang ginjal dan
menyegarkan badan
digunakan sebagai bahan ubatan dalam kosmetik keluaran
tempatan
dijadikan rawatan selepas bersalin

Nama Tempatan : Lengkuas
Nama Saintifik : Alpinia Galanga stuntz
Famili : Zingiberaceae
Lokasi Dijumpai : Sekitar Rumah

Keterangan :
Lengkuas merupakan tanaman rempah
yang biasa ditemui ditanam di sekitar rumah. Ia
merupakan tumbuhan yang berizom dan
berumpun.Ia boleh mencaai ketinggian hingga
2.5 metet.Lengkuas boleh tumbuhan di kawasan
dataran rendah hingga ke kawasan tanah tinggi sekitar 1200
meter dari paras laut.Ia membiak melalui rizomnya.

Kegunaan:
menambahkan selera makan,membersihkan darah,
mencairkan kahak, merangsang otot dan mempunyai ciri-ciri
afrodisiak
digunakan untuk merawat penyakit limpa bengkak
dapat meningkatkan tenaga batin dan merawat rheumatik
Nama Tempatan : Ati Ati
Nama Saintifik : Coleus Blumei
Famili : Labiatae
Lokasi Dijumpai : Hiasan Rumah

Keterangan :
Pokok ati-ati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu
dan hijau serta campuran merah jambu dan hijau. pokok ini
banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.

Kegunaan:
Digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang
dewasa. Caranya ialah dengan cara menumbuk beberapa
helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian tapis
airnya untuk diminum dua kali sehari
Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil
beberapa helai daun ati-ati yang berwarna hijau dan secubit
kapur sirih. Ramas(upar) daun bersama kapur sirih hingga
hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum
tidur


Nama Tempatan : Jambu batu
Nama Saintifik : Psidium Guajava Linn
Famili : Myrtaceae
Lokasi Dijumpai : Tumbuhan Tempatan

Keterangan :
Jambu batu merupakan pokok yang berstruktur rendang dan
mempunyai cabang yang banyak. Daun jambu batu berbentuk
bujur , berukuran lebih kurang 12 X 6.5 cm.Daunnya mempunyai
urat yang ketara. Bunga jambu batu berwarna putih. Buahnya pula
mempunyai kulit buah yang berwarna hijau hingga hijau
kekuningan( bergantung kepada klonnya). Bentuk buahnya juga
berbentuk dari bulat hingga ke bentuk seperti buah pear.

Kegunaan:
selain daripada kaya dengan vitamin dan mineral ia juga
merupakan buah yang berkesan menurunkan paras kolestrol
dalam darah
Satu kajian menunjukkan pengambilan jambu batu setiap
hari mampu menurunkan 18 % kolestrol setelah diambil
selama seminggu
Daun jambu batu dari segi perubatan juga dijadikan ubat
untuk merawat cirit-birit dan parut jerawat,
Nama Tempatan : Mengkudu
Nama Saintifik : Morinda Citrifolia
Famili : Rubiaceae
Lokasi Dijumpai : Tumbuhan Liar

Keterangan :
Mengkudu atau lebih dikenali sebagai noni merupakan sejenis
tumbuhan yang biasa di jumpai dikawasan tropika. Mengkudu,
secara amnya boleh dikategorikan kepada dua jenis yang biasa
dilihat iaitu mengkudu kecil dan mengkudu besar. Ia juga boleh
dikategorikan kepada berbiji dan tidak berbiji namun yang tidak
berbiji agak sukar ditemui.Di barat mengkudu dipanggil queen of
morinda, ia juga di panggil cheese fruit kerana baunya yang
menyerupai bau keju setelah masak. Ada yang mengatakan bau
buah mengkudu masak menyerupai bau muntah.
Kegunaan:
digunakan dalam perang dunia kedua oleh tentera yang
berada di kepulauan Polenisia untuk mengelakkan keletihan
dan menguatkan badan
sebagai 'pain killer tree' dan ia digunakan untuk meredakan
kesakitan akibat demam, bengkak dan terseliuh.
dijadikan penawar untuk gangguan semasa kencing (kencing
tidak lawas), senggugut dan pendarahan

Nama Tempatan : Sirih
Nama Saintifik : Piper Betle L
Famili : Piperaceae
Lokasi Dijumpai : Tumbuhan Laman

Keterangan :
Sirih adalah tumbuhan yang
mempunyai nilai yang tinggi dalam
masyarakat melayu dan juga masysrakat
india. Ia merupakan sejenis tumbuhan
memanjat (boleh mencapai ketinggian
10-15 kaki) yang boleh membiak melalui
keratan batang dan anak yang akan
tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah.

