Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 46

______________________________________________________________________________________

1

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


LAPORAN LATIHAN PRAKTIKUM
DI BAHAGIAN PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER
MANUSIA (PSM), PEJABAT DAERAH SARATOK, SARAWAK.
______________________________________________________________________

BAB 1.0
LATAR BELAKANG PEJ ABAT DAERAH SARATOK, SARAWAK

1.1 SEJARAH PENUBUHAN PEJABAT DAERAH SARATOK


Pejabat Daerah Saratok terletak di tengah-tengah
Pusat Bandar Saratok iaitu di atas bukit
SAGATOK yang merupakan bangunan bersejarah
Daerah Saratok. Pejabat Daerah Saratok telah
beroperasi semenjak sebelum merdeka lagi, iaitu dianggarkan telah wujud
semenjak Tahun 1888 di bangunan yang sama.

Pejabat Daerah Saratok merupakan salah satu Agensi Kerajaan Negeri
di bawah pentadbiran Bahagian Betong yang mempunyai keluasan
1,686.68km. Daerah Saratok mempunyai Tiga (3) sub daerah iaitu :-

Daerah Kecil Roban
Daerah Kecil Kabong
Daerah Kecil Nanga Budu




______________________________________________________________________________________
2

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


Pejabat Daerah Saratok adalah sebuah pejabat kerajaan yang
bertanggungjawab terhadap segala aspek pentadbiran Daerah Saratok yang
seluas 1,686.68km persegi. Penduduk Daerah Saratok berdasarkan bancian
pada tahun 2000 adalah berjumlah 43,035 orang yang terdiri daripada Iban-
22,103; Melayu-17,641, Bidayuh-67; Melanau-134; Lain-Lain Bumiputera-59;
Cina-2,892; lain-lain bukan bumiputera-43.

Pejabat Daerah Saratok (1888-2008), Bangunan Pejabat Daerah Saratok
terletak di atas Bukit Seru. Bangunan ini pada asalnya adalah sebuah kubu
yang telah didirikan dalam tahun 1888. Pejabat Daerah Saratok telah
berpindah ke pejabat baru kira-kira 200 meter dari bangunan asal dengan
rasminya pada 30 Ogos 2009.












Rajah 1 : Peta Lokasi Daerah Saratok.
Saratok


______________________________________________________________________________________
3

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


1.2 VISI
Pejabat Residen Dan Daerah Bahagian Betong beriltizam menjadi organisasi
yang Unggul Dan Progresif untuk memangkin perubahan ke arah
pembangunan mapan dan harmoni.

1.3 MISI
Mengukuhkan Kecekapan, Ketelusan, Kepercayaan, Keberkesanan Dan
Kemesraan terhadap pelanggan dalam menyalurkan perkhidmatan dan
pentadbiran pembangunan.
Menjadi organisasi yang responsive dan mesra rakyat.
Mengukuhkan kecekapan, ketelusan, kepercayaan, keberkesanan dan
kemesraan terhadap pelanggan-pelanggan dalam menyalurkan
perkhidmatan dan pentadbiran.
Mencapai pembangunan jentera pentadbiran dan kepimpinan yang
dinamik, berkesan dan telus ke arah pembentukan masyarakat sejahtera,
Menyediakan jentera pentadbiran dan kepimpinan yang dinamik,
berkesan dan telus ke arah pembentukan masyarakat sejahtera,
Mengekalkan uasaha untuk pembangunan menyeluruh bagi mencapai
tahap kehidupan yang berkualiti.
Mengalak dan memudahkan proses pembangunan bagi mencapai tahap
kehidupan yang berkualiti.
Meningkatkan aktiviti Pembangunan Sumebr Manusia dan Penggunaan
Teknologi Moden serta penguasaan ICT.
Mencapai pelaksanaan 100% projek sosio-ekonomi negeri dalam
Rancangan Malaysia ke-9.


______________________________________________________________________________________
4

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


1.4 OBJEKTIF
Melahirkan sebuah organisasi yang boleh membantu dan membimbing
semua kakitangan dari segi rohani dan jasmani;
Menjadi role model kepada semua jabatan dan agensi kerajaan di
daerah ini menjelang tahun 2020;
Sebagai agen perubahan sikap kepada penduduk luar bandar ke arah
sikap yang positif dan dinamik;
Memberikan panduan yang tegas dan terperinci dalam menjalankan kerja;
Menambahkan kefahaman tentang matlamat kerja dan objektif organisasi;
Menerangkan hubungan kerja sendiri dengan kerja-kerja pegawai lain.

1.5 PIAGAM PELANGGAN
Pejabat Daerah Saratok beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang
cekap, berkesan dan mesra kepada pelanggan dengan:-
Permohonan Surat Kuasa Mentadbir (LA), Probet Wasiat akan disiapkan
dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja sekiranya disertakan dengan
semua dokumen-dokumen lengkap yang berkaitan;
Permohonan Anak Angkat yang diterima akan disiapkan dalam tempoh
empat belas (14) hari bekerja dengan syarat semua pihak yang terlibat
hadir bersama dokumen-dokumen yang lengkap serta memenuhi
prosedur-prosedur yang telah ditetapkan;
Urusan Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan, Urusan Pembaharuan Dan
Pengeluaran Lessen Perdagangan, Pengeluaran Ekstrak, Pindaan Butir-
Butir Dan Pembatalan Nama-Nama Perniagaan akan disiapkan dalam


______________________________________________________________________________________
5

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK

tempoh tujuh (7) hari bekerja dengan syarat semua dokumen-dokumen
yang disertakan adalah lengkap.
Pendaftaran Kes-Kes Mahkamah Bumiputera Dan Sivil akan disiapkan
dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
Permohonan Pengeluaran Permit Pembelian Peluru untuk senapang
patah (shotgun) akan disiapkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja
sekiranya peraturan yang ditetapkan;
Permohonan Pembaharuan Hakmilik Senapang Patah akan disiapkan
dalam tempoh (10) hari bekerja setelah memenuhi semua syarat yang
ditetapkan dan mendapat kelulusan daripada Residen;
Permohonan Pindah Hakmilik Senapang Patah akan disiapkan dakam
tempoh tujuh (7) hari bekerja sekiranya mematuhi peraturan yang
ditetapkan.

1.6 FUNGSI DAN PERANAN PEJABAT DAERAH SARATOK
Merancang, melaksana, menyelaras, mengesan dan melapor projek-
projek pembangunan;
Melaksanakan tugas pentadbiran daerah yang merangkumi pentadbiran
institusi masyarakat, perkhidmatan statutory, hal ehwal semasa
masyarakat dan lain-lain;
Melaksanakan tugas-tugas mengawal dan mengekalkan keamanan dan
keselamatan daerah;
Melaksnakan tugas-tugas secretariat untuk upacara-upacara dan
program-program kerajaan;


______________________________________________________________________________________
6

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK

Mengurus hal-hal pentadbiran am, sumber manusia, harta, kewangan,
perakauanan dan belanjawan pejabat daerah saratok;
Melaksanakan tugas Mahkamah Bumiputera dalam kapasiti sebagai
pendaftar mahkamah bumiputera di peringkat Mahkamah Bumiputera
Daerah dan ke bawah.

