Panduan Tanaman Jambu Batu

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

NO.

ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 1 drp 13










TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA





OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/STA/06
BUKU PANDUAN TANAMAN JAMBU BATU
NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 2 drp 13


KANDUNGAN

Tajuk Mukasurat

1. Pendahuluan .................................................................. 3


2. Penanaman ...................................................................... 6 - 7


3. Penyelengaraan

i. Pengurusan Air7

ii. Pembajaan ...................................................................... 7

iii. Kawalan Rumpai ............................................................. 8

iv. Pemangkasan ................................................................. 8 -9

v. Kawalan Penyakit dan Perosak ...................................... 9 - 11


4. Kemantangan Dan Mengutip Hasil. ............................... 11

5. Pengendalian Lepas Tuai Dan Penyimpanan..12

6. Rujukan ..13



NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 3 drp 13



1. PENDAHULUAN

Nama biasa : Jambu batu
Nama saintifik : Psidium guajava,Linn
Keluarga: : Myrtaceae

i. Asal usul
Jambu batu berasal dari kawasan tropika Amerika Selatan,berkemungkinan besar dari kawasan
di antara Peru hingga Mexico. Nama botani jambu batu iaitu Psidium guajava berpunca
daripada perkataan Greek psidion bermakna buah pomegranate dan perkataan Sepanyol
guayabe bermakna pokok jambu. Saudagar- saudagar Sepanyol memainkan peranan dalam
penyebaran jambu batu ke merata Negara di dunia.Pada tahun 1526, jambu batu dibawa
masuk ke negara Filipina dan dari situ diperkembangkan ke negara-negara lain di Asia
Tenggara,Asia Timur dan India.

ii. Sifat Botani Tanaman
Pokok
- pokok bersaiz kecil hingga sederhana besar dan rendang. Ia mempunyai dahan-dahan yang
melempai dan tingginya tidak melebihi lapan meter.Kulit batangnya berwarna pucat serta licin
dan apabila pokok membesar,kulitnya akan menggelupas.
Daun
- daun berbentuk bujur dengan hujungnya bertumpul dan bulat di pangkalnya.Lapisan atas
daun berwarna hijau tua dan tidak berbulu, manakala lapisan bawah daun didapati berbulu,
berwarna hijau cerah dan mempunyai urat daun yang timbul.
Bunga
- bunga berwarna putih dan keluar dari ketiak-ketiak daun.Pada kebiasaanya didapati hanya
sekuntum bunga pada setiap ketiak daun, akan tetapi kadang kala terdapat sejambak bunga
yang terdiri daripada duan atau tiga kuntum bunga.Bunga jambu batu mempunyai 4 6 salut
bunga yang berbulu dan kukuh (persistent) sepanjang 1 1.5 cm/ 4 5 kelopak bunga yang
berwarna putih sepanjang 1 2 cm dan banyak stigma tersusun di atas piring dengan filament
NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 4 drp 13


yang berwarna putih dan kepalanya berwarna kuning.Stigmanya berwarna kuning kehijauan,1.5
2.0 cm panjang dan didapati lebih tinggi daripada stamen.
Buah
- buah berjenis berry dan berbentuk bujur hingga bulat. Saiz buah didapati berbeza-beza dan
dipengaruhi oleh beberapa factor seperti jenis baka,system pengurusan ,cuaca,jenis tanah dan
kesuburan pokok.Buah muda berwarna hijau tua dan beransur-ansur bertukar kepada warna
hijau muda dan kuning apabila masak.Mesokarpa buah berwarna putih,merah muda atau
kuning keputihan.Rasanya manis,masam atau berasid dengan aroma yang lemah hingga ke
pekat.
Biji
i- biji biji didapati terbenam di dalam palpa di tengah- tengah buah.Ia berbentuk seperti buah
pinggan dengan lapisan kulit yang keras.Biji jambu batu boleh disimpan selama setahun.Pada
kebiasaanya,biji jambu batu akan bercambah dalam tempoh dua atau tiga minggu selepas
disemai.

