Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

Profesor Di Raja,

Profesor Emeritus,
Ungku Abdul Aziz Bin Ungku Abdul Hamid

Nama ini cukup sinonim dengan pertumbuhan University Malaya sebagai
universiti perdana dan ANGKASA, badan koperasi yang terbesar di Malaysia.
Namanya juga dikaitkan dengan permasalahan ekonomi dan kemiskinan
masyarakat luar Bandar. Beliau juga satu-satunya professor di Malaysia yang
digelar Profesor Di Raja.

Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz, lahir pada 28 Januari 1922, di England.
Ayahnya, Ungku Abdul Hamid, anak saudara Sultan Abu Bakar Johor, adalah
adinda kepada Ungku Abdul Aziz, Menteri Besar Johor yang keenam. Ibunda
Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz, seorang wanita Inggeris, bernama Hamidah
bte Abdullah.

Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz mendapat pendidikan di Sekolah Ngee Heng,
English School Bukit Zaharah dan English College (1940-1941). Pendudukan
Jepun di Tanah Melayu telah mentakdirkan Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz
melanjutkan pelajaran ke University Waseda, Jepun di antara tahun 1941-1943.
Beliau kemudian menyambung semula pelajaran di Raffles College pada tahun
1947 dna mendapat Diploma in Arts (Kelas II). Seterusnya beliau menjadi
pelajar University of Malaya dan mendapat Ijazah Saujana Muda Sastera
(Ekonomi) dengan Kepujian, pada tahun 1951. Ijazah Doctor of Economics
(Hakase), daripada Waseda University diraihnya pada tahun 1964.

Perkhidmatan Awam Johor telah menjadi pilihannya pada tahun 1947;
bagaimanapun, selepas mendapat ijazah mudanya, Profesor Di Raja Ungku
Abdul Aziz telah menjadi pensyarah ekonomi di University of Malaya. Minatnya
dalam gerakan kebangsaaan, telah mendorong beliau dan beberapa pensyarah
lain menubuhkan Persatuan Bahasa Melayu, telah diusahakan bersama Zaba di
Hohor Bahru pada tahun 1956. Beliau kemudian telah dilantik sebagai Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka yang pertama, pada tahun 1956.

Bagaimanapun, tumpuannya lebih terarah kepada soal ekonomi luar
Bandar/orang Melayu. Penyelidikannya yang dihasilkan dalam kertaskerja telah
melahirkan pendapat-pendapat dan cadangan-cadangan bagi mengatasi
kemiskinan ekonomi luar Bandar. Pendapat ini menjadikan beliau amat
terkenal, sehingga teori kemiskinan luar bandarnya menjadi petikan dan rujukan
masyarakat terbanyak. Malah, langkah-langkah dan dasar-dasar dibentuk oleh
pemerintah bagi mengatasi kemiskinan dan kemunduran pendudukan luar
Bandar.

Pada tahun 1961 sehingga 1965, beliau telah dilantik sebagai Profesor dan
Ketua Jabatan Ekonomi, Fakulti Sastera, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Penubuhan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, telah
menyaksikan perlantikan Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz sebagai Dekannya
yang pertama. Ini dipegangnya sehingga tahun 1968. Keupayaan sebagai
pentadbir dan tokoh akademik yang disegani telah membawa beliau ke mercu
pentadbiran Universiti Malaya pada tahun 1968. Perlantikannya sebagai Naib
Canselor adalah suatu perlantikan perintis di kalangan anak negeri Tanah
Melayu yang merdeka. Ini disandangnya selama dua puluh tahun; iaitu satu
tempoh yang amat panjang sehingga namanya sinonim dengan universiti
perdana itu.

Sebagai ketua pentadbir Universiti Malaya, Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz,
telah membina pembanguan universiti. Berbagai disiplin ilmu telah diadakan dna
beberapa jabatan dan institusi baru dibentuk dengan tujuan untuk meluaskan
skop penyebaran ilmu di kalangan pelajar. Antaranya ialah Pusat Bahasa, Pusat
Asasi Sains, Pusat Kebudayaan, Pusat Sukan, Akademi Islam dan Muzium Seni
Asia.

Penubuhan Pusat Asasi Sains dan Sekim Latihan Bumiputra (SLAB) adalah
kejayaan penting beliau dalam merealisasikan harapan negara untuk memajukan
pencapaian akademik bumiputera dalam bidang ilmu sains. Latihan kakitangan
dalam bidang tersebut pula dapat mengisi kekosongan tenaga pengajar
bumiputera di samping mengatasi keadaan tidak yang begitu ketara di universiti
tersebut. Ini kemudian diterimapakai oleh universiti-universiti selepasnya.

Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz juga memanjangkan khidmatnya kepada
masyrakat luar kampus. Beliau menjadi anggota Majlis Perundingan Negara
(1970-1972); Majlis Penasihat Ekonomi Negara (1989-1991); Majlis Penasihat
Perpaduan Negara, ahli Lembaga Penyelidikan dan Perkembangan Getah
Tanah Melayu (1979-1988) dan Pengarah Bank Rakyat (Kerjasama) Malaysia
(18-983-1984). Pada tahun 1083 pula, beliau menjadi ahli Lembaga Maktab
Tentera dan pada tahun berikutnya (1987-1989), beliau menjadi ahli Majlis
Penyeliaan BERNAMA.

Hasil daripada kegigihannya mengajurkan syarikat kerjasame, pada tahun 1968,
beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kedaibuku Koperasi Universiti
Malaya. Idea yang baik ini kemudian disebarkan di seluruh negara sehingga
tertubuhnya Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA); beliau
adalah Presiden ANGKASA sejak tahun 1971 sehingga kini. Badan koperasi ini
menjadi satu institusi yang amat penting kepada masyarakat Malaysia kerana
sumbaangannya dalam meningkatkan peranan koperasi dalam system
perekonomian negara.