1.7 PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DIBERI
Perancangan Dan Penyelarasan Pembangunan Luar Bandar (Projek
Prasarana / Infrastruktur-Jalan, Bekalan Elektrik, Kemudahan Awam).
Pembangunan Bandar
Program Pemulihan Rakyat Termiskin (Dalam Kapasiti Sebagai Pengerusi
Jawatankuasa PPRT Daerah).
Pengurusan Hal-Ehwal Institusi Kemasyarakatan, Urusan Perkhidmatan
Ketua Masyarakat / Ketua Kaum, Urusan Hal-Ehwal Jawatankuasa
Kemajuan Dan Keselamatan Kampong JKKK), Urusan Hal-Ehwal Lembaga
Amanah Kebajikan, Dan Urusan Perkhidmatan Pegawai-Pegawai Masjid.
Urusan Probate
Perkhidmatan-Perkhidmatan Statutory Yang Terkandung Di Dalam Undang-
Undang Dan Perkeliling-Perkeliling
Urusan Pengeluaran Pelepasan Pelabuhan
Urusan Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan, Pengeluaran Ekstrak,
Pemindaan Butir-Butir Dan Pembatalan Nama-Nama Perniagaan, Urusan
Lesen-Lesen Perdagangan.
Urusan Penyiasatan Permohonan Lesen Sabong Ayam.
Urusan Pemprosesan Berkaitan Senjata Api


______________________________________________________________________________________
7

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


Perkhidmatan Mahkamah Dan Majistret
Urusan Mahkamah Bumiputera (Sivil/Adat)
Urusan Pengeluaran Sijil Anak Angkat
Perkhidmatan Keurusetiaan.Sekretariat
Urusan Sambutan Upacara/Perayaan Rasmi.

1.8 CARTA ORGANISASI PEJABAT DAERAH SARATOK
Sila merujuk kepada Lampiran VI untuk carta organisasi Pejabat Daerah
Saratok

















______________________________________________________________________________________
8

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK



BAB 2.0
LATAR BELAKANG UNIT PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN
SUMBER MANUSIA

2.1LATAR BELAKANG UNIT PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Unit Pentadbiran, Kewangan Dan Pembangunan Sumber Manusia (PSM)
telah wujud apabila seorang Pegawai Tadbir N41 di unit tersebut. Sebelum ini,
unit tersebut mempunyai dua seksyen iaitu seksyen Perancangan Dan
Pembangunan yang diketuai oleh Pegawai Tadbir N44 dan Unit Pentadbiran
Am Dan Kewangan yang mempunyai peranan dalam pengurusan personel dan
pentadbiran am dan juga pengurusan kewangan. Unit tersebut diketuai oleh
seorang Penolong Pegawai Tadbir N32.

2.2 KAITAN BAHAGIAN PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN PSM DENGAN
ORGANISASI INDUK
Unit ini merupakan salah satu unit/seksyen dalam organisasi pentadbiran
daerah saratok. Adalah mempunyai kaitan berupa tugas-tugas dan
tanggungjawab secara langsung kepada Residen Bahagian Betong.
Dalam pada itu, pengawai tadbir yang mengetuai unit ini
bertanggungjawab mengendalikan tugas-tugas yang berkaita dengan
pentadbiran personel seperti upah, pengambilan kakitangan sokongan,
perlantikan ketua masyarakat dan ketua kaum, skim perkhidmatan kakitangan


______________________________________________________________________________________
9

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK

dan ketua masyarakat, pengesahan jawatan kakitangan, perpindahan
kakitangan, pencen, pensaraan dan sebagainya.
Seksyen ini juga bertanggungjawab memberi perkhidmatan pentadbiran
seperti rekod cuti, pinjaman bantuan kewangan pembelajaran, urusan pinjaman
perumahan dan kenderaan untuk kakitangan yang layak mendapat kemudahan
tersebut. Mengikut prosedur pentadbiran ketua bahagian ini adalah orang yang
bertanggungjawab mengendalikan seksyen ini dan membuat laporan kepada
Residen Bahagian Betong.
Dalam bidang pembangunan sumber manusia bahagian ini bekerjasama
dengan Unit PSM dan Kualiti Di Jabatan Ketua Menteri (JKM), Sarawak dalam
pengendalian program-program latihan dan perancangan serta pengurusan
pembangunan sumber manusia di Pentadbiran Daerah Saratok. Perancangan
dan pengurusan pengendalian sumber manusia tersebut meliputi
mengenalpasti keperluan latihan (TNA), menganjur program latihan dalaman,
kursus induksi umum, kursus induksi modul khusus, mentadbir dan mengurus
kemudahan-kemudahan latihan untuk semua kakitangan di Pentadbiran
Daerah Saratok.
Selain itu, Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM juga bertanggungjawab
menjalankan fungsi sebagai seketariat kepada jawatankuasa TQM organisasi
iaitu untuk meyelaras dan melaksanakan pelan tindakan dan aktiviti-aktiviti
serta program-program TQM di pentadbiran Daerah Saratok.
Sehubungan dengan itu, program-program latihan dan kursus luaran
dikendalikan oleh Center For Modern Management (CMM), Sarawak dimana
pemilihan peserta kursus adalah dibuat oleh pihak unit PSM dan kualiti di JKM,
Sarawak atau dicadangkan oleh ketua unit pentadbiran, kewangan dan PSM.


______________________________________________________________________________________
10

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK

Di samping itu, unit ini juga bekerjasama dengan unit-unit lain seperti unit social,
unit perancangan dan pembangunan serta ketiga-tiga pejabat daerah iaitu
Pejabat Daerah Kecil Kabong, Pejabat Kecil Daerah Roban dan Pejabat Kecil
Nanga Budu.

2.3 VISI UNIT PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER
MANUSIA
Untuk menjadi pemimpin dalam pembangunan sumber manusia di
Pentadbiran Daerah Saratok.

2.4 MISI UNIT PENTADBIRAN, KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER
MANUSIA
Untuk meneruskan pembangunan sumber manusia yang berkualiti ke arah
mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang mantap di Daerah Saratok,
Betong Sarawak melalui:
Pelaburan dan pembangunan wargakerja
Perancangan dan amalan sumber manusia yang strategic berkualiti
Mewujudkan persekitaran kerja yang mencabar, kondusif, selamat dan
sihat.

2.5 OBJEKTIF
Melatih, mendidik dan membangun warga organisasi dan masyarakat
setempat dengan pengetahuan, kemahiran dan budaya kerja yang sesuai.