iii. Keperluan Agroklimatik
a) Iklim
kawasan dipersekitaran Khatulistiwa di dapati amat sesuai untuk penanaman jambu batu di
mana suhunya adalah tinggi (27 28 C) dengan taburan hujan yang tinggi dan sergam sebanyak
2,500 mm setahun.Taburan hujan yang mencukupi akan memberi kesan yang baik kepada
tumbesaran vegetative pokok, manakala hujan yang lebat dan berpanjangan akan menjejaskan
pengeluaran bunga dan pembentukan buah.Secara amnya,pokok jambu batu memerlukan
tekanan kekurangan air yang singkat untuk merangsangkan berbunga.
b) Tanah
factor-faktor tanah yang sesai untuk tanaman jambu batu adalah seperti yang dijelaskan dalam
jadual dibawah:
SIFAT SESUAI SEDERHANA SESUAI
Kecerunan 0 12 darjah 12 20 darjah
Saliran Tak sempurna Agak sangat salir
Kedalaman tanah yang
berkesan
75 cm 50 75 cm
Tekstur dan struktur Berstruktur lom berpasir atau
halus & berstruktur halus ke
sederhana
Berstruktur kasar dan lemah
NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 5 drp 13


Kemasinan 1 mmhos 1 2 mmhos
Kedalaman lapisan asid sulfat 75 cm 50 75 cm
Ketebalan gambut Tiada gambut < 25 75%
Keberbatuan < 25% tersebar sama rata atau
terdapat di bawah kedalaman
75 cm
25 75%
Ketidak seimbangan nutrien Tiada kandungan nutrient mikro
yang berlebihan atau CEC
sederhana rendah
CEC sederhana rendah

iv. Jenis Klon Varieti
Sehingga tahun 1994. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia telah mendaftarkan lima belas
klon jambu batu di bawah Kod GU iaitu GU 1 GU 15. Jabatan Pertanian buat masa ini hanya
mengesyorkan tiga klon sahaja untuk penanaman secara komersial iaitu GU 8 (Kampucea), GU 9
(Klom Toon Kloa) dan GU 10 (Klom Sali). Kultivar kultivar jambu batu yang disyorkan untuk
penanaman komersil seelok-eloknya merangkumi semua ciri seperti berikut :
a) Saiz buah melebihi 7 cm garis pusat
b) Penghasilan yang tinggi dan konsisten.
c) Aroma dan perasa yang baik.
d) Isi yang manis hingga sedikit berasid.
e) Tekstur buah yang rapuh.
f) Isi yang tebal.
g) Sedikit atau tanpa biji.
h) Isi berwarna merah jambu.
i) Pokok rintang kepada musuh dan penyakit.
Ciri Kultivar Yang Diklonkan
GU 8 (Kampucea)
Kultivar yang sesuai dimakan segar,ia diperkenalkan pada tahun 1978 oleh penanam-penanam
di Bidor,Perak.Ia didaftarkan pada 30 Jun 1984 dan merupakan jenis yang paling banyak
ditanam kerana penghasilan yang tinggi.Pokok mempunyai ketinggian yang sederhana,daun
berbentuk bujur dengan ukuran 12.0 cm x 6.5 cm dan mempunyai 24 27 pasang urat
sisi.Pokok mula berbuah dalam masa enam ke lapam bulan selepas ditanam dengan hasil
diantara 45 50 tan buah sehektar setahun pada peringkat umur empat ke lima tahun.Ia
mempunyai dua ke tiga musim buah setahun. Buah berbentuk bulat panjang dengan purata
berat di antara 450 750 g sebiji.Warna buah hijau kekuningan,isinya rapuh dan sederhana
tebal.Rasanya masam manis dan mengandungi banyak biji.Buah boleh dipetik pada 14 16
NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 6 drp 13


minggu selepas berputik apabila warna kulit buah bertukar daripada hijau kepada hijau
kekuningan.
GU 9 (Klom Toon Klao)
Kultivar ini diperkenalkan dari Thailand dan sesuai dimakan segar.Ia didaftarkan pada 30 Ogos
1985.Pokok mula berbuah dalam masa lapan ke sepuluh bulan selepas ditanam dengan
penghasilan yang sederhana tinggi di antara 25 30 tan sehektar setahun pada peringkat
umur empat ke lima tahun.Ia mempunyai dua ke tiga musim buah setahun.Buah bersaiz
sederhana besar dengan berat antara 330 350 g sebiji.Berbentuk hamper bulat dengan
permukaan yang menggerutu sedikit.Kulit buah nipis ,berwarna hijau, isinya putih, rasanya
manis sedikit dan rapuh.Kandungan biji sedikit iaitu lebih kurang satu peratus daripada berat
buah.

