Sbp2013 BM 1 2 and Skema

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 47

SULIT 1103/1

Bahasa Melayu
1103/1
Ogos, 2013
2 jam
Kertas ini mengandungi 3 halaman bercetak
1103/1 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah
SULIT
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM
BAHASA MELAYU
1103/1
2 jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
Arahan:
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku
jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi
http://cikguadura.wordpress.com/
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SULIT 2 1103/1
1103/1 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]
Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara menyayangi sekolah.
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menyayangi sekolah. Panjangnya huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
MEMELIHARA
HARTA BENDA
SEKOLAH
MEMATUHI
PERATURAN
SEKOLAH
KECEMERLANGAN
AKADEMIK
CARA-CARA
MENYAYANGI
SEKOLAH
PENCAPAIAN
KOKURIKULUM
SULIT 3 1103/1
1103/1 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.
1. Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia apabila
menyambut sesuatu perayaan. Pada musim perayaan yang lalu, anda berkesempatan
mengunjungi rumah terbuka jiran anda yang berlainan bangsa.
Ceritakan pengalaman dan faedah yang anda peroleh ketika menghadiri rumah
terbuka tersebut.
2. Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu ibu bapa di rumah.
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budaya
tolong-menolong dalam kalangan ahli keluarga.
3. Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena dengan Sambutan Hari
Polis di tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah Membanteras Jenayah
Tanggungjawab Bersama.
Tulis esei anda selengkapnya.
4. Ketidakstabilan politik di sesebuah negara menimbulkan kesan negatif kepada
masyarakat dunia.
Bincangkan.
5. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum kaya dengan budaya warisan.
Walau bagaimanapun generasi muda masa kini kurang menghargai budaya warisan
bangsa mereka sendiri.
Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.
KERTAS SOALAN TAMAT
http://cikguadura.wordpress.com/
SULIT 1103/2
Bahasa Melayu
Kertas 2
Ogos 2013
2 jam

Kertas ini mengandungi 10 halaman bercetak

1103/2 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah
SULIT


BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013



BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Arahan:

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya
kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas
peperiksaan.
5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.




http://cikguadura.wordpress.com/
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SULIT 2 1103/2
1103/2 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang kriteria yang
perlu ada pada seorang pekerja k-ekonomi dan kesannya kepada negara. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Modal insan merupakan tunjang utama dalam pembangunan ekonomi di sesebuah
negara. Jumlah tenaga kerja mahir di Malaysia pada tahun 2009 ialah 28% daripada jumlah
keseluruhan, iaitu 9.8% di bawah purata yang diperakukan oleh Pertubuhan Kerjasama
Ekonomi dan Pembangunan (OECD). Usaha kerajaan untuk menyemarakkan ekonomi
berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi dimulakan oleh kerajaan sejak lebih 10 tahun yang
lalu dengan melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dan memenuhi kriteria
pekerja k-ekonomi. Sejumlah RM200 juta diperuntukkan dalam bentuk latihan sambilan di
Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pusat Giat MARA dan Institut
Latihan Perindustrian (ILP). Seorang pekerja k-ekonomi perlu memiliki pengetahuan
kandungan yang banyak dan mendalam merentasi disiplin ilmu dan sektor kehidupan. Oleh
sebab itu, RM 100 juta diperuntukkan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk
membolehkan pekerja meningkatkan kemahiran dalam bidang teknikal.

Tenaga kerja k-ekonomi hendaklah menguasai pelbagai jenis pemikiran, terutamanya
pemikiran kritikal, analitikal dan kreatif kerana seorang pekerja k-ekonomi sentiasa berfikir.
Selain itu, usaha juga dilakukan dengan memanggil pulang rakyat Malaysia yang
berkelayakan dan memiliki kemahiran supaya pulang berkhidmat di negara sendiri. Bagi
meningkatkan jumlah pekerja berkemahiran tinggi, kerajaan juga telah menarik pekerja asing
yang cemerlang dan berpengalaman luas untuk berkhidmat di Malaysia dengan menawarkan
pendapatan yang lumayan.

Pekerja k-ekonomi bukan sahaja seorang yang tekun, tetapi juga sentiasa ingin tahu.
Mereka juga perlu mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hidup kerana ukuran bagi
seseorang pekerja yang berpengetahuan tinggi bukan hanya gaji yang kompetitif, tetapi
kebolehan yang kompetitif. Mereka perlu sentiasa bersedia untuk menjadi sumber rujukan
kepada rakan sekerja atau pihak lain yang berkepentingan , umpamanya dalam melaksanakan
program pengembangan minda dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

Keberanian untuk sentiasa mencuba dan menghadapi risiko menghadapi kegagalan
merupakan elemen penting dalam dunia pekerjaan. Oleh itu, amat penting bagi setiap pekerja
k-ekonomi mempunyai semangat keusahawanan yang tulen dengan menunjukkan
keghairahan untuk berubah, keberanian menghadapi risiko dan bersedia menerima kegagalan.
Perkongsian maklumat, pengetahuan, kepakaran dan pengalaman amat penting dalam
sesebuah organisasi. Pekerja k-ekonomi hendaklah sentiasa bersedia dan berkemahiran untuk
bekerja secara berkumpulan untuk membantu rakan sekerja menyelesaikan sebarang masalah,
membuat keputusan dan perancangan strategik. Kemahiran ini perlulah mendalam dan
mencakupi pelbagai aspek. Sumber manusia yang kreatif dan inovatif amat penting dalam
SULIT 3 1103/2
1103/2 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
pengurusan ilmu pengetahuan dan harta intelektual yang efisien. Mereka perlu aktif membuat
ciptaan baru dan menambah baik ciptaan sedia ada kerana aktiviti ini dianggap sebagai
sumber untuk menghasilkan kelebihan kompetitif dalam k-ekonomi.

Seseorang pekerja k-ekonomi harus mempunyai kompetensi di tempat kerja, iaitu
kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, serta kemahiran teknologi
komunikasi dan maklumat. Kemahiran tersebut semakin penting dan menjadi pelengkap
kepada keperluan asas bagi seseorang pekerja, iaitu pengetahuan kandungan dan kemahiran
teknikal. Pekerja k-ekonomi juga harus menghayati nilai integriti yang tinggi dan kesetiaan
terhadap organisasi atau syarikat agar pengetahuan dan kemahiran mereka dapat
dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Komitmen semua pihak amat penting untuk
menjayakan usaha melahirkan pekerja k-ekonomi yang kreatif dan inovatif agar mampu
mencorakkan pembangunan ekonomi negara yang lebih berdaya saing.

(Dipetik dan diubah suai daripada
Modal Insan untuk K-Ekonomi
oleh Ramlan Abd. Wahab,
Dewan Ekonomi, Jun 2011)


Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata tunjang utama? [2 markah]


(ii) Pengarang menyatakan beberapa usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk
melahirkan pekerja k-ekonomi.
Nyatakan usaha-usaha tersebut. [3 markah]


(iii) Jelaskan pendapat anda tentang dua peranan pihak swasta untuk melahirkan pekerja
k-ekonomi yang kompetitif.
[4 markah]






SULIT 4 1103/2
1103/2 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 2 (b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat
nanti, kata Mikraj.
Tak perlu! Israk menghayun kata-kata.
Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik?
Mengapa abang terlalu berlagak akhir-akhir ini? Suara Mikraj semakin lama semakin
meninggi.
Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, Mengapa kau terlalu menjaga tepi
kain orang?
Saya kasihan melihat Wah. Abang menghina, mengeji, menyakiti Wah. Paha kanan
dicubit paha kiri akan terasa sakitnya. Abang sedar tak, Wah lebih tua daripada abang!
Aku cukup pantang kalau diherdik oleh budak kecil!
Saya ajak ma dan pa bawa abang balik kampung semata-mata mahu abang
mengenali Wah yang membela abang sejak berusia satu hari lagi. Abang tahu, Wah benar-
benar terhiris sewaktu atuk atuk bawa abang lari. Sejak itu abang langsung tak mengenali
Wah. Saya mahu abang belajar erti kepayahan, kekecewaan, dan ketabahan seorang wanita.
Wah orangnya, butir bicara Mikraj diiringi mutiara mata.

