Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun (SJH 1106)

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 44

SEJARAH ASIA TENGGARA SEHINGGA

PENDUDUKAN JEPUN
(SJH 1106)
Ahli Kumpulan :
Ang Yong Kiang
Low Jian Hao
Tan Lay Ching
Ng Hui Ling
Tutorial M5 :
Membincangkan campur tangan
kuasa-kuasa asing di Asia Tenggara
Faktor-faktor
Campur
Tangan
Kuasa Barat
Faktor
Ekonomi
Faktor
Politik
Faktor
Agama
Faktor
Perhubungan
dan
Teknologi
FAKTOR EKONOMI
Kemunculan dan perkembangan
Revolusi Perindustrian di Eropah
memaksa Barat mencari, meneroka dan
menguasai kawasan atau negara di rantau
ini yang mempunyai hasil bumi atau bahan
mentah yang banyak untuk dibekalkan
kepada perusahaan kilang.
Tempat bagi memasarkan hasil dan
barangan yang dikeluarkan daripada
perusahaan serta industri perkilangan
mereka.
Bijih timah
- menghasilkan tin bagi menyimpan makanan dan
minuman
- membuat enjin kereta.
Perusahaan dan perlombongan bijih timah di Cornwall
England mulai merosot dan keadaan ini memaksa kuasa
barat mencari kawasan bijih timah yang baharu terutama
di Asia Tenggara.
Getah
- menghasilkan tayar kereta, sarung tangan dan peralatan
perubatan.
Kewujudan perusahaan baharu di Eropah seperti
perusahaan kuasa elektrik juga memerlukan getah asli
kerana sesuai untuk dijadikan penyalut dawai elektrik.
Perusahaan automobil yang kemudiannya muncul
dengan ciptaan tayar angin getah serta tayar tiruan
menambahkan lagi keperluan dan permintaan terhadap
getah.

Kuasa-kuasa Barat seperti Britain, Perancis,
Belanda, Sepanyol, Amerika Syarikat atau
Jerman bersaing sesama mereka untuk
menguasai kawasan atau negara yang kaya
dengan hasil bumi dan bahan mentah.
Antara negara atau kawasan yang menjadi
sasaran kuasa-kuasa besar ini ialah rantau
Asia Tenggara kerana mempunyai hasil bumi
atau bahan mentah yang banyak dan
bilangan penduduk yang ramai.
Bilangan penduduk yang ramai ini dapat
membekalkan tenaga buruh yang banyak
dan membantu kuasa-kuasa Barat untuk
mengeksploitasi serta menghasilkan keluaran
bahan mentah dalam kadar yang paling
maksimum.

FAKTOR POLITIK
Kemunculan Zaman Imperialisme Barat dan
imperialisme ini bererti kecenderungan dan
kegiatan sesebuah masyarakat atau negara
meluaskan penguasaannya terhadap
masyarakat atau negara lain terutama bagi
menonjolkan sifat-sifat hegomoni
(keunggulan) oleh sesuatu bangsa ke atas
bangsa lain.
Kuasa-kuasa Barat sentiasa bersaing dan
berlumba-lumba antara satu sama lain untuk
meluaskan empayar masing-masing dan
untuk menakluki tanah jajahan bagi dijadikan
koloni mereka.
Pandangan Barat menyatakan bahawa mana-
mana kuasa besar yang mempunyai tanah jajahan
yang banyak atau luas akan disanjung tinggi dan
dihormati.
Slogan beban orang putih yang sering digunakan
oleh British dan Belanda bagi mendapatkan tanah
jajahan dan meluaskan kuasa mereka merupakan
satu slogan yang mampu menaikkan semangat
dan usaha mereka ke arah mencapai hasrat
tersebut serta mereka sering mendakwa bahawa
mereka merupakan masyarakat yang bertamadun
dan jauh lebih maju.
British dan Belanda turut beranggapan bahawa
telah menjadi tanggungjawab mereka untuk
memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang
makmur dan sejahtera.

