Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tajuk : Refleksi Bina Insan Guru Fasa ke 6

Unit : PISMP PC2/PJ/PSV


Nama : Ho Yong Ler
Pada 26/6/2014, saya berpeluang untuk melawat ke sebuah sekolah Sk
Methodist Girl School (SK MGS) yang terletak di Raub, Pahang. Berdasarkan BIG
kali ini , ia merupakan Bench Marking. Menurut maklumat yang didapati , sekolah ini
merupakan sebuah sekolah yang saya rasa bangga terhadapnya kerana sekolah ini
merupakan sebuah sekolah yang cemerlang dalam bidang Bahasa Inggeris dan bidang
Kemahiran Hidup. Sekolah tersebut telah menunjukkan keusahaan mereka dalam
membimbingkan murid sekolah dalam kekuatan mengaplikasikan Bahasa Inggeris
dalam kawasan persekolahan dan juga kehidupan harian mereka.
Antara kekuatan BIG ini ialah kita dapat satu peluang untuk menikmati sebuah
sekolah yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan kemahiran lain. Kita
berpeluang untuk mengetahui cara perlaksanaan sekolah dalam mengendalikan
pendidikan dan cara untuk menjadi sebuah sekolah cemerlang. Malahan, kita guru
pelatih telah memberi kerjasama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang ditentukan
oleh pihak sekolah termasuklah berinteraksi dalam Bahasa Inggeris bersama murid
Tahun 5 sekolah tersebut.
Antara kelemahan yang saya dapati dalam BIG kali ini , saya mendapati
bahawa kita tidak dapat mengurus masa kita dengan baik sebagai contohnya ,
mengikut tentatif program kita , kita sepatutnya hendak berkumpul di dataran pada
pukul 7.00 pagi tetapi terdapat guru pelatih yang tidak menepati masa dan datang
lewat untuk berkumpul.
Selain itu , saya juga berasa bahawa pakaian kita tidak selaras dan
menyebabkan kebanyakan memakai berpakaian baju batik manakala ada sebahagian
yang berpakaian baju formal yang berlainan dan nampak tidak berapa kemas. Namun,
saya juga mendapati bahawa kita tidak sempat membuat perbincangan tentang aktiviti
yang hendak dilakukan semasa sesi interaksi bersama murid sekolah. Situasi pada
masa itu agak kelam kabut dan tidak serasi dengan kumpulan lain.
Di samping itu , saya berasa saya amat bersyukur kerana saya berpeluang
untuk melawati SK MGS mengikut program kita iaitu BIG. Selepas melawati sekolah
tersebut, saya mendapati bahawa untuk menjadikan sebuah sekolah menjadi
cemerlang bukan merupakan perkara yang senang, menurut ceramah yang disediakan
oleh guru-guru di SK MGS, saya mendapati bahawa kerjasama semua guru adalah
amat penting dan mereka amat baik hati kerana mereka sanggup mengorbankan masa
mereka untuk berkongsi ilmu mereka dalam menguruskan pelajar dan cara untuk
melatih murid-murid dalam menghadapi peperiksaan. Penolong Kanan1 juga
memberikan nasihat kepada kami semua supaya kita perlu memahami visi dan misi
sekolah dan selepas itu berusaha untuk mencapainya.
Antara ancaman yang saya dapati ialah cuaca yang panas menyebabkan
kebanyakan guru pelatih penat dan berasa amat panas dan kebanyakkan guru pelatih
adalah berada dalam keadaan yang tidak menumpukkan perhatian semasa proses
ceramah dijalankan.
Pada pendapat saya , antara cara penambahbaikkan BIG ini adalah pihak
sekolah boleh menyediakan tempat yang tidak panas supaya semua guru pelatih tidak
dapat mempunyai alasan panas dan tidak menumpukan perhatian. Sekian.

You might also like