______________________________________________________________________________________
11

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


2.6 PROGRAM DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Unit Pentadbiran, Kewangan Dan Pembangunan Sumber Manusia
menawarkan program dan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-
2.6.1 Untuk Personel Dan Organisasi
Kursus Induksi Modul Khusus
Kursus Induksi Umum
Kursus Penggunaan Computer
Kursus Kecemerlangan Pembantu Am Rendah
Self/Personel Development
Kursus Perkauan
Kursus Perkhidmatan Kaunter
Bengkel ISO 9001:2000
ISO 9002 Internal Quality Auditing
Bengkel Total Quality Management(TQM)
Latihan System Pemantauan Projek (PMS)

2.6.2 Program Pembangunan Masyarakat (PMS)
Program Pembangunan Masyarakat Setempat
Program Khas Golongan Termiskin
Projek Kecil Luar Bandar(PAMS) Projek Amenity Social
Pembersihan Sungai
Program Pembinaan Perpustakaan / Surau



______________________________________________________________________________________
12

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


PKLB(MRP)- Jalan PJK, Bekalan Air, Jeti Atau Titi, Bekalan Elektrik,
Merapa Tapak Rumah, Bahan Binaan/Peralatan
Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat
Program Pembangunan Minda Insan (PLP)(PPM)
Kursus PLKK
Program Pembangunan Keluarga:Bapa Unggul
Program Pembangunan Wanita ( Tanggungjawab Vs Sukarela)

2.6.3 Program Peningkatan Sosio-Ekonomi
Program Pembangunan Ekonomi Kampung
Program Pemulihan Rumah

Selain daripada kursus-kursus atau program yang dinyatakan di atas,
pelbagai program lain juga dijalankan dengan kelulusan dan budi bicara Pegawai
Daerah dari semasa ke semasa.










______________________________________________________________________________________
13

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


BAB 3.0
PERANCANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

3.1 BAGAIMANA PROGRAM PSM DIRANCANG

Program dan aktiviti unit ini merujuk kepada tugas-tugas dan
tanggungjawab unit ini iaitu di antara lain bertanggungjawab untuk
mengendalikan program dan aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan
dan pengurusan kakitangan dan juga melibatkan tanggungjawab
mengendalikan program-program dan aktiviti yang berkaitan dengan latihan
dan perkembangan kerjaya serta pembangunan kakitangan di Pentadbiran
Daerah Saratok seperti berikut:-

3.1.1 Pengurusan Sumber Manusia
Mengurus sistem saran kakitangan (pergerakan gaji di bawah
SSM, kemudahan, elaun dan sebagainya). Sebagai contoh sila
rujuk Lampiran IV dan IVA bagaimana pelaksanaan amali dan
kursus kenegaraan penilaian tahap kecekapan (PTK) di bawah
SSM dikendalikan.
Mengurus pengesahan kakitangan dalam jawatan dan
pertukaran kakitangan.
Mengurus perkara berhubung dengan tata tertib kakitangan.
Mengurus Kursus Induksi Umum dan Kursus Induksi Modul
Khusus


______________________________________________________________________________________
14

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK

Menyelaras peperiksaan perkhidmatan awam.
Mengurus rekod perkhidmatan kakitangan.
Mengurus persaraan kakitangan.

3.1.2 Pembangunan Sumber Manusia
Merancang dan melaksanakan aktiviti latihan untuk kakitangan,
Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Pentadbiran Daerah
Saratok.
Mengenalpasti dan mengkaji semula keperluan-keperluan
latihan untuk kakitangan
Mengurus dan menyelaras program latihan berdasarkan
kalender latihan tahunan yang disediakan oleh Centre For
Modern Mangement (CMM), Sarawak.
Mengurus rekod latihan kakitangan
Merancang anggaran peruntukan latihan tahunan
Mengurus serta mencalonkan kaitangan untuk menghadiri
kursus luaran seperti di CMM Kuching, Sarawak.
Mana-mana tugas yang diarah oleh Residen atau Pengarah
Unti Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti di Jabatan
Ketua Menteri Sarawak.






______________________________________________________________________________________
15

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


3.2 MODEL PERANCANGAN YANG DIGUNAKAN

Melalui perbincangan dengan Encik Laga Kueh dan juga pemerhatian
penulis ke atas system pentadbiran di Unit ini, didapati bahawa model
perancgan yang digunakan dalam pengurusan pembangunan sumber
manusia di Unit ini adalah mirip kepada Model Nowlen (Nowlen, 1988).
Mengikut Nowlen (1988) terdapat tiga perancangan program pendidikan
professional pendidikan iaitu Model Update, Model Competence dan Model
Performance. Lebih tepatnya, model tersebut adalah seperti dalam rajah
berikut:-












RAJAH 4 : MODEL PERANCANGAN NOWLEN
( ASAS KEPADA MODEL PERANCANGAN PSM)
MODEL
COMPETENCE
MODEL
UPDATE
MODEL
PERFORMANCE
MODEL NOWLEN


______________________________________________________________________________________
16

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


3.2.1 Model Update

Model Update yang diamalkan oleh Unit Pentadbiran, Kewangan dan
PSM di Pentadbiran Daerah Saratok memberi tumpuan kepada
penyelesaian masalah, meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap
terkini para professional. Aspek penting dalam model ini terdiri daripada
asas pengetahuan dan kemahiran professional. Selain itu, diperlukan juga
unsur pengetahuan dan kemahiran terkini, teknologi terkini yang sedia
dan perundangan baru yang memberi kesan kepada profesion. Walau
bagaimanapun Nowlen menyatakan bahawa melengkapkan diri dengan
unsur-unsur tersebut hanyalah satu cara dan bukanya hasil terakhir yang
dikehendaki. Model Update boleh dilihat seperti di Rajah 5.











Rajah 5 : Model Update
Pengetahuan Dan
Kemahiran Bar
Asas pengetahuan
& kemahiran
profesional
Teknologi Baru
Perundangan Baru
MELENGKAPKAN
DIRI


______________________________________________________________________________________
17

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


3.2.2 Model Competence
Mengikut Model Competence (seperti di rajah 6), selain daripada
Unsur-unsur yang terdapat dalam model Update ia juga member tumpuan
yang lebih kepada tugas dan tanggungjawab sebenarnya yang dilakukan
oleh kakitangan di tempat kerja. Apa yang diperlukan ialah seorang
pelatih yang berketrampilan (competence) untuk menjalankan tugas dan
tanggungjawab dengan berkesan. Dalam pada itu, seseorang pelatih juga
perlu mempunyai kemampuan, kesesuai dan kebolehan. Selain itu, model
ini juga menuntut seseorang professional untuk berfikiran kristis,
persediaan peranan baru dan perhubungan manusia gunaan. Lebih
penting lagi model ini memberi tumpuan kepada ketrampilan individu
professional tanpa mengambil kira kesan dan sumbangan faktor-faktor
lain di dalam organisasi.










