Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 1

Soalan:

1.Bincangkan sejarah penggubalan undang-undang merdeka oleh Suruhanjaya Reid.

Jawapan:

1.0 Pendahuluan

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan satu detik keramat dalam diari
seluruh penduduk negara ini. Inilah saat dan masa yang amat dinanti-nantikan setelah
sekian lama menunggu kebebasan dari belenggu penjajah. Masih terngiang-ngiang lagi
kalimat yang menitip dari bicara Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan sewaktu
beliau melangkah kakinya menuju ke satu destinasi penentu bagi meleraikan penantian
yang penuh penyeksaan ini demi memartabatkan bangsanya dan tanah air tercinta.

” Saya mesti memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan membawa


kembali dari London tarikh kemerdekaan Tanah Melayu iaitu pada 31 Ogos 1957. Saya
tidak akan berganjak sedikit pun kerana saya cukup yakin kepada kekuatan kita untuk
mencapai kemerdekaan. Saya sudah masuk ke gelanggang politik dengan azam hendak
berkorban habis-habisan kerana bangsa dan tanah air. Hanya kepada Allah saya
berserah ”.Inilah petikan dari kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj sebelum
meninggalkan Tanah Melayu bersama rombongannya kerana menuntut kemerdekaan di
London.

Pemilihan tarikh kemerdekaan ini seperti ditetapkan oleh Persidangan Majlis


Mesyuarat Agong UMNO di Kuala Lumpur mulai 24 hingga 26 Disember 1955. Usaha
mencapai kemerdekaan dan membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah bermula
apabila Parti Perikatan menuntut kerajaan sendiri. Satu Suruhanjaya bebas telah dilantik
untuk mengkaji dan mengesyorkan perubahan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Berikutan itu satu rombongan telah dipilih bagi mengadakan perundingan mengenai
tuntutan itu dengan kerajaan British di London.1

2.0 Pengenalan Suruhanjaya Reid


1
Anon, 2007, hlm. 107
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 2

Suruhanjaya Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka


Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh
kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan
sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord
William Reid.

Suruhanjaya Reid juga adalah rentetan daripada Pilihan raya umum yang pertama
ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan
Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-
MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut. Parti Perikatan
UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1
kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet
kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Dalam pilihanraya yang telah diadakan pada 27 Julai 1955, pihak Perikatan
(UMNO, MCA, MIC) telah membentangkan satu manifesto yang agak luas kepada orang
ramai. Perkara yang penting dalam manifesto itu ialah pihak Perikatan berjanji akan
mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun. Manakala di bidang perlembagaan dan
politik, Perikatan berjanji hendak menegak dan melindungi kedudukan Raja-Raja Melayu
sebagai Raja Berpelembagaan di dalam negeri masing-masing.

Selain itu, mereka mendesak supaya dilantik sebuah Suruhanjaya Bebas yang khas
untuk menggubal satu perlembagaan baru. Penggubal perlembagaan ini akan memberi
perhatian kepada kedudukan Raja-Raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.
Pihak Perikatan menyatakan tujuannya hendak mengkaji soal imigresen untuk
melindungi kedudukan orang Melayu dan rakyat negara ini. Perikatan hendak
mengadakan parlimen yang mempunyai dua dewan. Ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah
semuanya dipilih oleh rakyat. Perikatan juga berjanji untuk ” menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan negeri ini, dalam tempoh sepuluh tahun...” Butir-butir yang
lain di dalam manifesto pilihanraya Perikatan ialah tentang pertanian, ekonomi,
kewangan darurat, perikanan, perumahan, buruh dan lain-lain.2

2
Zainal Abidin bin Abdul Wahid et. al, 1992, hlm. 230.
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 3

3.0 Rombongan Tunku Abdul Rahman ke London

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk
membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil
masa tiga minggu di London. Rundingan yang bermula pada 18 Januari hingga 6 Februari
1956 itu berlangsung dalam suasana penuh persefahaman serta sifat terbuka kerajaan
British itu akhirnya mencapai kejayaan apabila segala tuntutan rombongan merdeka itu
diterima dan dipersetujui. Rundingan tersebut diadakan di Rumah Lancastet yang juga
merupakan tempat rundingan antarabangsa bersejarah selepas Perang Dunia Kedua.

