Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

- 1 -

PERJANJIAN INI diperbuat pada haribulan 2007 diantara


LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN PAHANG yang diberikan kuasa di bawah
Enakmen YAYASAN PAHANG No. 6 Tahun 1982 yang beralamat di KOMPLEKS YAYASAN
PAHANG, TANJUNG LUMPUR, 26060 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR (selepas ini
dirujuk sebagai YAYASAN PAHANG) di satu pihak dan ________________________________
(NO. SYARIKAT: _______________) sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia di bawah
Akta Syarikat, 1965 yang beralamat di _________________________________________
_________________________ (selepas ini dirujuk sebagai SYARIKAT) di satu pihak yang lain.

BAHAWASANYA:-

A. YAYASAN PAHANG telah mendapat anugerah Kawasan Konsesi Kayu Balak
daripada Kerajaan Negeri Pahang (selepas ini dirujuk sebagai Pihak Berkuasa
Negeri) dan kebenaran untuk mengeluarkan kayu balak (selepas ini dirujuk
sebagai kayu balak tersebut) di kawasan seluas lebih kuVrang +______ hektar
(lebih kurang +_____ ekar) di HUTAN SIMPAN ________ di dalam DAERAH ________
(KOMPARTMENT________) di dalam NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR (selepas ini
dirujuk sebagai Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut) seperti yang terdapat di
dalam pelan bertanda MERAH yang dilampirkan di dalam ini dan ditanda
sebagai LAMPIRAN A.

B. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa YAYASAN PAHANG akan menjual dan
SYARIKAT akan membeli kayu balak di dalam Kawasan Konsesi Kayu balak
tersebut menurut terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam ini.

C. Kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa Perjanjian ini adalah tertakluk
sentiasa kepada syarat-syarat di dalam lesen yang akan dikeluarkan oleh pihak
Pejabat Perhutanan Negeri/Daerah atau apa-apa arahan undang-undang atau
peraturan yang dikeluarkan atau akan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh
Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan.


- 2 -
ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI bahawa:-

1. Sebagai balasan kepada wang berjumlah RINGGITMALAYSIA: ________________
_________________ (RM ______________) sahaja yang telah dibayar oleh SYARIKAT
kepada YAYASAN PAHANG (selepas ini disebut sebagai Deposit cagaran
Tender) dan penerimaannya dengan ini telah diakui oleh YAYASAN PAHANG
dan sebagai sebahagian dari Bayaran Keseluruhan yang perlu dibayar oleh
SYARIKATkepada YAYASAN PAHANG berjumlah RINGGITMALAYSIA: ____________
____________________________________________________________ (RM ____________)
sahaja (selepas ini disebut sebagai Bayaran Keseluruhan), YAYASAN PAHANG
dengan ini bersetuju menjual kayu balak yang terdapat di dalam Kawasan
Konsesi Kayu Balak tersebut tertakluk kepada pematuhan SYARIKAT terhadap
terma-terma, syarat-syarat dan persetujuan yang dinyatakan selepas ini di dalam
Perjanjian ini.

2. Baki Bayaran Keseluruhan yang perlu dibayar oleh SYARIKATkepada YAYASAN
PAHANG adalah berjumlah RINGGIT MALAYSIA: _________________________
_______________________________________________________________________________
(RM _____________) sahaja (selepas ini disebut sebagai Baki Bayaran
Keseluruhan) yang merangkumi bayaran-bayaran berikut:-

Bayaran Fasa 1

(a) Harga Kawasan (Baki 80%) RM ____________
(b) Deposit Lesen RM ____________
(c) Yuran Proses RM ____________
(d) Kerja-kerja Ukur oleh J urukur Berlesen RM ____________
(e) Kerja-kerja pengesahan Sempadan RM ____________

Jumlah Fasa 1 RM ____________

Bayaran Fasa 2

(f) Deposit Kerja RM ____________

JUMLAH FASA 1 DAN 2 RM ____________

- 3 -
3. Bayaran Fasa 1 dan 2 yang berjumlah RINGGITMALAYSIA: ___________________
________________________________________________________ (RM _______________)
sahaja hendaklah dijelaskan oleh SYARIKATkepada YAYASAN PAHANG dengan
menggunakan bank deraf atas nama YAYASAN PAHANG seperti berikut:-

(a) Bayaran-bayaran yang dinyatakan dalam Fasal 2(a), (b), (c), (d) dan (e)
yang kesemuanya berjumlah RINGGIT MALAYSIA: ___________________
________________________________________________ (RM ____________)
sahaja (selepas ini disebut sebagai Bayaran Fasa 1) hendaklah
dijelaskan dalam tempoh Tiga Puluh (30) hari dari tarikh Perjanjian ini.

(b) Bayaran-bayaran yang dinyatakan dalam Fasal 2(f) yang berjumlah
RINGGIT MALAYSIA: _______________________________ (RM _________)
sahaja (selepas ini disebut sebagai Bayaran Fasa 2) hendaklah
dijelaskan oleh SYARIKAT SEBELUM lesen pembalakan ditandatangani
iaitu dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis tuntutan yang
akan dikeluarkan oleh YAYASAN PAHANG menuntut Bayaran Fasa 2
tersebut. YAYASAN PAHANG hanya akan menandatangani apa-apa
dokumen, suratikatan dan apa jua suratcara berhubung dengan Lesen
Pembalakan selepas Bayaran Fasa 2 tersebut dijelaskan sepenuhnya oleh
SYARIKAT.

