Internship Report (Group)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Laporan Kumpulan Internship

Pengenalan
Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya alam
sekitar kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu
dan menelaah pelajaran. Sebagai warga sekolah, kita seharusnya menjaga
kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika
persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, Hendak seribu
daya, tak hendak dalih. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang
dominan untuk menceriakan kawasan sekolah. Suasana dan persekitaran sekolah
yang bersih, ceria, cantik dan tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan
murid bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek.
Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan
menggambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga
sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi
meningkatkan mutu pendidikan. Mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan
selesa pentingnya ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Salah satu kemudahan yang terdapat di sekolah adalah taman keceriaan.
Oleh itu, taman sekolah haruslah dirancang sesuai dengan keadaan dan
penggunaan supaya ia dapat dimanfaatkan secara optimum. Taman sekolah yang
baik menpunyai unsur-unsur atau komponen taman yang tersusun dengan
Guru pelatih : * write yr own
Opsyen : * write yr own
Sekolah Internship : SK Satria Jaya
Pensyarah
pembimbing
: * write yr own
Guru pembimbing :* write yr own
Nama projek : Menghias Taman Bunga Sekolah Kebangsaan Satria
Jaya
Tempoh pelaksanaan : 7 Julai 8 Ogos 2014
mengambil kira fungsi dan nilai estetika agar dapat menyokong kelestarian alam
sekitar, bermanfaat dalam pembelajaran dan memberi keselesaan kepada warga
sekolah.
OBJEKTIF
Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan bersih, memberi
keselesaan
Memupuk nilai murni mencintai alam sekitar
Melatih guru-guru pelatih lebih peka terhadap kemudahan-kemudahan
khususnya kemudahan sudut informasi/ notis.
Melatih guru-guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan sesuatu
projek untuk pihak sekolah.
Melahirkan insan yang lebih peka terhadap tempat dan harta benda
sekolah.

Strategi pelaksanaan
Minggu 1 Perancangan projek
Perbincangan bersama mentor dan pihak pentadbiran
sekolah mengenai penetapan projek.
Lawatan guru pelatih ke tapak taman keceriaan sekolah.
Menentukan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.
Pengagihan bidang tugas mengikut cadangan
penambahbaikan yang telah ditetapkan.
Pengagihan tugas antara guru pelatih mengikut bidang tugas
yang telah disenaraikan.
Perbincangan mengenai alat-alat dan bahan-bahan yang
diperlukan.
Membuat tinjauan harga untuk bahan-bahan dan tinjuan
alatan sekolah yang diperlukan untuk menjayakan projek.
Menyediakan kertas kerja projek untuk dibentangkan kepada
guru pembimbing dan pihak pentadbiran.
Mendapatkan pengesahan daripada Guru Besar.

Minggu 2 Pelaksanaan
Antara bidang-bidang tugas yang telah ditetapkan adalah
- jawatankuasa labeling
- jawatankuasa susun atur
- jawatankuasa papan tanda
- jawatankuasa tanaman dan kebersihan
Membuat lakaran susun atur taman.
Mengeluarkan tanaman hiasan dari kawasan taman untuk
tujuan kebersihan.
Menjalankan proses pembersihan yang meliputi proses
mencabut rumput, membersihkan palsu, membuang
takungan air dan mengutip sampah di kawasan taman.
Mengagihkan tanaman hiasan yang tidak subur, mengembur
tanah tanaman hiasan yang subur dan mencantas tanaman
hiasan bagi tujuan kekemasan.
Menyusun atur tanaman hiasan mengikut lakaran yang telah
dibuat.
Tanaman hiasan disusun mengikut spesis masing-masing.
Proses mengambil gambar tanaman hiasan mengikut spesis
untuk tujuan mencari nama tempatan dan scientifik.
Minggu 3 Pelaksanaan
Membuat lakaran papan tanda taman keceriaan.
Mendapat alat-alatan daripada pihak sekolah dan membeli
bahan-bahan yang diperlukan untuk tujuan papan tanda dan
melabel nama tanaman hiasan.
Jawatankuasa-jawantankuasa tugas yang telah ditetapkan
mengagihkan tugas kepada setiap ahli.
Ahli-ahli menjalankan tugas-tugas dalam tempoh yang
ditetapkan.
Tugas-tugas yang dijalankan termasuklah:
- membuat papan tanda
- mencari nama tanaman hiasan
- melabel
- memacak label nama pada tanaman hiasan
- menyusun batu-bata
Minggu 4 Setiap jawatankuasa tugus menyemak hasil yang telah
disiapkan oleh ahli-ahli kumpulan.
Sentuhan terakhir dijalankan.
Membawa guru-guru pembimbing dan pihak pentadbir ke
tapak taman keceriaan.
Menyiapkan laporan projek.
Menghantar laparan projek untuk disemak.
Catatan: gambar diambil bagi setiap proses sebagai bukti
dan tujuan dokkumentasi.

You might also like