Dalam bidang pendidikan pula, Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz telah menjadi
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (1980-1988), PengerusiPersatuan
Malaysia bagi UNESCO dan Timbalan Presiden Lembaga Pertubuhan Peladang
Malaysia. Cetusan ideanya dalam sebuah kertaskerja yang bertajukRancangan
Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-bakal Haji, yang dibentangnya pada tahun
1959, telah melahirkan penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji, sebagai
sebuah institusi penabungan umat Islam menunaikan haji dan pelaburan bagi
mendapat keuntungan.

Di peringkat antarabangsa, sumbangan Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz tidak
kurang hebatnya. Beliau adalah Presiden ASAIHL ( Association of South-East
Asian Institution of Higher Learning)(1973-1988), Pengerusi ACU (Association of
Commonwealth Universities)(1974-1975); Sidang Pengarang Internasional
Encyclopedia of Social Science (1964-1968); ahli Jawatankuasa Penasihat
Antarabangsa Britanica International Encyclopedia (1972); ahli Persuratan
Lembaga Penasihat Institute of Southeast Asian Studies; Singapura; Timbalan
Presiden International Committee on Training and Education (INCOTFC);
Editorial Advisory Board of Asia-Pacific Community (The Asian Club)(1976) dan
Member of Advisory Board of Journal of Modern Asian Studies (1973-1974).

Beliau juga menjadi perunding dan penasihat dalam badan-badan dan universiti
antarabangsa. Antara badan-badan itu termasuklah International Advisory
Council University College at Buckingham, England (1976); UNESCO-
Educational Planning Unit, Bangkok, ECAPE-Joint Consultative Committee of
FAO/UNESCO/ILO dan United Nations Agencies (UNESCO, Bangkok; ILO,
Geneva; FAO-Sri Lanka, India dan Indonesia; UNESCO-Cyprus). Beliau juga
ahli International Jury for the UNESCO Prize for Peace Education (1987-1993).

Selepas bersara, beliau tetap bergiat dalam badan-badan penting. Antaranya
sebagai ahli Malaysian Economic Association; ahli Majlis Maktab Kerjasama
Malaysia (1987); Ahli National Trust Fund Panel (1988); Adjunct Professor
Universiti Utara Malaysia (1993); ahli Board of Trustees Prime Ministers
Exchange Fellowship Program (1994); Timbalan Pengerusi JACTIM Foundation
(1996); Pensyarah pelawat INSANIAH (1997) dan ahli MAPEN II (1999). Beliau
juga dilantik sebagai Fellow Terhormat ISIS (Institute of Strategic and
International Studies Malaysia) (1989). Kedudukannya yang sama juga telah
diberi kepadanya oleh MIER ( Malaysian Institute Of Economic Research) pada
tahun 1992.

Di dalam bidang korporat negara, Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz, telah
diberi kepercayaan yang tinggi. Beliau dilantik sebagai Pengarah PLUS (North-
South Express Project)(1988-); Highlands and Lowlands Sdn. Bhd. (1993-).
Diperingkat antarabangsa pula; Profesor Emeritus Ungku Abdul Aziz adalan Vice
President International Cooperative Alliance for Asia and the Pacific dan
Chairman, Human Resource Development, ICA Asia.

Penglibatannya dan ketokohan Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz ynag begitu
luas menggalakkan berbagai pihak memberi pengiktirafan. Profesor Di Raja
Ungku Abdul Aziz telah dianugerahkan Doctor of Humane Letters, oleh
University of Pittsburgh, Amerika Syarikat(1971); Doctor of Education , University
of Chulalongkorn (1977); Profesor Di Raja Ekonomi (Pembangunan Luar
Bandar) (1978) oleh Yang Di Pertuan Agung. Pada tahun 1980an, hal ini
menjadi lebih ketara. Doctor of Letters (D.Litt) daripada University of Warwick,
UK (1985) dan Doctor of Laws, daripada University of Strathclyde, Glasgow
(1986), telah dianugerahkan kepada beliau.

Penghormatan juga didapati daripada UKM yang menganugerahkannya Doktor
Ekonomi (1986); University of Buckingham dengan Doctor of Laws(1987);
Universiti Utara Malaysia dengan ijazah kehormat yang sama. Universiti Malaya
pula, telah menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada beliau pada 3
September 1989. Ini kemudian diikuti oleh dengan Degree of Doctor of Letters
Honoris Cause, oleh University of Bath (1993) dan Honoris Cause, oleh Soka
University, Jepun (1995).

Pengiktirafan badan-badan berkanun dan yayasan antarabangsa juga adalah
tanda penghormatan mereka kepada Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz. Antara
pengiktirafan itu ialah Ordre des Arts et Des Letters, ( Perancis-1965); Fellow
World Academy of Arts And Science (1965); Anugerah Yayasan Tun Abdul
Razak (1978); Japan Foundation Award (1981); Anugerah Istimewa Lembaga
Tabung Haji (1988); Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure First
Class, oleh Maharaja (1989); Asean Achievement Award-Education (1992)
International Academic Prize of the 4
th
Fukuoko Asian Cultural Prizes 1993; oleh
City of Fukuoko (1993) dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah, Malaysia (1997).

Profesor Di Raja Ungku Abdul Aziz telah mendirikan rumahtangga dengan Puan
Azah Aziz, seorang bekas wartawan dan tokoh budayawan Malaysia yang
terkenal. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Zeti
Aktar, yang kini bertugas sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia.

Sumber: Profil Tokoh-Tokoh Gemilang Universiti Malaya

You might also like