4. (a) Sekiranya SYARIKAT gagal untuk menjelaskan Bayaran Fasa 1 dalam
tempoh yang ditetapkan maka YAYASAN PAHANG, boleh atas
permohonan bertulis daripada SYARIKATmelanjutkan tempoh penjelasan
Bayaran Fasa 1 tersebut selama Lima Belas (15) hari bermula dari tarikh
tamat tempoh 30 hari yang ditetapkan. Sekiranya tempoh lanjutan
tersebut di atas budibicara mutlaknya dipersetujui oleh YAYASAN
PAHANG, maka SYARIKAT hendaklah membayar kepada YAYASAN
PAHANG faedah pada kadar Sepuluh Peratus (10%) setahun dikira
atas asas harian ke atas Bayaran Fasa 1 yang belum dijelaskan sehingga
tarikh penjelasan penuh Bayaran Fasa 1 tersebut.


- 4 -
(b) Sekiranya SYARIKAT masih gagal menjelaskan Bayaran Fasa 1 tersebut
pada tarikh tamat tempoh lanjutan masa tersebut maka SYARIKAT
dianggap telah menamatkan Perjanjian ini dan Perjanjian ini akan dikira
tamat dan tidak berkuatkuasa lagi dan YAYASAN PAHANG berhak untuk
merampas keseluruhan Deposit Tender yang telah dibayar oleh SYARIKAT
kepada YAYASAN PAHANG.

(c) Apabila Perjanjian ini ditamatkan mengikut Fasal 4(b) di atas, maka
SYARIKAT tidak berhak untuk membuat apa-apa tuntutan terhadap
YAYASAN PAHANG mengenai apa pun yang berkaitan dengan Perjanjian
ini dan YAYASAN PAHANG berhak untuk menender semula kawasan
tersebut atau melupuskan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut dengan
harga dan kepada mana-mana pihak lain yang difikirkan patut oleh
YAYASAN PAHANG mengikut budibicara mutlak YAYASAN PAHANG.

(d) Sekiranya SYARIKAT gagal untuk menjelaskan Bayaran Fasa 2 dalam
tempoh yang ditetapkan maka YAYASAN PAHANG melalui budi bicara
mutlaknya berhak untuk menamatkan Perjanjian ini dan merampas
keseluruhan wang yang telah dibayar oleh SYARIKATkepada YAYASAN
PAHANG dan dalam keadaan sedemikian Perjanjian ini dikira tamat dan
tidak berkuasa lagi dan Fasal 4(c) adalah terpakai mutatis mutandis.

5. Adalah diperuntukkan dengan nyata bahawa SYARIKATmenyedari bahawa jika
sekiranya pihak Kerajaan atau Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana Pihak
Berkuasa Berkenaan menaikkan cukai dan/atau premium atau levi ke atas
pengeluaran dan/atau penjualan balak, maka SYARIKAT hendaklah
menjelaskan apa-apa kenaikan tersebut kepada YAYASAN PAHANG dan/atau
Pihak Kerajaan atau Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana Pihak Berkuasa
Berkenaan dalam masa Tujuh (7) hari dari tarikh notis yang dikeluarkan oleh
YAYASAN PAHANG atau Pihak Kerajaan atau pihak Berkuasa Negeri atau mana-
mana Pihak Berkuasa Berkenaan mengenai kenaikan tersebut mengikut mana
yang berkenaan dan jika SYARIKAT gagal berbuat demikian maka YAYASAN
PAHANG berhak untuk membatalkan Perjanjian ini mengikut Fasal 16 Perjanjian
ini.

- 5 -
6. Sekiranya penganugerahan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut dibatalkan
atau ditarik balik oleh Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana Pihak Berkuasa
Berkenaan, maka Perjanjian ini akan dianggap terbatal dengan sendirinya dan
SYARIKATtidak boleh membuat apa-apa tuntutan gantirugi terhadap YAYASAN
PAHANG melainkan atau kecuali jika dituntut secara notis bertulis YAYASAN
PAHANG hendaklah mengembalikan semua wang yang telah dibayar oleh
SYARIKAT kepada YAYASAN PAHANG tanpa sebarang faedah dalam tempoh
yang munasabah yang akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

7. Kedua-dua belah pihak dengan ini bersetuju bahawa pengiraan harga kayu
balak bagi Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut juga akan dikira berdasarkan
apa jua premium, yuran, Cukai SES atau pembayaran yang dikenakan oleh
Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan
berhubung dengan penganugerahan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut.

8. (a) Tanpa menyentuh apa-apa peruntukan di dalam Perjanjian ini SEKIRANYA
terdapat pertambahan keluasan kawasan yang ditender dengan keluasan
kawasan yang disahkan oleh Pejabat Hutan Daerah atau Pihak Berkuasa
Berkenaan maka YAYASAN PAHANG boleh atas budi bicaranya yang
mutlak memohon kepada Pejabat Hutan Daerah meminda pelan kawasan
yang telah disahkan itu supaya selari dan mengikut keluasan pelan
kawasan yang telah ditender oleh YAYASAN PAHANG.

(b) SEKIRANYA terdapat kekurangan keluasan kawasan yang ditender dengan
keluasan kawasan yang disahkan oleh Pihak Pejabat Hutan Daerah, pihak
YAYASAN PAHANG tidak akan mengganti kekurangan keluasan kawasan
tersebut dan YAYASAN PAHANG tidak akan memulangkan wang yang
telah dibayar kepada YAYASAN PAHANG.