RAJAH 6 : MODEL COMPETENCE
Mengulangi Dan Memperlengkapkan
Pengetahuan Dan Kemahiran
Perhubungan Manusia Gunaan
Persediaan
Peranan Baru
Kemahiran Berfikir
Secara Kritikal
ANALISIS
FUNGSI TUGAS


______________________________________________________________________________________
18

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


3.2.3 Model Performance

Model ini mengambilkira sifat-sifat individu dan kesan-kesan budaya
organisasi di dalam merancang program PSM. Performance tidak boleh
dinilai dengan hanya mengkaji hasil kerja seseorang kakitangan sahaja,
tetapi perlu mengambil kira aspek kemahiran hidup, pengaruh alam sekitar
dan budaya amalan, keperluan mengemaskini, persediaan peranan baru,
perhubungan manusia gunaan, kemahiran berfikir secara kritikal, kemahiran
belajar individu dan organisasi dan kesinambungan di antara pembangunan
diri dan organisasi.
Dalam performance atau ketrampilan seseorang kakitangan bukan
hanya bergantung kepada individu itu sendiri, tetapi perlu mengambil kira
dinamik hasil di tempat kerja. Oleh sebab itu, ketentuan ketrampilan
bergantung kepada hasil ketrampilan rakan, kumpulan dan organisasi,
memberi tumpuan kepada kemahiran hidup, pengaruh alam sekitar &
budaya amalan, persediaan peranan baru, kemahiran berfikir,
kesinambungan pembangunan diri dan organisasi. Model Performance
dapat dilihat dengan jelas seperti di Rajah 7.








______________________________________________________________________________________
19

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK












RAJAH 7 : Model Performance

3.3 PROSES PERANCANGAN YANG DIJALANKAN

Perancangan secara asasnya adalah poses pemilihan aktiviti dan
memasukkan aktiviti tersebut ke dalam jadual. Maimunah (1988)
mendefinisikan perancangan sebagai proses memilih dan menyusun aktiviti
yang disesuaikan mengikut jadual. Ianya melibatkan proses membuat
keputusan.
Proses perancangan yang dijalankan di Unit ini melibatkan empat
komponen perancangan iaitu perancangan program, mengkaji situasi,
membentuk objektif dan pembentukan dokumen program. Walaupun
demikian, tidak semua latihan dirancang oleh Unit ini. Ini kerana pentadbiran
PSM di Unit ini banyak bergantung kepada Unit Pembangunan Sumber
Keperluan Mengemaskini
Pengaruh Alam Sekitar Dan
Budaya Amalan
Kemahiran Hidup
Keseimbangan
Pembangunan Diri Dan
Organisasi
Persediaan Peranan Baru
Perhubungan Manusia
Gunaan
Kemahiran Pemikiran Kristis
Kemahiran Pembelajaran
Diri Dan Organisasi
PEMILIHAN
KEUTAMAA
N


______________________________________________________________________________________
20

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK

Manusia dan Kualiti di Jabatan Ketua Menteri, Sarawak dan Center for
Modern Management (CMM), Sarawak bagi mengendalikan kursus untuk
kakitangan di organisasi ini. Dalam pada itu, terdapat beberapa program yang
perlu dirancang dan dilaksanakan di peringkat Bahagian atau Dearah yang
melibatkan Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM. Proses perancangan
adalah seperti berikut :-

3.3.1 Perancangan Program
Perancangan adalah nadi kepada kejayaan sesuatu program,
maka ianya perlu dilakukan dengan terperinci, tepat dan difikirkan
banyak perkara. Satu daripada persoalan utama dalam perancangan
ialah memilih bahan dimana ianya perlu mengambil kira aspek-aspek
berikut:-
Apakah bahan mentah yang diperlukan
Bagaimana boleh didapatkan
Apakah bahan terkini mampu membawa perubahan kepada system,
kemahiran istimewa dan lain-lain
Apakah baying diperlukan boleh diperolehi pada masa yang
diperlukan
Berapa banyakah yang diperlukan
Berapakah nilai yang perlu dibayar





______________________________________________________________________________________
21

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


Persoalan terakhir adalah yang melibatkan kewangan. Aktviti ini perlu
mengambil kira aspek-aspek berikut:-

Perkaedahan bagaimanakah yang dipilih sebagai pilihan utama
Bagaimana maklumat perlu dikumpul, dilapor dan direkod
Berapa banyakah maklumat yang perlu dikumpul, dilapor dan direkod
Bagaimana kaedah pemilihan peserta
Bagaimanakah segala maklumat yang ada dan yang akan didapati
dapat dimanfaatkan
Bagaimana memastikan setiap peserta mendapat pendedehan
secukupnya

Persoalan terakhir adalah yang melibatkan kewangan. Aktiviti ini perlu
mengambil kira aspek-aspek berikut:-
Apakah sumber kewangan yang ada untuk memenuhi objektif program
Berapakah belanjawan yang difirkan
Bagaimana kos boleh dikurangkan
Bagaimanakah untuk menampung kekurangan belanjawan, jika
berlaku
Apakah kesan keseluruhan program kepada aliran tunai (cashflow)





______________________________________________________________________________________
22

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


3.3.2 Mengkaji Situasi
Sebelum merancang sesuatu program Unit Pentadbiran,
Kewangan dan PSM di Pentadbiran Daerah Saratok terlebih dahulu
akan mengkaji kehendak dan keinginan serta masalah-masalah yang
dihadapi oleh penerima, samaada mereka itu kakitangan organisasi,
Ketua Masyarakat, Ketua Kaum atau ahli-ahli JKKK dan lain-lain.
Terdapat empat tahap yang perlu diikuti untuk mengkaji situasi iaitu:-

Apakah keadaan sepatutnya
Apakah keadaan sekarang
Mengukur jurang perdedaan
Menilai jurang perbedaan

Untuk mengetahui apakah keadaan sepatutnya pihak Unit PSM
akan bertanya terus kepada pihak penerima apakah kehendak dan
masalah yang dihadapi oleh mereka semasa menjalankan tugas-
tugas harian. Selain itu, pihak Unit PSM juga akan melakukan
pemerhatian dan pergaulan dengan penerima untuk mengetahui
apakah keadaan seharusnya yang mereka harus miliki.

Di samping itu aktiviti mengkaji keadaan sekarang adalah
melibatkan pihak Unit PSM memantau amalan yang dilakukan oleh
pihak penerima bagi mengetahui keadaan corak perlakuan mereka
yang sebenarnya pada masa sekarang.


______________________________________________________________________________________
23

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


Selanjutnya pihak Unit PSM akan membuat pengukuran jurang
perbezaan berasaskan maklumat (data-data) antara peringkat
keadaan sepatutnya dengan keadaan sekarang. Berdasarkan
maklumat tersebut pihak Unit PSM akan membuat penilaian dan
keputusan berupa andaian matlamat yang hendak dicapai benar-
benar mencerminkan kehendak dan bolehkah mereka (penerima)
mencapainya.

