Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 28

PERANAN KERAJAAN DALAM

KONTEKS HUBUNGAN ETNIK


a) Pengwujudan Jabatan Perpaduan Negara &
Integrasi
MAGERAN ditubuhkan selepas peristiwa 13
Mei 1969
Pada 1 Julai 1969, dibawah seliaan
MAGERAN, Jabatan perpaduan Negara telah
diwujudkan untuk menangani isu-isu
berhubung pembinaan semula perpaduan
masyarakat di negara kita
PERANAN KERAJAAN DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
Selepas MAGERAN dibubarkan, Majlis
Penasihat Perpaduan Negara telah
ditubuhkan pada 23 Februari 1971.
Ia bertanggungjawab bagi memupuk dan
memelihara perpaduan antara kaum di
negara ini terus diletakkan di bawah
pengawasan Jabatan Perpaduan Negara
Kerajaan telah merangka pelbagai dasar
semenjak selepas merdeka sehingga kini
bagi menjamin perpaduan hubungan
pelbagai etnik.
Dasar yang dimaksudkan ialah dasar
Pendidikan Kebangsaan, dasar Kebudayaan
Kebangsaan, dan Dasar Ekonomi Baru.
Dasar2 ini diperkukuhkan dengan
memperkenalkan Rukun Negara sebagai
ideologi Kebangsaan.

PERANAN KERAJAAN DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
b) Strategi Politik : Persefahaman
Melalui perlembagaan Malaysia persetujuan
termaktub dalam bentuk lambang-lambang
negara, hak setiap kaum, kuasa kerajaan negeri &
persekutuan.
Ia sebagai wahana bagi segala pemupukan
identiti nasional, perpaduan antara kaum dan
keturunan serta integrasi antara wilayah
Apabila kesedaran wujud, bangsa Malaysia
semakin mantap dan semangat perkauman
dan kewilayahan menjadi cair, dengan
sendirinya pertubuhan kebangsaan yang
mempunyai keahlian merentasi kaum akan
muncul.
Mempercepatkan proses pembentukan
bangsa Malaysia yang bersatu padu
Langkah keselamatan dan undang-undang
memainkan peranan penting dalam mengawal
dan mencegah pertubuhan yang
memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum
atau agama daripada melakukan kegiatan yang
boleh menjejaskan keharmonian antara kaum
dan menggugat kestabilan politik dan negara
Pembentukan parti-parti politik antara kaum
dalam satu acuan perikatan. Cthnya BN
dianggotai oleh beberapa parti komponen yang
lain dari pelbagai kaum dan etnik.
PERANAN KERAJAAN DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
c) Strategi Ekonomi

Objektif utama ke arah pencapaian perpaduan
adalah mengimbangi kedudukan dan taraf
sosioekonomi antara kaum dan wilayah serta
mengurangkan pengenalan kaum dalam satu-
satu sektor ekonomi.
Beberapa perkara harus diambil kira
dalam strategi ekonomi ;-
1) Pengimbangan taraf sosioekonomi antara
kaum dan wilayah perlu diusahakan tanpa
merugikan mana-mana pihak. Penjelasan
yang sewajarnya hendaklah diberi oleh
semua pihak supaya salah anggapan dapat
diperbetul dan dapat dibendung
2) Program pembasmian kemiskinan dilaksanakan
tanpa mengira kaum

3) Sektor swasta digalakkan memainkan peranan
lebih aktif dalam usaha mengimbangi
kedudukan sosioekonomi antara kaum &
mengurangkan pengenalan kaum dengan
kegiatan ekonomi
PERANAN KERAJAAN DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
d) Strategi Pendidikan
Peranan sistem pendidikan meliputi aspek
menyediakan persekitaran serta kemudahan
sosialisasi di kalangan sebilangan rakyat Malaysia