9. SYARIKATdengan ini mengaku dan mengisytiharkan seperti berikut:-

(a) SYARIKATtelah membuat pemeriksaan dan pemerhatian di keseluruhan
Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut dan berpuashati dengan isi hutan,
jalan masuk, kontor, faktor mukabumi dan lain-lain keadaan di Kawasan
Konsesi Kayu Balak tersebut dan SYARIKATdengan itu tidak berhak untuk
- 6 -
menamatkan Perjanjian ini atau menuntut apa-apa gantirugi, pampasan
atau pengurangan harga kawasan terhadap YAYASAN PAHANG
sekiranya terdapat kekurangan atau kecacatan di dalam kawasan
tersebut.

(b) Sewaktu pemilihan permerhatian dan pemeriksaan dijalankan di
Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut, SYARIKATtelah memerhati semua
faktor mukabumi yang mungkin melibatkan kos pembalakan yang akan
ditanggung oleh SYARIKAT. SYARIKAT juga telah mengambil perhatian
dari segi pengiraan isi hutan bagi Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut
mengenai adanya kawasan mampan (buffer zone) di sepanjang sungai
dan anak sungai (jika ada). Oleh yang demikian kayu-kayu balak yang
terdapat di kawasan mampan (buffer zone) tersebut tidak boleh
ditebang, dikeluarkan atau dibalak.

(c) Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut yang ditender samada mempunyai
isi hutan yang baik atau sebaliknya atau melibatkan kawasan paya,
bekas lombong, kawasan yang telah dicerobohi (jika ada) tidak boleh
ditukar ganti. Sebarang permohonan atau rayuan untuk menukar ganti
Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut tidak akan dilayan.

(d) SYARIKAT hendaklah dikira berpuashati dengan keadaan yang ada
sekarang berhubung dengan jalan raya, jalan keretapi atau lain-lain cara
pengangkutan (jika ada) yang telah sedia ada di dalam Kawasan
Konsesi Kayu Balak tersebut dan kemudahan yang ada, kontor, risiko
terhadap kecederaan atau pun kerugian harta benda yang
berhampiran atau pun kepada penghuni di dalam harta benda tersebut
atau kepada cara mana kerja-kerja akan dijalankan, keadaan yang
akan melibatkan buruh, kemudahan untuk mendapatkan bahan-bahan
dan seterusnya terhadap semua perkara yang akan mempengaruhi
faktor serta tujuan SYARIKAT.



- 7 -
10. SYARIKATdengan ini berwaad dan berjanji untuk menangggung di atas kos dan
perbelanjaan sendiri berhubung dengan perkara-perkara tersebut:-

(a) untuk menebang, mengalih dan mengeluarkan kayu balak dari Kawasan
Konsesi Kayu Balak tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan di
dalam lesen membalak yang dikeluarkan;

(b) untuk melepaskan YAYASAN PAHANG dari sebarang liabiliti atau
tanggungan dan menanggungrugi YAYASAN PAHANG terhadap apa-
apa tuntutan pihak ketiga yang mungkin timbul berhubung dengan
penebangan, pengalihan dan pengeluaran kayu balak tersebut dan dari
sebarang kegagalan untuk mematuhi apa-apa syarat yang telah
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau Pejabat Perhutanan Negeri
atau Pihak Berkuasa Berkenaan;

(c) untuk menyediakan pelan bagi jalan balak atau matau serta apa-apa
butiran yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Berkenaan dan hendaklah
pada sepanjang masa mematuhi pelan-pelan yang diluluskan oleh Pihak
Berkuasa Berkenaan berserta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
Pihak Berkuasa Berkenaan.

(d) untuk membiayai kos dan pembayaran bagi mendapatkan permit jalan
utama sehingga ke kawasan kerja yang mana permit tersebut akan
dipohon oleh YAYASAN PAHANG bagi pihak SYARIKATdan SYARIKAT juga
hendaklah melaksanakan kerja-kerja mengawas selia dan membaik pulih
jambatan serta menanggung segala kos dan pembayaran bagi tujuan
tersebut;

(e) untuk menyediakan laporan penutupan operasi pembalakan dan
pengeluaran kayu balak dari Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut
setelah semua kerja-kerja tersebut selesai dan memajukannya kepada
YAYASAN PAHANG.


- 8 -
(f) untuk membayar kepada Pihak Berkuasa Negeri ataupun Pejabat
Perhutanan Negeri atau Daerah apa jua bayaran royalti/cukai/apa-apa
bayaran lain yang dikenakan berhubung dengan penebangan dan
pengeluaran kayu balak di dalam Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut
termasuk apa-apa bayaran yang berkaitan dengan Perjanjian ini tidak
kira samada kayu balak tersebut telahpun dikeluarkan ataupun tidak.
SYARIKAT juga hendaklah membayar dan menjelaskan semua jumlah
tunggakan royalti yang dikenakan kelak.

(g) untuk menyediakan sendiri apa-apa mesin, alat, kenderaan ataupun
jentera bagi kerja-kerja, penebangan, pengalihan ataupun pengeluaran
berhubungan dengan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut dan
SYARIKAT juga hendaklah memastikan bahawa mesin, alat, kenderaan
atau jentera yang digunakan tersebut mempunyai lesen atau permit
(sekiranya diperlukan) sebagaimana peruntukan mengikut mana-mana
Akta, Enakmen, Statut ataupun Undang-Undang Kecil yang berkuatkuasa
dari masa ke semasa dan SYARIKAT akan melepaskan dan
menanggungrugi YAYASAN PAHANG dari sebarang denda, hukuman,
penalti ataupun apa jua tuntutan yang dikenakan oleh mana-mana
Pihak Berkuasa yang berkenaan berhubung dengan kegagalan atau
ketidakpatuhan terhadap mana-mana peruntukan berhubung dengan
penggunaan mesin, alat, kenderaan ataupun jentera-jentera tersebut.

