Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

3.08.

1 Pengenalan
1. Beberapa kepentingan sumbersumber negara ialah membekalkan bahan mentah, menyediakan peluang
pekerjaan,menambahkan pendapatan negara, membuka kawasan baru, dan memajukan infrastruktur.


3.08.2 Bahan Mentah
1. Di Malaysia, kebanyakan sumber semula jadi digunakan sebagai bahan mentah dan juga bahan asas untuk industri
hiliran.
2. Industri hiliran ialah industri yang menggunakan bahan yang telah diproses sebagai bahan asas.
3. Contohnya, sumber hutan seperti kayu balak diproses dan dijadikan kayu gergaji.
4. Kayu gergaji ini dijadikan bahan asas untuk membuat rumah.
5. Buluh dan rotan menjadi sumber asas bagi membuat kraf tangan dan perabot.
6. Sarawak adalah negeri pengeluar terbesar kayu balak di Malaysia.


Carta pai 3.08.1 Pengeluaran kayu balak Malaysia (juta meter padu), 2001

7. Sumber mineral petroleum ditapis untuk mendapatkan pelbagai hasil seperti petrol, minyak diesel, dan minyak
pesawat.
8. Minyak digunakan untuk menghasilkan pelbagai bahan lain, seperti membuat cat dan plastik.
9. Petroleum dan gas asli juga digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik terma yang merupakan bahan api yang
terpenting di Malaysia.
10. Kaolin digunakan untuk membuat barangan seramik seperti jubin salur pembetung longkang, tembikar, dan pasu
bunga.
11. Bauksit digunakan sebagai bahan mentah asas aluminium untuk membuat periuk, dan badan kenderaan seperti
kapal terbang, kereta, kapal, dan kereta api.
12. Guano yang diperoleh di dalam gua batu kapur seperti di Gua Niah dan Gua Mulu dijadikan bahan mentah untuk
pengeluaran baja.


3.08.3 Pekerjaan
1. Terdapat 1.3 juta penduduk Malaysia yang bekerja dalam sektor pertanian dan perhutanan (tahun 2002).
2. Penduduk bekerja sebagai buruh ladang, pengurus, pekerja dalam bidang pemasaran dan pengeksport hasil
pertanian.
3. Terdapat juga saintis dan penyelidik yang berusaha untuk meningkatkan mutu dan hasil tanaman.
4. Sektor pertanian menyumbangkan 12% daripada jumlah guna tenaga di Malaysia.
5. Sumber hutan menyediakan pekerjaan seperti sebagai pembalak, pengurus, dan pekerja pemasaran dan
pengangkutan kayu balak dari hutan kepada pengguna.
6. Terdapat juga pekerjaan dalam jabatan kerajaan seperti Jabatan Perhutanan dan PERHILITAN.
7. Dalam sektor perlombongan terdapat penduduk yang bekerja sebagai jurutera lombong, ahli geologi, pekerja yang
terlibat dalam pengangkutan dan pemasaran hasil lombong.


3.08.4 Pendapatan Negara
1. Penjualan sumber bahan mentah seperti petroleum, gas, kayu balak, jongkong emas, arang batu, dan besi
memberikan pendapatan kepada pihak yang mengeluarkannya.
2. Pihak pemilik lombong memperoleh keuntungan, pekerja mendapat pendapatan bulanan, dan negara mendapat hasil
dalam bentuk cukai individu dan cukai syarikat.
3. Pada tahun 2002, kerajaan Malaysia memungut cukai sebanyak RM40 bilion daripada pekerja dan syarikat di seluruh
negara.


3.08.5 Pembukaan Kawasan Baru
1. Penerokaan sumber alam telah menggalakkan pembukaan kawasan baru dan wujudnya petempatan kecil yang
berkembang menjadi bandar.
2. Penerokaan sumber tenaga seperti petroleum mengalakkan perkembangan bandar seperti Kertih di Terengganu dan
Miri di Sarawak.
3. Penerokaan gas asli menggalakkan perkembangan bandar seperti Paka dan Kertih di Terengganu dan Bintulu di
Sarawak.
4. Bandar seperti Kertih dilengkapi dengan kemudahan seperti jalan raya, kawasan perumahan, pusat rekreasi, taman,
dewan orang ramai, perhentian bas, dan lapangan terbang untuk kapal terbang kecil.
5. Penerokaan sumber air untuk memperoleh tenaga hidroelektrik menyebabkan pembukaan kawasan hutan,
pembinaan jalan raya, dan penyediaan kemudahan asas lain.
6. Contohnya, kawasan Tasik Kenyir yang dibuka akibat projek penjanaan tenaga hidroelektrik.
7. Kawasan ini telah dijadikan kawasan pelancongan dan rekreasi.
8. Tasik ini adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara.
9. Penerokaan hutan telah membangunkan kawasan petempatan baru seperti di Sandakan, Sabah.


3.08.6 Infrastruktur
1. Penerokaan pelbagai sumber di Malaysia telah membolehkan infrastruktur seperti kemudahan pengangkutan dan
bekalan elektrik dimajukan.
2. Laluan kereta api dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang dimajukan akibat kegiatan perlombongan bijih timah.
3. Kegiatan perlombongan petroleum di luar pantai Kertih menggalakkan pembinaan Lebuh Raya Jerangau bagi
menghubungkan Kuantan dengan Kuala Terengganu.
4. Lapangan Terbang Kertih dibangunkan untuk memudahkan dan mencepatkan perjalanan.
5. Kegiatan perlombongan petroleum juga menyebabkan beberapa pelabuhan dibangunkan seperti Pelabuhan
Kemaman, Pelabuhan Bintulu, dan Pelabuhan Miri.


3.08.7 Hubung Kait Kepentingan Penerokaan Sumber Kepada Pembangunan Negara
1. Penerokaan sumber di sesuatu kawasan akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menggalakkan
perpindahan penduduk ke kawasan tersebut.
2. Jumlah penduduk di kawasan tersebut akan bertambah dan menyebabkan kawasan tersebut menjadi sebuah
bandar.
3. Contohnya, penerokaan sumber bijih timah telah membangunkan Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, dan Seremban.
4. Kuala Lumpur turut berkembang menjadi ibu negara.
5. Terdapat bandar-bandar baru yang wujud hasil penerokaan sumber di kawasan setempat seperti petroleum dan gas
asli di Kertih dan Bintulu.
6. Penerokaan sumber menyediakan bahan mentah dan mewujudkan pelbagai industri.



Foto 3.08.1 Penerokaan sumber petroleum di perairan Terengganu membangunkan Kertih
dan kawasan sekitarnya

7. Contohnya, penerokaan sumber hutan memperoleh kayu balak yang akan mewujudkan kilang papan berhampiran
sumber tersebut.
8. Industri hiliran yang menggunakan sumber berasaskan kayu seperti kilang perabot dan papan lapis juga wujud.
9. Pembinaan infrastruktur juga digalakkan akibat penerokaan sumber.
10. Contohnya, pembukaan tanah di kawasan FELDA dan pembangunan wilayah telah menyebabkan pembangunan
infrastruktur seperti jalan raya.
11. Kemudahan jalan raya dibina untuk memudahkan hasil diangkut ke kawasan pemprosesan dan untuk dieksport.
12. Mobiliti penduduk ke kawasan bandar yang berhampiran dipertingkatkan dengan pembinaan jalan raya.

You might also like