Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SJK (C) CHUNG HUA SEREMBAN ,

NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA
PROGRAM INTERNSHIP
MELAKSANAKAN PROJEK KECERIAAN
PAPAN KENYATAAN

Tarikh : 21 JULAI- 8 OGOS 2014
Tempat : Papan Kenyataan Kantin Sekolah


PENGESAHAN


KELULUSAN


TINDAKAN


1.0 PRAKATA
Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak pengurusan dan SJK(C) Chung Hua
Seremban bagi memohon kebenaran dan mendapatkan kelulusan untuk
menjalankan Program Internship dengan elemen melaksanakan Projek Keceriaan
di sekolah tersebut.

2.0 PENDAHULUAN
Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk
mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia
ada sebagai seorang guru. Sebagai guru pelatih, kami dikehendaki merancang,
melaksana dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di
dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya
sekolah atau tempat bertugas. Oleh itu, projek Keceriaan Papan Kenyataan telah
dirancang bagi memenuhi objektif tersebut.
Papan kenytaan merupakan tempat yang biasanya dihiaskan dengan maklumat-
maklumat yang terkini dan bermanfaat supaya murid-murid dapat membaca maklumat
tersebut pada masa lapang. Oleh itu, pihak sekolah haruslah memainkan peranan agar
papan kenyataan yang terdapat di sekitar kawasan sekolah dapat diubahsuai dan
dihiaskan dengan cantik dan menarik perhatian untuk menjadi tempat yang boleh
memberikan murid-murid informasi. Justeru itu, papan kenyataan akan memberi ilmu
kepada murid-murid secara tidak langsung.
Papan kenyataan di dalam kawasan sekolah perlu dipenuhi dengan bahan-
bahan yang menarik dan dapat menarik perhatian murid-murid walaupun hanya
membaca sepintas lalu. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada papan kenyataan
sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan ilmu pengetahuan
mereka. Ini adalah kerana pembelajaran secara tidak langsung di luar kelas juga perlu
dititikberatkan selain daripada pembelajaran formal di dalam kelas.
Kami guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar telah
memilih melaksanakan projek Keceriaan Papan Kenyataan sebagai projek yang
berkaitan dengan komuniti sekolah bagi menjayakan Internship yang bermula dari 7
Julai 2014 hingga 8 Ogos 2014 di SJK Chung Hua Seremban.

3.0 RASIONAL
Program Internship merupakan program yang disertai oleh semua guru pelatih
dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 8 berdasarkan aktiviti dan
projek yang dipilih. Dalam projek Keceriaan Papan Kenyataan, guru pelatih akan
mendapatkan tunjuk ajar daripada guru penasihat berkenaan dengan cara
meningkatkan keceriaan papan kenyataan. Guru pelatih akan membincang tentang
proses perlaksanaan dengan guru, bekerjasama antara satu sama lain dengan
merancang bahan-bahan yang diperlukan dalam menghias papan kenyataan.
Melalui projek ini, guru-guru pelatih didedahkan dengan semangat berpasukan,
kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion perguruan, masyarakat dan negara.
Pada masa yang sama, guru pelatih juga dapat didedahkan dengan ilmu pengetahuan
dan menimba pengalaman dalam merancang dan melaksanakan projek keceriaan
papan kenyataan. Kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan
perkhidmatan sosial perlu diterapkan kepada bakal-bakal pendidik supaya mereka
berupaya bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas
secara bersama.
Papan kenyataan yang dirancangkan ini termasuklah bahan-bahan yang
berkaitan bidang kesihatan, bidang keselamatan dan bidang kebersihan. Ini dapat
membantu murid-murid agar mengetahui dan meluaskan ilmu-ilmu berkaitan dengan
bidang kesihatan, bidang keselamata dan bidang kebersihan. Dengan membaca
maklumat-maklumat yang terdapat pada papan kenyataan tersebut, murid-murid dapat
mengisi masa lapang dengan berfaedah.

4.0 MATLAMAT
Mewujudkan suasana ceria di sekolah.
Memastikan murid sentiasa menerima infomasi yang terkini.
Menambah ilmu tentang kesihatan, keselamatan dan kebersihan .
Membantu murid memanfaatkan masa lapang dengan membaca infomasi terkini.

5.0 OBJEKTIF
Projek ini dijalankan agar warga SJK(C) Chung Hua dapat:
Memanfaatkan sepenuhnya penggunaan papan kenyataan dengan baik.
Menceriakan suasana persekitaran sekolah.
Mengisi masa terluang dengan perkara berfaedah.
Menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat terkini tentang kesihatan diri,
keselamatan diri dan kebersihan.
Menunjukkan kepekaan pihak sekolah tentang pentingnya ilmu dan maklumat
terkini kepada murid-murid.

6.0 ANJURAN
Projek Keceriaan Papan Kenyataan merupakan salah satu elemen daripada
Program Internship. Projek ini telah melibatkan 2 orang guru pelatih. Projek ini
dianjurkan oleh guru pelatih PISMP Semester 8, Institut Pendidikan Guru Kampus
Raja Melewar yang bernama Vong Nyet Lin dan Chuah Lei Sian serta guru
penasihat dan pihak sekolah.