(h) di sepanjang Perjanjian ini berkuatkuasa, untuk memastikan perlindungan
melalui polisi ataupun polisi-polisi insuran, segala liabiliti (tanggungan)
untuk membayar sebarang saguhati ataupun gantirugi kepada pekerja-
pekerja yang digaji dalam menjalankan kerja-kerja penebangan dan
pengeluaran kayu balak dan/atau terhadap waris-waris mereka
berhubung dengan kemalangan ataupun kecelakaan ke atas pekerja-
pekerja tersebut dalam melaksanakan tugas ataupun kerja mereka (ini
the course of their employment) di bawah sebarang peruntukan undang-
undang ataupun di bawah Common Law untuk apa jua gantirugi
terhadap harta benda atau nyawa atau kecederaan ketika kerja-kerja
penebangan, pengalihan dan pengeluaran kayu balak tersebut.

- 9 -
(i) untuk membayar apa jua denda, penalti ataupun tuntutan yang
dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri ataupun mana-mana Pihak
Berkuasa yang berkenaan sekiranya SYARIKAT, wakil dan/atau agen
dan/atau pekerja mereka didapati melanggar apa-apa syarat ataupun
peruntukan yang dikenakan oleh mana-mana Pihak Berkuasa yang
berkenaan berhubung dengan operasi pembalakan tersebut dan dalam
melaksanakan kerja-kerja mengeluarkan Kayu Balak tersebut dan
bersetuju untuk melepaskan dan menanggungrugi YAYASAN PAHANG
ataupun wakil mereka daripada tuntutan tersebut.

TANPA MENYENTUH PERUNTUKAN di atas sekiranya SYARIKATdi denda oleh mana-
mana Pihak Berkuasa yang berkenaan berkaitan dengan apa-apa kerja
penebangan, pengalihan, pengeluaran, penjualan kayu balak tersebut dengan
jumlah wang yang tertentu maka SYARIKAT hendaklah membayar kepada
YAYASAN PAHANG bayaran sebanyak Tiga (3) kali ganda jumlah denda yang
dikenakan oleh mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan berkaitan dengan
perlanggaran tersebut dan hendaklah dibayar kepada YAYASAN PAHANG
dalam tempoh Tujuh (7) hari dari tarikh tuntutan oleh YAYASAN PAHANG.

(j) untuk mengadakan langkah-langkah perlu untuk mengelakkan dan untuk
tidak membenarkan atau membiarkan perkara-perkara berikut:-

(i) menjalankan operasi pembalakan di luar Kawasan Konsesi Kayu
Balak tersebut; atau

(ii) menebang/mengeluarkan kayu balak yang tidak dibenarkan
oleh Pihak Pejabat Perhutanan Negeri atau Daerah ataupun
mana-mana Pihak yang berkuasa Berkenaan; atau

(iii) mencuri/mengambil secara haram kayu balak di luar Kawasan
Konsesi Kayu Balak tersebut/buffer zone;

dan jika sekiranya SYARIKATmelanggar syarat-syarat tersebut, SYARIKAT
hendaklah bertanggungan terhadap gantirugi dan terhadap kecurian
kayu balak di luar Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut ataupun
- 10 -
penebangan/pengeluaran kayu balak yang tidak dibenarkan dan
SYARIKATjuga hendaklah melepaskan dan menanggungrugi YAYASAN
PAHANG dari segala denda, penalti, prosiding, tindakan, tuntutan dan
liabiliti tersebut.

(k) untuk menanggung dan membayar kesemua kos serta
perbelanjaan konsultan yang dilantik oleh YAYASAN PAHANG bagi
memantau dan mengawal selia kerja-kerja penyediaan jalan
balak atau matau dan penebangan pokok serta pengeluaran
kayu dari kawasan konsesi balak tersebut.

(l) untuk menanggung dan membayar kesemua kos serta
perbelanjaan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri
ataupun pihak Pejabat Perhutanan Negeri atau Daerah ataupun
mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan berhubung dengan
penganugerahan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut.

(m) SYARIKATdengan ini bersetuju dan mengakui bahawa SYARIKAT
akan sentiasa mematuhi apa-apa arahan, peraturan dan/atau
undang-undang yang akan dikeluarkan oleh YAYASAN PAHANG
atau mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan dari masa ke
semasa berhubung dengan apa-apa perkara yang berkaitan
dengan kerja-kerja pembalakan atau apa-apa peruntukan yang
dinyatakan di dalam Perjanjian ini dari masa ke semasa.

11. TERTAKLUK sentiasa kepada pematuhan oleh SYARIKAT akan terma-terma dan
syarat perjanjian ini, YAYASAN PAHANG dengan ini berwaad dan berjanji
dengan SYARIKAT, di atas kos dan perbelanjaan SYARIKATsendiri untuk:-

(a) Menandatangani apa-apa dokumen, suratikatan dan apa jua suratcara
berhubung dengan lesen pembalakan ataupun sub-lesen kepada
SYARIKATdan melantik SYARIKATsebagai kontraktor penebangan bagi
Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut tertakluk sentiasa kepada Fasal 3(b)
Perjanjian ini.