Persidangan ini diadakan selepas hampir genap lapan tahun Perjanjian


Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada
8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh
kemerdekaan di Melaka.3

Mengikut perjanjian itu, kemerdekaan bagi Tanah Melayu akan diisytiharkan


pada 31 Ogos 1957. antara perkara-perkara yang tercatat dalam perjanjian merdeka itu
ialah perubahan-perubahan berkaitan dengan kementerian dan jabatan bagi Persekutuan
Tanah Melayu dan pemansuhan jawatan Penasihat British. Perubahan-perubahan itu
dengan sendirinya akan mengakibatkan berlakunya beberapa pindaan dalam perjanjian-
perjanjian negeri, perlembagaan negeri dan perjanjian Persekutuan.4

Rombongan itu disertai oleh empat otrang wakil Perikatan dan empat wakil Raja
Melayu iaitu Menteri Besar Perak Datuk Panglima Bukit Gantang sebagai ketua, Menteri
Besar Selangor Abdul Aziz Abdul Majid, Menteri Besar Johor Datuk Mohamad Seth
Mohammad Said, bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Ahmad Kamil Mahmood
sertaSetiausaha Majlis, Abdul Kadir Shamsuddin.

3
http://www.i-putra.com.my/announcement/sej_merdeka_more.htm 14/11/2009
4
Zakiah Hanum et al, 1980.
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 4

Sementara itu, wakil Parti Perikatan yang menyertai rombongan ke London ialah
Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tunku Abdul Rahman sebagai
ketua, Menteri Pelajaran Persekutuan Dato’ Abdul Razak Hussein, Menteri
Pengangkutan H.S. Lee, Menteri Hasil Bumi Dr. Ismail Abdul Rahman serta Setiausaha
T.H. Tan. Rombongan itu turut mendapat sokongan penuh daripada setiap lapisan
masyarakat dan parti lain seperti Parti Negara, Parti Buruh, Parti Rakyat selain wakil
masyarakat Serani.5

4.0 Pembentukan Suruhanjaya Reid

Dari segi sejarah, apabila rundingan Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan bagi
Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan British menampakkan hasil yang positif,
dan kemerdekaan telah pun dijanjikan, Kerajaan British telah membentuk satu
Suruhanjaya Perlembagaan Merdeka yang diketuai oleh Lord Reid dari Britain untuk
menggubal satu perlembagaan bagi Tanah Melayu yang merdeka. Suruhanjaya ini yang
juga dikenali sebagai Suruhanjaya Reid mula dibentuk pada bulan Mac 1956.
Suruhanjaya Reid ini dianggotai oleh pakar-pakar perlembagaan dan perundangan dari
Kanada, India, Pakistan, Australia dan Britain.6

  Menurut laman web i-putra.com pula, Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya
Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya
Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi
oleh Lord Reid dari Britian. Ia terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara
Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa
Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.7

5
Anon, 2007, hlm. 108.
6
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=PAM&b=FEB&m=1&t=&r=g&i=PNP
14/11/2009
7
http://www.i-putra.com.my/announcement/sej_merdeka_more.htm.14/11/2009
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 5