3.3.3 Membentuk Objektif
Aktiviti membentuk objektif dalam proses perancangan program PSM
oleh Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM mengambil kira prinsip
berikut:
Objektif yang dibentuk memerlukan penglibatan semua pihak
supaya kerjasama dan persefahaman dapat menjayakan objektif
yang dibentuk
Setiap objektif yang dibentuk perlu dikaji dan dianalisis supaya
tidak berlaku sebarang masalah
Objektif perlulah menunjukkan perubahan yang ingin dicapai
terutamanya dari sudut KASA






______________________________________________________________________________________
24

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


Dalam pada itu, kiteria pembentukan objektif dalam proses perancangan
program oleh pihak Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM adalah
seperti berikut:-
Menunjukkan secara spesifik siapa penerima, arah dan
magnitude perubahan yang hendak dicapai dan jangkamasa
yang diperlukan.
Boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif
Dirangka mengikut kebolehan dan keupayaan penerima
Munasabah, tidak emosional dan mampu dilakukan dalam
konteks setempat

3.3.4 Pembentukan Dokumen
Perancangan perlu didokumen kerana nama mungkin setiap elemen
atau aspek yang dirangka dapat diingati dan diperincikan satu persatu
semasa perlaksanaan kelak. Pendokumen perancangan menjadi titik
tolak kepada pelaksanaan dan penilaian sesuatu program. Proses
mendokumen perlulah mengambil kira perkara-perkara berikut:-
Tajuk program/latihan
Jangka masa
Tarikh
Kelompok sasaran
Bilangan peserta
Tempat perlaksanaan


______________________________________________________________________________________
25

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK

Kemudahan di tempat perlaksanaan
Objektif program umum dan khusus
Aktiviti (program) yang hendak dijalankan
Jenis dan bilangan sumber yang ada, diperlukan dan dijangka
Perbelanjaan
Siapa pelaksana
Cara perlaksanaan
Penilaian jenis dan bentuk

Dalam proses perancangan program ruang untuk pembaikkan perlulah
ada kerana tanpa ruang pembaikan, akan tiadanya pula potensi untuk
mengukuhkan perancangan. Sila rujuk kepada Lampiran V dan IV mengenai
format yang digunakan dalam proses pelan tindakan dan mendokumentasikan
program.

3.4 PEGAWAI YANG TERLIBAT DALAM PERANCANGAN
Sistem pentadbiran PSM di Unit ini melibatkan Pegawai Tadbir, N41 dan
kakitangan sokongan di Unit Sosial, Unit Pembangunan dan Perancangan,
dan juga di semua Pejabat Daerah di Bahagian Betong. Ketua Unit
Pentadbiran, Kewangan dan PSM bertindak sebagai pentadbir dan
penyelaras dalam bidang PSM.
Sepertimana yang berlaku di lain-lain Pusat Pentadbiran di seluruh
Negeri Sarawak, Ketua Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM di Pentadbiran
Daerah Saratok hanya menjalankan tugas mengikut keperluan perkhidmatan.


______________________________________________________________________________________
26

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


Dengan erti kata lain, tanggungjawab dan tugas Ketua Unit tersebut
hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Tadbir, N41. Beliau juga boleh
dipindahkan di mana-mana pejabat atau stesyen yang lain untuk
menjalankan tugas yang berlainan. Ini bermakna keperluan akademik dalam
bidang pengurusan latihan bukan satu criteria atau kelayakan memegang
jawatan di Unit tersebut.
Ketua Unit Pentadbiran, kewangan dan PSM boleh mencadangkan atau
mencalonkan mana-mana kakitangan yang memerlukan latihan dan kursus
lanjutan di luar organisasi seperti di INTAN, CMM atau di luar negeri. Semua
kursus dalaman diselaraskan oleh pihak Unit tersebut dengan kerjasama
kakitangan di unit-unit lain di Pentadbiran Daerah Saratok.















______________________________________________________________________________________
27

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


BAB 4.0
PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Pelaksanaan program adalah satu proses menteremah, melaku, membuat atau
mengimplementasikan segala peracangan program yang telah dilakukan secara
eksplisit. Dalam proses pelaksanaan ini, pihak Unit Pentadbiran, Kewangan dan
PSM akan bekerjasama dengan perancangan-perancangan dan penerima-penerima
program di unit-unit yang lain.

Dalam masa yang sama, pihak Pentadbiran, kewangan dan PSM akan
membuat pemantauan apabila diperlukan untuk memastikan perlaksanaan adalah
berjalan dengan lancar ke arah pencapaian objektif dan menyelesaikan masalah
yang dihadapi.

Proses perlaksanaan program PSM adalah merangkumi aktiviti-aktiviti
menetapkan unsur-unsur tujuan perlaksanaan, bentuk perlaksanaan, strategi dan
teknik perlaksanaan, serta pembentukan dokumen program.









______________________________________________________________________________________
28

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


4.1 Tujuan Pelaksanaan
Pada dasarnya tujuan utama perlaksanaan program di Unit Pentadbiran,
Kewagan dan PSM adalah seeperti berikut:

Mencapai objektif
Pengalaman pembelajaran
Pembuktian perencangan
Pemindahan kemahiran, pengetahuan, sikap yang membawa
kepada perubahan pengetahuan, kemahiran, sikap dan aspirasi
penerima yang membawa kepada perubahan KASA.


4.2 Bentuk Pelaksanaan Program
Bentuk pelaksanaan program yang dibuat oleh pihak Unit Pentadbiran,
Kewangan dan PSM mengandungi tiga bentuk utama di mana setiap
satunya memerlukan pengamal PSM melaksanakan peranan dan tugas
pelbagai aspek bentuk pelaksanaan program seperti berikut :

4.2.1 Sebelum Program
4.2.2 Sebelum Program
4.2.3 Selepas Program





______________________________________________________________________________________
29

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


Antara peranan pengamal PSM di peringkat perlaksanaan sebelum
program adalah seperti berikut:-
Pemilihan peserta
Pemberitahuan peserta
Menyediakan segala kemudahan dan peralatan yang dapat
memberi bantu aktiviti pengajaran-pengajaran
Menyediakan senarai semak

Manakala perlaksanaan semasa program adalah melibatkan pihak Unit
Pentadbiran, Kewangan dan PSM melakukan peranan sebagai:-
Pengurus sember
Pakar rujuk
Pelaksana
Penilai

Di samping itu, perlaksanaan di peringkat selepas program melibatkan
pihak pengamal PSM di Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM untuk
memainkan peranan sebagai :-
Penilai
Pelapor
Perancang



______________________________________________________________________________________
30

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


4.3 Strategi Dan Teknik Perlaksanaan
Pada lazimnya, strategi dan teknik perlaksanaan yang diamalkan pihak
Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM adalah seperti berikut :-
Syarahan
Program Pengajaran
Kajian Kes
Perbincangan Kumpulan

Jadual 1
Keberkesanan strategi dan bentuk mengikut matlamat program
Bil Matlamat Program Teknik Dan Strategi Yang Paling
Berkesan
1. Pemerolehan Pengetahuan Syarahan
2. Mengubah Sikap Perbincangan Kumpulan
3. Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kajian Kes
4. Kemahiran Berkomunikasi Antara
Perseorangan
Lakonan Peranan / Main Peranan
5. Penerimaan Pelatih Kajian Kes
6. Pegekalan Pengetahuan Program Pengajaran






______________________________________________________________________________________
31

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


4.4 Pembentukan Dokumen Program
Pembentukan dokumen adalah penting di setiap peringkat kerana setiap
apa yang diputus, diambil dan dilakukan ada bukti dan memudahkan
proses penyemakan semula. Maka tanggungjawab pihak Unit Pentadbiran,
Kewangan dan PSM di peringkat ini adalah memastikan bahawa pada
setiap peringkat perlu adanya pembentukam dokumen. Terdapat dua (2)
jenis dokumen yang digunapakai dalam pembentukan program dokumen
iaitu :-

4.4.1 Dokumen Semasa Perlaksanaan
Dokumen yang dibentuk di peringkat ini adalah segala makluamt apa
yang berlaku, bagaimana perjalanan aktiviti dan reaksi peserta.
Dokumen diperingkat ini akan dijadikan asas untuk pembentukkan
selepas perlaksanaan program kelak.

