Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PERMOHONAN MEMBAWA

MASUK KENDERAAN PERSENDIRIAN OLEH


PELAJAR KEDALAM ILPKBPP

BERTARIKH:

20 FEBRUARI 2008 (RABU)

DISEDIAKAN OLEH:

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

INSTITIUT LATIHAN PERINDUSTRIAN

KEPALA BATAS PULAU PINANG


PENGENALAN

Kertas kerja dasar ini disediakan bertujuan untuk memberi maklumat lengkap
dan seterusnya memohon pertimbangan dan kelulusan daripada pihak
Pengurusan Institiut Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang
(ILPKBPP) berkenaan permohonan membawa masuk kenderaan pelajar ke
dalam Insititiut. Ini kerana tidak ada kemudahan bas yang melalui kawasan
ILPKBPP ketika pelajar keluar petang atau balik kampung

Permohonan ini juga di buat kerana permintaan dari pelajar-pelajar Institiut


Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang. Ini kerana pelajar-pelajar tidak
di benarkan membawa masuk kenderaan persendirian kedalam ILPKBPP
semenjak tahun 2007 (mengikut pengetahuan pelajar-pelajar). Perkara ini
menyebabkan kesukaran kepada pelajar-pelajar ILPKBPP untuk berulang-alik
dari rumah atau ketempat yang perlu di tujui ketika kecemasan atau pulang ke
kampung pada minggu balik kampung bagi pelajar.

Untuk pengetahuan pihak pengurusan juga ada beberapa orang pelajar yang
terpaksa membawa kenderaan dari kampung untuk datang ke Institiut. Bagi
pelajar-pelajar yang membawa kenderaan mereka kerana terpaksa juga
terpaksa meletakan kenderaan mereka di luar pagar dari Institiut. Bagi pelajar
yang meletakkan kenderaan diluar pagar Insititiut ini mereka di ancam pula
dengan pelbagai masalah antarannya kebimbangan kehilangan atau kecurian
kenderaan mereka, kerosakan di sebabkan cuaca kini yang tidak menentu dan
sebagainya.

Perkara-perkara seumpama ini menyebabkan pelajar-pelajar yang sentiasa


bimbang dan mengingati keselamatan kenderaan mereka menyebabkan
tumpuan terhadap penbelajaran dalam kelas atau bengkel hilang. Jadi dengan
kelulusan pihak pengurusan ILPKBPP banyak manfaat yang di perolehi oleh
pelajar-pelajar ILPKBPP.
1. MANFAAT

1.1 Memberikan kemudahan pengangkutan kepada pelajar-pelajar untuk keluar

ke bandar atau balik kampung pada minggu balik kampung atau kes

kecemasan.

1.2 Untuk mengelakkan kehilangan atau kecurian kenderaan yang di letakan

diluar dari kawasan Institiut.

1.3 Pelajar-pelajar dapat menjimatkan perbelanjaan yang agak mahal untuk

medapatkan perkhidmatan kereta sapu yang memakan belanja sehingga

RM10.00 ke RM40.00 untuk menggunakan satu-satu kenderaan ke bandar

atau ke terminal bas

1.4 Dapat pempercepatkan urusan yang perlu dilakukan di luar kawasan Institiut

seperti Tugasan yang di berikan kepada pelajar, sebarang tandatangan yang

perlu di ambil dari kampung atau sebagainya.

1.5 Memudahkan pelajar masuk kedalam Institiut sewaktu hari pulang dari

kampung ke ILPKBPP atau pulang ke Institiut sebelum tamat masa yang

ditetapkan bagi keluar petang atau keluar hari cuti. Ini kerana sebelum ini

ramai pelajar yang terpaksa pulang agak lewat kerana tiada penangkutan

awam yang ada untuk pulang ke Institiut.