- 11 -
(b) untuk membantu SYARIKATmendapatkan sebarang jalan masuk (access
road) untuk kegunaan SYARIKAT sekiranya SYARIKAT tidak boleh
mendapatkan mana-mana laluan masuk atau keluar dari Kawasan
Konsesi Kayu Balak tersebut dengan kos dan perbelanjaan yang
ditanggung sepenuhnya oleh PIHAK SYARIKAT.

12. Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju bahawa:-

(a) Harga yang telah ditetapkan tersebut adalah bagi kesemua dan apa jua
jenis (species) kayu balak yang berada di dalam Kawasan Konsesi Kayu
Balak tersebut serta yang dibenarkan untuk dibawa keluar dari Kawasan
Konsesi Balak tersebut dan mana-mana pihak tidak boleh membuat
tuntutan kepada pihak satu lagi berhubung dengan jumlah, serta kualiti,
terhadap berat (tonnage) dan/atau jenis-jenisnya (species) yang
dibenarkan untuk ditebang dan/atau dibawa keluar dari Kawasan
Konsesi Kayu balak tersebut.

(b) SYARIKAT hendaklah memulakan kerja-kerja pembalakan di Kawasan
Konsesi Kayu Balak tersebut dalam tempoh Empat Belas (14) hari dari
tarikh penerimaan lesen pembalakan dari YAYASAN PAHANG atau
Pejabat Perhutanan Negeri Pahang dan kerja-kerja tersebut hendaklah
diselesaikan di dalam tempoh satu (1) tahun seperti yang dinyatakan
didalam lesen pembalakan tersebut. Sekiranya SYARIKAT gagal
menyiapkan dan menyelesaikan kerja-kerja tersebut dalam tempoh yang
ditetapkan tanpa apa-apa sebab yang munasabah menurut arahan
atau peraturan yang dinyatakan oleh YAYASAN PAHANG maka
YAYASAN PAHANG tidak akan bertanggungjawab untuk memohon bagi
memperbaharui lesen pembalakan dari Pejabat Perhutanan Negeri
Pahang bagi SYARIKAT.

(c) sekiranya YAYASAN PAHANG mengambil keputusan untuk
menandatangani apa jua dokumen, suratcara ataupun suratikatan
berhubung dengan permohonan perlanjutan masa ataupun
pembaharuan mana-mana permit ataupun lesen sebagaimana yang
diperlukan oleh mana-mana Pihak Berkuasa Negeri bagi SYARIKATdan
- 12 -
jika sekiranya perlanjutan masa ataupun pembaharuan tersebut tidak
dapat diperolehi maka YAYASAN PAHANG tidaklah boleh
dipertanggungjawabkan bagi penolakan tersebut.

(d) SYARIKAT hendaklah mempunyai hak mutlak serta kebebasan untuk
menjual kayu balak tersebut kepada mana-mana pihak menurut syarat-
syarat serta terma-terma yang akan diputuskan oleh SYARIKATmenurut
budibicara SYARIKAT dan YAYASAN PAHANG tidak boleh mencampuri
urusan jual beli tersebut tetapi SYARIKAT hendaklah
melepaskan/menanggungrugi (indemnify) YAYASAN PAHANG terhadap
apa jua liabiliti berhubung dengan penjualan tersebut, dan ianya tidaklah
melepaskan SYARIKAT dari mematuhi apa-apa tanggungan,
tanggungjawab atau apa-apa obligasi SYARIKAT sebagaimana yang
diperuntukkan di bawah Perjanjian ini.

13. (a) YAYASAN PAHANG berhak untuk membuat potongan-potongan berikut
dari Deposit Kerja yang dibayar oleh SYARIKAT:-

(i) apa-apa bayaran yang berkaitan dengan Perjanjian ini yang
perlu dibayar dan/atau yang dikenakan terhdap SYARIKAT
termasuklah bayaran bagi Penyata Penutupan Kerja dan
sebagainya;

(ii) bayaran bagi setiap penggunaan helikopter tersebut berkaitan
dengan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut; dan

(iii) bayaran melaksanakan kerja-kerja tanam semula di dalam
Kawasan Konsesi Balak tersebut.

(b) YAYASAN PAHANG berhak untuk menuntut bayaran tambahan daripada
SYARIKAT sekiranya bayaran-bayaran yang dinyatakan didalam Fasal
13(a)(i), (ii) dan (iii) Perjanjian ini melebihi dari wang deposit kerja.


- 13 -
(c) YAYASAN PAHANG mempunyai budi bicara untuk mendahulukan
bayaran tambahan dan bayaran tambahan yang didahulukan oleh
YAYASAN PAHANG tersebut adalah dikira sebagai hutang oleh SYARIKAT
kepada YAYASAN PAHANG dan haruslah dibayar dalam tempoh 14 hari
dari tarikh surat tuntutan YAYASAN PAHANG.

(d) Sekiranya SYARIKATgagal menjelaskan bayaran tambahan yang dituntut
oleh YAYASAN PAHANG dalam tempoh 14 hari tersebut, maka SYARIKAT
hendaklah menjelaskan bayaran tambahan tersebut berserta faedah
pada kadar 10% setahun dikira atas kiraan harian ke atas baki bayaran
tambahan yang belum dijelaskan dikira dari tarikh tamat tempoh 14 hari
dari tarikh surat tuntutan sehingga tarikh penjelasan penuh baki bayaran
tambahan.