FAKTOR AGAMA
kemasukan agama Kristian ke negara-negara yang dijajah oleh
kuasa-kuasa besar ini.
Penguasaan Perancis ke atas Myammar dan Belanda ke atas
wilayah-wilayah di Indonesia turut memaparkan peranan
mubaligh-mubaligh Kristian menyebarkan agama ini
sehinggakan berlaku penentangan hebat dalam kalangan
penduduk tempatan dan pemerintah atau raja.
Di Vietnam, kerajaan di bawah pemerintahan Maharaja Minh
Mang, Maharaja Thieu Tri dan Maharaja Tu Duc telah
mengamalkan dasar anti-Kristian dengan menghalau keluar
mubaligh Kristian, membunuh rakyat tempatan yang memeluk
agama Kristian, petempatan dan harta benda mereka dibakar
serta tanah mereka dirampas. Sesiapa yang melindungi paderi
akan dibunuh.
Kerajaan Vietnam turut mengeluarkan
undang-undang melarang kemasukan
mubaligh-mubaligh Kristian dan
memusnahkan gereja-gereja.
Situasi ini menyebabkan Raja Perancis,
Napoleon III menyerang dan menakluki
Vietnam dan akhirnya, Tourane, Saigon dan
Vietnam Selatan jatuh ke tangan Perancis.
Faktor agama terutama penindasan dan
pembunuhan ke atas penganut dan mubaligh
Kristian menjadi salah satu punca mengapa
penjajahan dan perluasan kuasa Barat ke atas
negeri-negeri di rantau Asia berlaku.