SYARAT-SYARAT YANG DISETUJUI OLEH PELAJAR-PELAJAR ILPKBPP UNTUK

MEMBAWA KENDERAAN PERSENDIRIAN KEDALAM KAWASAN INSTITIUT:

1. Pelajar-pelajar hendaklah memenuhi kelulusan memandu yang sepertimana


yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia iaitu seperti Lesen Memandu, cukai jalan
kenderaan dan sebagainya.

2. Pelajar hendaklah terlebih dahulu membeli dan menampal stiker pada kenderaan
yang hendak di bawa. Hanya 1 stiker untuk 1 kenderaan sahaja atau
mendaftarkan kenderaan yang dibawa pada pihak Institiut atau pengawal
keselamatan ini bergantung pada keputusan pihak ILPKBPP.

3. Sebarang kemalangan,kecurian atau kerosakan kenderaan di dalam atau di luar


Institiut pihak ILPKBPP tidak akan bertanggungjawab sepenuhnya dan sebarang
kos hendaklah ditanggung oleh pelajar sendiri.

4. Ibubapa sama sekali tidak boleh menyalahkan pihak Institiut sekiranya berlaku
masalah terhadap pelajar atau kenderaan yang dibawa oleh pelajar seperti
kehilangan,kerosakan atau kemalangan

5. Pelajar hanya boleh meletakkan atau parking kenderaan di kawasan parking


pelajar untuk pelajar lelaki dan kawasan parking berdekatkan bengkel Sistem
Komputer bagi pelajar perempuan atau mana-mana tempat didalam ILPKBPP
seperti yang di tetapkan oleh pihak Institiut.

6. Pihak Institiut berhak mengeluarkan satu paduan peraturan yang baru bagi
membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan ILPKBPP.

7. Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan berhampiran kawasan


asrama lelaki atau perempuan.

8. Kenderaan yang di bawa oleh pelajar hendaklah tersusun dengan baik.

9. Pelajar hendaklah mematikan suis kenderaan (kenderaan motorsikal sahaja) dan


menbawa masuk kedalam Institiut dan hendaklah menghidupkan suis di luar dari
kawasan Institiut sewaktu keluar dari Institiut.
10. Masa yang dibenarkan pelajar menggunakan kenderaan ialah pada hari keluar
petang(outing) atau balik kampung sahaja. Kecuali kes kecemasan dan
mendapat kebenaran dari pihak ILPKBPP.

11. Pihak pengawal berhak untuk menahan mana-mana pelajar yang tidak
menggikut mana-mana peraturan yang ditetapkan.

12. Pihak Institiut juga berhak merantai iaitu tidak membenarkan pelajar
menggunakan kenderaan tersebut sekiranya tidak menggikut peraturan yang
ditetapkan.

13. Pihak Institiut berhak membuat pemeriksaan bila-bila masa terhadap kenderaan
pelajar bersama mana-mana pegawai kerajaan luar seperti Jabatan
Pengangkutan Jalan atau Polis.

14. Pihak ILPKBPP berhak merampas kenderaan atau menahan kenderaan yang
tidak menepati atau melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

15. Pihak institiut berhak menarik balik kelonggaran yang diberikan sekiranya
berlaku masalah ponteng, kemerosotan dalam pembelajaran, pulang lebih lewat
ke ILPKBPP dari masa yang ditetapkan(kecuali dengan kebenaran ketua
warden) dan lain-lain yang di syaratkan oleh pihak institiut.

PENUTUP

Permohonan ini adalah untuk bertujuan memberikan kemudahan kepada para


pelajar di Institiut Latihan Perindustrian Kepala Batas untuk membawa kenderaan
kedalam Institiut sebagai satu kemudahan pengangkutan. Maka bersama-sama kertas
kerja ini di sertakan nama, NDP, bengkel, bilik dan tandatangan pelajar sebagai
persetujuan pelajar terhadap syarat-syarat yang ditetapkan di atas atau syarat-syarat
yang akan ditetapkan oleh pihak Institiut. Kami berharap agar pihak Institiut dapat
membuat pertimbangan terhadap permohonan ini untuk kemudahan pelajar bersama.

You might also like