Kegunaan:
digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti
keputihan, nafas berbau ,badan berbau, batuk, radang selaput
lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar,
kemurungan, demam selepas bersalin, air susu terlampau
banyak dan sariawan


Nama Tempatan : Pegaga
Nama Saintifik : Centella Asiatica
Famili : Apiaceae
Lokasi Dijumpai : Tanaman Ulam

Keterangan :
Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle
asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan
menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada
asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan
kerana daunnya yang wangiIia dikatakan berasal dari India tetapi
begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia
mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan
bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak
Kegunaan:
dapat mengambalikan kesihatan diri dan dapat menolong
mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan,
meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal
dan mental
dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah
nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan
dari bahan toksid
Nama Tempatan : Misai Kucing
Nama Saintifik : Orthosiphon Aristatus
Famili : Lamiaceae
Lokasi Dijumpai : Tumbuhan Taman

Keterangan :
Tumbuhan dari klasifikasi liar ini mula banyak ditanam dan
popular sebagai tumbuhan taman kerana bunganya yang
cantik.tumbuhan ini mudah membiak melalui keratan batang dan
memerlukan medium yang agak lembab untuk hidup dengan subur.
Misai kucing ialah heba bukan semusim dan ia boleh hidup lama.Ia
kaya dengan kalium. Tumbuhan ini mula menarik perhatian para
pengkaji antarabangsa apabila ia mula diperkenalkan sebagai teh
dieropah pada awal kurun ke20.
Kegunaan:
dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang
berlebihan
dapat membantu tubuh kita mengeluarkan bendalir
berlebihan terutamanya dari sendi
mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk
menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa
pembuangan air kencing
dapat merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik
dan penyakit batu karang
akarnya tidak digunakan kerana mempunyai kimia
Nama Tempatan : Telinga Kera
Nama Saintifik : Tradescantia Albiflora
Famili : Shrubs
Lokasi Dijumpai : Tanaman Hiasan

Keterangan :
Pokok telinga kera dari jenis
shrubs yang menjalar dan melata.
Akan lebih cantik jika digantung.
Daunnya akan jatuh berjurai-jurai
ke bawah. Memang cantik.
Pokoknya pulak senang hidup dan mudah membiak.

Kegunaan:
Sesuai untuk merawat masalah buat pinggang yang belum
kronik (sebelum peringkat dialysis).
cara nak buat rebusan tersebut adalah seperti di bawah ini:
20 helai daun telinga kera
10 biji red dates
1.5 liter air
Rebus hingga mendidih. Tapis dan minum sebagai air
minuman biasa

Nama Tempatan : Limau Purut
Nama Saintifik : Citrus Hystrix
Famili : Rutaceae
Lokasi Dijumpai : Rempah

Keterangan :
Limau purut atau dalam bahasa saintifiknya dikenali "Citrus
hystrix" adalah sejenis limau yang berbau wangi yang banyak
digunakan dalam kaedah rawatan tradisional dan sebagai
tumbuhan yang mujarab untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Malah, siapa tahu, daun limau purut juga turut digunakan dalam
pembuatan ubat-ubatan moden.
Kegunaan:
Limau purut juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan
juga bahan untuk mandi wap.
Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah
kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci
rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.
Limau purut juga boleh merawat luka, lebam dan gigitan
serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.
Dengan memasukkan pati minyak limau purut dalam
mandian dapat menghilangkan bau badan serta
melembutkan kulit

Cuba Cari Caya!!
1. Selain dari dapat mencuci rambut dan mulut saya juga dapat
membunuh pacat. Siapakah saya?

2. Saya berasal dari famili moraceae. Siapakah saya?


3. Saya dapat merawat penyakit buah pinggang yang belum
kronik. Siapakah saya?

4. Apabila anda batuk, gunalah saya sebagai penawar. Siapakah
saya?


5. Saya boleh digunakan untuk merawat cirit birit dan
menghilangkan parut jerawat. Siapakah saya?

6. Saya digunakan untuk membuang angin di dalam badan.
Siapakah saya?


7. Saya adalah pokok yang memanjat dan membiak dengan
kaedah keratan batang. Siapakah saya?

8. Anda beruban? Gunalah saya!! Siapakah saya?

9. Semua anggota saya berkhasiat kecuali akar. Siapakah saya?

You might also like