Tugas utama Suruhanjaya Perlembagaan Kemerdekaan ini ialah untuk menggubal


satu perlembagaan yang berbentuk Persekutuan dan boleh dilaksanakan di Tanah Melayu
dengan mengekalkan ciri-ciri demokrasi berparlimen ala Kerajaan British. Terdapat
beberapa memorandum yang dikemukakan oleh berbagai pihak untuk dikaji oleh
suruhanjaya ini. Bermula dari bulan Jun 1956 hinggalah bulan Februari 1957,
suruhanjaya ini telah mengkaji sejumlah 131 memorandum, mengadakan 118 kali
mesyuarat dan juga mendengar beberapa rayuan tidak rasmi. Laporan Suruhanjaya ini
telah diperbahaskan oleh berbagai-bagai pihak, terutamanya oleh parti-parti politik dan
dewan-dewan perniagaan kaum tertentu. Akhirnya perlembagaan baru itu telah
diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan Jun 1957. Ia mula
dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari 1957
yang telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja diwakili oleh empat
orang pemerintah Melayu, empat orang lagi daripada parti yang memenangi pilihanraya
pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi British, Setiausaha Agung, dan Peguam
Negara. Perbincangan mengenai laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan
dan apabila pindaan telah diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-
raja untuk disahkan. Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan
kerajaan British.

Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada Jun 1957. Draf
perlembagaan dibentang untuk diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan. Rang
Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan Jun 1957 dan
Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya pada 15 Ogos 1957
dan Perlembagaan tersebut berkuatkuasa pada 27 Ogos. (Walau bagaimanapun, secara
rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan.) Perlembagaan tersebut kemudiannya
telah dipinda dengan beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi
Perlembagaan Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan
Sarawak lalu membentuk Malaysia.8

8
http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid 14/11/2009
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 6

5.0 Ahli Suruhanjaya Reid

Antara ahli yang menganggotai Suruhanjaya Reid ialah:

 Lord William Reid - Pengerusi


 Sir Ivor Jennings - Britain
 Sir William McKell - Australia
 Hakim B Malik - India
 Hakim Abdul Hamid - Pakistan

6.0 Cadangan Suruhanjaya Reid

Menurut Laporan Suruhanjaya Reid, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
akan diketuai seorang Raja. Di samping itu, sistem kerajaan bersekutu yang sedia ada
akan diteruskan iaitu dengan kewujudan kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Raja-raja
Melayu pula akan terus kekal sebagai ketua negeri masing-masing manakala bagi negeri
yang tidak beraja seperti Pulau Pinang dan Melaka, ia akan bergabung dalam Persekutuan
dan diketuai oleh Yang Dipertua (berperanan seperti Gabenor). Corak pemerintahan yang
telah dipersetujui ialah menggunakan corak demokrasi dan ahli Parlimen akan dipilih
melalui pilihan raya umum untuk mewakili rakyat dan mengawal pentadbiran kerajaan.9

7.0 Pindaan laporan Suruhanjaya Reid

Antara pindaan yang telah dibuat ke atas Suruhanjaya Reid ialah pindaan berkaitan soal
bahasa. Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya bahasa Cina dan bahasa Tamil boleh

9
http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid 14/11/2009
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 7

digunakan di dalam Parlimen dan Dewan Negeri. Cadangan ini telah ditolak tetapi hak
orang Cina dan India menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantar di
sekolah rendah telah diterima.

Cadangan mengenai agama juga dipinda dan walaupun rumit, agama Islam tetap
diterima sebagai agama rasmi Persekutuan. Pindaan ini diterima oleh orang bukan
Melayu kerana menjamin hak setiap rakyat Persekutuan Tanah Melayu untuk bebas
menganut agama sendiri.

Lagi satu pindaan dibuat ke atas laporan Suruhanjaya Reid adalah hak istimewa
orang Melayu yang menurut suruhanjaya tersebut, hak keistimewaan orang Melayu
hendaklah dipertimbangkan selepas 10 tahun merdeka. Cadangan ini ditolak sebaliknya
dipersetujui bahawa hak istimewa ini dipertimbangkan dari semasa ke semasa atas arahan
Yang di-Pertuan Agong. Terdapat beberapa syor lain yang dipinda dan semua pindaan
dilakukan selepas perbincangan terperinci di antara semua pihak yang terlibat yang
menunjukkan terdapatnya tolak ansur di kalangan rakyat pelbagai kaum di Tanah
Melayu.10