GU 10 (Klom Sali)
Kultivar ini sesuai dimakan segar dan diperkenalkan dari Thailand. Ia didaftarkan pada 30
Ogos 1985 dan merupakan di antara jenis buah-buahan yang disyorkan oleh Majlis
Pengeksport Buah-buahan Thailand (Thailand Fruit Export CounciI). Pokoknya rendah hingga
sederhana tinggi.Ia merupakan jenis yang cepat berbuah iaitu 8 12 bulan selepas ditanam
dengan penghasilan diantara 25 40 tan sehektar setahun.Daunya berwarna hijau,berbentuk
bujur dengan ukuran 12.0 cm x 6.5 cm dan mempunyai 15- 18 urat sisi daun.Buah bersaiz
sederhana besar dengan purata 250 350 g sebiji dan berbentuk hamper bulat, sederhana
tebal dan rapuh.Rasanya manis dengan kandungan asid yang rendah.Kandungan biji
sederhana.

2.PENANAMAN
i. Bahan tanaman:
Pembiakan boleh dijalankan sama ada melalui biji atau secara tampang.Kaedah pembiakan
melalui biji tidak disyorkan kerana menimbulkan masalah ketulenan baka.Pembiakan secara
tampang boleh dilakukan melalui kaedah keratan,tut atau cantuman.Kaedah tut dan
cantuman lebih diutamakan kerana tumbesaran yang cepat, kejayaan cantuman yang tinggi,
tidak memerlukan kemahiran dan mudah dilaksanakan dengan peralatan yang murah.
ii.Penanaman di Ladang
NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 7 drp 13


Penanaman dilakukan pada awal musim hujan dan hanya pokok benih yang sihat dan segar
sahaja digunakan.Sebanyak 5 kg baja organic,100 gm baja fosfat dan 250 gm kapur
dicampurkan ke dalam lubang,ditimbus dengan tanah dan kemudian dipadatkan sehingga
menjadi busut kecil.Setiap anak pokok hendaklah diikat pada kayu sokongan berukuran satu
meter tinggi dan diberi sungkupan.Penyiraman dilakukan setiap hari sekiranya tidak
hujan.Jarak tanaman yang disyorkan ialah 4m x 4m dan jarak ini memberikan kepadatan
sebnyak 625 pokok sehaektar.

3.PENYELENGGARAAN
i. Pengurusan air
Air merupakan satu daripada keperluan asas untuk tanaman jambu batu selain daripada udara
dan tanah.Keperluan air adalah faktor utama untuk meningkatkan pengeluaran hasil jambu
batu dan tumbesaran pokok.Sistem pengairan yang boleh digunakan untuk tanaman jambu
batu ialah sistem pengairan titis dan sistem pengairan penyemburan.Pemilihan jenis sistem
pengairan bergantung kepada kepadatan sumber air,kualiti air,bentuk muka
bumi,topografi,perbezaan aras tertinggi dan terendah serta modal kos pembangunan.

ii. Pembajaan
Untuk menjamin tumbesaran pokok dan penghasilan yang optimum,pembajaan hendaklah
dilakukan dengan cara yang berkesan pada kadar dan masa yang tepat berasaskan peringkat
dan corak tumbesaran pokok.Jenis dan kadar pembajaan yang disyorkan adalah seperti
dibawah:
Umur pokok
(tahun)
Jenis baja Kadar baja
(kg/pokok/tahun)
Kekerapan
Semasa
menanam
Triple Superphosphate
Ground Magnesium Limestone
Baja Organik
0.1
0.25.
5.0
-
-
-
1 NPK 15 : 15 : 15
Organik
0.5
5.0
2 bulan sekali
6 bulan sekali
2 NPK 15 : 15 : 15
Organik
1.0
10.0
2 bulan sekali
6 bulan sekali
3 NPK 12 : 12 : 17 : 2
Organik
1.5
15.0
2 bulan sekali
6 bulan sekali
4 & ke atas NPK 12 : 12 : 17 : 2
Organik
2.0
20.0
2 bulan sekali
6 bulan sekali
NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 8 drp 13




