BATU SEREMBAN DEFINISI RUMUSAN CARA BERMAIN PERATURAN Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat Digemari oleh kanak-kanak perempuan Dimain secara berkumpulan iaitu dua orang atau lebih Objek-objek yang digunakan seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan yang berbentuk bulat boleh digunakan dan dikenali sebagai buah Permainan batu seremban selalunya dimainkan pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja asalkan terdapat permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ianya lebih senang dimainkan. Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah lapan. DEFINISI BATU SEREMBAN Batu Seremban adalah satu permainan tradisional yang juga dikenali sebagai Selambut atau Serembat. Permainan ini menggunakan bahan objek seperti batu kerikil, guli kaca, biji getah atau objek lain yang sesuai. dimainkan di kalangan kanak - kanak perempuan dalam berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Dimainkan di waktu lapang di kawasan lapang seperti serambi rumah atau di mana sahaja kawasan yang memerlukan permukaan rata dan bersih. Dimainkan secara duduk di atas lantai. PERATURAN 1. Giliran ditentukan dengan menimbang buah. 2. Buah tidak boleh disentuh atau bergerak antara satu sama lain. 3. Permainan terbatal sekiranya buah anak jatuh atau bergerak. 4. Semasa menimbang :
a) cara kaut /mencangkuk buah dapat berganda b) cara menyambut buah di kira tambah CARA BERMAIN Kesemua buah hendaklah diselerakkan diatas lantai dengan keadaan buah tidak bersentuhan antara satu sama lain. Sebiji buah dijadikan ibu yang dilambungkan ke udara. Dalam masa yang sama buah yang di bawah hendaklah dikutip dan ibu itu disambut. Buah anak tadi diletakkan digenggam di dalam tangan sebelah lagi. Ulangi perbuatan sehingga habis buah anak. Setelah selesai pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata sama ada secara mencangkuk atau menyambut. Permainan akan mati sekiranya buah tidak dapat disambut atau dicangkuk dan diserahkan kepada permain seterusnya. Jenis buah: Buah satu, buah dua, buah tiga, buah empat hingga buah tujuh.
Sebelum memulakan permainan, setiap pemain dikehendaki menimbang buah bagi menentukan giliran. Para pemain akan menimbang kesemua buah dengan meletakkannya di atas tangan dan dilambungkan ke udara. Kemudian, disambut dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut akan dikiran sebagai mata. Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.
Permulaan permainan, pemain akan menggunakan sebiji buah yang dinamakan Buah Satu sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi yang dinamakan Buah Tujuh. Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai dan tidak bersentuhan antara satu sama lain. Sebiji buah akan diambil untuk dijadikan ibu. Kemudian, ibu hendaklah dilambungkan ke udara dan dalam masa yang sama sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Seterusnya, permain hendaklah menyambut buah ibu dan meletakkannya di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan ini akan berterusan sehingga kesemua buah habis dilambung dan disambut. Cara buah dua dimainkan adalah sama seperti buah satu.
Namun, buah yang dikutip mestilah dua biji serentak.
Ini bermakna dua kali lambungan buah ibu dilakukan. Cara bermain buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan.
Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu.
Pada lambungan kali kedua, pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak. Pada peringkat ini, pemain akan mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai.
Dalam masa yang sama, pemain hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan tadi. Peringkat ini merupakan urutan bagi peringkat buah empat.
Sementara di dalam tangan, tergenggam lima biji buah.
Sebiji daripadanya hendaklah dilambungkan dan empat biji lagi hendaklah diletakkan di atas lantai bagi menyambut buah ibu sahaja. Di tahap ini terdapat perbezaan yang dinamakan buah tukar.
Dua biji buah dijadikan buah ibu.
Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai sehingga selesai. Buah tujuh adalah urutan dari peringkat buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serentak. Sementara itu, sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan manakala sebiji di sebelah kanan dan sebiji lagi di sebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkan, hendaklah disambut. Setelah selesai kesemua peringkat, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata.
Terdapat 2 kaedah menimbang.
Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain. Mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira 2 kali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.
Sekiranya pemain dapat bermain sehingga ke peringkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati. Sekiranya ibu tidak dapat disambut.
Semasa mengutip buah di atas lantai tangan terkena biji buah yang lain.
Tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh.
Semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah.
Permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya. RUMUSAN KOGNITIF: 1) Berlaku proses pemerhatian, pengulangan dan pengiraan yang cekap. 2) Cekap memahami aturan permainan. 3) Peningkatan kemahiran manipulatif spt melambung, menyambut dan mengambil buah. 4) Lebih fokus
SOSIAL: 1) Bekerjasama 2) Semangat kesukanan. 3) Erat silaturahim. 4) Memahami peraturan bermain