Faktor Perhubungan dan Teknologi
Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan
perhubungan meningkatkan lagi keinginan kuasa-kuasa
Barat untuk mempercepatkan dasar imperialisme.
Hal ini terbukti apabila pada tahun 1869, Terusan Suez
telah dibuka --- jarak antara Barat dengan Timur dapat
dipendekkan dan dipercepatkan serta masa perjalanan
dapat dikurangkan.
British merupakan kuasa besar yang sangat berminat
untuk menguasai terusan ini memandangkan
sebilangan besar kapal-kapalnya menggunakan terusan
ini untuk belayar dan berniaga di Asia Tenggara, India
dan China.
Faktor pembukaan Terusan Suez ini turut membantu
kuasa-kuasa Barat mengurangkan kos perbelanjaan
dalam sektor perhubungan dan pengangkutan.
Perkembangan perhubungan laut dan penghasilan
kapal laut berkuasa wap mendorong dan
mempercepatkan imperialisme Barat ke Asia Tenggara.
Kapal-kapal berkuasa wap ini mampu bergerak dengan
lebih pantas, boleh membawa lebih banyak muatan
terutama bahan-bahan mentah dan perjalanannya lebih
selamat.
Telegraf yang berjaya mempercepat urusan perniagaan
tercipta kerana peniaga-peniaga Eropah dapat
menghubungai ejen-ejen mereka di kawasan lain
dengan cepat.
Cara Kuasa
Barat
Campur
tangan
Melalui peperangan
(Myammar, Vietnam,
Indonesia, Filipina,
China)
Melalui perjanjian
(perjanjian yang tidak
melibatkan peperangan
dan perjanjian setelah
berlaku peperangan)
Melalui pengilhakan
(dilakukan secara
kekerasan seperti ugutan
ada kalanya
menyebabkan
tercetusnya peperangan)
CAMPUR TANGAN
PERANCIS DI INDOCHINA
Vietnam
Kemboja
Laos
Vietnam
Campur tangan kuasa Barat di Vietnam
terutama Perancis adalah dengan
menggunakan isu agama --- selepas
kemangkatan Maharaja Gia Long, penggantinya
yang juga puteranya, iaitu Maharaja Minh Mang
bersikap anti-Barat dan anti-Kristian.
Semasa pemerintahan Maharaja Gia Long,
baginda telah menjalinkan hubungan yang baik
dengan Perancis dan menerima kemasukan
agama Kristian ke Vietnam.
Maharaja Minh Mang yang mengamalkan sikap
anti-Kristian beranggapan bahawa kedatangan
orang Barat dan agama Kristian telah menjadi
punca kepada kerenggangan hubungan antara
masyarakat Vietnam.
Tindakan sebagai tanda menentang dan
memprotes agama Kristian di Vietnam dimulakan
dengan tindakan tegas dan bersikap kejam
terhadap penganut dan mubaligh Kristian.
Menggubal undang-undang yang melarang
mubaligh Kristian masuk ke Vietnam.
Semua mubaligh dan pendakwah agama Kristian
ditangkap
Sesiapa yang menganut agama Kristian dihukum
bunuh
Gereja penganut agama Kristian dimusnahkan.
Baginda juga melucutkan jawatan pegawai
Perancis di Vietnam dan mengetatkan hubungan
luar dengan Barat.
Maharaja Thien Tri dan Maharaja Tu Duc telah
meneruskan dasar anti-Kristian ini.
Semasa pemerintahan Maharaja Tu Duc, baginda
Sesiapa yang menganut agama Kristian akan dibuang
negeri
Sesiapa yang melindungi paderi Kristian dihukum bunuh
Paderi Perancis dibuang ke sungai atau laut.
Kediaman atau tempat tinggal penganut agama Kristian
dimusnahkan dan dibakar
Tanah penganut agama Kristian dirampas dan dibahagikan
kepada mereka yang bukan beragama Kristian.
Baginda menjatuhkan hukuman bunuh ke atas dua orang
paderi Perancis, iaitu Augustine Schoeffer dan Jean Louis
Bonnard.
Perancis marah, membantah dan melancarkan serangan
ke atas Vietnam sehingga berjaya menguasai Saigon.
Pada tahun 1862, Maharaja Tu Duc terpaksa mengaku
kalah setelah mendapat tekanan hebat daripada Perancis.
Perjanjian dengan Perancis:
Orang Vietnam bebas beragama Kristian dan penganut
Kristian diberi kebebasan untuk mengamalkan agama ini
serta mubaligh Kristian bebas untuk menyebarkan agama
ini ke seluruh Vietnam.
Orang Perancis dibenarkan berdagang dan tinggal di tiga
pelabuhan, iaitu Da Nang, Dalat dan Quang Yen.
Kapal-kapal Perancis boleh menggunakan Sungai Mekong
untuk ke Kemboja.
Kerajaan Vietnam dikehendaki membayar ganti rugi perang
berjumlah empat juta piatres dalam tempoh 10 tahun dan
sebahagiannya dibayar kepada Sepanyol.
Kerajaan Vietnam tidak dibenarkan menyerahkan sebarang
wilayahnya kepada mana-mana kuasa lain kecuali
mendapat kebenaran Perancis.
Perancis tidak wajib membantu Vietnam sekiranya berlaku
peperangan.
Tiga wilayah iaitu My Tha, Pulau Condore dan Bien Hoa Gra
Dinh diserahkan kepada Perancis.
Pemerintahan Vietnam seterusnya diambil
alih oleh Maharaja Hiep Hoe dan tentera
Vietnam berada dalam keadaan yang lemah.
Perjanjian pada tahun 1883:
Vietnam diiktiraf sebagai negeri lindungan
Perancis dan segala hal ehwal Vietnam
dikuasai oleh Perancis.
Vietnam bersetuju menarik balik
tenteranya di wilayah Tongking dan ini
bermakna seluruh Vietnam berada di
bawah kuasa Perancis.

Kemboja
Kemboja sering menjadi rebutan antara Vietnam
dengan Thailand sejak abad ke-19 sehinggakan
Kemboja terpaksa menghantar ufti kepada
Vietnam dan Thailand demi mengekalkan
kedaulatannya.
Perancis berusaha untuk menguasai Kemboja
kerana bimbang akan dipengaruhi dan dimiliki
oleh British ataupun Thailand di samping Perancis
hendak menjadikan Kemboja sebagai negara
penampan.
Masalah perebutan takhta semasa pemerintahan,
Raja Norodom juga menjadi sebab Perancis
campur tangan tetapi penglibatan Perancis ke
atas Kemboja ini telah dibantah oleh Thailand.
Perjanjian antara Perancis dengan Thailand:
menetapkan bahawa Kemboja menjadi negeri di bawah
naungan Perancis. Hal ini menyebabkan Thailand juga
menuntut agar Kemboja berada di bawah kekuasaannya.
Perjanjian dan keadaan yang berlaku ke atas Kemboja
telah menamatkan persaingan antara Perancis dengan
Thailand berhubung isu Kemboja ini.
Sikap tolak ansur Thailand menyebabkan British
membalasnya dengan mengiktiraf kedaulatan Thailand
ke atas Battambang dan Thailand Reap.
Dalam tahun 1862, Laksamana Bonnard telah melawat
Raja Norodom dan meminta Kemboja menghantar ufti
ke Perancis dan bukannya ke Vietnam.
Pada tahun 1863, selepas dipaksa oleh Perancis, satu
perjanjian telah ditandatangani antara Raja Norodom
dengan Perancis --- penghantaran ufti ke Vietnam dan
Thailand oleh Kemboja hendaklah dihentikan.

