Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

A1 MALAYSIA

Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga


Ipoh, pada tahun 1906.Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan Ipoh Athletic
Sports.Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.
Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia
Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk
mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.Kejohanan
olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh Amateur Athletic of British Malaya.
Pada 1913, nama diubah kepada Amateur Athletic Association of Malaya.Nama
kejohanan ditukar kepada Championships of Malaya.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti
olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.
Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada Federation of Malaya Amateur
Athletic Union (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya.
Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-
peraturan baru telah diadakan di Seremban,rekod-rekod kebangsaan telah
diiktiraf.Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar
negara.
Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada
Malaysia Amateur Athletics Union (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk
Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU
diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

You might also like