(Dipetik daripada cerpen Israk
oleh Erda Roslan Khairi
dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i) Mengapakah Mikraj bertelingkah dengan abangnya, Israk? [2 markah]


(ii) Sesetengah ibu bapa menghantar anak-anak mereka pulang ke rumah datuk dan nenek
di kampung pada musim cuti persekolahan.

Pada pendapat anda, adakah tindakan tersebut wajar? Berikan alasan untuk menyokong
pendapat anda.
[3 markah]


(iii) Huraikan satu perwatakan Mikraj berdasarkan petikan dan satu perwatakan Mikraj
berdasarkan keseluruhan cerpen.
[4 markah]

SULIT 5 1103/2
1103/2 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT


Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Akan kata segala dagang dari Petani memandang gurap sangat hairan; dari zaman
datuk nenek baharu memandang serupa ini. Akan kata dagang Tandang Halidar, Inikah
gerangan dikatakan kota?
Beredar segala Cina yang makan madat hairan tercengang-cengang tiada sedar gurap
andalan berkemala dipandang malam. Tanglung di atas tiang bernyala serta sampai siang
harinya. Di Pulau Berhala malamnya itu gurap masuk ke kuala.
Maka sekalian kelengkapan kenaikan penjajap pun mustaidlah sudah. Maka
belayarlah ke negeri Siak. Serta sampai di dalam sungai, lalu mudiklah sekalian kelengkapan
angkatan penjajap itu.
Maka terkejutlah orang Siak. Maka isinya bedil Laila Majnun tiada mahu berbunyi.
Maka masuk alamat kepada kadi, Laila Majnun mohon kepada Raja Siak; ia hendak mohon
kembali, dipasang ia tiada tala, takut derhaka ke bawah duli, kepada Datuk Demang disuruh
pasang seperti aur ditarik songsang, sungguhpun kawan dalam makan perangsang, dan seperti
ayam takutkan musang.

(Dipetik daripada Hikayat Opu Daeng Menambun
dalam antologi Digahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)



(i) Apakah maksud masuk alamat? [2 markah]


(ii) Bagaimanakah reaksi orang-orang dagang apabila terpandangkan gurap?
[3 markah]


(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang wajar dilakukan bagi mengelakkan
negara dicerobohi oleh musuh?
[3 markah]




SULIT 6 1103/2
1103/2 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT



Soalan 2 (d) Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Dirgahayu Bahasaku
Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam

Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru

(September 2000)

Ahmad Sarju
Manuskrip Luka Bangsa 2006
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka




SULIT 7 1103/2
1103/2 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT




(i) Sejarah bangsa telah mencatatkan pelbagai kegemilangan dalam rangkap keempat.
Nyatakan tiga kegemilangan tersebut. [3 markah]


(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah bahasa Melayu boleh dimartabatkan di persada
antarabangsa? [3 markah]


(iii) Huraikan tiga nilai yang diperoleh dalam sajak tersebut.
[3 markah]
































SULIT 8 1103/2
1103/2 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau kata nama khas.

(i) mengupas mengelupas

(ii) bercanggah berceranggah

(iii) menjajah menjelajah

[6 markah]

(b) Bina satu ayat berdasarkan pola ayat dasar di bawah.
(i) FN + FK
(ii) FN + FA
(iii) FN + FS
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Syahril mudah mendapat pekerjaan di syarikat yang bernama itu kerana dia
boleh bertutur dalam dwi bahasa.

(ii) Dia melemparkan perasaan was-was terhadap pegawai baharu itu jauh-jauh
setelah pegawai itu membuktikan kesungguhannya untuk membangun dan
memajukan syarikat.

(iii) Petani moden itu menghadkan penggunaan racun serangga perosak terhadap
tanam-tanamannya demi kelestarian alam semulajadi.

[6 markah]


http://cikguadura.wordpress.com/
SULIT 9 1103/2
1103/2 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Walaupun ada label halal yang dicap di pembalut coklat itu, dia tetap tidak
membelinya kerana berasa curiga.

(ii) Saya sering menziarahi nenek kerana jauh antara rumah saya dan rumahnya kira-
kira 500 meter sahaja.

(iii) Rakyat jelata mematuhi titah perintah Sultan Abdul Fatah untuk mereka bersiap
siaga untuk menghadapi peperangan.
[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata
hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.

Setiap kali pulang ke kampung, Encik Johan akan melalui jalan yang berliku-liku
seperti .......... Walaupun dia sudah biasa melalui jalan itu,
namun .......... kerana pada suatu hari dia terbabas lalu
terlanggar pembahagi jalan di selekoh yang amat tajam. Sejak itu, dia begitu berhati-
hati ketika melalui jalan itu kerana ......
[6 markah]

















SULIT 10 1103/2
1103/2 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Papa (akhirnya kau tewas jua!) karya Deanna Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan


(a) Unsur saspens dalam sesebuah novel dikemukakan oleh pengarang untuk menimbulkan
minat dalam diri pembaca agar menyudahkan pembacaan mereka.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan
unsur saspens dalam novel tersebut.
[7 markah]


(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu perwatakan watak
sampingan yang dipaparkan dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]




KERTAS SOALAN TAMAT
http://cikguadura.wordpress.com/
1103/1 (PP) SULIT




BAHAGIAN PENGURUSAN
SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA




PERATURAN PEMARKAHAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013



BAHASA MELAYU
Kertas 1



UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA





AMARAN



Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Sekolah Berasrama
Penuh. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja.
Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh
dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh
dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan.










http://cikguadura.wordpress.com/
1103/1 (PP) SULIT
2




Bahagian A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

[30 markah] KRITERIA
PENSKORAN
PERINGKAT MARKAH KRITERIA







Cemerlang



26 30



atas
(28 30)



(26 27)
bawah

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.
Penggunaan tanda baca betul dan tepat.
Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru.
Penggunaan kosa kata luas dan
tepat.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan
bervariasi dan menggunakan ungkapan yang
menarik (peribahasa, slogan, kata-kata ucapan)

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan
dihuraikan dengan jelas dan matang.






Kepujian



20 25

atas
(23 25)

(20 22)
bawah

Karangan menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca
betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi.
Penggunaan kosa kata luas.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan
bervariasi.

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan
dihuraikan dengan jelas.
1103/1 (PP) SULIT



PERINGKAT MARKAH KRITERIA







Memuaskan



15 19



atas
(17 19)



(15 16)
bawah

Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.

Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.
Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat.
Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi
Baru.
Penggunaan kosa kata umum.

Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih
bervariasi.

Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan.
Huraian idea masih jelas.





Kurang
memuaskan




10 14



atas
(12 14)

(10 11)
bawah

Karangan kurang menepati tema bahan
rangsangan.

Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat.
Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan
masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi
terdapat kesalahan ejaan yang ketara.
Penggunaan kosa kata terhad.

Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang
bervariasi.
Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan

huraiannya kurang jelas.






Pencapaian
Minimun

01 09

atas
(06 09)



(01 05)
bawah

Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran
menulis.

Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.

Idea tidak menepati tema bahan rangsangan.


*Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan
ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud al-
Quran dan lain-lain.


1103/1 (PP) SULIT



Bahagian B: Karangan Respons Terbuka

[100 markah]
PERINCIAN PEMARKAHAN
Cara Pemeriksaan

1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang
ditetapkan.