Dalam mencapai usaha itu beberapa aspek perlu
diberi perhatian :-
1) Menggalakkan wujud sistem satu persekolahan
dari peringkat pra hingga universiti, satu
bahasa perantaraan, kurikulum dan
kokurikulum yang seragam serta peperiksaan
yang sama sekaligus jenis pensijilan yang
mempunyai pengiktirafan yang sama
2) Penyediaan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran bahasa kaum-kaum utama di
negara ini di peringkat sekolah menengah dan
rendah
3) Sekolah satu kaum sahaja (SJK) diberi peluang
untuk berinteraksi dengan pelajar serta guru
sekolah kebangsaan melalui penyertaan acara
sukan dan kokurikulum, acara sosial, khemah
kerja dan sbgnya.
4) Kurikulum sekolah rendah dan menengah diberi
tumpuan dalam aspek pembinaan negara bangsa
dan sejarah negara, budaya dan adat resam
kaum2 di Malaysia, agama dan kepercayaan
utama negara
5) Pendidikan dan kokurikulum menerapkan
sikap dan nilai yang mendokong kepada
pencapaian perpaduan negara.


6) Pendidikan sepanjang hayat melalui
program pendidikan yang dijalankan oleh
pelbagai pihak dan agensi dan pihak di luar
sistem pendidikan formal
PERANAN KERAJAAN DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
e) Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Penggunaan satu bahasa merupakan satu strategi yang
amat berkesan bagi memupuk rasa harmoni dan
perpaduan antara berbilang kaum
Ia dapat membantu semua kaum dapat berkomunikasi
dengan baik tanpa sebarang prasangka
Perlembagaan memperuntukkan bahasa Melayu sbg
bahasa kebangsaan & akan terus dilaksanakan bagi
mengembangkan kemajuan dan penggunaannya dalam
semua bidang

PERANAN KERAJAAN DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
f) Strategi Agama
Semua rakyat bebas menganut agama masing-masing
walaupun islam dijadikan agama rasmi dan persekutuan
Ia selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam
perlembagaan dan Rukun Negara
Sensitiviti agama haruslah dipelihara dan
pengembangan sesuatu agama kepada penganut agama
lain tertakluk kepada peruntukan mengenainya dalam
Perlembagaan dan undang-undang
PERANAN KERAJAAN DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
g) Strategi Kebudayaan
Lahirnya kebudayaan nasional akan
membangkitkan kebudayaan yang menjadi hak
milik bersama rakyat tanpa mengira kaum dan
agama, dan wilayah
Ia menjadi asas kepada pembinaan jati diri
nasional dan perpaduan negara
Kebudayaan nasional berteraskan kepada 3
prinsip dalam DKK :-
1) Kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah
berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini
2) Unsur-unsur kebudayaan lain yang dianggap
wajar dan sesuai boleh diterima menjadi unsur
kebudayaan kebangsaan
3) Islam menjadi unsur penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan
PERANAN KERAJAAN DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
h) Strategi Integrasi Wilayah
Kedudukan geografi serta nilai sejarah yang
sama melahirkan integrasi yang kukuh antara
negeri dan rakyat S&S & SM
Penambahbaikan sistem perhubungan
kebangsaan dan pengangkutan, perluasan sistem
radio dan televisyen nasional di S&S, penubuhan
pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan
program lawatan pemimpin masyarakat
Masih wujudnya masalah centre-periphery dan salah
tanggapan dalam usaha mengintegrasi wilayah
Tumpuan khusus akan terus diberi kepada penyatuan
wilayah
Atrnya pergaulan dan interaksi yang lebih luas antara
rakyat kedua wilayah, pengetahuan yang lebih
mendalam mengenai adat resam dan kebudayaan
masing-masing, penjelasan salah tanggapan dan masalah
yang timbul dalam bidang sosioekonomi
Pengintegrasian antara badr dan luar bdr turut diberi
perhatian agar kemajuan ekonomi dan prasarana dpt
dikongsi secara adil dan saksama