8.0 Pengisytiharan Kemerdekaaan

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan


Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGallivry di King’s House Kuala Lumpur,
pada 5 Ogos 1957. Perjanjian ini mengekalkan sebahagian besar struktur Perjanjian
Persekutuan 1948. Antara isi perjanjian yang dikekalkan ialah kedudukan Raja-Raja
Melayu sebagai Raja Berpelembagaan, pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan
dengan kerajaan negeri, Menteri Besar sebagai ketua eksekutif negeri, kuasa kewangan
dipegang oleh kerajaan persekutuan dan lain-lain kuasa berkaitan pemerintahan.

Pada pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di
Padang Kelab Selangor sebagai menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah

10
http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid 14/11/2009
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 8

Melayu dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Upacara bersejarah ini disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku
Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku muhammad, kesemua Raja Melayu dan wakil-
wakil kerajaan asing. Pada hari yang sama, kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang
pertama diumumkan.11

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarahkan Jabatan


Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat
pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang
rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of


Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall.
'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik
Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya
Tinggi British, Sir Donald MacGillivray. Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh
sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya
Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan


suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka
kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan
kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara


lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya
sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan
pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari
suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan


pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata
11
Ruslan Zainuddin et al, 2005, hlm. 163-164.
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 9

membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari
setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi,
satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai
mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!12

9.0 Mencapai Kemerdekaan

Cara Tanah Melayu mencapai kemerdekaan adalah dianggap istimewa. Dalam


pilihanraya yang diadakan pada tahun 1955, Perikatan telah mengemukakan dasar
politiknya yang berharap akan mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun . Namun
begitu, dalam tempoh dua tahun Tanah Melayu telah merdeka. Ada dua perkara utama
yang menyebabkan demikian, iaitu kesanggupan bangsa Melayu dan kaum-kaum Cina
dan India bersatu dalam satu perikatan politik, dan wujudnya keadaan darurat.

Keadaan darurat menjadi faktor yang penting dalam mempercepatkan langkah ke


arah kemerdekaan. Walau bagaimanapun di peringkat awal, keadaan darurat itu lebih
merupakan faktor yang menghalang. Pada ketika itu, Britain berpendapat bahawa usaha-
usaha mestilah ditumpukan untuk menghapuskan pemberontakan komunis dari segi
ketenteraan. Lantaran itu, kemajuan perlembagaan dan politik terpaksalah ditangguhkan.

Pencapaian kemerdekaan juga merupakan satu pukulan yang hebat kepada Parti
Komunis Tanah Melayu. Parti itu tidak dapat lagi merayu kepada orang ramai dengan
menggunakan dasar antipenjajah. Sebenarnya, selepas merdeka ia dianggap sebagai parti
antikebangsaan. Namun demikian, parti Komunis Malaya terus menentang Kerajaan
Perikatan dengan mengatakan kemerdekaan yang dicapai itu tidak penuh, dan Perikatan
masih di bawah telunjuk pihak British.

Terdapat faktor-faktor lain yang mendorong ke arah pencapaian kemerdekaan.


Misalnya, tahun 1955 ialah tahun PersidanganAfro-Asia di Bandung, iaitu satu peristiwa

12
http://www.i-putra.com.my/announcement/sej_merdeka_more.htm 14/11/2009
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 10

yang menggerakkan perjuangan yang lebih bersemangat menentang penjajahan. Dasar


dan bentuk Perikatan itu menjadi satu pertimbangan yang menyebabkan Kerajaan British
tidak keberatan untuk memenuhi tuntutan rakyat Tanah Melayu, terutama sekali apabila
Perikatan mendapat sokongan besar daripada rakyat. Perikatan sentiasa memelihara
kepentingan Britain di Tanah Melayu. Di samping itu, Britain telah pun mendapatkan
perjanjian daripada Perikatan dan Raja-Raja Melayu untuk saling bantu membantu antara
satu sama lain dalam satu perjanjian pertahanan yang akan menjaga kepentingan ekonomi
dan siasah Britain di Tanah Melayu.13