4.4.2 Dokumen Selepas Perlaksanaan
Diperingkat ini pembentukan dokumen lebih kepada aspek
perjalanan program penilaian iaitu apakah program yang telah
dilaksanakan serta mencapai atau tidak objektif yang telah
ditetapkan. Hasil dapatan daripada maklumat ini akan didokumenkan
untuk rujukan atau diambil perhatian dalam perancangan program
seterusnya.




______________________________________________________________________________________
32

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


BAB 5
PENILAIAN PROGRAM PEMBANGUAN SUMBER MANUSIA

Terdapat pelbagai definisi penilaian dan ianya bergantung kepada siapa dan
mengapa penilaian dibuat. Menurut Steele, (1989) penilaian adalah satu proses untuk
menentukan nilai sesuatu program. Penentuan ini dilakukan dengan cara
membandingkan bukti tentang keadaan program sekarang dengan criteria
sebagaimana program sepatutnya. Penilaian melibatkan tiga peringkat utama iaitu :-
Menentukan criteria
Pengumpulan bukti
Membuat pertimbangan


5.1 Model Penilaian Yang Digunakan
Penilaian merupakan satu proses sistematik untuk menentukan nilai
sesuatu program latihan dengan mengukur perubahan yang dirasai oleh
peserta kursus dan organisasi samaada dari segi kepuasan, pembelajaran,
tingkahlaku dan impak, Shamsudin Ahmad (2001).
Houle (1980) menyatakan bahawa penilaian professional bertujuan
untuk mengukur perubahan yang disebabkan oleh program PPL untuk
menentukan kualiti pembelajaran dan untuk menjangkakan prestasi sesuatu
profesion.
Kaedah penilaian yang digunakan bergantung kepada model yang
diikuti. Terdapat lebih daripada lima puluh model latihan yang dicadangkan


______________________________________________________________________________________
33

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK

di dalam literature. Hamper kesemua model ini mencadangkan penilaian
yang formal, sistematik dan komprehensif. Walaupun penilaian dianggap
mustahak oleh perancang program latihan dalam bidang latihan ia selalu
diketepikan. Ini disokong oleh Stakes (1981) yang menyatakan bahawa
penilaian latihan hanya tertumpu kepada penentuan samada objektif latihan
tercapai atau tidak.
Di Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM, model penilaian yang
diamalkan adalah mirip kepada model Penilaian Kirkpatrick. Kirkpatrick
(1998) mencadangkan penilaian pada empat peringkat, iaitu reaksi,
pembelajaran dan hasil atau kesan.

5.1.1 Penilaian Reaksi
Penilaian ini bertujuan bagi mendapat pandangan pelatih tentang
prestasi jurulatih, suasana latihan dan pengurusan tempat latihan.
Hasil penilaian ini dapat membantu pihak Unit Pentadbiran,
Kewangan dan PSM memperbaiki program latihan yang akan
datang.

5.1.2 Penilaian Pembelajaran
Penilaian pada peringkat ini bertujuan untuk mengetahui sama
ada pelatih mempelajari sesuatu daripada program latihan. Ia
menyemak pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperolehi
oleh peserta dalam kursus tersebut.




______________________________________________________________________________________
34

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


5.1.3 Penilaian Perlakuan
Penilaian pada peringkat ini bertujuan untuk mengetahui sama
pelatih dapat memindahkan latihan ke tempat kerja. Penilaian di
peringkat ini bergantung kepada sesuaian latihan atau kursus
dengan bidang tugas dan tanggungjawab peserta di tempat kerja.

5.1.4 Penilaian Hasil / Kesan
Penilaian ini bertujuan untuk mengetahui setakat mana
perlaksanaan program latihan telah mencapai objektif latihan dari
aspek inovasi, idea, aktiviti yang dipelajari oleh peserta dalam
kursus tersebut ke atas persekitaran organisasi.

5.2 Proses Penilaian Yang Dijalankan
Penilaian sesuatu program latihan bukan sebenarnya satu bidang sains
dan ia mempunyai beberapa pendekatan untuk mentaksir kejayaan seperti
juga jalan untuk mencapainya. Selalunya pemilihan metod penilaian
bergantung kepada keadaan program atau kursus terlibat. Maka penilaian
adalah satu proses untuk menentukan nilai sesuatu program. Penentuan
ini dilakukan dengan cara membandingkan bukti tentang keadaan program
sekarang dengan criteria sebagaimana program sepatutnya.
Proses penilaian yang diamalkan oleh pihak Unit Pentadbiran,
Kewangan dan PSM adalah melalui proses penilaian formal, penilaian
sistematik dan penilaian komprehensif.



______________________________________________________________________________________
35

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


Penilaian formal adalah kaedah penilaian di mana criteria ditentukan
terlebih dahulu, diikuti dengan mendapatkan bukti dan seterusnya
pertimbangan. Penilaian jenis ini amat dijalankan dalam pembentukan
program kerana mempunyai maklumat yang sah dan boleh dijadikan asas
kukuh untuk membuat keputusan.
Sementara itu, penilaian sistematik adalah kaedah penilaian yang
digunakan mengikut cara-cara penyelidikan saintifik di mana ianya valid
dan reliable. Kaedah penilaian sistematik dapat memenuhi ciri-ciri suatu
penyelidikan kerana kaedahnya tidak boleh dipertikaikan. Dengan ini,
penemuan penilaian merupakan keadaan yang sebenar-benarnya berlaku.
Penilaian sistematik akan menjamin penemuan penilaian boleh dipercayai
dan dengan ini usaha untuk memperbaiki program dapat dibuat dengan
tepat.
Penilaian komprehensif pula bermaksud bahawa penilaian dijalankan
sepanjang proses perancangan program dijalankan. Ianya dijalankan
semasa merancang, melaksana dan selepas program latihan untuk
menjamin latihan dilaksanakan dengan betul daripada mula. Tujuan
penilaian ialah untuk memperbaiki program yang akan datang maka setiap
proses perancangan dan perlaksanaan perlu dinilai supaya kebaikan dan
kelemahan program dapat dikenalpasti untuk dimantapkan atau diubahsuai
secepat mungkin.