2. Jika karangan:

a. Kurang daripada 350 perkataan, periksa seperti biasa

b. Terlalu panjang periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan

3. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah.

4. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak markah dan pemotongan maksimum 3
markah. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.

5. Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:

( ) = Kesalahan isi

= Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)

// = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca
http://cikguadura.wordpress.com/
1103/1 (PP) SULIT



KRITERIA

KRITERIA DESKRIPSI



1. BAHASA
(Mekanis)
Kegramatisan kata (morfologi)

- ayat (sintaksis)
Tanda baca


Ejaan
2. LARAS
(Dinamis)

Pemilihan kosa kata





3. IDEA (ISI)
Tema


Isi utama

Pengembangan (huraian/ bahasa/hujahan/ contoh)

Kerelevanan





4. PENGOLAHAN
Wacana


Logik

Pemerengganan

Format




5. GAYA BAHASA
Keindahan bahasa


Ungkapan

Peribahasa
1103/1 (PP) SULIT



KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


















CEMERLANG










80 100
(90 100)
(80 89)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan
tepat.
Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.

Ejaan dan tanda baca betul

Laras bahasa sesuai dengan tugasan

Penggunaan kosa kata luas dan tepat

Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan

jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang
sesuai
Pengolahan menarik dan berkesan serta

pemerengganan sesuai.
Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea

yang jelas antara perenggan.
Penggunaan unsur bahasa bervariasi

Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa

dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa,
pantun, cogan kata atau frasa.
















KEPUJIAN










66 79
(73 79)
(66 72)

Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.
Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis

tetapi terdapat kesalahan yang minimum
Ejaan dan tanda baca betul

Laras bahasa sesuai dengan tugasan.

Penggunaan kosa kata luas dan tepat

Idea relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan

jelas, diserta dengan contoh yang sesuai.
Pengolahan menarik dan berkesan serta

pemerengganan sesuai.
Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea

yang jelas antara perenggan.
Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.

Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan

bahasa dan penggunaan ungkapan seperti
peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.



1103/1 (PP) SULIT



PERINGKAT MARKAH KRITERIA
















BAIK










51 - 65
(58 65)
(51 57)

Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai.
Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat

kesalahan yang minimum.
Ejaan dan tanda baca masih betul.

Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.

Penggunaan kosa kata umum.

Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi

masih jelas dan contoh masih sesuai.
Pengolahan masih menarik, dan pemerengganan

masih sesuai.
Wacana masih lengkap

Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.

Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan

bahasa dan penggunaan ungkapan kurang
berkesan.


















MEMUASKAN













36 50
(43 50)
(36 42)

Penggunaan pelbagai jenis kata terhad.
Ayat kurang gramatis.

Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat

kesalahan yang minimum.
Laras bahasa kurang sesuai.

Penggunaan kosa kata umum dan terhad.

Idea masih relevan mengikut tugasan,

huraian isi kurang jelas dan contoh kurang
sesuai.
Pengolahan kurang menarik, pemerengganan

kurang sesuai.
Wacana masih / kurang lengkap

Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.

Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan

bahasa dan penggunaan ungkapan kurang
berkesan.

1103/1 (PP) SULIT





PERINGKAT MARKAH KRITERIA







KURANG
MEMUASKAN




21 35
(28 35)
(21 27)

Penggunaan kata kurang tepat.

Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.

Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang

ketara.
Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan

huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh
tidak sesuai.
Pengolahan tidak menarik.

Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak

seimbang.
Unsur bahasa tidak bervariasi.

Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan lemah.










PENCAPAIAN
MINIMUM





01 20
(11 20)
(01 10)

Keseluruhan menunjukkan penggunaan kata dan

ayat yang tidak gramatis.
Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.

Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/

tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.
Pengolahan tidak menarik.

Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak

seimbang dan tidak sesuai.
Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan lemah serta tidak menarik.
Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami.



Cara menulis K - Peringkat markah Contoh K - 75
- E - Mak 3 markah - E - 03
- F - Mak 2 makah - F - 02
Jumlah - Markah bersih J - 70















1103/1 (PP) SULIT





CADANGAN JAWAPAN


Bahagian A
Karangan berdasarkan bahan rangsangan: Cara-cara menyayangi sekolah.

Cadangan Isi:

1. Harta benda sekolah merupakan harta benda awam yang perlu dipelihara oleh seluruh
warga sekolah.
2. Peraturan sekolah merupakan elemen penting dalam pembentukan sahsiah pelajar.
3. Kecemerlangan akademik pelajar sangat signifikan terhadap pencapaian keseluruahn
sesebuah sekolah (kayu ukur
4. Pencapaian kokurikulum yang cemerlang merupakan pelengkap kepada pencapaian
akademik pelajar dan dapat meningkatkan imej sekolah.

Calon boleh menambah idea-idea lain yang tiada dalam bahan rangsangan, tetapi dengan
syarat mesti membincangkan idea-idea yang terdapat dalam bahan rangsangan.
Calon yang tidak langsung menyentuh idea dalam bahan rangsangan, tidak layak untuk
kategori cemerlang, walaupun bahasa dan pengolahan baik.


Bahagian B
Soalan 1

Format: Tiada

Calon diharap dapat menceritakan pengalaman dan menyatakan faedah menghadiri
rumah terbuka jiran yang berlainan bangsa.

Kemungkinan:
Calon hanya membincangkan salah satu elemen sahaja (pengalaman @ faedah): markah
maksimum peringkat baik sekiranya bahasa baik.
Calon tidak menjelaskan perbezaan bangsa jirannya: markah maksimum peringkat
kepujian bawah. sekiranya bahasa baik.

Cadangan isi:

1. Pengalaman:
1.1 Suasana kemeriahan rumah terbuka.
1.2 Perasaan calon sewaktu menghadiri rumah terbuka.
2. Faedah:
2.1 Menyuburkan dan mengeratkan hubungan silaturahim dengan jiran tetangga.
2.2 Memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.
2.3 Dapat melihat dan merasai kepelbagaian aneka masakan yang disajikan.
2.4 Memupuk toleransi dan keterbukaan pemikiran terhadap agama, budaya dan adat yang
berbeza.
2.5 Menyumbang kepada sektor pelancongan negara.
2.6 Menggambarkan kestabilan politik negara.
http://cikguadura.wordpress.com/
1103/1 (PP) SULIT



Soalan 2
. Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu ibu bapa di rumah. Huraikan
peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budaya tolong-
menolong dalam kalangan ahli keluarga.
Cadangan Jawapan:
Format: Tiada
Calon diharapkan dapat menghuraikan / menerangkan / menjelaskan peranan ibu bapa
untuk memperkasakan budaya tolong-menolong dalam kalangan ahli keluarga:
berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak secara berhemah tentang peranan &
tanggungjawab mereka
menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan memberikan tunjuk ajar
memastikan anak-anak menyempurnakan tanggungjawab dengan melakukan tugasan
rutin yang sesuai dengan keupayaan mereka
memberikan penghargaan atau kata-kata perangsang kepada anak-anak
bergotong-royong seisi keluarga dalam melakukan sesetengah tugasan
Sekiranya calon hanya menghuraikan isu dalam kalangan anak sahaja, karangan tidak
mencapai tahap cemerlang.

Soalan 3
Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena dengan Sambutan Hari
Polis di tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah Membanteras Jenayah Tanggungjawab
Bersama.

Tulis esei anda selengkapnya.
Format:Esei/Rencana
Tajuk: 1m
Nama Penulis:1m

Diharapkan calon dapat menulis esei tentang Membanteras Jenayah Tanggungjawab
Bersama. (tanggungjawab pelbagai pihak individu, komuniti/masyarakat
setempat,pihak berkuasa,kerajaan dan badan bukan kerajaan dll yang relevan)
-Jika calon menghuraikan tanggungjawab satu pihak sahaja, dan bahasa baik,maksimum
baik atas



1103/1 (PP) SULIT


Soalan 4
Ketidakstabilan politik di sesebuah negara menimbulkan kesan negatif kepada
masyarakat dunia.

