Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

SUMBANGAN MALAYSIA

DALAM KERJASAMA
SERANTAU
Disediakan oleh :
Zahariah Mastar
Hasima Rusdi
Najihah Halimin

Sumbangan Malaysia Dalam
Pertubuhan Serantau

KOMANWEL
PBB
OIC
NAM
KOMANWEL
Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat
ketua-ketua Kerajaan Komanwel
(CHOGM) yang ke-27 pada 18 hingga
24 Oktober 1989 di Kuala Lumpur.
Mesyuarat ini dihadiri oleh 49 ketua
negara dan perwakilan dari negara-
negara Komanwel.
Dalam mesyuarat tersebut, Dato Seri Dr.
Mahathir Mohamad telah menyarankan
beberapa perkara yang penting.

a) Isu ekonomi
- Hampir semua negara maju dapat menikmati
pertumbuhan ekonomi yang baik manakala
negara-negara membangun pula mengalami
kemerosotan ekonomi.
- Negara-negara maju dikatakan telah berpakat
untuk menentukan hala dagangan dunia
dengan :
Mengatur nilai wang bagi faedah
sendiri.
Mengatur subsidi, kuota, sekatan tarif
dan bukan tarif untuk mengucar-ngacir
dagangan dunia.

b) Isu alam sekitar
- Semua negara bertanggungjawab
menjaga alam sekitar mereka.
- Negara-negara maju diminta supaya
jangan menggunakan isu pencemaran
untuk menyekat usaha pembangunan
negara-negara membangun.
- Negara-negara maju digesa supaya
memberi bantuan kepad negara-negara
miskin untuk mengatasi masalah
pencemaran.
c) Isu hak asasi manusia
- Dasar Apartheid di Afrika Selatan
dibincangkan.
- Malaysia menyeru supaya sekatan
ekonomi terhadap rejim perkauman di
Afrika Selatan diteruskan dan digandakan.

Mesyuarat CHOGM di Kuala Lumpur telah
berjaya menghasilkan :
- Pernyataan Kuala Lumpur tentang wilayah
Afrika Selatan
- Deklarasi Langkawi tentang isu alam sekitar


Rancangan Colombo
Merupakan satu program Komanwel yang
paling aktif.
Rangcangan ini ditubuhkan pada tahun
1950 selepas Mesyuarat Menteri-menteri
Luar Negara Komanwel di Colombo, Sri
Lanka.
Tujuan Rancangan Colombo ialah untuk
memberi batuan teknikal, kewangan dan
pendidikan kepada negara-negara
komanwel yang membangun.
Sumbangan Malaysia dalam Rancangan
colombo
Malaysia juga telah membuat sumbangan
berharga kepada Rancangan Colombo.
Sumbangan negara kita adalah dalam
bentuk hadiah, latihan dan biasiswa dalam
bidang penyelidikan getah
Malaysia juga memberi bantuan dalam
pengajian bahasa Melayu kepada negara-
negara Komanwel yang lain.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB)
Ditubuhkan pada bulan Jun 1945 di San
Franciscodan mula berfungsi Oktober selepas
tamatnya Perang Dunia Kedua
Diantara matlamat PBB ialah mengekal dan
menjamin keamanan serat keselamatan dunia
dengan menyelesaikan segala pertikaian
dengan cara damai iaitu melalui
perbingcangan dan perbahasan. Seterusnya
mewujudkan hubungan baik di kalangan
negara-negara dunia.
Negara kita menjadi ahli PBB pada 17
September 1957 iaitu selepas mencapai
kemerdekaan.
Sejak menjadi ahli negara kita telah
memainkan peranan yang aktif dalam PBB.
Negara kita terlibat secara aktif untuk
menamatkan peperangan dan memulihkan
keamanan di kalangan negara anggota PBB.
Pada tahun 1959, Malaysia bersama-sama
Ireland telah mengemukakan usul kepada
Persidangan Agung PBB untuk mengecam
Republik Rakyat China di atas tindakannya
menakluk Tibet.
Pada bulan Oktober 1961, Malaysia telah
menghantar pasukan tentera menyertai pasukan
pendamai PBB ke Congo (Republik Zaire) untuk
mengekalkan keamanan dan mendamaikan
perang saudara di situ.
Malaysia juga telah membelanjakan sebanyak
RM30 juta sebulan untuk membantu PBB
menyelesaikan krisis Perang Saudara di Congo
Selain itu, Malaysia yelah memberi bon sebanyak
RM600 juta yang dikeluarkan oleh PBB untuk
menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi
oleh PBB
Pada tahun 1989, Malaysia telah dilantik
menjadi ahli dalam Majlis Keselamatan PBB.
Keahlian Malaysia dalam Majlis Keselamatan PBB
jelas memperlihatkan keyakinan dunia terhadap
kebolehan dan kemampuan Malaysia untuk
menyelesaikan persengketaan antara negara
dengan aman.
Pada tahun 1990-1992, Malaysia telah
menghantar tentera untuk berkhidmat di bawah
PBB di Iraq-Iran dan di Kampuchea bagi
mengekalkan keimanan.
Malaysia juga memainkan peranan aktif dalam
Majlis Perhimpunan Agung PBB.
Pemimpin-pemimpin Malaysia, terutamanya
Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir
Mohamad telah membangkitkan kesedaran
antarabangsa dalam isu-isu berikut:
- Memerangi panyalahgunaan najis dadah di
peringkat antarabangsa.
- Mengecam Dasar Apartheid di Afrika Selatan.
- Menentang pencerobohan Rusia di Afghanistan
- Menentang kekejaman Israel
- Mengatasi masalah ekonomi negara-negara
miskin
- Menyeru kuasa-kuasa besar supaya
mengiktiraf konsep ZOPFAN.
- Isu Antartika
- Masalah pelarian Vietnam.
Dalam isu Antartika, Malaysia telah menyeru
supaya kekayaan Antartika menjadi kepunyaan
penduduk seluruh dunia dan bukan menjadi
kepunyaan negara-negara yang kaya dan
berpengaruh sahaja.
Malaysia telah menolak Perjanjian Antartika
tahun 1959 kerana perjanjian ini hanya
menguntungkan beberapa negara sahaja.