Laos
(melalui peperangan)
Peperangan berlaku antara Siam
dengan Perancis.
Laos --- negeri Vientiana, Luang
Prabang, Chien Kuang, Champassah,
Sip Song Tha, Sip Song Panna.
Laos mengakui pertuanan Siam dan
menghantar ufti kepada Siam.
Tindakan ini tidak disenangi oleh
Perancis.
Pada tahun 1886, Perancis menuntut
Luang Prabang berada di bawah
kekuasaannya tetapi Laos menentang.
Perancis menghantar wakilnya, Auguste
Pavie sebagai Naib Konsul di Luang
Prabang.
Laos yang tidak senang dengan sikap
Perancis mendapatkan bantuan
daripada Siam.
Perselisihan dan pertempuran berlaku
antara tentera Siam dengan Perancis.
Dalam pertempuran pada tahun 1893,
tentera Siam telah berjaya dikalahkan
oleh Perancis.
Seterusnya, Siam menyerahkan Laos
kepada Perancis.
CAMPUR TANGAN
BRITISH DI MYANMAR
C
a
m
p
u
r

T
a
n
g
a
n

B
r
i
t
i
s
h

d
i

M
y
a
n
m
a
r


Perang Inggeris- Myanmar I
(1824-1826)
Kesan:
British berjaya menguasai
Arakan, Tenasserim, Assam,
Manipur dan Chachar
Perang Inggeris- Myanmar II
(1852-1853)
Kesan:
British berjaya menguasai
Myanmar Hilir
Perang Inggeris- Myanmar III
(1885-1886)
Kesan:
British berjaya
menguasai Burma Hulu.
Perang Inggeris-
Myanmar I
Isu pelarian
orang Arakan
Pemberontakan
Chin Byan
Dasar campur tangan
Myanmar di Manipur,
Chachar, Assam dan
Pulau Shahpuri
Perang
Inggeris-
Myanmar II
Kesan
Perjanjian
Yandabo
Layanan buruk
terhadap
pegawai British
Layanan buruk
terhadap
saudagar dan
pedagang
British
Perang
Inggeris-
Myanmar
III
Isu
kasut
Keengganan
British
memulangkan
wilayah
Myanmar
Kekacauan
politk
dalaman
Myanmar
Hubungan
Myanmar
dengan
Perancis
Isu syarikat
perdaganga
n Bombay-
Burma
CAMPUR TANGAN
BELANDA DI INDONESIA
Belanda telah pun menguasai beberapa
wilayah di Hindia Timur.
Tahun 1793, apabila tercetus Perang
Napolean di Eropah, Belanda terpaksa
menyerahkan empayarnya kepada British
untuk ditadbirkan sementara waktu.
Apabila Belanda dan Inggeris
menandatangani Perjanjian Surat-surat Kew
yang meminta jasa baik British membantu
Belanda memerintah buat sementara waktu
wilayah jajahan Belanda di Hindia Timur dan
akan diserah kembali kepada Belanda
setelah Perang Napolean tamat.

