Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Fungsi Bahasa Melayu Di Malaysia

Persekutuan Tanah Melayu mencapai


kemerdekaan pada 1957 dan semenjak detik
pengisytiharan tersebut Bahasa Melayu telah
dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi,
bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Perlembagaan
Persekutuan telah memperuntukkan kedudukan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
sebagaimana yang telah diwartakan dalam Akta Bahasa
Kebangsaan 1967 dan memperkukuhkan kedudukan
sebagai bahasa pengantar dalam institusi pendidikan
menerusi Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan
1996.
Kamus Dewan (1970:59) mendefinisikan bahasa rasmi
sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan
awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di
sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Ainon
Mohammad (1984) pula merumuskan bahawa bahasa
rasmi membawa pengertian sebagai peranan bahasa
Melayu sebagai saranan pembinaan negara di dalam
semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara.
Oleh itu, dapatlah diringkaskan bahawa bahasa rasmi
ialah bahasa yang digunakan di dalam sistem
pendidikan negara, urusan perniagaan dan pentabiran
dan di dalaam upacara-upacara rasmi. Bahasa rasmi
pula mungkin membawa lebih daripada satu fungsi bagi
sesebuah negara.
Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
merupakan senjata paling ampuh dalam merealisaikan
konsep 1 Malaysia. Perpaduan atau solidariti dapat
ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan
rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya
setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
bangga akan tanah air. Kamus Dewan (1994)
mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan,
pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu
iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.
Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu
sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi
lambang penyatuan suara yang digunakan sebagai alat
perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok
manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan
rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah negara.
Menerusi cetusan idea Perdana Menteri Malaysia,
Gagasan 1 Malaysia ingin membentuk satu identiti
masyarakat Malaysia melalui budaya dan aspek
terpenting untuk membentuk satu budaya ialah melalui
satu bahasa dan satu suara. Sejarah membuktikan
bahawa perpaduan amatlah sukar dicapai oleh
masyarakat pelbagai ras dan etnik tetapi bukan mustahil.
Semasa zaman kolonialisasi, British mengamalkan
dasar pecah dan perintah yang mewujudkan jurang
ekonomi manakala dasar laissez-faire dalam
pendidikan menyebabkan perkongsian pengetahuan
dan keseragaman perperiksaan tidak dapat dicapai.
Sistem persekolahan yang wujud di negara ini,
pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang
diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19,
iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri
Selat. Pada awal tahun itu, pihak British memberi
keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris.
Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang
secara sendirian. Pelajaran Cina telah mewujudkan
kesedaran kebangsaaan pemuda pemuda Cina.
Sekolah Cina bukan hanya menggunakan bahasa Cina
sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara
China, buku teks diimport dari negara China dan
berkiblatkan China. Sekolah Tamil pula menggunakan
bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal.
Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang
dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat
yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau
bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah
setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau
Inggeris.
Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah
Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul.
Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran
Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan
sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar
sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah
Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang
berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem
persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan
penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan
etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan
terdidik berpelajaran Inggeris dan berpelajaran
vernacular yang tidak mempunyai pandangan dunia
(world view) yang sama.
Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan
pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari
formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia
yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang
mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan
untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta
mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai
sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang penting untuk
mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara
ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia,
hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul
dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama
disedari.
Cara paling penting untuk menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui
penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu
bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu
kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa
menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan
lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara
ini. Oleh itu, Penyata Razak telah diperakui dan
diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957.
Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah
menggunakan sukatan pelajaran yang sama manakala
Bahasa Melayu pula digunakan sebagai bahasa
pengantar di semua sekolah, khusus untuk membantu
perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana berkesan
untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan
masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.
Gagasan 1 Malaysia sudah pastinya dapat
diwujudkan melalui pembentukan jati diri bangsa
Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang
mudah difahami. Penyatuan rakyat melalui bahasa
Melayu sebagai bahasa perpaduan boleh diwujudkan
melalui penerapan nilai-nilai murni seperti yang tercatat
dalam matlamat pendidikan kebangsaan, iaitu
pembentukan masyarakat yang bersatu padu.
Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
mampu menyemarakkan lagi semangat 1 Malaysia
dengan membawa dimensi baharu dalam arena
kebahasaa. Menurut Havranek, di dalam Garvin (1984),
sesuatu bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa
ilmu perlu mempunyai dua ciri penting iaitu
keintelektualan dan kesempurnaan bahasa. Melalui
keintelektualan, bahasa tersebut mestilah mempunyai
keupayaan menyampaikan hujah dan buah fikiran yang
berkesan dan tepat yakni ampu menyampaikan
kesinambungan dan kerumitan fikiran tanpa melalui
pelbagai rintangan. Kesempurnaan bahasa pula
bermaksud satu bahasa yang akan berfungsi sebagai
bahasa ilmiah harus mempunyai sistem dan peraturan
bahasa yang lengkap yakni mempunyai sifat-sifat
kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan
keindahan.
Selaras dengan konsep 1 Malaysia, bahasa Melayu
bukan sahaja mampu menyampaikan pelbagai ilmu
malahan ia juga memikul tanggungjawab yang besar
sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum di
Malaysia. Perkara ini telah dibuktikan sejak sekian lama
kerana melalui perpaduan yang kukuh dan
persefahaman kaum yang kuat dalam kalangan
masyarakat, suasana politik dan sosial juga turut stabil
sekali gus merancakkan lagi sektor ekonomi negara.
Secara tuntasnya, inilah berkat hasil bahasa Melayu
yang dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan negara ini sejak awal tahun 70-an.
Bahasa Melayu memudahkan penguasaan ilmu
dalam kalangan rakyat Malaysia. Selaras dengan
konsep rakyat didahulukan, perpaduan akan dikecapi.
Nikmat daripada kesejahteraan rakyat maka dapatlah
kita merealisasikan pencapaian melalui ilmu
pengetahuan. Bahasa Melayu telah memperkasa anak
watan dalam pelbagai bidang khususnya bidang
pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi sekali gus
dapat melahirkan golongan kelas menengah yang
menjadi sinergi dan sumber manusia yang terus menjadi
pemangkin pembangunan bangsa dan negara.
Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan
sebagai lingua-franca dan juga bahasa kedua
akhirnya menjadi bahasa pengantar, bahasa ilmu,
bahasa komunikasi, bahasa perundangan, bahasa
pentadbiran dan bahsa yang dapat mengungkapkan
pelbagai genre dan domain ilmu. Oleh hal yang
demikian,bagi memastikan semangat dan kecintaan
terhadap kepentingan dan kemampuan bahasa Melayu
memainkan peranannya sebagai bahasa ilmu dan
wahana merealisasikan Gagasan 1 Malaysia, usaha
promosi harus dipergiat dari semasa ke semasa.
Berdasarkan statusnya sebagai bahasa
kebangsaan, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi tidak perlu dipersoalkan lagi apabila rata-
rata anak-anak berinteraksi dengan rakan sebaya di
sekolah, majikan dan pekerja berkomunikasi di pejabat
bahkan urusan jual beli di pasar raya juga kita sering
mendengar bahasa Melayu diujarkan.
Dalam konteks 1 Malaysia, interaksi amat penting
bagi menentukan supaya hubungan antara masyarakat
pelbagai ras dan etnik dapat terus berlangsung atau
dipertahankan. Oleh itu, perlu pengetahuan luas
berkenaan bahasa, loghat, jargon, slanga, gurauan,
cerita rakyat, budaya setempat dan sebagainya.
Pokoknya, kita mesti tahu pelbagai perkara tentang
bahasa. Fungsi peribadi pula ialah fungsi bahasa
memberi kesempatan kepada manusia untuk
menyatakan perasaan, emosi, peribadi serta reaksinya.
Kesimpulannya, Gagasan 1 Malaysia yang
dicetuskan oleh Perdana Menteri adalah selangkah di
hadapan kita. Perbezaan bahasa bukan lagi penghalang
ke arah usaha murni kerajaan ini kerana kita adalah
satu bangsa, satu bahasa dalam Gagasan 1 Malaysia.

You might also like