10.0 Ciri-ciri Perlembagaan 1957

Perlembagaan 1957 adalah satu dokumen yang agak istimewa. Sungguhpun


Perlembagaan ini digubal oleh orang asing, tetapi ia disandarkan kepada beberapa faktor
sejarah Tanah Melayu yang lampau. Ini berlaku kerana Suruhanjaya Perlembagaan Reid
perlu memberi pertimbangan kepada memorandum yang telah diterimanya dan kenyataan
lisan yang telah didengarnya. Perlembagaan ini bercorak demokrasi, iaitu demokrasi
berparlimen. Sesetengah orang mungkin berkata bahawa demokrasi merupakan konsep
Barat, lantaran itu ia asing untuk diamalkan oleh Tanah Melayu. Akan tetapi aspek-aspek
demokrasi telah diamalkan di negara ini sebelum kedatangan pihak British lagi.14

Terdapat empat ciri Perlembagaan 1957 yang telah dirangka, iaitu struktur
kerajaan, pemberian taraf kewarganegaraan, peruntukan tentang bahasa dan peruntukan
yang berhubung dengan agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu.

Ciri Perlembagaan yang pertama ialah struktur kerajaan. Ia mengandungi empat ciri
utama. Pertama, Ketua Negara bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan
Agong yang dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu. Baginda memegang
jawatan itu untuk tempoh lima tahun. Kedua, ketua kerajaan bagi Persekutuan Tanah
Melayu ialah Perdana Menteri yang dilantik di kalangan parti yang mempunyai suara

13
Zainal Abidin bin Abdul Wahid et al, 1992, hlm. 238-239.
14
Ibid
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 11

terbanyak dalam Dewan Rakyat. Perdana Menteri akan menubuhkan Kabinet yang
menjadi badan tertinggi dalam menggubal dasar-dasar kerajaan. Ketiga, sebuah badan
perundangan di peringkat persekutuan, iaitu Parlimen yang terdiri daripada Dewan rakyat
dan Dewan Negara. Dewan Rakyat mempunyai 104 orang ahli yang dipilih melalui
pilihan raya untuk tempoh lima tahun. Dewan Negara pula terdiri daripada 38 orang ahli
dan mereka berkhidmat selama enam tahun. Keempat, ketua perlembagaan di peringkat
negeri ialah raja atau gabenor. Setiap negeri mempunyai Majlis Undangan Negeri yang
dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh lima tahun. Pentadbiran negeri diketuai oleh
seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri.

Ciri Perlembagaan yang kedua ialah pemberian taraf kewarganegaraan. Ia


dilaksanakan berasaskan kepada lima perkara. Pertama, taraf warganegara diberi kepada
mereka yang menjadi warganegara Persekutuan sebelum hari Merdeka. Kedua, semua
orang yang dilahirkan di Tanah Melayu pada atau selepas Hari Merdeka. Ketiga, mereka
yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu dan telah
bermastautin selama lima daripada tujuh tahun yang terdahulu, boleh bertutur dalam
Bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia. Keempat, mereka yang berumur 21
tahun ke atas yang dilahirkan di luar Persekutuan Tanah Melayu, tetapi telah
bermastautin selama lapan daripada 12 tahun yang terdahulu, boleh bertutur dalam
Bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia. Dan kelima, pemilikan dua
kerakyatan tidak dibenarkan, kecuali bagi mereka yang memiliki kerakyatan Komanwel.

Ciri Perlembagaan yang ketiga pula ialah peruntukkan tentang bahasa. Ia


mengandungi dua perkara. Pertama, Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan di
Tanah Melayu. Pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa asing yang lain secara
umumnya tidak dilarang. Kedua, Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam persidangan
Majlis Mesyuarat Undangan dan mahkamah atau lain-lain urusan rasmi dalam tempoh
sepuluh tahun selepas merdeka.