iii. Kawalan rumpai
Rumpai di kawal secara manual dan menggunakan racun rumpai.Pengurusan rumpai secara
manual dilakukan dengan menggunakan tajak dan biasanya disyorkan untuk kawasan yang
tidak berapa luas dan peringkat pokok muda.Pengurusan rumpai dengan racun diutamakan
untuk kawasan yang luas dan peringkat pokok di mana umur melebihi dua tahun
diladang.Semasa semburan dilakukan, tindakan berhati hati perlu diambil supaya tidak
terkena pada pokok jambu dan memberi kesan pada fitoksik.Jenis-jenis racun yang berkesan
dalam pengurusan rumpai dikawasan jambu batu adalah seperti dibawah:
Jenis rumpai Jenis racun Kadar (ml/4.5 liter air)
Rumpai daun lebar
Ageratum convoides
Asystasia intrusa
Mikania micrantha
Croton hirtus
Borreria latifolia
Glufosinate ammonium
(13.5%)
30
Rumput
Axonopus compressus
Eleusine indica
Glufosinate ammonium
(13.5%)
30
Paspalum conjugatum Paraquat (25.3%) 30
Rusiga
Cyperus kyllingia
Cyperus zollingeri
Bentazone (39.6%) 150
Lalang
Imperata cylindrica
Glyphhosate (41.0%) 25

iv. Pemangkasan
Pemangkasan merupakan satu operasi pengurusan yang penting.Ia dilakukan dengan beberapa
tujuan seperti berikut :
a) Membentuk dan mengawal tumbesaran pokok
b) Mengawal pengeluaran bunga
c) Memperbaiki sistem pengudaraan pokok
d) Menambah kemasukan sinaran matahari
e) Memudahkan kerja-kerja pengurusan
f) Mengawal serangan musuh dan penyakit
NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 9 drp 13




Terdapat 3 jenis pemangkasan yang digunakan untuk pokok jambu batu :

1.PemangkasanPembentukan
- Biasanya dilakukan pada peringkat awal tumbesaran pokok untuk mewujudkan satu rangka
pokok yang baik .Anak pokok tut yang mempunyai dua ke tiga dahan primer dicantas pada
paras 0.5 meter panjang untuk menggalakkan pertumbuhan dahan-dahan sekunder.Pada setiap
dahan primer, tiga atau empat dahan sekunder yang seimbang dikekalkan untuk memberi
rangka pokok.
2.PemangkasanPengurusan
-Pemangkasan pengurusan dilakukan secara berterusan dengan tujuan menjaga kesuburan
pokok.Dahan dan ranting-ranting yang bersilang, berpenyakit, mati, lemah dan yang tidak
diperlukan hendaklah dicantas.Pemangkasan ini juga dilakukan untuk mengawal pertumbuhan
vegetative pokok dan secara tidak langsung mempengaruhi musim pembungaan.
3.PemangkasanPemulihan
- Pemangkasan ini dilakukan apabila pokok-pokok telah tua dan tidak lagi produktif.Ianya
dilaksanakan dengan mencantas dahan-dahan tertier supaya digantikan dengan pucuk-pucuk
yang baru.

v. KAWALAN PENYAKIT dan PEROSAK
a)Penyakit
Penyakit penyakit utama bagi tanaman jambu batu adalah seperti berikut :
Penyakit Tanda- tanda Kawalan
Penyakit Keruping Buah Scab
(Pestalotiopsis psidii)
-Bermula sebagai bintik kecil
berwarna hitam akibat serangan
serangga seperti kepinding
nyamuk.
-Bintik-bintik ini akan membesar
dan menjadi tompok nekrotik
sebesar 1-3 mm, berbentuk perang
hitam.
-Apabila buah membesar, bahagian
epidermis buah di sekeliling
keruping akan terkoyak dan timbul,
- Kulat penyakit ini merupakan
jenis yang lemah dan perlukan
luka untuk menjangkiti buah.
-Kawalan yang diamalkan
hendaklah merangkumi kawalan
serangga yang melukakan buah
dan kulat itu sendiri.
-Serangga kepinding nyamuk
boleh dikawal dengan semburan
racun serangga seperti
cypermethrin atau deltamethrin,
NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 10 drp 13