14. Deposit Kerja dan Deposit Lesen akan dipulangkan kepada SYARIKAT setelah
potongan-potongan yang dinyatakan dalam Fasal 13 Perjanjian ini dibuat tanpa
sebarang faedah, tertakluk sentiasa kepada syarat-syarat berikut:-

(a) Laporan Penyata Penutupan Kerja telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa
Berkenaan;

(b) Wang Deposit deposit tersebut telah dikembalikan oleh Pihak Berkuasa
Berkenaan kepada YAYASAN PAHANG; dan

(c) SYARIKAT hendaklah menuntut Deposit-Deposit tersebut secara bertulis
dalam masa Tiga (3) bulan dari tarikh Laporan Penyata Penutupan Kerja
dikeluarkan.

Sekiranya SYARIKATgagal membuat tuntutan tersebut di dalam tempoh yang
ditetapkan maka Deposit-Deposit tersebut akan dianggap hangus dan
dilupuskan oleh YAYASAN PAHANG dan SYARIKAT adalah tidak berhak untuk
menuntut apa-apa lagi daripada YAYASAN PAHANG selepas tempoh tersebut.


- 14 -
15. J ika sekiranya Laporan Penyata Penutupan Kerja yang telah disediakan oleh
SYARIKAT dan dimajukan kepada YAYASAN PAHANG, setelah disemak dan
diselidiki oleh YAYASAN PAHANG didapati ianya tidak benar atau dibuat secara
palsu atau melalui keterangan palsu, maka SYARIKAT hendaklah
bertanggungjawab ke atas Laporan tersebut dan hendaklah membayar
gantirugi khas kepada YAYASAN PAHANG iaitu jumlah wang yang bersamaan
dengan jumlah Deposit Kerja yang dinyatakan di dalam Fasal 2(e) Perjanjian ini
dan gantirugi khas ini hendaklah dibayar dalam masa Tujuh (7) hari dari tarikh
notis yang akan dikeluarkan oleh YAYASAN PAHANG menuntut gantirugi khas
tersebut.

16. (a) Sekiranya SYARIKAT:-

(i) gagal, enggan dan/atau abai untuk membayar apa jua denda,
penalti, kompaun, tuntutan ataupun apa jua tanggungan atau
untuk melepaskan (indemnify) YAYASAN PAHANG berhubung
dengan Perjanjian ini; atau

(ii) gagal, enggan dan/atau abai untuk membuat mana-mana
bayaran seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian ini dalam
masa yang telah ditetapkan; atau

(iii) tindakan kebankrapan di ambil terhadap mana-mana Pengarah
SYARIKATataupun jika SYARIKATadalah sebuah perniagaan atau
perkongsian tindakan kebankrapan di ambil terhadap mana-
mana pemilik perniagaan itu atau mana-mana rakan kongsi
perniagaan atau tindakan penggulungan syarikat di ambil
terhadap SYARIKATtermasuklah diperingkat petisyen; atau

(iv) gagal untuk menjelaskan Bayaran Keseluruhan menurut syarat
yang diperuntukkan di dalam Fasal 3 dan Fasal 4(a) atau Fasal 5
Perjanjian ini; atau

(v) gagal atau enggan mematuhi apa-apa arahan atau peraturan
yang dikeluarkan oleh YAYASAN PAHANG atau Pihak Berkuasa
- 15 -
Negeri atau mana-mana Pihak Berkuasa yang berkenaan
terhadap SYARIKATdari masa ke semasa; atau

(vi) gagal atau enggan atau engkar untuk mematuhi mana-mana
atau salah satu dari syarat-syarat yang diperuntukkan di dalam
Perjanjian ini;

MAKA YAYASAN PAHANG berhak untuk menamatkan Perjanjian ini dan
boleh melupuskan apa-apa wang yang telah dibayar oleh SYARIKAT
kepada YAYASAN PAHANG di bawah Perjanjian ini dengan memberikan
satu Notis bertulis kepada SYARIKAT berkenaan dengan penamatan
Pejanjian ini dan perlupusan wang tersebut.

(b) J ika penamatan menurut peruntukan di atas dibuat, maka SYARIKATtidak
berhak untuk mendapatkan balik apa jua deposit, wang pendahuluan
ataupun pembayaran yang telah dibuat ataupun didahulukan kepada
YAYASAN PAHANG sebelum penamatan tersebut DAN SYARIKAT
hendaklah secara aman menyerahkan kembali Kawasan Konsesi Kayu
Balak tersebut kepada YAYASAN PAHANG.

(c) Selepas penamatan Perjanjian ini YAYASAN PAHANG berhak untuk
melupuskan Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut kepada mana-mana
pihak mengikut apa-apa terma dan syarat-syarat yang difikirkan wajar
menurut budibicara mutlak YAYASAN PAHANG dan SYARIKAT tidak
mempunyai apa-apa hak untuk membuat apa-apa tuntutan terhadap
YAYASAN PAHANG.