Tahun 1816, sebaik sahaja Perang Napolean
tamat, Belanda kembali ke Hindia Timur untuk
mendapatkan kembali tanah jajahannya daripada
British dan memulakan campur tangan mereka di
Indonesia.
Indonesia kaya dengan hasil bijih timah dan lada
hitam, manakala Belanda ingin menguasai kedua-
dua hasil bumi tersebut. Bermulalah perluasan
kuasa Belanda di Sumatera pada abad ke-19.
Perluasan kuasa Belanda ke atas Indonesia
diperkuatkan lagi apabila kerajaan Palembang
yang diperintah oleh Sultan Badaruddin
melancarkan serangan ke atas 87 orang Belanda,
merobohkan markas Belanda dan dalam serangan
tersebut dua orang Belanda terbunuh.


Faktor politik dalaman Indonesia membantu campur
tangan Belanda dan keadaan ini bermula apabila
pada tahun 1812, British menyerang Palembang
dan melantik adik Sultan Badaruddin (Sultan
Najamuddin) sebagai sultan, tetapi setelah Sultan
Badaruddin menyerah diri, baginda dilantik semula
menjadi sultan.
Sultan Najmuddin diiktiraf sebagai Sultan
Palembang ynag baharu dan berlakulah perebutan
kuasa serta pergolakan antara kedua-dua
bersaudara ini.
Tahun 1818, Belanda mara ke Palembang dan telah
menahan Sultan Najmuddin yang kemudiannya
dibuang negeri ke Betawi.
Belanda meluaskan kuasanya di Sumatera secara
berperingkat-peringkat kerana mereka
mengamalkan dasar yang berhati-hati berpandukan
Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).

Belanda terpaksa membanteras kegiatan
lanun dan menundukkan pemerintah yang
masih mempunyai hubungan dengan
British demi melindungi kepentingan dan
kedudukannya di Indonesia.
Peristiwa penguasaan British ke atas
wilayah di Indonesia yang
membimbangkan Belanda ialah semasa
Sultan Siak meminta pertolongan seorang
pedagang British yang bernama Wilson
setelah baginda diancam oleh musuhnya,
dan Wilson berjaya mengalahkan musuh
Sultan Siak itu tetapi kemudiannya
merampas Siak untuk dirinya.

Belanda yang bimbang akan peristiwa ini
telah mengusir Wilson dan seterusnya
menandatangani satu perjanjian dengan
Sultan Siak yang antara lain syaratnya ialah
Siak dan tanah jajahannya diletakkan di
bawah pengaruh Belanda.
Bagi mengukuhkan lagi kedudukannya, tahun
1871 Perjanjian Sumatera ditandatangani
antara Belanda dengan British yang telah
memberikan kebebasan sepenuhnya kepada
Belanda untuk mengukuhkan kedudukannya
ke seluruh Sumatera.
Kemenangan Belanda dalam Perang Jawa
1825-1830 mengukuhkan lagi kedudukan
Belanda di Indonesia.

THAILAND
(CAMPUR TANGAN
TANPA PEPERANGAN )
Mongkut dan Chulalongkorn mengamalkan dasar
tolak ansur terhadap kuasa-kuasa Barat.
Raja Mongkut sendiri merupakan pemerintah yang
peka kepada perkembangan politik di Asia dan sedar
bahawa tekanan, campur tangan dan pencerobohan
Barat akan mengancam kedaulatan Thailand.
Baginda tidak bersetuju dengan cara pemencilan
atau isolasi dan sikap degil seperti yang diamalkan
oleh Myanmar dan China kerana baginda sedar
sikap seperti ini gagal menyekat kemaraan kuasa-
kuasa Barat dan membawa kepada pencerobohan
serta penjajahan kuasa Barat ke atas sesebuah
negara terutama di Timur.
Raja Mongkut telah memulakan dasar pintu
terbukanya dan menjalankan banyak pembaharuan
dan pemodenan di Thailand kerana mahu
mengekalkan kedaulatan negara.
Mengelakkan pencerobohan dan penjajahan Barat secara
kasar dan peperangnan, tahun 1855: Perjanjian antara
Mongkut dengan Inggeris (Perjanjian Bowring):
Cukai ke atas barangan import dihadkan kepada 3 peratus ad
valorem dan cukai ke atas barangan eksport sebanyak 5
peratus ad valorem.
Eksport beras dibenarkan.
Kapal British boleh memasuki semua pelabuhan Thailand.
Pihak British dibenarkan mengimport candu tetapi mesti
mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
British diberi hak wilayah asingan di Thailand.
Seorang konsul British akan dilantik dan ditempatkan di
Bangkok.
------ Thailand telah didedahkan dengan perdagangan
antarabangsa, namun penguasaan golongan bangsawan dalam
bidang perdagangan semakin merosot dan sistem kewangan
Thailand telah disusun semula.