______________________________________________________________________________________
36

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


5.3 Pegawai Yang Terlibat Dalam Penilaian
Berdasarkan temubual penulis dengan ketua Unit Pentadbiran, Kewangan
dan PSM di Pentadbiran Daerah Saratok, penilaian ke atas program
adalah dibuat oleh pegawai-pegawai seperti berikut:-
i. Ketua Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM bagi program dalaman
di peringkat Bahagian.
ii. Pegawai-pegawai Daerah bagi program latihan dan pembangunan
yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihaknya di daerah masing-
masing.
iii. Ketua Unit Perancangan Dan Pembangunan bagi pelaksanaan
projek pembangunan
iv. Ketua Unit Sosial bagi program dan aktiviti pembangunan social

Penilaian yang dijalankan pada lazimnya dibuat untuk memantau
perancangan atau pelaksanaan program sama melalui pemerhatian atau
menggunakan boring soalselidik pada akhir sesuatu program. Amalan ini
dilakukan bagi memastikan bahawa perubahan kakitangan adalah benar-
benar merupakan perubahan hasil daripada program latihan yang
dijalankan.






______________________________________________________________________________________
37

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


5.4 Bagaimana Laporan Penilaian Digunapakai
Pegawai Penilai Latihan di Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM akan
menyediakan laporan bagi setiap program yang dijalankan dan ianya akan
disampaikan kepada pihak yang berkenaan dengan tujuan supaya dapat
diambil untuk memperbaiki program latihan di masa hadapan. Salinan
laporan penilaian akan dihantar kepada Pejabat Daerah Saratok.

Penggunaan laporan penilaian adalah perlu sebagai panduan untuk
membuat cadangan lanjutan bagi latihan berkenaan. Oleh yang demikian,
cadangan, kesimpulan dan hasil penilaian adalah merupakan intipati
laporan yang paling berharga.

Laporan penilaian perlu mengikut format yang khusus supaya ianya
boleh memberikan gambaran yang jelas dan mudah difahami. Shamsuddin
Ahmad (2002) menegaskan bahawa laporan penilaian perlu diubahsuaikan
dengan keperluan pihak yang memerlukan laporan tersebut. Oleh yang
demikian, beliau mencadangkan laporan penilaian perlu mengandungi
aspek-aspek berikut :-
i. Ringkasan laporan penilaian. Ianya perlu lengkap dan seimbang
supaya perkara-perkara penting tidak ditinggalkan.
ii. Kenyataan tujuan penilaian dan bagaimana penilaian dirancang
untuk mencapai tujuan tersebut.
iii. Penerangan mengenai kaedah penilaian yang telah digunakan
dalam proses penilaian.


______________________________________________________________________________________
38

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK

iv. Penerangan mengenai penemuan penilaian. Data dan bukti perlu
ditunjukkan dalam bentuk jadual. Penemuan ini perlu dinyatakan
juga dalam bentuk peningkatan keuntungan atau kepada
organisasi dan individu peserta latihan.
v. Ringkasan kos yang telah digunakan di dalam penilaian. Ini
termasuklah kesemua kos tetap dan kos berubah.
vi. Kesimpulan penemuan hasil penilaian. Ia adalah petunjuk yang
dapat dikumpulkan setelah hasil penilaian dianalisis.
vii. Cadangan bagaimana hasil dan kesimpulan dapat dimanfaatkan
oleh individu dan organisasi terutamanya di dalam memperbaiki
latihan di masa hadapan. Dalam hal yang demikian, penilai boleh
juga mencadangkan bagaimana porses penilaian boleh diperbaiki
lagi untuk digunakan di masa hadapan.

Harus diingatkan bahawa laporan penilaian perlu digunakan supaya
perubahan dapat dilakukan terhadap organisasi atau individu peserta
latihan. Laporan penilaian latihan juga boleh digunakan untuk
mendapatkan penghargaan terhadap program yang telah selesai
dilaksanakan.

Ini memang sudah menjadi lumrah seseorang individu menghendaki
suatu cara penghargaan daripada orang lain yang membuktikan bahawa
usaha yang dilakukan bersungguh-sungguh telah berjaya dilakukan.




______________________________________________________________________________________
39

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


BAB 6.0
ANALISIS PROGRAM PEMBANGUNAN SUMEBR MANUSIA
YANG DIAMALKAN OLEH ORGANISASI

6.1 KEKUATAN PROGRAM

Kekuatan program pembangunan sumber manusia yang dikendalikan oleh Unit
pentadbiran, Kewangan dan PSM di Pentadbiran Daerah Saratok adalah
seperti berikut :-
i. Untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran para peserta latihan
yang terlibat.
ii. Member pengetahuan dan kemahiran berkenaan tugas spesifik
seperti pendedehan dan penggunaan teknologi baru secara lebih
berkesan dan sistematik.
iii. Persediaan para peserta latihan menghadapi perubahan dan
cabaran terhadap tugas-tugas dan tanggungjawab di masa hadapan.
iv. Sokongan daripada pihak atasan dalam pengurusan dan
pengendalian program pembangunan sumber manusia termasuk di
Pentadbiran Daerah Saratok.
v. Rekod latihan dan prestasi kakitangan boleh menjamin peluang
untuk dinaikkan pangkat.
vi. Program latihan yang dirancang adalah untuk kepentingan dan
citarasa masyarakat. Dalam hal ini, peserta kursus
bertanggungjawab memberi perkhidmatan semerlang serta berkualiti.


______________________________________________________________________________________
40

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


6.2 KELEMAHAN PROGRAM

Kelemahan program-program latihan pembangunan sumber manusia yang
dianjurkan oleh Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM di Pentadbiran Daerah
Saratok adalah seperti berikut :
i. Peserta kursus tidak mempunyai pilihan mengenai kursus yang
diminati atau mengikut keperluan bagi meningkatkan motivasi diri
sendiri.
ii. Pengurus dan penyelaras program PSM yang terlibat dalam
perancangan dan pelaksanaan program latihan dalaman tidak
mempunyai kemahiran yang sesuai dalam bidang berkaitan.
iii. Sumber kewangan terhad maka kursus jangka pendek diadakan.
Dalam hal demikian, para peserta latihan kurang bermotivasi kerana
kehadiran mereka sekadar untuk memenuhi tanggungjawab dan
arahan atasan.
iv. Peserkitaran yang tidak begitu sesuai dan kekurangan alat-alat
bantuan di tempat program latihan juga mempengaruhi tahap
kesanggupan penerima di pihak peserta latihan.
v. Penilaian program jarang kali diadakan.
vi. Rancangan kursus kurang mempunyai sukatan yang lengkap,
terperinci dan praktikal.






______________________________________________________________________________________
41

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


6.3 FAKTOR KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM
Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kekuatan dan kelemahan
perancangan, pelaksanaan dan penilaian sesuatu program di Pentadbiran
Daerah Saratok adalah seperti berikut:-
i. Dasar kerajaan dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam
di peringkat persekutuan dan negeri.
ii. Pengagihan peruntukan kewangan
iii. Persekitaran tempat kerja serta keperluan kakitangan dan agensi
iv. Komitmen daripada pihak yang bertanggungjawab dalam
pembangunan sumber manusia samada di peringkat ibu pejabat
atau di Unit berkenaan.
v. Kekurangan data dan maklumat lengkap personel agensi

6.4 PERBANDINGAN AMALAN DENGAN TEORI PERANCANGAN PROGRAM
PSM
Perbandingan amalan pembangunan sumber manusia di pejabat
Daerah Saratok dengan teori-teori PSM sebagaimana yang dicadangkan oleh
pakar-pakar perunding PSM adalah tidak banyak berbeza dari segi dasar yang
ditetapkan oleh pihak atasan.
Walau bagaimanapun, kelemahan pegawai yang bertanggungjawab
dalam pengurusan dan penyelarasan PSM di Unit Pentadbiran, Kewangan dan
PSM telah menunjukkan sedikit perbezaan dari segi pelaksanaan amalan
pembangunan sumber manusia.