17. (a) Tanpa menjejaskan hak YAYASAN PAHANG untuk menamatkan Perjanjian
ini menurut peruntukan di bawah Fasal 16 Perjanjian ini, YAYASAN
PAHANG di atas budibicara mutlaknya berhak untuk melanjutkan tempoh
masa bagi SYARIKAT menjelaskan Bayaran Fasa 2 yang dinyatakan
dalam Fasal 3(b) Perjanjian ini dan bayaran denda yang dinyatakan
didalam Fasal 10(i) dan Fasal 15 Perjanjian ini selama tempoh Empat
Belas (14) hari yang akan bermula dari tarikh tamat tempoh notis di
dalam Fasal 4(b), Fasal 10(i) dan Fasal 15 tersebut.
- 16 -

(b) Sebagai balasan untuk tempoh lanjutan tersebut SYARIKAT hendaklah
membayar kepada YAYASAN PAHANG faedah pada kadar Sepuluh
Peratus (10%) setahun dikira atas asas harian ke atas bayaran-bayaran
tersebut yang belum dijelaskan sehingga tarikh penjelasan penuh
bayaran-bayaran tersebut;

(c) Sekiranya SYARIKAT masih gagal menjelaskan bayaran tersebut pada
tarikh tamat tempoh lanjutan masa tersebut maka YAYASAN PAHANG
berhak di atas budibicara mutlaknya menamatkan Perjanjian ini dan
melupuskan mana-mana wang yang telah dibayar oleh SYARIKAT
dengan memberikan satu Notis bertulis kepada SYARIKAT berkenaan
dengan penamatan Perjanjian ini dan pelupusan wang tersebut dan
Fasal 16(c) akan berkuatkuasa mutatis mutandis.

18. (a) Apa-apa Notis bertulis yang perlu diserahkan oleh mana-mana pihak
kepada pihak yang satu lagi menurut apa-apa peruntukan di dalam
Perjanjian ini hendaklah dihantar ke alamat terakhir yang diketahui pihak
yang lagi satu dengan pos berdaftar ataupun ditinggalkan di alamat
terakhir tersebut dengan tangan.

(b) Notis yang dihantar dianggap telah diserahkan atau berkuatkuasa pada
masa:-

(i) J ika dihantar melalui surat pos berdaftar, pada masa bila surat
berdaftar itu boleh disampaikan mengikut perjalanan biasa pos;
atau

(ii) jika diberi oleh satu pihak kepada pihak yang satu lagi dengan
tangan pada masa penyampaian itu.

(c) Apa jua pertukaran alamat oleh mana-mana satu pihak hendaklah
diberitahu kepada pihak yang satu lagi.

- 17 -
19. Segala kos dan perbelanjaan berhubung dengan penyediaan serta
penyempurnaan Perjanjian ini termasuk bayaran setem dan bayaran guaman
akan ditanggung serta dibayar serta merta kepada Peguamcara yang
menyediakan Perjanjian ini oleh SYARIKAT.

20. Masa hendaklah menjadi pati penting kontrak berhubung dengan segala
peruntukan di dalam Perjanjian ini.

21. Perjanjian ini akan mengikat mana-mana waris, wakil-wakil, Pentadbir, pengganti
serta penerima serahak pada kedua-dua pihak Perjanjian ini.

22. Segala cukai yang dikenakan berhubung dengan Perjanjian ini akan ditanggung
serta dijelaskan sepenuhnya oleh SYARIKAT.

23. YAYASAN PAHANG melalui agennya atau kakitangannya samada sendiri atau
bersama-sama dengan kakitangan Pejabat Hutan Negeri atau Daerah atau
mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan boleh memasuki kawasan
pembalakan atau matau bagi kawasan pembalakan tersebut pada bila-bila
masa dan memeriksa samada pihak SYARIKAT atau pekerjanya atau
kontaktornya atau agennya telah melakukan apa-apa perbuatan yang
bertentangan dengan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam lesen
pembalakan atau melanggar apa-apa syarat atau peraturan yang ditetapkan
dari masa ke semasa oleh mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan
termasuklah Pejabat Hutan Negeri atau daerah dan sekiranya YAYASAN PAHANG
mendapati hal yang demikian itu, YAYASAN PAHANG berhak untuk mengambil
apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai munasabah oleh YAYASAN PAHANG
termasuklah tetapi tidak terhad kepada mengenakan denda dan/atau
menamatkan ini.

24. J ika berlaku sebarang pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak
berkaitan dengan Perjanjian ini yang mana persetujuan tidak dapat dicapai
dengan apa jua cara sekalipun, maka perkara tersebut hendaklah dirujuk
kepada Timbangtara yang dipersetujui menurut Akta Timbangtara (Arbitration
Act) 1992.

- 18 -
25. Perkataan Pihak Berkuasa Berkenaan yang terdapat di dalam Perjanjian ini
hendaklah ditafsir dan diertikan sebagai mana-mana Pihak Pejabat Hutan
Daerah atau Pejabat Perhutanan Negeri Pahang atau Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri atau mana-mana pihak berkuasa termasuklah pihak Kerajaan yang
mempunyai kuasa untuk memutuskan atau menentukan apa-apa peraturan,
arahan-arahan atau keputusan berkaitan dengan kerja-kerja pembalakan di
dalam Kawasan Konsesi Kayu Balak tersebut termasuklah segala urusan yang
berhubung dengan Perjanjian ini.

26. Sekiranya mana-mana satu atau lebih syarat, waad atau peruntukan dalam
Perjanjian ini di atas apa-apa sebab sekalipun diputuskan sebagai tidak sah,
menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan di bawah undang-
undang yang mempunyai bidangkuasa ke atas Perjanjian ini atau
perlaksanaannya, maka keputusan itu tidak akan membabitkan syarat-syarat,
waad-waad atau peruntukan-peruntukan lain dalam Perjanjian ini dan Perjanjian
ini akan ditafsirkan seolah-olah syarat, waad atau peruntukan yang diputuskan
tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan itu tidak
pernah terkandung di dalam Perjanjian ini dan mana-mana syarat, waad atau
peruntukan lain yang terdapat di dalam Perjanjian ini adalah masih terpakai dan
berkuatkuasa.