Ciri Perlembagaan yang keempat dan terakhir ialah peruntukan yang berhubung
dengan agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu. Ia mengandungi dua
perkara. Pertama, Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan, tetapi agama-agama
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 12

lain boleh diamalkan dengan bebas di mana-mana tempat dalam Persekutuan. Kedua,
kedudukan istimewa orang Melayu dijamin oleh perlembagaan, iaitu berhubung dengan
pemberian tanah di kawasan simpanan, kouta dalam perkhidmatan awam dan
perkhidmatan lain serta keutamaan dalam pemberian biasiswa, lesen perniagaan dan lain-
lain bantuan kerajaan.15

11.0 Tentangan terhadap Memorandum Perikatan

Terdapat tentangan terhadap memorandum Perikatan ini. Banyak persatuan Perniagaan


Cina di Tanah Melayu menentang peruntukan mengekalkan kedudukan istimewa orang
Melayu dan kegagalan untuk menjadikan bahasa Cina sebagai salah satu daripada bahasa
rasmi. Ada juga orang Melayu yang menentang pendirian yang diambil oleh UMNO,
kerana mereka menganggap UMNO terlalu bermurah hati, terutama sekali mengenai soal
kerakyatan.

Mereka berpendapat bahawa satu undang-undang memberi hak kerakyatan akan


mendatangkan kesan yang serta merta. Orang-orang yang berkelayakan itu boleh menjadi
rakyat dan menikmati hak-hak dan tanggungjawab kerakyatan dengan sebegitu mudah
seumpama menerima makanan yang sedia tersaji, tatapi satu undang-undang mengiktiraf
kedudukan istimewa orang Melayu dalam bidang perniagaan, peluang bekerja dan
kemudahan pelajaran tidak akan membawa hasil dengan serta merta. Tidak seperti
kerakyatan, faedah-faedah daripada kedudukan istimewa itu memerlukan masa yang lama
sebelum dapat menikmatinya.16

12.0 Penentangan Suruhanjaya Reid Oleh Dato’ Onn Jaafar

15
Ruslan Zainuddin et al, 2005, hlm. 162-163.
16
Zainal Abidin bin Abdul Wahid et al, 1992, hlm. 236
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 13

Dato’ Onn dan Parti Negara (PN) menentang pembentukan Suruhanjaya Reid. Beliau
tidak puas hati dengan sikap pemimpin Perikatan yang menyerahkan tanggungjawab itu
kepada orang luar. Bagi Dato’ Onn, ini menjatuhkan maruah rakyat Tanah Melayu;
mereka seolah-olah tidak mampu menentukan perlembagaan sendiri. Oleh itu beliau dan
Parti Negara tidak menghantar sebarang cadangan kepada Suruhanjaya Reid. Beliau
disokong oleh Parti Buruh pimpinan Mohamad Sopiee, bekas anggota IMP.

Akibat dari perkembangan ini, Dato; Onn mengadakan Kongres Parti Negara di
Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada awal bulan Mac 1956. Tujuan kongres ini
untuk membincangakan perlembagaan yang sesuai bag Tanah Melayu merdeka. Bagi
Dato’ Onn, walaupun PN bukan kerajaan yang memerintah, tetapi sebagai sebuah yang
mementingkan Tanah Melayu, PN patut ada cadangan sendiri. Cadangan itu boleh
digunakan bagi mengkaji cadangan suruhanjaya yang akan dibentuk oleh perikatan itu.
Dato’ Onn seperti biasa menjadi pendraf perlembagaan PN. Drafnya itu diterima oleh
kongres PN dengan pindaan-pindaan kecil.

