Dikir Barat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

DIKIR BARAT.

Dikir Barat merupakan suatu permainan tradisional yang paling


digemari oleh masyarakat Melayu Kelantan. Dikir Barat wujud dalam
kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar.
Dalam persembahan Dikir Barat, terdapat satu kumpulan yang
diketuai oleh Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan berdikir
sambil berbalas-balas pantun dan diikuti awak-awak sebagai suara
latar dengan suara yang kuat dan lantang. Awak-awak biasanya
terdiri daripada lima belas hingga tiga puluh orang.
Dikir Barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan ataupun
dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat
pada musim menuai padi dan juga majlis perkahwinan. Pertandingan
pula biasanya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan,
badan-badan kerajaan, ataupun orang-orang tertentu untuk
mengutip sumbangan. Dikir Barat merupakan permainan yang baru
jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain.
Perkembangan Dikir Barat sukar di atasi kerana sering menerima
perubahan dari segi persembahan dari semasa ke semasa mengikut
perkembangan zaman.
Dalam persembahan Dikir Barat, selalunya ada dua kumpulan yang
mengambil bahagian. Mereka akan berbalas-balas pantun untuk
sindir-menyindir tak ubah seperti orang berkelakar. Walau
bagaimanapun, hal ini bertujuan untuk hiburan sahaja.
Persembahannya adalah dalam loghat Kelantan.

You might also like