Apakah Hidroponik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

APAKAH HIDROPONIK?

Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam tanpa menggunakan


tanah. Selain daripada sayur jenis berdaun, sayur jenis buah dan pokok bunga
boleh ditanam secara hidroponik.

APAKAH YANG DIPERLUKAN DALAM HIDROPONIK?
Kaedah ini memerlukan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air.
Kesuburan pokok dan hasil yang berkualiti bergantung kepada baja yang
digunakan, benih yang elok dan juga cahaya matahari yang cukup.

KELEBIHAN HIDROPONIK
Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem
penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:
Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman
secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti
tinggi;
Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.
Tempoh Pungut Hasil Sayur-sayuran:
1
2
3
4
5
6
7
Salad
Sawi Jepun
Bayam Hijau
Kailan
Kangkong
Sawi Hijau
Kobis Bunga
28 - 30 hari
25 - 30 hari
25 -30 hari
35 - 45 hari
25 - 28 hari
35 - 40 hari
90 hari ke atas

You might also like