Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

http://ms.wikipedia.

org/wiki/Sime_Darby
Sime Darby
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini mengenai syarikat. Untuk kelab bola sepak
Malaysia, sila lihat Sime Darby F.C..
Sime Darby Berhad

Jenis awam
Industri Perladangan, Automotif,
Industri,Harta
tanah, Tenaga & Utiliti
Ditubuhkan 1910
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Perancang
utama
Tun Musa bin
Hitam (Pengerusi)
Dato' Mohd Bakke Saleh
(Presiden & CEO Kumpulan)
Dato' Abdul Wahab Maskan
(COO Kumpulan)
Hasil MYR 34.05 bilion (2008)
Pendapatan
bersih
MYR3.73 bilion (2008)
Jumlah aset MYR 35.972 bilion (2008)
Jumlah
ekuiti
MYR 22.205 bilion (2008)
Pekerja Lebih 104,000
Laman web www.simedarby.com
Sime Darby (MYX: 4197) adalah syarikat konglomerat
multinasional yang bertapak kukuh di Malaysia dalam industri
perladangan, hartanah, industri, automotif, tenaga dan
prasarana serta hospitaliti. Sime Darby tersenarai dalam papan
utama Bursa MalaysiaSecurities Berhad.
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Sejarah
2 Malaysianisasi
3 Penggabungan
4 Rujukan
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Pada 1910, ketika Tanah Melayu dijajah oleh British, ahli
perniagaan British, William Middleton Sime dan Henry Darby
menubuhkan Sime, Darby & Co dalam sektor
perladangan getah. Syarikat ini beralih kepada kelapa
sawit ,koko dan pelbagai sektor lain.
William Middleton Sime ketika itu berusia 37 tahun merupakan
pengembara dari Scotland dan terlibat dalam perniagaan
import eksport serta ladang kopi. Henry Darby pula berusia 50-
an merupakan ahli perbankan dan memiliki beberapa hartanah
di utaraTanah Melayu.
Syarikat Guthrie diasaskan oleh Alexander Guthrie pada 1821
di Singapura. Syarikat ini adalah syarikat British yang pertama
di Asia Tenggara. Guthrie memperkenalkan
tanaman getah dan kelapa sawit di Malaysia pada 1896 dan
1924 di Kuala Selangor.
Pada 1905, syarikat Harrison and Crosfield membeli beberapa
ladang di Sememanjung Malaysia dan mengusahakan
tanaman tehdan kopi. Namanya ditukar kepada Golden Hope
Rubber Estate. Pada 1982 Harrison and Crosfield menjual tiga
ladang miliknya iaituGolden Hope, Pataling, dan London Asiatic
kepada pihak Malaysia pada harga 146 juta. Pada 1990,
pemiliknya Permodalan Nasional Berhad menukar nama
kepada Golden Hope Plantation Bhd (GHPB).
Malaysianisasi[sunting | sunting sumber]
Syarikat British yang menguasai dan menentukan harga getah
tidak digemari oleh pemimpin dan rakyat Malaysia. Selepas
1970, pelabur Malaysia melalui Tradewinds (Malaysia)
Sendirian Berhad membeli dan mengusai saham Sime Darby.
Pada 1979, entiti Sime Darby Berhad (SDB) dan Consolidated
Plantations Berhad (CPB) digabungkan dan ibu pejabat
dipindahkan ke Kuala Lumpur.
Pada 1981, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir bin
Mohamad merestui tindakan PNB untuk membeli /
mengambilalih syarikat Guthrie dari Bursa Saham
London dalam apa yang dipanggil sebagai 'serangan waktu
subuh'.
Penggabungan[sunting | sunting sumber]
Pada Januari 2007, 3 syarikat multinasional iaitu Guthrie
Berhad, Golden Hope dan Sime Darby digabung
menjadi Synergy Drive . Pada 27 November 2007 ia ditukar
nama kepada Sime Darby Berhad sahaja.

You might also like