maka di bahagian tengahnya pula
menjadi lekuk.
manakala kulat dikawal dengan
racun kulat yang mengandungi
kuprum dan zink.
Penyakit Stylar End Ring Rot
(Phomopsis psidii Ng Raj &
Ponnapa)
- Bermula dengan bintik-bintik
nekrotik disebelah bawah buah.
- Biasanya sebelah bawah buah
dijangkiti kerana spora-spora
dibawa oleh air hujan.
- Bintik-bintik menjadi hitam,
membesar dan bercantum dengan
melingkari buah.
- Bahagian nekrotik boleh merebak
ke dalam buah hingga kebahagian
biji.
-Buah-buah yang tidak
dibungkus didapati mengalami
jangkitan yang lebih tinggi
berbanding dengan buah yang
dibungkus.
-Untuk memperolehi kawalan
yang berkesan, semburan
dilakukan sebelum
pembungkusan buah dijalankan.
-Racun-racun kulat seperti
carbendazim, benomyl,
carbendazim-mancozeb,
chlorothalonil dan fentinacetate
member kawalan yang berkesan.
-Amalkan pembersihan ladang
untuk mengurangkan sumber
penyakit dan kelembapan yang
tinggi.

b) Perosak
Perosak utama tanaman jambu batu adalah seperti berikut :
Perosak Tanda-tanda Kawalan
Nematod (Meloidogyne
incognita)
-Pokok-pokok yang diserang kelihatan
tidak segar dan terbantut.
-Kanopi pokok menjadi jarang dan dain-
dain menjadi kuning.
-Buah menjadi kecil, mencapai
kematangan dalam masa yang singkat
dan warnya kelihatan pudar.
-Kulit batang tidak mengelupas.
-Pemeriksaan system akar menunjukkan
akar menjadi bengkak dan berubah
warna.
-Serangan yang teruk, menjadikan akar
tunjang dan akar sisi akan kelihatan
bengkak dan pecah-pecah.
-Tabur racun seperti carbofuran
atau fenamiphos
-Guna bahan tanaman yang
bebas daripada nematode,
khasnya dalam penyediaan anak
benih dan tanah yang digunakan
dalam beg politena perlu di
steril.
Lalat Buah (Bactrocera
dorsalis)
-Lalat buah betina bertelur pada buah
hijau yang bersaiz muda kematangan.
-Telur ini akan menetas dan larva yang
keluar akan mengorek ke dalam isi buah
dan menyebabkan kerosakan.
-Cara sanitasi, di mana buah-
buah yang diserang dikutip dan
ditanam dalam tanah.
-Membalut buah-buah muda
dengan beg kertas.
-Semburan setempat dengan
NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 11 drp 13


umpan protein seperti promar
yang dicampur dengan
malathion.Sembur 40ml
campuran promar pada tiap-tiap
pokok dan ulangi semburan lima
hari sekali dari peringkat
berputik hingga buah dipetik.
-Mengumpan dengan pemikat
methyl eugenol.Cara ini
memerangkap lalat buah jantan
dan seterusnya mengurangkan
populasi lalat buah.
Kutu Terip (Selenothrips
rubrocintus,Scirtothrips
dorsalis)
-Kutu terip menyerang putik, bunga dan
buah.
-Perosak ini biasanya merosakkan
lapisan permukaan buah dan
meninggalkan kesan calar dan bersinar.
-Serangan menjadi serius pada musim
kemarau dan di kawasan yang baru
ditanam.
-Untuk mendapatkan kawalan
yang baik, semburan liputan
secara menyeluruh perlu
dilakukan apabila terdapat kesan
serangan.
-Racun-racun seperti bendiocarb
dan biomopropylate adalah
berkesan.
Koya-koya (Ferisiana
virgata,Psedococcus
citriculus & Planacoccus
paciffus)
-Serangga pada peringkat dewasa dan
peringkat nimfa menghisap sap pokok
dan jika populasinya tinggi,
pertumbuhan kulapok hitam akan
berlaku dan seterusnya mengurangkan
mutu buah.
-Sembur campuran minyak dan
racun serangga sistemik seperti
acephate atau carbaryl apabila
terdapat kesan serangan.
-Kawal semut yang memakan
manisan dengan menyembur
cypermethrin pada batang dan
bahagian pangkal pokok.
Bena Putih
(Aleurotuberculatus
canangae)
-Bena putih bertelur di bawah
permukaan daun secara berasingan.
-Nimfa serangga tidak bergerak dan
kelihatan seperti sisik dan kadang kala
berduri.
-Bena putih dewasa dan nimfa
menghisap cairan pokok,khasnya
dibawah permukaan daun dan
mengeluarkan manisan yang
mengakibatkan kulapok hitam.
-Sembur racun dilakukan apabila
serangan menjadi serius.
-Racun-racun seperti
deltamethrin dan permethrin
adalah disyorkan.

