Batu Seremban

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

KUMPULAN :

BM C & PENGAJIAN SOSIAL



BATU
SEREMBAN
DEFINISI
RUMUSAN
CARA
BERMAIN
PERATURAN
Batu Seremban juga dikenali sebagai Batu Selambut
atau Serembat
Digemari oleh kanak-kanak perempuan
Dimain secara berkumpulan iaitu dua orang atau lebih
Objek-objek yang digunakan seperti guli kaca, biji getah,
ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan
yang berbentuk bulat boleh digunakan dan dikenali sebagai
buah
Permainan batu seremban selalunya dimainkan pada waktu
lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja
asalkan terdapat permukaan lantai yang rata.
Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ianya lebih
senang dimainkan.
Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang
berlainan.
Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang
mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu
digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau
peringkat yang teratas dinamakan buah lapan.
DEFINISI BATU SEREMBAN
Batu Seremban adalah satu permainan tradisional yang juga
dikenali sebagai Selambut atau Serembat. Permainan ini
menggunakan bahan objek seperti batu kerikil, guli kaca, biji getah
atau objek lain yang sesuai. dimainkan di kalangan kanak - kanak
perempuan dalam berkumpulan seramai dua hingga empat orang
atau lebih. Dimainkan di waktu lapang di kawasan lapang seperti
serambi rumah atau di mana sahaja kawasan yang memerlukan
permukaan rata dan bersih. Dimainkan secara duduk di atas
lantai.
PERATURAN
1. Giliran ditentukan dengan menimbang buah.
2. Buah tidak boleh disentuh atau bergerak antara satu sama
lain.
3. Permainan terbatal sekiranya buah anak jatuh atau bergerak.
4. Semasa menimbang :

a) cara kaut /mencangkuk buah dapat berganda
b) cara menyambut buah di kira tambah
CARA BERMAIN
Kesemua buah hendaklah diselerakkan diatas lantai dengan keadaan buah
tidak bersentuhan antara satu sama lain. Sebiji buah dijadikan ibu yang
dilambungkan ke udara. Dalam masa yang sama buah yang di bawah
hendaklah dikutip dan ibu itu disambut. Buah anak tadi diletakkan digenggam
di dalam tangan sebelah lagi. Ulangi perbuatan sehingga habis buah anak.
Setelah selesai pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata
sama ada secara mencangkuk atau menyambut. Permainan akan mati
sekiranya buah tidak dapat disambut atau dicangkuk dan diserahkan kepada
permain seterusnya.
Jenis buah: Buah satu, buah dua, buah tiga, buah empat hingga buah tujuh.

Sebelum memulakan permainan, setiap
pemain dikehendaki menimbang buah bagi
menentukan giliran.
Para pemain akan menimbang kesemua buah
dengan meletakkannya di atas tangan dan
dilambungkan ke udara.
Kemudian, disambut dengan belakang tapak
tangan.
Jumlah buah yang dapat disambut akan
dikiran sebagai mata.
Terdapat beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang berlainan.

Permulaan permainan, pemain akan
menggunakan sebiji buah yang dinamakan
Buah Satu sehinggalah ke peringkat yang lebih
tinggi yang dinamakan Buah Tujuh.
Kesemua buah hendaklah diselerakkan
dengan cara menabur di atas lantai dan tidak
bersentuhan antara satu sama lain.
Sebiji buah akan diambil untuk dijadikan ibu.
Kemudian, ibu hendaklah dilambungkan ke
udara dan dalam masa yang sama sebiji lagi
buah hendaklah dikutip.
Seterusnya, permain hendaklah menyambut
buah ibu dan meletakkannya di dalam tangan
yang sebelah lagi.
Perlakuan ini akan berterusan sehingga
kesemua buah habis dilambung dan disambut.
Cara buah dua dimainkan adalah sama
seperti buah satu.

Namun, buah yang dikutip mestilah dua biji
serentak.

Ini bermakna dua kali lambungan buah ibu
dilakukan.
Cara bermain buah tiga pula terdapat sedikit
perbezaan.

Langkah pertama adalah dengan mengutip
sebiji buah dahulu.

Pada lambungan kali kedua, pemain
hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.
Pada peringkat ini, pemain akan mengutip
kesemua empat biji buah di atas lantai.

Dalam masa yang sama, pemain hendaklah
menyambut buah ibu yang telah dilambungkan
tadi.
Peringkat ini merupakan urutan bagi peringkat
buah empat.

Sementara di dalam tangan, tergenggam lima
biji buah.

Sebiji daripadanya hendaklah dilambungkan
dan empat biji lagi hendaklah diletakkan di atas
lantai bagi menyambut buah ibu sahaja.
Di tahap ini terdapat perbezaan yang
dinamakan buah tukar.

Dua biji buah dijadikan buah ibu.

Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke
udara maka sebiji lagi buah ibu hendaklah
ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di
atas lantai sehingga selesai.
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat buah
enam.
Dua biji buah yang masih berada di dalam
tangan hendaklah dilambungkan serentak.
Sementara itu, sebiji buah hendaklah dikutip.
Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua
belah tangan manakala sebiji di sebelah kanan
dan sebiji lagi di sebelah kiri.
Pada buah ibu yang terakhir dilambungkan,
hendaklah disambut.
Setelah selesai kesemua peringkat, pemain
hendaklah menimbang buah untuk
mendapatkan mata.

Terdapat 2 kaedah menimbang.

Cara pertama sama seperti permulaan
menentukan pemain. Mata dikira hanya
mengikut bilangan biji buah yang dapat
ditimbang.
Jika buah yang ditimbang itu disambut
dengan cara mencangkuk, maka mata dikira 2
kali ganda dari jumlah biji buah yang dapat
disambutnya.

Sekiranya pemain dapat bermain sehingga ke
peringkat menimbang dengan memperolehi
mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan
permainan semula, buah satu dan seterusnya
sehingga mati.
Sekiranya ibu tidak dapat disambut.

Semasa mengutip buah di atas lantai tangan
terkena biji buah yang lain.

Tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh.

Semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat
walau sebiji buah.

Permainan akan diserahkan kepada pemain
seterusnya.
RUMUSAN
KOGNITIF:
1) Berlaku proses pemerhatian, pengulangan dan pengiraan yang cekap.
2) Cekap memahami aturan permainan.
3) Peningkatan kemahiran manipulatif spt melambung, menyambut dan
mengambil
buah.
4) Lebih fokus

SOSIAL:
1) Bekerjasama
2) Semangat kesukanan.
3) Erat silaturahim.
4) Memahami peraturan bermain

EMOSI:
1) Kesabaran.
2) Bertolak ansur.
3) Motivasi

You might also like