Kesan Perjanjian Bowring:
Berkembangnya ekonomi- membuka ruang
perdagangan antarabangsa bagi Thailand dan
berjaya mewujudkan sistem ekonomi wang.
British berjaya menjadi pelabur utama dengan
pedagangnya dapat menjalankan aktiviti
perdagangan yang turut menguntungkan
Thailand.
Perubahan susunan kewangan kerajaan
Thailand dapat dilaksanakan, mengubah
sistem cukai dan menamatkan monopoli
perdagangan oleh golongan bangsawan dan
kerajaan Thailand.
Penguasaan orang Cina dalam perniagaan di
Thailand telah mula berkurangan dan kini
dikuasai pula oleh orang Eropah terutama
British.

Kesan perjanjian ini telah membawa lebih
daripada 20 lagi perjanjian lain antara Thailand
dengan kuasa Barat lain yang telah meninggalkan
kesan lain, iaitu kuasa Barat boleh mendirikan
konsul mereka, tersebarnya ajaran agama
Kristian, dan kapal boleh berlabuh di pelabuhan
Thailand.
Pemerintah Thailand yang dikatakan
berpandangan jauh ini telah menjalankan proses
pembaratan, membuka peluang perdagangan
dengan kuasa asing, menamatkan pemencilan
dan ini menyebabkan Thailand merupakan satu
negeri di Asia Tenggara yang berjaya
mengekalkan kemerdekaannya.

CAMPUR TANGAN
SEPANYOL DAN
AMERIKA SYARIKAT DI
FILIPINA
Dikuasai oleh Sepanyol melalui
peperangan pada abad ke-16.
Cebu dikuasai oleh Sepanyol di bawah
pimpinan Legaspi pada tahun 1565.
Manila ditakluki pada kali pertama pada
tahun 1570 dan pada kali kedua pada
tahun 1571 setelah mengalahkan Raja
Soliman yang beragama Islam.
Pada tahun 1571, Sepanyol berjaya
menguasai Pulau Luzon.
Kekuasaan Sepanyol berterusan hingga
tahun 1898 apabila dikalahkan oleh
Amerika Syarikat.
Dikuasai daripada tangan Sepanyol melalui
peperangan dengan tentera Sepanyol di
Filipina.
Peperangan antara Amerika Syarikat dengan
Sepanyol di Filipina dikaitkan dengan
meletupnya kapal Amerika, Maine di Teluk
Havana pada 15 Februari 1898.
Amerika Syarikat mengarahkan Komodor
Dewey yang berada di Hong Kong
melancarkan serangan ke atas Sepanyol di
Filipina.
Komodor Dewey berjaya memusnahkan
angkatan Sepanyol di kawasan pantai
Filipina pada 1 Mei 1898.
Angkatan Amerika Syarikat pimpinan
Komodor Dewey meminta bantuan daripada
Aguinaldo di Hong Kong untuk
menyelesaikan masalah dan berjanji akan
memberi kemerdekaan kepada Filipina
setelah berjaya.
Seluruh Pulau Luzon, kecuali Manila dikuasai
dalam jangka waktu yang pendek.
Pejuang Filipina di bawah pimpinan
Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan di
pejabat Aguinaldo di Kawet, Cavite.
Aguinaldo dilantik sebagai presiden.
Namun, angkatan tentera Amerika Syarikat
tidak mampu menentang Sepanyol di Manila.
Peperangan berlaku antara pasukan
Amerika Syarikat dan Sepanyol.
Gabenor Jeneral Sepanyol, Fernando
Primo Rivera akhirnya menyerah
kalah kepada tentera Amerika
Syarikat pada 13 Ogos 1898.
Perjanjian perdamaian Amerika-
Sepanyol telah ditandatangani di
Paris pada 10 Disember 1898.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like