Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ciri ciri bahasa Melayu klasik

Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari
segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah:
Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang
Menggunakan bahasa istana
Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara),
sahaya, masyghul (bersedih)
Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta,
adapun.
Banyak menggunakan partikel pun dan lah
Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah
ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa
seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan
pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.
Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti
frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan IlamL, maka kemudian daripada itu (dariAmma
badu); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini
wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.
Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu Kalam,
Tasawuf, ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu zaman kuno
atau Hindu.
Batu Bersurat
Bukti kegemilangann Bahasa Melayu Klasik boleh dilihat daripada tiga batu bersurat yang penting.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana
selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf Indiamengandungi
prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada
bahasa batu bersurat abad ke-7.
Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat pertama
kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan Jawi. Ini
membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Zaman Kegemilangan
Zaman kegemilangan bahasa Melayu Klasik berlaku setelah pemimpin kerajaan kerajaan Melayu
memeluk Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada pedagang Islam daripada Arab dan India. Ini
menyebabkan penyerapan unsur unsur Arab dan Parsi dalam bahasa Melayu. Zaman ini boleh
dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu:
Zaman kerajaan Melaka
Zaman kerajaan Acheh
Zaman kerajaan Johor-Riau
Tokoh dan Hasil Karya
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting dalam bahasa Melayu Klasik ialah Hamzah Fansuri,
Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Hasil karya yang
terkenal pula ialah:
Hikayat raja-raja pasai
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
Hikayat Amir Hamzah
Bustanus Salatin
Sulalatus Salatin
Sejarah Melayu
Hikayat Iskandar Zulkarnain
Hikayat Hang Tuah
Misa Melayu
Tajus Salatin

You might also like