7.0 TARIKH,TEMPAT DAN MASA
Tarikh : 14 Julai 2014 Hingga 8 Ogos 2014
Tempat : Papan kenyataan di kantin sekolah
Masa : 7.30 pagi hingga 1.30 petang

8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Encik Wong Kim Tong (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Puan Tee Lay Nee (Guru PK 1)
Guru Penasihat : Puan Di Sock Kian (Guru PK 2)
Puan On Boon Hong (Guru Pembimbing)
Bendahari : Puan Di Sock Kian (Guru PK 2)
Jawatankuasa Kerja
AJK Kertas Kerja : Chuah Lei Sian (Guru Pelatih)
Vong Nyet Lin (Guru Pelatih)
AJK Dokumentasi : Chuah Lei Sian (Guru Pelatih)
AJK Fotografi : Vong Nyet Lin (Guru Pelatih)
AJK Perhiasan : Chuah Lei Sian (Guru Pelatih)
Vong Nyet Lin (Guru Pelatih)
AJK Peralatan : Chuah Lei Sian (Guru Pelatih)
AJK Kebersihan : Vong Nyet Lin (Guru Pelatih)

9.0 JADUAL PERANCANGAN PROGRAM
Berikut merupakan pelan tindakan projek keceriaan sekolah :

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan
1
21 Julai 2014-
23 Julai 2014
Berbincang dengan pihak pentadbir untuk
dapatkan khidmat dan nasihat berkaitan
projek yang boleh dilaksanakan.
Berbincang dengan guru mentor berkaitan
projek yang boleh dilaksanakan.
Kerjasama
daripada pihak
sekolah
2
23 Julai 2014-
25 Julai 2014
Pembinaan kertas kerja.
Mencari sumber idea atau ilham yang
berkaitan dengan papan kenyataan yang
akan dihasilkan seperti bahan berkaitan
Kerjasama
daripada guru-
guru sekolah
dengan bidang kesihatan, bidang
keselamatan serta bidang kebersihan.
Menangkap gambar setiap papan
kenyataan untuk mendapat idea
menghiaskan papan kenyataan.
3
4 Ogos 2014-
7 Ogos 2014
Mengenal pasti media yang sesuai untuk
menghasilkan papan kenyataan.
Menghasilkan papan kenyataan mengikut
tempoh masa yang telah ditetapkan.
Kerjasama
daripada pihak
sekolah
10 8 Julai 2014 Refleksi dan pendokumentasian laporan.,
Guru pelatih -
individu

10.0 JADUAL PELAKSANAAN
Tarikh Masa Perkara
21 25 Ogos
2014
7.30 am
1.30 pm
Persediaan menghiaskan papan kenyataan.
4-7 Ogos 2014
7.30 am
1.30 pm
Mula menghiaskan papan kenyataan.

8 Ogos 2014
7.30 am
1.30 pm
Refleksi dan pendokumentasian laporan



11.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
Sumber kewangan didapat daripada PIBG Sekolah Chung Hua Seremban.

Anggaran Kos Perbelanjaan :
BIL Bahan-bahan/
Inventori
ANGGARAN
Harga seunit
(RM)
Kuantiti JUMLAH (RM)
1. Sugar paper 0.30 10 3.00
2. Kad Manila 0.50 5 2.50
3. Kertas warna 0.30 10 3.00
4. Gambar cartoon 4.90 2 11.80
5. Kertas A4 0.10 15 1.50
6. Isi stapler 4.00 1 4.00
JUMLAH: RM 25.80

Cadangan Bahan :
1.Poster kesihatan, poster penyakit denggi, poster melindungi alam sekitar.
2.Berita dari suratkhabar .
3.Rencana yang mendorong murid-murid.

12.0 PENUTUP
Diharap melalui projek ini akan dapat mengeratkan kerjasama antara guru
pelatih dengan guru-guru serta murid-murid di sekolah.
Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan
seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini yang bakal dilaksanakan ini dapat
menceriakan lagi persekitaran sekolah.
Oleh itu, kerjasama dari semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan Oleh, Disediakan Oleh,


.................................................. .................................................
(CHUAH LEI SIAN) (VONG NYET LIN)
Guru Pelatih IPG Kampus Raja Melewar

Disemak Oleh,


.........................................
(PUAN ON BOON HONG)
Mentor Projek Internship,
Guru SJK (C) Chung Hua Seremban



Guru Pelatih IPG Kampus Raja Melewar
13.0 Pengesahan Kertas Kerja
Ulasan Guru Besar
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________
Bahawasanya dengan sukacitanya saya Meluluskan / Tidak Meluluskan program
dalam kertas kerja ini.




..........................................
(ENCIK WONG KIM TONG)
Guru Besar,
SJK (C) CHUNG HUA ,
Jalan Tuanku Munawir,
70000 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

You might also like