Bincangkan.

Format: Tiada
Diharapkan calon dapat mengemukakan faktor berlakunya masalah ketidakstabilan
politik,kesannya dan cadangan mengatasi .
- Calon perlu menyatakan beberapa contoh negara yang mengalami pergolakan politik.
- Jika calon hanya menyatakan sebuah negara sahaja, tidak layak mendapat cemerlang.
- Calon perlu mengemukakan sekurang-kurangnya dua aspek contohnya, faktor berlaku
dan kesan atau kesan dan langkah mengatasi.
- Jika calon mengemukakan satu aspek sahaja,( tidak berbincang tentang tajuk) tetapi
bahasa baik, maksimum 65markah
Cadangan Jawapan:
Kesan
-Menggugat ekonomi sesebuah negara/sektor pelancongan terjejas
-Rakyat hidup dalam kemiskinan dan kesengsaraan/catuan bekalan makanan
-Imej negara terjejas di mata dunia
-Ketidakstabilan mata wang
-Penularan penyakit
-Rakyat terkorban/orang awam menjadi mangsa

Faktor

-Perang saudara
-Perebutan wilayah
-Campur tangan pihak ketiga
-Anasir luar/subversif
-Fahaman politik/ideologi yang ekstrem

Langkah Mengatasi

-Perjanjian /rundingan damai
-Gencatan senjata
-Peranan PBB/Negara Serantau
-Memenuhi tuntutan dua pihak



1103/1 (PP) SULIT



Soalan 5
Rakyat Malaysia kaya dengan budaya warisan. Walau bagaimanapun generasi muda
masa kini semakin kurang menghargai budaya warisan bangsa mereka sendiri.
Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.
Skema
1. Format
: Tiada

Calon diharapkan dapat:

Menyatakan fakt or-fakt or yang menyebabkan keadaan i ni berl aku:


1. Proses globalisasi menyebabkan kegiatan seni budaya tradisional semakin lesu.
Akibat globalisasi, kita terdedah kepada perkembangan budaya asing secara
meluas.
Semua orang dapat mengikuti perkembangan seni budaya dunia terkini melalui
Internet/facebook, blog dsbnya.
Seni atau budaya asing yang baru biasanya lebih menarik minat orang ramai.
Misalnya generasi muda mahukan breakdance, hip-hop, tempo muzik yang
lebih rancak dsbnya. Masakan tradisional diganti dengan makanan segera dari
Barat
Akibatnya tarian seni budaya tradisional seperti wayang kulit, makyung, ghazal,
tarian kipas, tarian kepang dsbnya semakin dilupakan.


2. Kemajuan dari segi teknologi maklumat .

Kini permainan teknologi maklumat lebih memikat.
Misalnya PSP, Wii dan sebagainya.
Misalnya permainan badminton dapat dijalankan melalui Wii dengan
seorang diri sebagai pemain.
Pelbagai program permainan dapat dimuat turun daripada Internet.
Pelbagai permainan dalam I-phone.Wi-Fi, 3G memberi kesan audio visual lebih
memikat.
Sebaliknya congkak dikatakan membosankan dan tidak mencabar.
Begitu juga dengan wau dan gasing yang memakan masa menyediakannya dan
memerlukan kemahiran dan kumpulan rakan. Misalnya kanak-kanak bandar
tidak tahu meligat gasing.






1103/1 (PP) SULIT





3. Sikap masyarakat yang dingin juga menjejaskan budaya warisan kita.
Kehidupan kita semakin sibuk.
Selepas bekerja, rakyat tiada masa terluang untuk aktiviti seni tradisional yang
perlukan kemahiran.
Usaha menghasilkan tenunan kain songket, lukisan batik dan kraftangan yang lain
memakan masa.
Aktiviti permainan gasing dan wau mengambil masa panjang, dari mencari bahan
mentah dan menghasilkannya.
Tegasnya, hiburan tradisional tidak serasi dengan hidup sibuk kini.
Yang lebih banyak ialah pusat yoga, pusat tarian moden, gimnasium bina badan dan
persolekan muka serta pelangsingan badan.

4. Kekurangan pusat latihan turut menyebabkan masalah ini.
Tanpa latihan khusus, bakat yang berpotensi tidak dapat diasah.
Mereka yang berminat juga sukar mendapat peluang.
Pusat perkembangan seni budaya tradisional amat terhad.
Pusat sedemikian tidak menguntungkan jika tanpa tajaan kerajaan.
Akibatnya ramai rakyat yang berminat tidak dapat latihan.
Para pengamal seni tidak dapat menyampaikan ilmu ini kepada generasi muda.


5. Siaran di media elektronik yang lebih menarik
Televisyen menayangkan program-program yang lebih menarik
Terdapat saluran tv yang pelbagai
Program berbayar yang menarik minat golongan pelbagai

6. Kurangnya galakan dan promosi
Pihak bertanggungjawab kurang menguar-uarkan budaya warisan
Pihak media juga kurang mempromosikan kehebatan budaya warisan
Pihak ibu bapa juga kurang menggalakkan anak-anak untuk membudayakan
warisan terdahulu



PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT
SULIT 1103/2 (PP)
Bahasa Melayu
Kertas 2
Peraturan Pemarkahan
Ogos 2013

Kertas ini mengandungi 21 halaman bercetak

1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah
SULIT


BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2013



PERATURAN PEMARKAHAN

BAHASA MELAYU

Kertas 2



UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA





AMARAN
Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Bahagian Sekolah
Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja.
Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan
kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-
apa jua bentuk penulisan dan percetakan.
http://cikguadura.wordpress.com/
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SULIT 2 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Markah penuh: 110 markah

Soalan 1

Markah penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi - 20 markah
(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

Nota:
(i) Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
nama khas
perkataan berulang
penggunaan kata sendi di dan ke
tarikh
angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
gelaran
(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum
diperiksa.
(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak
perlu diperiksa.
(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.


Bahagian

Markah

Markah

(i) Pendahuluan

2

(ii) Isi Tersurat

4 5 6 7 8 9 10 11 12


16

(iii) Isi Tersirat


12

11 10 9 8 7 6 5 4
(iv) Penutup/ Kesimpulan

2


Jumlah Markah
20



SULIT 3 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Soalan 1: Rumusan
Pendahuluan [2 markah]

Markah
Petikan membincangkan ciri-ciri/ sifat-sifat yang perlu ada/ keperluan pada
seseorang pekerja k-ekonomi di negara ini/ di Malaysia (di mana) / pada masa ini/
kini (bila) / untuk memajukan ekonomi negara (untuk apa).

2
Petikan membincangkan ciri-ciri yang perlu ada/ keperluan pada seseorang pekerja
k-ekonomi.

1
Petikan membincangkan kriteria yang perlu ada pada seseorang pekerja k-ekonomi. 0


Isi Tersurat (Ciri-ciri pekerja k-ekonomi) [4 hingga 12 markah]


S1 Memiliki pengetahuan kandungan yang banyak dan mendalam merentasi
disiplin ilmu dan sektor kehidupan.

2
S2 Menguasai pelbagai jenis pemikiran, terutamanya pemikiran kritikal,
analitikal dan kreatif.

2
S3 Mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hidup. 2
S4 Bersedia untuk menjadi sumber rujukan kepada rakan sekerja atau pihak lain
yang berkepentingan.