27. SYARIKAT dengan ini bersetuju akan menanggungrugi dan sentiasa
menanggungrugi sepenuhnya YAYASAN PAHANG dari segala tuntutan, tindakan,
prosiding atau apa-apa bentuk tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak
terhadap YAYASAN PAHANG berkaitan dengan Perjanjian ini.

28. Tiada apa-apa peruntukan samada secara nyata atau tersirat yang
diperuntukkan di dalam Perjanjian ini yang boleh dianggap mewujudkan
perjanjian rakan kongsi atau menimbulkan hubungan prinsipal dan agen di
antara YAYASAN PAHANG dan SYARIKAT.

29. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa Perjanjian ini mula berkuatkuasa pada tarikh
seperti yang dinyatakan dalam Mukadimah Perjanjian ini tanpa menghiraukan
tarikh berbeza di mana kedua-dua pihak telah menandatangani Perjanjian ini.

- 19 -
30. Pengetahuan atau akuiesens oleh mana-mana pihak di sini berkaitan atau di
dalam apa-apa perlanggaran mana-mana syarat, waad atau peruntukan di
dalam Perjanjian ini tidak menjadi atau tidak dikira sebagai satu pengenepian
syarat-syarat, waad-waad atau peruntukan-peruntukan atau mana-mana di
antaranya dan tanpa menghiraukan pengetahuan atau akuisens tersebut tiap-
tiap pihak disini berhak untuk menguatkuasakan hak-haknya di bawah Perjanjian
ini dan memerlukan pematuhannya secara mutlak oleh pihak yang satu lagi
terhadap syarat-syarat, waad-waad dan peruntukan-peruntukan Perjanjian ini.

31. Perjanjian ini tertakluk kepada undang-undang negara Malaysia.

32. Segala terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam KENYATAAN
TAWARAN TENDER (selepas ini disebut sebagai Kenyataan Tawaran Tender)
yang dilampirkan didalam ini dan ditanda sebagai LAMPIRAN B dan SURAT
TAWARAN bertarikh _____________ (selepas ini disebut sebagai Surat Tawaran)
yang dilampirkan di dalam ini dan ditanda sebagai LAMPIRAN C termasuk
semua ubahan, tambahan atau pindaan-pindaan yang dibuat ke atas Surat
Tawaran tersebut hendaklah diambil dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian
dari Perjanjian ini dan jika terdapat apa-apa percanggahan di antara terma-
terma dan syarat-syarat didalam Surat Tawaran dan Perjanjian, maka terma-
terma dan syarat-syarat di dalam Perjanjian ini terpakai.

33. Dalam Perjanjian ini jika konteksnya mengkehendaki sedemikian:-

(a) perkataan-perkataan yang membawa erti gender maskulin hendaklah
dianggap dan dikira termasuk gender feminine dan neuter dan bilangan
tunggal termasuklah bilangan banyak dan sebaliknya;

(b) Segala rujukan kepada Lampiran, Fasal, Sub-fasal dan Perenggan adalah
rujukan kepada Lampiran, Fasal, Sub-fasal dan Perenggan yang
terkandung di dalam Perjanjian ini.

(c) Segala rujukan kepada mana-mana dokumen dianggap meliputi rujukan
kepada dokumen tersebut yang telah diubah, dipinda atau diganti dari
masa ke semasa.

- 20 -
(d) Segala rujukan kepada peruntukan mana-mana perundangan dianggap
meliputi rujukan kepada pindaan statutori dan enakmen semula
perundangan tersebut.

(e) Segala Lampiran kepada Perjanjian ini akan diambil kira, dibaca dan
ditaksirkan sebagai sebahagian Perjanjian ini.

(f) Perkataan yang digunakan untuk orang sebenar meliputi mana-mana
pertubuhan, syarikat, perbadanan, firma atau rakan kongsi, samada yang
diperbadankan atau tidak dan vice versa.

(g) Segala rujukan kepada hari bekerja bermaksud hari di mana YAYASAN
PAHANG bekerja dan orang awam dibenarkan untuk berurusan.

(h) Satu tempoh hari dari terjadinya sesuatu perkara akan dianggap meliputi
hari berlakunya perkara itu atau perkara ini dilakukan dan jika hari terakhir
tempoh itu adalah hari minggu atau cuti umum (selepas ini disebut
sebagai hari yang dikecualikan) maka tempoh hari ini akan meliputi hari
selepas hari yang dikecualikan tersebut yang juga bukan hari yang
dikecualikan.















- 21 -

PADA MENYAKSIKAN PERKARA DI ATAS, kedua-dua pihak kepada Perjanjian ini telah
menurunkan tandatangan dan meteri mereka pada hari dan tahun yang tertera di atas.



Ditandatangani dan dimeterai )
oleh LEMBAGA PEMEGANG )
AMANAH YAYASAN PAHANG )
di hadapan:- )
..
AHLI LEMBAGA






..
AHLI LEMBAGA



Ditandatangani oleh )
untuk dan bagi pihak SYARIKAT )
______________________________ )
(NO. SYARIKAT: _____________) )
dihadapan:- )






. .
PENGARAH PENGARAH / SETIAUSAHA


Nama : ______________________ Nama : ______________________
NO. K/P : ______________________ NO. K/P : ______________________

You might also like