Dalam cadangannya, Dato Onn mengekalkan struktur kerajaan persekutuan


dengan membahagikan kuasa-kuasa tertentu di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
Dato’ Onn juga mencadangkan pembentukan sebuah Jemaah Menteri (Kabinet) yang
diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik oleh Sultan Agong. Bagi pentadbiran Negara
pula. Parlimen akan dibentuk dengan dua dewan yang menggubal undang-undang iaitu
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Seorang sultan dengan kuasa eksekutif akan dipilih
daripada raja-raja negeri Melayu sebagai raja Persekutuan ; ia dinamakan Sultan Agong.
Dari segi nama pula, Dato’ Onn menamakan Tanah Melayu sebagai Malaysia, dan
warganegaranya dinamakan Malaysian.

Cadangan beliau dibuat lebih awal daripada terbitnya cadangan Suruhanjaya Reid
dan Perikatan. Ini menggambarkan kecekapan dan minatnya serta kepekaannya terhadap
perkembangan kemerdekaan dan kerajaan sendiri Tanah Melayu, yang telah diceburinya
sejak tahun 1948. Beliau tidak mahu ketinggalan walaupun beliau bukanlah ‘policy
maker’ dalam pentadbiran Tanah Melayu. Cadangan perlembagaan ini dengan mudah
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 14

dibuat oleh Dato’ Onn kerana pengalamannya yang luas dalam bidang tersebut. Beliau
terlibat secara langsung dalam mendraf perlembagaan 1948 bagi pihak UMNO dan
walaupun ia tidak pernah mendapat pendidikan khusus dalam jurusan itu, namun minat
dan pengalamannya membantu beliau.

Sementara itu, Suruhanjaya Reid terus menjalankan tugasnya mendraf


perlembagaan Tanah Melayu. Sehingga bulan Disember 1955, sebanyak 118 kali
mesyuarat telah diadakan. Suruhanjaya juga meminta cadangan daripada semua
penduduk Tanah Melayu samaada daripada parti politik, badan awam dan orang
perseorangan yang berminat. Cadangan mereka sangat penting kerana perlembagaan
kemerdekaan adalah langkah yang sangat mustahak dalam sejarah Politik Melayu. Oleh
itu sambutan daripada penduduk Tanah Melayu terhadap pelawaan Suruhanjaya Reid
sangat menggalakkan. Sehingga bulan Oktober 1956, Suruhanjaya Reid menerima 131
cadangan daripada persatuan-persatuan Cina. Parti politik dan orang perseorangan.
Namun Suruhanjaya Reid menggunakan cadangan Perikatan sebagai dasar perlembagaan
merdeka Tanah Melayu kerana suruhanjaya berpendapat cadangan Perikatan itu
seimbang dan menyeluruh daripada 131 cadangan yang lain.

Suruhanjaya Reid membuat cadangannya dan diumumkan kepada orang ramai


pada Februari 1957. Antara cadangannya yang utama ialah meneruskan bentuk sistem
kerajaan Persekutuan dan negeri dengan kuasa-kuasa tertentu. Satu sistem kerakyatan
berdasarkan satu sistem jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu diadakan.
Bagi mereka yang tidak lahir di Tanah Melayu, tempoh tinggal yang pendek dijadikan
syarat kerakyatan. Di samping itu, kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan. Bagi
raja-raja Melayu pula, mereka diterima sebagai raja berpelembagaan dan seorang Yang
di-Pertuan Agong dilantik bagi Persekutuan Tanah Melayu. Bagi pentadbiran pula sebuah
parlimen dengan dua majlis mesyuarat iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat dibentuk
dengan kuasa-kuasa tertentu.

Cadangan suruhanjaya itu diterima dan dibantah oleh setengah-setengah pihak.


Antaranya persatuan Cina (Chinese Guilds) berasa tidak puas hati kerana tidak dapat
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 15

menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan Tanah melayu. Satu utusan
dihantar ke London dengan diketuai oleh Lau Pak-Kwan, Presidan MCA Perak yang
berpengaruh dalam persatuan cina, tetapi mereka tidak disokong oleh MCA pusat yang
menganggap utusan itu sebagai memecahbelahkan perpaduan orang Cina. Bagi orang
melayu pula, PAS telah mengkritik cadangan Suruhanjaya Reid itu. Pas mendapati
cadangan Suruhanjaya Reid terhadap kerakyatan tidak menjaga kepentingan orang
melayu.