______________________________________________________________________________________
42

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


Pada amnya, amalan PSM yang dikendalikan di Unit Tersebut bermula
dari peringkat perancangan sehingga ke peringkat pelaksanaan dan penilaian
adalah mirip dengan teori yang dicadangkan oleh Maimunah (1999)
Pada peringkat pengetahuan dan kemahiran, amalan yang diterapkan
oleh pihak Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM adalah lebih cenderung
mengikut model Nowlen(1988), iaitu model Update dan model Competence.
Pada peringkat Competence, ianya adalah sangat penting kepada faktor
keberkesanan organisasi. Selanjutnya sila rujuk senarai lampiran di belakang
untuk mendapatkan gambaran tentang bagaimana pihak Unit Pentadbiran,
Kewangan dan PSM mengkaji situasi calon peserta latihan dari segi
pengetahuan dan ketrampilan.
Proses analisis ini juga dijalankan oleh pihak Unit PSM dan Kualiti di
Jabatan Ketua Menteri Sarawak bagi pegawai dalam kumpulan Pengurusan
dan Profesional dan kumpulan Pengurusan dan Sokongan yang bertugas di
seluruh Pentadbiran Saratok. Melalui analisis keperluan latihan (TNA) ianya
memberi gambaran yang jelas kepada kita bahawa pihak pengamal PSM di
Pentadbiran Daerah Saratok adalah sangat mementingkan aspek ketrampilan
di tempat kerja. Borang TNA yang digunapakai adalah seperti di Lampiran I
dan II.







______________________________________________________________________________________
43

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


BAB 7.0
CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI PROGRAM PSM ORGANISASI

7.1 CADANGAN JANGKA PANJANG

Sebagai cadangan jangka panjang, penulis ingin mencadangkan
supaya Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM di Pejabat Daerah Saratok
mengasingkan Unit PSM daripada Unit Pentadbiran dan Kewangan. Ini
membolehkan pihak agensi menumpukan aktiviti dan program
pembangunan sumber manusia yang lebih sistematik dan berkesan.

Selain itu, penulis juga mencadangkan supaya penempatan
pegawai bagi mengetuai Unit PSM dipilih daripada kalangan pegawai-
pegawai yang mempunyai kelayakan, kemahiran serta pengalaman dalam
bidang berkaitan sahaja. Ini keranan masalah dan kelemahan dalam PSM
yang berlaku di Unit Pentadbiran, Kewangan dan PSM berpunca daripada
kelemahan pihak pengurusan.

Berdasarkan pengamatan penulis menunjukkan semakin tinggi
tahap pendidikan seseorang kakitangan, maka semakin positif sikap
mereka terhadap tugas dan tanggungjawabnya. Manakala mereka yang
berpendidikan rendah dan tidak berpengalaman didapati kurang daya
kreativiti dan kurang bermotivasi tinggi.



______________________________________________________________________________________
44

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


7.2 CADANGAN JANGKA PENDEK
Bagi cadangan jangka pendek, penulis mencadangkan supaya Unit
Pentadbiran, Kewangan dan PSM di Pejabat Daerah Saratok meneruskan
amalan program-program latihan yang dijalankan. Pada masa yang sama,
kativiti pemantauan terhadap program-program latihan hendaklah
dipertingkatkan dimana pemantauan program perlu dijalankan di semua
peringkat iaitu semasa pelaksanaan dan selepas program.

Selain itu, penulis juga mencadangkan supaya semua kaunselor
yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi menjalankan perkhidmatan
kaunseling dalam perkhidmatan awam ditempatkan di Unit Pembangunan
Sumber Manusia yang telah dicadangkan sebelum ini. Kaunselor
berkenaan boleh membantu pengamal PSM untuk kakitangan melihat
peluang perkembangan kerjaya, menyelesaikan masalah kerja atau
peribadi serta menyesuaikan diri mereka dengan cabaran dan persekitaran
kerjaya yang sering berubah.










______________________________________________________________________________________
45

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


BAB 8.0
KESIMPULAN DAN PENUTUP

Pembangunan Sumber Manusia (PSM) merupakan usaha berterusan
secara bersepadu penggunaan latihan, pembangunan organisasi dan kerjaya
untuk meningkatkan kecekapan individu, kumpulan dan organisasi itu sendiri.
Dalam hubungan ini, program PSM merupakan satu produk atau hasil dari aktiviti
perancangan program iaitu pengajar dan pelajar yang membawa perubahan
kepada individu dan organisasi. Maka dalam konteks laporan ini, program PSM
adalah merupakan satu keperluan yang bukan hanya untuk kebaikan kepada
pihak Pentadbiran Daerah Saratok tetapi juga untuk diri kakitangan atau warga
kakitangan di seluruh organisasi tersebut.
Sepertimana yang telah dibincangkan, program PSM yang dijalankan di
Pejabat Daerah Saratok mempunyai beberapa kelemahan yang perlu mendapat
perhatian pihak berkenaan supaya dapat mengambil langkah-langkah yang
dicadangkan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti.
Ini adalah bertujuan untuk perkembangan kerjaya kaitangan dan kepentingan
Pejabat Daerah Saratok.
Dalam hubungan ini, pembangunan sumber manusia perkhidmatan
awam perlu dipertingkatkan di semua agensi dan jabatan kerajaan tidak kira saiz
dan fungsi agensi atau jabatan itu. Ini adalah bertujuan untuk menghadapi cabaran
seperti desakan daripada masyarakat yang inginkan perkhidmatan berkualiti dan
cepat. Maka kakitangan perlu bersedia bagi menghadapi cabaran ini. Dalam pada
itu, cabaran dalam menggunakan pendekatan perkhidmatan secara elektronik,


______________________________________________________________________________________
46

SIA SI CHI J 36602

DCE 4955 LATIHAN PRAKTIKUM
PEJABAT DAERAH SARATOK


sebagai alternative kepada perkhidmatan yang sedia ada juga menuntut kepada
kakitangan kerajaan dari semua peringkat supaya lebih cepat bertindak balas
kepada sebarang perkara yang memerlukan ketelusan dan akauntabiliti.
Akhirnya, adalah harapan penulis supaya laporan latihan praktikum ini
dapat memberi manfaat kepada pihak Pejabat Daerah Saratok. Diharapkan juga
laporan ini boleh digunakan sebagai asas perhitungan kepada pihak pengajur
dalam memperbaiki dan merancang program-program latihan yang akan datang
supaya ianya dapat membantu kakitangan di agensi tersebut menghadapi cabaran
seiring dengan arus pembangunan ICT dan kehendak pelanggan.

You might also like