2
S5 Amat penting bagi setiap pekerja k-ekonomi mempunyai semangat
keusahawanan yang tulen.

2
S6 Sentiasa bersedia dan berkemahiran untuk bekerja secara berkumpulan
dengan mendalam dan mencakupi pelbagai aspek
(Isi perlu ada kedua-dua bahagian. Jika tiada = 0m)

2
S7 Sumber manusia yang kreatif dan inovatif perlu aktif membuat ciptaan
baru dan menambah baik ciptaan sedia ada.
(Isi perlu ada kedua-dua bahagian. Jika tiada = 0m)

2
S8 Mempunyai kompetensi di tempat kerja. 2
S9 Menghayati nilai integriti yang terpuji dan kesetiaan kepada organisasi atau
syarikat.

2


Isi Tersirat (Kesan pekerja k-ekonomi kepada negara) [4 hingga 12 markah]


T1 Dapat memajukan negara/meningkatkan pendapatan /ekonomi negara 2
T2 Meningkatkan produktiviti kerja. 2
T3 Kualiti kerja akan meningkat. 2
T4 Tidak perlu mendapatkan/ menjimatkan kos pekerja k-ekonomi dari luar
negara
2
T5 Perkongsian idea dan peningkatan inovasi. 2
(Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)


Penutup
Kesimpulannya, setiap pekerja di Malaysia perlu memiliki kriteria pekerja k-
ekonomi agar dapat memajukan/ membangunkan negara.
2
SULIT 4 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan
dalam jadual berikut:


Peringkat


Markah Isi

Markah
Bahasa

Huraian

Baik


18 20
15 17


9 10
7 9


- Kesinambungan isi baik
- Struktur ayat/ tatabahasa baik
- Kosa kata luas
- Tanda bacaan/ ejaan betul


Sederhana


12 14
8 11


6 7
4 6

- Kesinambungan isi masih baik
- Struktur ayat/ tatabahasa masih memuaskan
- Kosa kata masih memuaskan
- Tanda bacaan/ ejaan juga memuaskan


Lemah


1 - 7

1 - 4

- Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan/
tidak memuaskan

Nota

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.
(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan tolak 1 markah.
(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun
jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.
[Markah bahasa maksimum : 10 markah]










SULIT 5 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Soalan 2
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:
Soalan 2(a) : 9 markah
Soalan 2(b) : 9 markah
Soalan 2(c) : 8 markah
Soalan 2(d) : 9 markah

Perhatian bagi Soalan 2(a) hingga Soalan 2(d)
1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/ sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%)
daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1. Soalan 2 markah
DESKRIPSI MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks/ isi cukup dan ayat gramatis 2
- Jawapan kurang tepat/ isi tidak cukup 1
- Jawapan tidak tepat/ salah 0

2. Soalan 3 markah
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3
- Isi cukup dan lengkap/ relevan tetapi ayat kurang gramatis.
- Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat gramatis
2
- Isi tidak cukup/ kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4
- Isi cukup dan lengkap/ relevan tetapi ayat kurang gramatis. 3
- Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
- Isi tidak cukup/ kurang lengkap dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

SULIT 6 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Soalan 2(a) : Petikan Umum

Markah
(i) Maksud tunjang utama
Faktor asas/ perkara penting / tulang belakang

2

Faktor/ perkara utama 1

[Maksimum : 2 markah]

(ii) Usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja k-ekonomi:


P1 Sejumlah RM200 juta diperuntukkan dalam bentuk latihan sambilan di
Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pusat Giat
MARA dan Institut Latihan Perindustrian (ILP).

P2 RM 100 juta diperuntukkan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk
membolehkan pekerja meningkatkan kemahiran dalam bidang teknikal.

P3 Memanggil pulang rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memiliki
kemahiran supaya pulang berkhidmat di negara sendiri.

(Isi cukup: 3 isi) [Maksimum : 3 markah]

(iii) Dua peranan pihak swasta untuk melahirkan pekerja k-ekonomi yang
kompetitif:


P1 Sentiasa mendorong pekerja untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran
dengan melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

[1+1]
P2 Menyediakan ganjaran atau bonus kepada pekerja yang menunjukkan
keupayaan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sedia ada dan
berkongsi ilmu dengan rakan sekerja.

[1+1]
P3 Menyediakan biasiswa dan peruntukan kepada pekerja yang ingin
melanjutkan pelajaran/ mengikuti kursus atau latihan/ memberi
kelulusan cuti belajar kepada pekerja yang ingin belajar.


[1+1]

(Isi cukup : 2 isi) [Maksimum : 4 markah]

(Jawapan lain boleh diterima sekiranya sesuai)







SULIT 7 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT


Soalan 2(b) : Petikan Cerpen

Markah
(i) Mikraj bertelingkah dengan abangnya, Israk kerana
P1 Mikraj menyindir abangnya Israk yang terlalu berlagak / tidak mahu
ke kebun

P2 Israk mengatakan Mikraj suka menjaga tepi kainnya / terlalu
berlagak

P3 Mikraj memarahi abangnya Israk kerana menghina, mengeji dan
menyakiti Wah

(Isi cukup : 2 isi) [Maksimum : 2 markah]


(ii) Wajar ibu bapa menghantar anak-anak pulang ke kampung:
P1 Bergaul dengan datuk dan nenek secara lebih rapat dan mesra


P2 Membantu meringankan urusan datuk dan nenek yang sudah semakin
tua dan uzur

P3 Menceriakan atau mengubati kerinduan mereka terhadap cucu
P4 Menambah pengalaman anak-anak tinggal di kampung
P5 Meringankan urusan ibu bapa
ATAU
Tidak wajar ibu bapa menghantar anak-anak pulang ke kampung:

P1 Menyusahkan datuk dan nenek untuk menyediakan keperluan cucu
seperti makanan dan lain-lain

P2 Keadaan kesihatan / fizikal datuk dan nenek yang sudah tua/ uzur
P3 Mengganggu rutin harian datuk dan nenek
P4 Keselamatan anak-anak tidak terjamin kerana faktor usia yang sudah
tua/ uzur

P5 Hubungan antara adik-beradik ibu bapa terjejas

(Isi cukup : 2 isi) [Maksimum : 3 markah]


SULIT 8 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

(iii) Satu perwatakan Mikraj berdasarkan petikan:
P1 Berjiwa sensitif
Contoh: Mikraj mengalirkan air mata apabila menceritakan kisah
ketabahan Wah.


[1+1]
P2 Berani
Contoh: Mikraj berani menegur perlakuan abangnya yang tidak
menghormati Wah


[1+1]
P3 Bijaksana
Contoh: Mikraj yang merancang percutian Israk di kampung untuk
mengenali Wah.


[1+1]
P4 Bersimpati / prihatin
Contoh: Mikraj kasihan melihat Wah yang dihina oleh Israk

[1+1]
[Maksimum : 2 markah]
Satu perwatakan Mikraj berdasarkan keseluruhan cerpen:
P1 Berjiwa seni
Contoh: Mikraj meminati bidang sastera.

[1+1]
P2 Berjiwa kampung / jati diri yang kukuh
Contoh: Mikraj suka akan makanan dan suasana kampung

[1+1]
[Maksimum : 2 markah]
Nota: Huraian mesti menyebut nama watak.


