PERANAN KERAJAAN DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
i) Strategi Keselamatan
Meliputi 2 aspek :-
a)Pencegahan dan pemulihan
- melibatkan usaha mencegah daripada
berlakunya ancaman keselamatan negara
ataupun ketenteraman awam yang terbit
daripada konflik antara kaum, agama dan
perhubungan persekutuan dan negeri
- Aspek pencegahan merangkumi penguatkuasaan
sekatan-sekatan di sisi undang-undang ke atas
kebebasan bercakap, berhimpun dan
menubuhkan persatuan, tahanan preventif,
penguatkuasaan peruntukan Akta Hasutan,
kawalan akhbar, buku dan penerbitan melalui
undang-undang berkaitan.
- Melibatkan angkatan tentera, polis, Ikatan
Relawan Rakyat (RELA), Rukun Tetangga dan
pengisytiharan darurat.
PERANAN KERAJAAN DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
j) Strategi Pembangunan Kawasan
Pemajmukan penduduk di sesuatu kawasan kediaman
Penubuhan Jawatankuasa Penduduk seperti Rukun
Tetangga dan penganjuran aktiviti yang melibatkan
semua penduduk tanpa mengira kaum dan agama
Prasarana spt dewan serbaguna, dwn komuniti dapat
membantu penganjuran aktiviti bersama-sama,
memudahkan program dianjurkan & dapat menyemai
semangat perpaduan dan interaksi antara kaum
Pengwujudan perumahan pelbagai kos bagi
mengurangkan jurang sosial di kalangan masyarakat.

PERANAN KERAJAAN DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
k) Strategi Penggunaan Tenaga Manusia
Majikan tidak harus mengambil pekerja berdasarkan
bangsa, budaya dan agama. Pemilihan haruslah
berdasarkan keadilan dan kelayakan.
Majikan harus menerapkan pelaksanaan dasar syarikat
dan aktiviti yang bersifat perpaduan
Bertanggungjwb melaksanakan setiap dasar yang telah
digubal oleh kerajaan seperti penggunaan bahasa
kebangsaan dalam urusan syarikat
Interaksi atr pekerja harus digalakkan bagi mengelakkan
sebarang prejudis.
Pemupukan nilai-nilai murni di tempat kerja


PERANAN KERAJAAN DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
l) Strategi Media Massa
Perkembangan media berlaku dengan pesat
Memainkan peranan penting mewujudkan
perpaduan dengan penyampaian maklumat yang
benar dan tepat
Wadah internet juga harus digunakan sebaik
mungkin

Syarikat swasta mempunyai
tanggungjawab sosial dalam memupuk
perpaduan negara dan integrasi
nasional.
Pengawalan etika kewartawanan; sikap
bertanggungjawab dan peka apabila
menyentuh dan melapor perkara


PERANAN KERAJAAN DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN
Bagi membolehkan sekolah kebangsaan sebagai sekolah
pilihan, profesion keguruan dipertingkatkan dengan
program pensiswazahan guru-guru di peringkat sekolah
rendah dan menengah

Semangat perpaduan di peringkat sekolah dengan
memperkasakan sekolah kebangsaan boleh dijalankan
seperti berikut :-
MEMPERKASAKAN SEKOLAH
KEBANGSAAN
1) Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa
ibunda masing-masing dengan memperkenalkan
pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil
2) Memberi kesedaran kepada pelajar tentang
kepentingan interaksi antara golongan etnik
3) Mengadakan lebih banyak aktiviti dengan golongan
etnik
4) Mengadakan progran interaksi antara sekolah dengan
lebih banyak lagi;meningkatkan kemahiran
berinteraksi
PERANAN KERAJAAN DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
SEKOLAH WAWASAN
Salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai
perpaduan kaum dan integrasi nasional.
Pembinaan beberapa sekolah yang mempunyai bahasa
pengantar yang berbeza di sebuah kawasan yang sama
dan berkongsi kemudahan yang sama (dewan, padang
kantin dan sebagainya)
Memberi peluang yang luas untuk bergaul dan
berinteraksi antara etnik

You might also like