Pertubuhan Negara-Negara
Islam(OIC)
OIC telah ditubuhkan pada Mei 1971 hasil
daripada keputusan yang diambil dalam
persidangan Menteri-Menteri Luar Islam di
Jeddah pada tahun 1970
Pada mulanya, dikenali sebagai Sekreteriat
Islam atau Komanwel Islam.
Tunku Abdul Rahman telah dilantik menjadi
Setiausaha Agung OIC yang pertama.
Ibu pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab
Saudi.
Matlamat utama OIC ialah mewujudkan
kerjasama antara negara-negara anggota ke
arah memupuk perpaduan umat Islam
seluruh dunia.
Peranan dan sumbangan Malaysia
dalam OIC
Oleh kerana OIC ditubuhkan atas usaha
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman,
Malaysia telah memainkan peranan yang
aktif dalam OIC.
Malaysia telah menyertai Persidangan
Menteri-Menteri Luar OIC yang bermesyuarat
setiap tahun bagi membincangkan isu-isu
semasa yang penting.
Persidangan Menteri-Menteri Luar OIC yang
ke-5 telah diadakan di Kuala Lumpur pada
1974 . Persidangan ini dihadiri oleh 36 buah
negara anggota. Persidangan ini
dipengerusikan oleh Tun Hussein Onn.
Malaysia telah memainkan peranan yang aktif
dalam mencari penyelesaian bagi beberapa isu
melalui OIC. Antaranya ialah :
- Mencari perdamaian di Timur Tengah
- Menyokong dan membantu perjuangan orang
Palestin dalam usaha mendapatkan kembali
tanah air mereka daripada republik Zionis
- Menyelesaikan pertikaian Iran-Iraq dan juga
pertikaian antara negara-negara afrika
Di samping kerjasama politik, Malaysia juga
bekerjasama dengan negara-negara Arab dalam
bidang pembangunan, kewangan dan pelaburan.
Malaysia juga telah mengambil bahagian dalam
usaha pembangunan di negara-negara Islam yang
mundur di Afrika. Malaysia berusaha
meningkatkan taraf pembangunan negara-negara
tersebut.
OIC telah membantu Malaysia dengan
membekalkan bahan bacaan dan kemudahan
pendidikan lain bagi menhapuskan salah faham
tentang Islam.

Pertubuhan Negara-Negara
Berkecuali
(NAM)
Negara-negara berkecuali merujuk kepada
negara yang tidak memihak kepada mana-
mana blok dunia, sama ada blok barat
ataupun blok komunis.
Malaysia telah menganggotai NAM pada
tahun 1969 dan mengamalkan dasar
berkecuali.
Malaysia telah mengelakkan diri dari
penyertaan SEATO dan Perang Dingin.
Malaysia menyokong dan menyertai NAM
kerana dasarnya adalah secocok dengan
pendirian Malaysia.
Malaysia diberi penghormatan yan tinggi
untuk menjadi naib presiden dalam Sidang
Kemuncak NAM di Belgrade pada tahun
1989.
Dalam sidang kemuncak itu, Malaysia telah
dilantik menganggotai Kumpulan 15 yang
ditugaskan membincangkan isu-isu
berkaitan dengan kerjasama politik dan
ekonomi negara-negara anggota NAM.
Sebagai sebuah negara Berkecuali,
Malaysia teah mengambil langkah tersebut
:
- Merapatkan hubungan dengan negara-negara
berkecuali yang lain.
- Memulakan hubungan diplomatik dengan
semua negara tanpa mengira ideologi politik.
- Mengiktiraf negara-negara komunis.

Malaysia telah memulihkan hubungan diplomatik
dengan negara-negara komunis selepas tahun
1967
Untuk membuktikan kejujuran dasarnya, Malaysia
telah mengadakan hubungan diplomatik dengan
Rusia pada tahun 1967.
Pada tahun1971, Tengku Razaleigh Hamzah
telah menganggotai satu rombongan
perdagangan ke negara China untuk
membincangkan hubungan perdagangan
dengan negara China.
Pada bulan Mei 1974, Perdana Menteri Tun
Abdul Razak telah melawat negara China dan
mengiktiraf negara China sebagai sebuah
negara komunis.
Peristiwa ini telah memulakan hubungan
hubungan diplomatik antara Malaysia dengan
negara China.
Malaysia telah mengadakan hubungan
diplomatik dengan Blok Barat dan Blok
Komunis tanpa mengira ideologi politik
dengan tujuan mengekalkan dasar berkecuali
di rantau Asia Tenggara.
..

You might also like