Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

IKATAN DAN SIMPULAN BAGI PERINGKAT LENCANA PENGAKAP

Seorang pengakap dikehendaki mempelajari dan mengetahui pelbagai jenis-jenis dan simpulan ikatan.
Pengakap hendaklah mengetahui cara melakukan ikatan dengan betul serta kegunaannya kerana bagi
tujuan perkhemahan dan pengembaraan. Simpulan dan ikatan yang baik dan betul keadaan teguh serta
boleh dibuka dengan mudah jika dibuka. Simpulan yang tidak betul akan mudah terurai dan tidak teguh.

Bagi melahirkan diri melakukan ikatan atau simpulan, seseorang pengakap mestilah selalu berlatih
melakukannya. Ikatan dan simpulan berguna untuk menyambungkan tali, mengangkat barang, mengikat
bungkusan dan juga semasa menyelamatkan orang dalam kecemasan atau kemalangan.


Ikatan Buku Sila
Kegunaannya ialah menyambung tali yang sama besar saisnya, mengikat bungkusan dan mengikat
anduh dalam pertolongan cemas.



Simpul Manuk
Kegunaannya ialah mengikat pada batang, tali khemah pada tiang atau pokok kayu dan tali bagi sampan
/ bot semasa berlabuh.




Ikatan Bunga Geti
Kegunaannya ialah menyambung dua utas tali yang tidak sama besar saisnya.




Simpul Balak
Kegunaannya ialah mengikat pada balak dan bagi memindahkan dan mengheret kayu dan batang.

Simpul Angka Lapan
Kegunaannya ialah mematikan hujung tali.




Simpul Pengail
Kegunaannya ialah 2 tali yang licin dan basah serta menyambung 2 tali yang sama sais seperti tali
pancing.



Ikatan Seraya
Kegunaannya ialah mengikat 2 batang kayu yang hendak disilangkan bagi dibuat bentuk campur (plus)
dan untuk kegunaan membuat keseluruhan semasa berkhemah seperti kerusi, meja, khemah, pintu
masuk, dapur, jambatan dan sebagainya. Ikatannya dimulakan dengan simpul manuk dan dimatikan
dengan simpul manuk juga.


Ikatan Serong
Kegunaannya ialah mengikat 2 batang kayu atau tiang yang berlintang seperti bentuk X dan untuk
kegunaan membuat keseluruhan semasa berkhemah seperti kerusi, meja, khemah, pintu masuk, dapur,
jambatan dan sebagainya. Ikatannya dimulakan dengan simpul balak dan dimatikan dengan simpul
manuk.



Dirujuk dari buku-buku pengakap dan buku ikatan

You might also like