4. KEMATANGAN DAN PENGUTIPAN HASIL
i. Kematangan
Buah jambu berwarna hijau tua.Apabila matang,warna buah beransur-ansur berubah kepada
hijau muda dan kemudian menjadi kuning apabila masak.Buah jambu batu dipetik pada
kematangan yang berasakan kegunaanya.Untuk kegunaan makan segar,buah dipetik apabila
NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 12 drp 13


berwarna hijau muda dan peringkat ini buah didapati masih keras dan rangup.Untuk kegunaan
jus,buah dipetik apabila betul-betul masak iaitu berwarna kuning.
ii. Hasil
Pada kebiasaanya pokok jambu batu mula mengeluarkan hasil apabila memasuki tahun kedua
penanaman.Penghasilannya akan terus meningkat,mencapai maksimum pada umur empat
hingga lima tahun dan seterusnya hasil akan merosot.Penanaman semula dilaksanakan apabila
pokok mencapai umur di antara lapan hingga sepuluh tahun.
iii. Musim
Secara amnya,musim berbuah bagi tanaman jambu batu dipengaruhi oleh cuaca setempat.Di
Malaysia terdapat dua musim kering setahun,iaitu pada bulan Januari hingga Mac dan Jun
hingga Julai.Kedua-dua musim kering akan memperangsang pokok jambu batu berbunga.Pokok
jambu batu GU8, GU9 dan GU 10 didapati mempunyai dua hingga tiga musim setahun.
iv. Indeks Penuaian
Indek kematangan buah dipastikan dengan perkiraan masa dari mula berputik.Perkiraan masa
dimulakan apabila putik buah mempunyai garis pusat di antara 8 10cm.Berasaskan kaedah
ini,indeks kematangan buah jambu batu klon GU 8 ialah 16 minggu selepas berputik untuk
tujuan kegunaan makan segar.
v. Pengutipan Hasil
Pemetikan buah jambu batu dijalankan dengan menggunakan gunting secateurs.Tangkai buah
digunting dan buah bersama kertas pembalutnya dimasukkan ke dalam baldi plastik.Apabila
penuh, buah-buahan daripada baldi dimasukkan dalam bakul plastik yang besar .Bakul raga
tidak disyorkan kerana berkemungkinan melukakan permukaan buah.

5.PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN PENYIMPANAN
i. Pengendalian di Ladang
Buah-buah yang telah dipetik harus dipelihara dari segi kesegaranya.Suhu yang tinggi diladang
akan menyebabkan buah menjadi kecut kerana kehilangan air.Buah-buah yang dipetik perlu
disejukan.Ini dapat dilakukan dengan beberapa kaedah,iaitu membasahkan kertas pembalut
buah,memetik buah pada waktu yang kurang panas,meletakkan buah di tempat yang
redup,mewujudkan sistem penghantaran buah yang cekap dan member lindungan kepada buah
semasa pembungkusan untuk operasi seterusnya.
NO. ISU : 02
NO. SEMAKAN : 00
TARIKH KUATKUASA : 03.01.2011 Halaman : 13 drp 13



ii. Pengendalian di Pusat Pembungkusan
Pusat pembungkusan merupakan tempat khas di mana buah-buah dari ladang disediakan
sebelum dipasarkan.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah memilih,membasuh,merawat
buah dengan racun kulat,mengeringkan,membungkus dan penyimpanan.Pengendalian buah
yang sebenar bergantung kepada tujuan pasaran,iaitu sama ada disediakan untuk pasaran
tempatan atau pasaran eksport melalui udara atau kapal.
iii. Penyimpanan
Buah jambu batu boleh disimpan dalam suhu bilik atau di bawah bilik sejuk mengikut
keperluannya.Untuk pasaran tempatan,buah jbatu boleh disimpan selama seminggu di bawah
suhu bilik (26 c) tanpa menjejaskan kualitinya.Untuk penyimpanan yang lebih lama,bilik sejuk
perlu digunakan.Di bawah suhu 20 c,buah jambu batu boleh disimpan selama Sembilan ke
sepuluh hari.Di bawah suhu pada 5 c,jambu batu klon GU8 dapat disimpan selama dua ke tiga
minggu,manakala jenis yang tidak berbiji dapat disimpan selama lima minggu.

6. RUJUKAN

i. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (2001) Pakej Teknologi Jambu Batu

You might also like