SULIT 9 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Soalan 2(c) : Petikan Prosa Tradisional Markah
(i) Maksud masuk alamat:
dapat petanda / sampai tanda / petunjuk 2
[Maksimum 2 markah]

(ii) Reaksi orang-orang dagang apabila terpandangkan gurap:
P1 Orang dagang Petani kehairanan kerana pertama kali melihat gurap
(kapal) yang seumpama itu;

P2 Orang dagang Tandang Halidar menyangka gurap itu kota
P3 Orang dagang Cina tercengang-cengang apabila melihat gurap yang
kelihatan bercahaya pada sebelah malam

(Isi cukup : 2 isi) [Maksimum : 3 markah]


(iii) Langkah-langkah yang wajar dilakukan oleh pihak anggota
keselamatan bagi mengelakkan negara dicerobohi dan diserang oleh
musuh secara tiba-tiba:

P1 Operasi rondaan di perairan negara secara bersepadu
P2 Penggunaan sistem radar pengesanan yang lebih canggih
P3 Menambahkan pos-pos kawalan
P4 Meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara jiran.
P5 Mewujudkan dan menguatkuasakan undang-undang yang seragam
kepada semua individu tanpa amalan pilih kasih atau rasuah

P6 Rakyat melaporkan kepada pihak berkuasa jika berhadapan dengan
situasi yang mencurigakan

(Isi cukup : 2 isi) [Maksimum : 3 markah]
(Jawapan lain boleh diterima sekiranya sesuai)





SULIT 10 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Soalan 2 (d) Sajak Markah
(i) Tiga kejayaan dalam rangkap keempat ialah:
P1 Rakyat Malaysia menjalin persaudaraan/persahabatan dengan negara
Timur dan Barat.

P2 Pelaut/pelayar gagah belayar di lautan
P3 Bahasa kebangsaan berkembang dari Utara hingga Selatan.
P4 Bahasa Melayu disebarluaskan dari pulau ke pulau menerusi aktiviti
pelayaran

(Isi cukup : 3 isi) [Maksimum : 3 markah]

(ii) Cara bahasa Melayu boleh dimartabatkan di peringkat antarabangsa
P1 Rakyat Malaysia/ Pemimpin menggunakan bahasa Melayu dalam
majlis-majlis rasmi di peringkat antarabangsa.

P2 Kerajaan perlu memantapkan dasar yang menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu

P3 Media massa khususnya media elektronik seperti internet memainkan
peranan dalam mempromosikan bahasa Melayu, contohnya melalui
iklan.

P4 Penulis-penulis blog harus lebih banyak memuat naik bahan dalam
bahasa Melayu untuk dikongsi oleh masyarakat antarabangsa

P5 Kursus bahasa Melayu diperkenalkan di universiti-universiti luar
negara

P6 Mengadakan pertandingan pidato bahasa Melayu peringkat
antarabangsa

(Isi cukup : 2 isi) [Maksimum : 3 markah]
(Jawapan lain boleh diterima sekiranya sesuai)

(iii) Tiga nilai daripada sajak:
P1 Nilai keberanian/kegigihan
Contoh: Pelaut gagah membelah lautan.

P2 Nilai amanah
Contoh: Rakyat amanah memikul tanggungjawab mendaulatkan
bahasa.

P3 Nilai bertanggungjawab
Contoh: Rakyat memelihara maruah bangsa.

P4 Nilai patriotisme
Contoh: Rakyat cinta akan bahasa kebangsaan.

(Isi cukup : 3 isi) [Maksimum : 3 markah]
Nilai + Huraian = 1 markah
Tiada Huraian = 0 markah
SULIT 11 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Soalan 3
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:
Soalan 3(a) : 6 markah
Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markah
Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)
1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2. Tolak markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan
soalan.
3. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
4. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak markah bagi setiap ayat.
5. Jika kedua-dua perkataan dibina dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
6. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
7. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
8. Isi tidak jelas, tolak markah.

Jawapan 3(a)
(i) mengupas mengelupas
mengupas : membuang kulit, mengopek, menguliti
mengelupas: kulit, cat dll terkupas
(ii) bercanggah berceranggah
bercanggah: memakai canggah, bercabang, bertentangan
berceranggah: bercabang-cabang, panjang-panjang dan mencuar-cuar ke atas (macam
tanduk rusa, pancang tiang dll)
(iii) menjajah menjelajah
menjajah: menakluk, menguasai dan memerintah
menjelajah: pergi atau mengembara dari satu tempat ke satu tempat
[Maksimum : 6 markah]



SULIT 12 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Jawapan 3(b)

(i) FN + FN
Ayah saya guru.
Ibu jururawat / di hospital.
(ii) FN + FA
Adik / sangat pandai.
Kakak Aisyah / cantik.
(iii) FN + FS
Bapa / ke pejabat.
Emak / dari pasar.
[Maksimum : 6 markah]
Nota:
Ayat dasar mesti mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja (bukan ayat
majmuk)
Contoh: Abang saya yang bekerja di Sabah itu seorang guru.
Ayat dasar bukan ayat pasif
Contoh: Nasi goreng saya makan.


Jawapan 3(c)

(i) bernama - ternama
dwi bahasa - dwibahasa
(ii) was-was - waswas
membangun - membangunkan
(iii) menghadkan - mengehadkan
semulajadi - semula jadi
[Maksimum : 6 markah]
Jawapan 3(d)

(ii) label - logo
di - pada
(ii) jauh - jarak
dan - dengan
(iii) mematuhi - menjunjung
untuk - agar/ supaya
[Maksimum : 6 markah]




SULIT 13 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Jawapan 3(e)

(i) ular kena palu
(ii) malang tidak berbau
(iii) sekali kena, dua kali jalan tahu
[Maksimum : 6 markah]
Soalan 4
Markah penuh 15 markah
Peraturan pemarkahan bagi Soalan 4

(a) (i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(iii) Beri 2 markah bagi setiap peristiwa saspens dan huraian/contoh yang betul..
(iv) Markah isi maksimum 4 (maksimum 2 markah bagi setiap peristiwa).
(v) Markah bahasa maksimum 3.
(vi) Markah bahasa diberi secara impression.
Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah
(vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
(viii) Calon tidak menjawab 0 markah.
[Maksimum : 7 markah]
(b) (i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.
(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
(iii) Beri 1 markah bagi setiap perwatakan watak sampingan.
(iv) Beri 2 markah bagi setiap huraian/contoh yang betul untuk setiap perwatakan.
(v) Markah isi maksimum 6 (maksimum 3 markah bagi setiap perwatakan).
(vi) Markah bahasa maksimum 2.
(vii) Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah
(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
(ix) Calon tidak menjawab 0 markah.
[Maksimum : 8 markah]
SULIT 14 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Soalan 4(a) Unsur saspens dalam dua buah novel:
Peristiwa saspens ialah keadaan yang tegang atau cemas dalam sesuatu peristiwa hingga
menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku
seterusnya.

(i) Papa (akhirnya kau tewas jua!)

Peristiwa saspens (1m) Huraian (1m)
1. Peristiwa Intan Maliana/ Mama dikejarkan
ke hospital untuk melahirkan anak.
- Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan
berlaku kepada Intan Maliana dan
kandungannya. Intan Maliana kemudiannya
koma akibat komplikasi semasa melahirkan
anak kembarnya manakala anak kembarnya
meninggal dunia.
2. Peristiwa Intan Julia ditampar oleh Jeffri/
papanya kerana Jeffri menghalang
hubungannya dengan Rasylan selepas
mengetahui bahawa Rasylan ialah anak
angkat Datuk Mustaqim.
- Pembaca ingin tahu kesudahan hubungan
antara Julia dengan Rasylan. Akhirnya Jeffri
merestui hubungan mereka berdua selepas
melihat keikhlasan hati Rasylan meskipun
Rasylan anak yang lahir daripada hubungan
yang terlarang.