Dato’ Onn pula bersetuju dengan struktur pentadbiran dan kerajaan cadangan
Suruhanjaya Reid. Ini disebabkan cadangan itu selari dengan cadangan Dato’ Onn
tentang bentuk kerajaan Tanah Melayu merdeka yang dibuatnya pada bulan Mac 1956.
kedua-duanya bersetuju pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan, mengadakan
parlimen dengan dua dewan dan perlantikan Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana
Menteri. Begitu juga dengan perlantikan seorang Yang di-Pertuan Agong bagi
Persekutuan.

Bagaimanapun, dalam soal kerakyatan, Dato’ Onn tidak bersetuju dengan


cadangan Suruhanjaya Reid. Bagi Dato’ Onn, cadangan itu terlalu longgar. Mengikut
Suruhanjaya Reid, sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu sebelum, pada dan selepas
hari kemerdekaan, layak mendapat kerakyatan itu. Suruhanjaya juga membolehkan
mereka yang lahir diluar Tanah Melayu tetapi telah tinggal selama lima tahun dan tahu
berbahasa melayu boleh mendapat kerakyatan secara kuat kuasa undang-undang dan
naturalization.
Dato’ Onn menolak kerakyatan secara jus soli terbuka. Beliau mahu jus soli Kerakyatan
Negeri 1951 yang mempunyai syarat iaitu bapa kanak-kanak itu mestilah lahir dan telah
menjadi warganegara negeri-negeri Melayu,dikekalkan. Ini terdiri daripada rakyat raja-
raja Melayu menurut syarat kerakyatan negeri yang ada sekarang, rakyat British yang
diperanakkan di mana-mana negeri Persekutuan dengan cara automatik seperti yang
diisyaratkan oleh Perjanjian Persekutuan 1948.17

17
Ramlah Adam, 2005, hlm. 344-349
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 16

13.0 Rumusan

Kemenangan pihak perikatan yang besar dalam pilihanraya tahun 1955 menggalakkan
mereka menuntut supaya Persekutuan Tanah Melayu diberi kebebasan politik yang lebih
luas lagi.18 Perlembagaan Persekutuan yang dibentuk melalui Suruhanjaya Reid menjadi
asas yang cukup penting kepada Tanah Melayu dalam mencapai Kemerdekaan. Pada
masa yang sama gabungan dan kerjasama erat antara ketiga Parti utama iaitu UMNO,
MCA dan MIC dalam Parti Perikatan menampakkan hasilnya dengan membawa balik
kejayaan menerusi rundingan menuntut kemerdekaan di London yang diketuai oleh
Tunku Abdul Rahman apabila Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada
Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

14.0 RUJUKAN

Anon. 2007. 50 Tahun Pendakian ke Puncak Emas. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan
Malaysia.

http://www.i-putra.com.my/announcement/sej_merdeka_more.htm. 14/11/2009.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid 14/11/2009

18
Tan Sri Dato’ Abdullah Ayub, 1978, hlm 34
Kerajaan dan Perlembagaan Malaysia SKSJ2153 17

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=PAM&b=FEB&m=1&t=&r=
g&i=PNP. 14/11/2009.

Ramlah Adam. 2005. Dato’ Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail & Zaini Othman. 2005. Kenegaraan
Malaysia.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Tan Sri Dato’ Abdullah Ayub. 1978. Cara Pemerintahan Tanah Melayu (1957-1963).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin bin Abdul Wahid, Khoo Kay Kim, Muhd. Yusof b. Ibrahim, Nik Hassan
Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman & Mohd Amin b. Hassan. 1992. Malaysia
Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakiah Hanum, Habibah bt. Zon, Ahmad bin Hj. Abdul Kadir & Norizam Osman. 1980.
Hari ini Dalam Sejarah. Jilid 1. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

You might also like