(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

Peristiwa Saspens (1m) Huraian (1m)
1. Peristiwa Fuad pulang ke Sungai Ruan
untuk menjejaki keluarga sebelah ibunya
dengan cuba menjejaki pusara ibunya.
- Pembaca ingin tahu sama ada usaha Fuad
itu membuahkan hasil atau tidak. Fuad
bertanya tentang ibunya dengan Swee Lim
dan Swee Lan dan seterusnya menjejaki
ibunya hingga ke Lembah Klau.
2. Peristiwa Fuad menaruh harapan yang
tinggi untuk mencari ibu kandungnya apabila
di Lembah Klau Pak Shamsuddin
menyatakan bahawa Mariana masih hidup
kerana pusaranya tiada di kampung itu.
- Pembaca ingin tahu sama ada Fuad Berjaya
mencari ibu kandungnya atau tidak.
Akhirnya, Fuad mendapat tahu dia dan
Farhana bersaudara kerana nama ibu mereka
sama dan kedatangan Robert Lim
mengesahkan Mariana ialah ibu kandung
mereka.



SULIT 15 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah

Peristiwa Saspens (1m) Huraian (1m)
1. Peristiwa Azfa Hanani diarahkan ke bilik
pengetua kerana pada sangkaannya dia
dipanggil kerana kesalahannya mencuri buku
perpustakaan akibat kemiskinan hidupnya.
- Pembaca ingin tahu hukuman yang akan
dikenakan terhadap Azfa Hanani.
Hakikatnya, Azfa Hanani ingin ditemui oleh
sepasang suami isteri yang ingin meminta
pertolongannya.
2. Peristiwa Azfa Hanani bertemu dengan
Datin Maziah selepas diajar oleh Tengku
Mazran dan isterinya, Syafinaz untuk
menyamar menjadi Tengku Murni yang telah
meninggal dunia.
- Pembaca ingin tahu sama ada Azfa Hanani
berjaya melaksanakan tugas penyamaran
sebagai Tengku Murni. Ternyata Azfa
Hanani berjaya kerana Datin Maziah percaya
Azfa ialah anaknya yang telah mati.


(iv) Renyah karya Gunawan Mahmood

Peristiwa Saspens (1m) Huraian (1m)
1. Peristiwa Mukhlis berjumpa dengan Datuk
Dolhi di pejabatnya kerana ingin meminjam
wang daripada bapanya untuk berdakwah di
India.
- Pembaca ingin tahu sama ada Datuk Dolhi
bersetuju untuk meminjamkan wang kepada
Mukhlis atau tidak. Datuk Dolhi enggan
berbuat demikian sebaliknya menyuruh
Mukhlis mencari wang sendiri.
2. Peristiwa Hasnol menemui Tengku Munir
di Teratai Inn.
- Pembaca ingin tahu tujuan Hasnol menemui
Tengku Munir. Temgku Munir mahu Hasnol
mempengaruhi jabatan tender agar
meluluskan permohonannya untuk projek
Jambatan Kota yang bernilai RM80 juta dan
sebagai balasan, Hasnol akan diberikan
saguhati sebnyak RM30 ribu.
3. Peristiwa Amera mengadakan pertemuan
dengan YB Wahab di Kelab Mawar.
- Pembaca tertanya-tanya tujuan Amera
berjumpa dengan YB Wahab. YB Wahab
ingin melamar Amera sebagai isterinya.





SULIT 16 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

Peristiwa Saspens (1m) Huraian (1m)
1. Peristiwa yang berlaku semasa malam
pertunjukan Orkes Perdana yang diadakan di
Dewan Tuanku Canselor dan pada masa yang
sama Hilmi pula jatuh sakit.
- Pembaca ingin tahu sama ada pertunjukan
akan diteruskan dan jika diteruskan pula
siapa yang akan menjadi pengganti Hilmi
untuk memimpin orkestra itu. Akhirnya
tempat Hilmi telah digantikan oleh Hayati
yang baru pulang dari London.
2. Peristiwa Hilmi sakit dan dikejarkan ke
hospital.
- Pembaca ingin tahu tentang keadaan Hilmi
yang sakit tenat selepas terjatuh. Akhirnya
Hilmi meninggal dunia di hospital apabila
semua orang telah pulang.
3. Peristiwa Hilmi dihalau keluar dari rumah
Datuk Johari kerana Datin Salmah tidak
senang hati apabila melihat hubungan antara
Hilmi dan Hayati yang semakin rapat.
- Pembaca ingin tahu nasib Hilmi yang
seterusnya apabila Hilmi bercadang ingin
pulang ke kampungnya di Kedah tetap
kemudian Hilmi telah berpatah balik ke
Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah stesen
minyak di Setapak.



(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir

Peristiwa Saspens (1m) Huraian (1m)
1. Peristiwa Amira dan Itai berhadapan
dengan makhluk berbulu yang ditakuti oleh
penghuni rimba ketika mendapatkan sebutir
emas untuk Jacinta.
- Pembaca tertanya-tanya sama ada Amira
dan Itai berjaya menyelamatkan diri daripada
makhluk tersebut atau tidak. Mereka berdua
berjaya menyelamatkan diri kerana makhluk
itu ingin memburu pemburu emas.
2. Peristiwa Amira menemui mobile disk
yang dipercayai milik Malique di puncak
Gunung Gua Gajah.
- Pembaca tertanya-tanya sama ada tekaan
Amira itu betul atau tidak. Mobile disk itu
memang kepunyaan Malique yang terlbat
dalam satu kemalangan.
3. Peristiwa Malique terjatuh ke dalam gaung
apabila aliran lumpur menolak kereta yang
dinaikinya.
- Pembaca tertanya-tanya sama ada Malique
terselamat dalam peristiwa tersebut atau
sebaliknya. Malique yang cedera telah
diselamatkan oleh orang Asli.

SULIT 17 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

Peristiwa Saspens (1m) Huraian (1m)
1. Peristiwa kehilangan Faridah dan Iqbal
berhampiran dengan kawasan kemalangan
tanpa meninggalkan sebarang jejak.
- Pembaca tertanya-tanya kejadian yang telah
menimpa Faridah dan Iqbal sehingga sukar
dikesan oleh pihak berkuasa.
2. Peristiwa Faridah terjatuh ketika mandi. - Pembaca tertanya-tanya nasib Faridah
selepas itu kerana Faridah telah dibawa ke
hospital dan koma selama dua minggu.
3. Peristiwa Faridah yang terpaksa
menempuhi kehilangan suaminya, Ghazali
akibat kemalangan jalan raya.
- Pembaca ingin tahu keadaan Faridah
selepas menerima kematian Ghazali. Faridah
hampir menjadi gila hingga menyebabkan dia
membawa dirinya ke New Zealand.



(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

Peristiwa Saspens (1m) Huraian (1m)
1. Peristiwa Bujei menumbuk dan mengugut
Alias dengan parang selepas Alias
merosakkan radio baru yang dibelinya di
pekan.
- Pembaca ingin tahu sama ada Alias
terselamat atau tidak akibat tindakan Bujei
itu. Alias hanya cedera ringan dan
pergaduhan antara mereka berjaya dileraikan.
2. Peristiwa Alias memfitnah Adila dengan
menyatakan Adila menghidap AIDS dan
telah rosak untuk menghalang hubungan
antara Bujei dengan Adila.
- Pembaca ingin tahu kesudahan hubungan
antara Bujei dengan Adila akibat fitnah yang
disebarkan oleh Alias. Bujei yang
menjauhkan dirinya daripada Adila terkejut
apabila melihat Adila yang disangkakannya
sakit tenat.
3. Peristiwa Alias yang semakin tidak tentu
arah kerana terlalu mengharapkan Adila
menerimanya hingga sanggup mengenakan
ubat pengasih dan menculik Adila.
Pembaca ingin tahu sama ada Adila akan
selamat atau tidak daripada perbuatan jahat
Alias. Adila akhirnya berjaya diselamatkan.






SULIT 18 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Soalan 4(b)
(i) Papa (akhirnya kau tewas jua!)
Watak sampingan: Jeffri/ Papa

Perwatakan (1m) Huraian (2m)
Selalu berfikiran positif. Ketika semua orang risau akan kesihatan dan keselamatan
mama kerana mengandung lagi, papa dengan yakin
mengatakan bahawa sebagai manusia mereka tidak boleh
menerima sahaja ketentuan nasib. Mereka hendaklah
berusaha untuk mengatasi kelemahan yang ada pada mama
dan selebihnya, biarlah Allah sahaja menentukannya
Bertanggungjawab.


Sebagai ketua keluarga, dia bertanggungjawab memastikan
keselamatan dan kebajikan ahli keluarganya. Oleh itu, papa
mesti memastikan bahawa Julia berada di rumah sebelum
lewat petang. Julia pernah dimarahi kerana pulang waktu
hampir senja gara-gara dibawa oleh Aisyah ke rumahnya
dahulu selepas bermain tenis.
Tegas Selepas berkahwin dengan Aisyah, papa tidak membenarkan
Aisyah masuk ke bilik mama seorang diri. Papa bimbang
sesuatu terjadi kepada mama dan Aisyah dituduh menjadi
puncanya. Apabila arahan papa tidak diendahkan, papa
dengan tegasnya menegur Aisyah di dalam bilik tidur mereka
hingga menyebabkan Aisyah menangis.

(ii) Melunas Rindu
Watak sampingan: Farhana

Perwatakan (1m) Huraian (2m)
Bertanggungjawab Pada hari Fuad melapor diri di Sekolah Menengah Seri Setia,
dia telah memberikan taklimat ringkas dan meminjamkan
beberapa buah buku kepada Fuad.
Tabah Semasa belajar di London, dia terpaksa mengikat perut
kerana kos hidup yang tinggi. Daripada biasiswa yang
diperoleh, 2/3 digunakan untuk membayar sewa rumah dan
hanya 1/3 yang tinggal digunakan untuk makan minum.
Periang Dia suka bergurau dan boleh menerima gurauan. Ketika Fuad
mengusiknya dengan mengatakan bahawa tulisannya buruk,
dia tidak marah atau berkecil hati malah tertawa riang.
SULIT 19 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
(iii) Azfa Hanani
Watak sampingan: Tengku Murni/ Murni

Perwatakan (1m) Huraian (2m)
Gemar berpakaian rugged Buktinya diceritakan oleh Azfa Hanani melalui gambar-
gambar di dalam album Tengku Murni.
Anak yang manja

Tengku Murni akan mencium pipi ibunya sebelum keluar ke
mana-mana.
Peramah Tengku Ellina memberitahu Azfa Hanani bahawa Murni
baik dengan hampir semua pelajar SM Taman Sari.
Tidak mudah mengalah Buktinya melalui perbualan antara Abang Mazran dan Azfa
Hanani, Murni dikatakan tidak mahu beralah apabila
bergaduh dengan abang-abangnya.
Tidak memandang rendah
pada orang lain
Syafiqah dan Fuziana ditegur oleh Murni kerana sering
merendahkan orang lain.

(iv) Renyah
Watak sampingan: Datin Tominah

Perwatakan (1m) Huraian (2m)
Bertanggungjawab Beliau menjaga suaminya dengan baik, seperti menjaga
makan pakai Datuk Dolhi. Buktinya, beliau menghidangkan
secawan kopi dan sepiring kuih kepada suaminya ketika
Datuk Dolhi termenungsambil duduk-duduk didepan banglo
mereka pada suatu petang.
Prihatin Apabila melihat suaminya kerap termenung kerana kecewa
akan anak-anak mereka yang enggan mengambil alih urusan
syarikat, beliau sentiasa memberi semangat kepada Datuk
Dolhi. Menurutnya, Datuk Dolhi jangan berputus asa.
Penyayang Beliau amat menyayangi suami dan anak-anaknya. Buktinya,
beliau menasihati Amera supaya supaya tidak terlalu memilih
jodoh memandangkan usia anaknya itu kian meningkat.




SULIT 20 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
(v) Konserto Terakhir
Watak sampingan: Hayati

Perwatakan (1m) Huraian (2m)
Meminati muzik Pada setiap petang Sabtu dan Khamis, dia akan belajar piano
daripada seorang guru peribadi yang akan datang ke
rumahnya.
Anak yang patuh/ taat Dia menurut perintah ibunya, Datin Salmah yang mahukan
dia berkahwin dengan Mohsin walaupun dia mencintai Hilmi.
Mudah bersimpati Dia berasa simpati dengan Hilmi yang tidak dapat makan
malam selepas dimarahi oleh ibunya kerana pulang lewat. Dia
mengambil hidangan nasi dan lauk lalu membawanya ke bilik
Hilmi supaya Hilmi dapat makan.


(vi) Kembara Amira
Watak sampingan: Profesor Zaidah

Perwatakan (1m) Huraian (2m)
Bertanggungjawab Selaku pengarah kerja lapangan iaitu ekskavasi di Bukit Mat
Raya. Dia menjaga kebajikan dan keselamatan ahli-ahli
pasukannya. Oleh itu, dia berusaha untuk mendapatkan
bekalan generator supaya kerja menggali boleh dilakukan
pada waktu malam dan bagi tujuan keselamatan Desa Karpus.
Penyayang Setelah sedar akan kesilapannya, dia memohon maaf daripada
Amira kerana meletakkan tugasnya di tempat yang pertama.
Sambil berpelukan dia menegaskan bahawa walaupun sibuk,
dia amat sayang akan Amira kerana Amiralah satu-satunya
anaknya.
Dedikasi Selepas mengalami kemalangan kerana masalah pada brek
pacuan empat roda yang dinaikinya, Dr. Zawawi
mencadangkan agar ekskavasi dihentikan buat seketika.
Namun, Profesor Zaidah tidak mahu mengalah dan tetap
mahu meneruskannya.



SULIT 21 1103/2 (PP)
[Lihat halaman sebelah
1103/2 (PP) 2013 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
(vii) Kabus di Perbukitan
Watak sampingan: Azrul

Perwatakan (1m) Huraian (2m)
Berwawasan Dia yakin bahawa bidang penternakan menjanjikan masa
hadapan yang cerah. Semasa berada pada tahun akhir, dia
telah menyediakan kertas kerja untuk mendapatkan pinjaman
daripada Bank Pertanian. Dia juga telah membuat kajian
tentang jenis-jenis kambing dan kebolehpasarannya. Setelah
tamat pengajian, dia telah mengusahakan projek ternakan
kambing dengan modal permulaan daripada bapanya.
Amat menghargai masa Dia selalunya akan tiba awal untuk satu-satu pertemuan.
Malahan dia pernah menasihati Rahayu bahawa masa itu
emas ketika Rahayu lewat menghadiri kelas tutorial.
Penyayang Ketika Rahayu menjalani rawatan di hospital, dia sering
datang menemani Rahayu. Setelah Rahayu meninggal dunia,
dia sering menziarahi pusaranya di Parit Satu dan pernah
bertembung dengan Faridah yang juga menziarahi pusara
adiknya.

(viii) Sutera dalam Lukisan
Watak sampingan: Adila

Perwatakan (1m) Huraian (2m)
Cinta akan ilmu Adila mengaplikasikan ilmu yang dimilikinya. Dia mengkaji
perlakuan Bujei untuk mengenal pasti masalah Bujei dan
membantunya.
Suka akan cabaran Dia sanggup membantu seorang pemuda kampung yang
bodoh, tidak terurus dan tidak berpelajaran hingga menjadi
pemuda yang mempunyai yakin diri dan sanggup belajar
untuk membaiki dirinya, iaitu Bujei. Malahan, dia berhasrat
untuk berkahwin dengan Bujei.
Berani Dia berani menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan
Bujei kepada Mak Lamah dan Sidang Saman


PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT
http://cikguadura.wordpress.com/

You might also like