Syaratkoir

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

Page 1

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
PERTANDINGAN KOIR
MAKSAK JPS MALAYSIA


1. PENDAHULUAN
Koir merupakan salah satu cabang di dalam aktiviti yang melibatkan muzik.
Muzik pula adalah sebahagian daripada aktiviti rekreasi atau kesenggangan
yang mana ia dapat membantu di dalam pengurusan stress.

Muzik juga dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti dan
sahsiah diri yang merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi,
estetika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai
penggerak minta untuk berfikir dengan lebih ke arah peningkatan diri,
komitmen, disiplin dan keyakinan diri yang tinggi.

2. OBJEKTIF
2.1 Mempelbagaikan aktiviti di dalam program-program MAKSAK selain
dari sukan;
2.2 Memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai JPS tentang
kelebihan dan keseronokan koir yang sebenar;
2.3 Mencungkil bakat, kreativiti, memperkembangkan daya komunikasi
dan interaksi dikalangan pegawai JPS melalui persembahan;
2.4 Menggalakkan pegawai untuk terlibat dalam aktiviti muzik selain
daripada aktiviti sukan; dan
2.5 Memupuk disiplin, mengeratkan silaturrahim, semangat muhibbah
dan kerjasama di kalangan kakitangan JPS.

3. CADANGAN TARIKH
3.1 19 Jun 2012 (Selasa)



Page 2


4. CADANGAN TEMPAT
4.1 Auditorium, Dewan Jubli Perak Abdul Aziz, Shah Alam

5. TEMA
5.1 Lagu Pertama (Wajib) Lagu JPS (Jayakan Perkhidmatan Sempurna)
5.2 Lagu Kedua (Pilihan) Lagu seperti yang disenarai di Lampiran A

6. PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN
6.1 Penyertaan

6.1.1 Terbuka kepada ibu pejabat JPS Malaysia dan semua JPS
Negeri.
6.1.2 Setiap Negeri/Bahagian boleh menghantar penyertaan
maksimum 2 kumpulan, minimum 1 kumpulan.
6.1.3 Jumlah ahli kumpulan hendaklah tidak melebihi 25 orang
termasuk konduktor, pemain muzik iringan dan pembantu
muzik( jika ada).
6.1.4 Peserta mestilah terdiri daripada kakitangan yang bekerja di
Jabatan Pengairan Dan Saliran sahaja (Tetap/Kontrak/Sambilan)
tetapi dikecuali kepada konduktor dan pemain muzik iringan
(jika ada).
6.1.5 Sesebuah kumpulan koir hendaklah terdiri daripada koir suara
campuran (mixed voice choir) atau koir suara lelaki/perempuan
sahaja (male/female voice choir).
6.1.6 Yuran penyertaan : RM 500/kumpulan
6.1.7 Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang
penyertaan. Borang penyertaan boleh didapati daripada Laman
Web Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor
www.water.selangor.gov.my atau di alamat berikut :-
Tingkat 5, Blok Podium Selatan,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40626 Shah Alam, Selangor
Telefon : 03 5521 2204/2207

Page 3



6.2 Format Pertandingan
6.2.1 Masa yang diperuntukkan keseluruhan adalah selama 15 minit
bagi setiap kumpulan.
6.2.2 Persembahan lagu hendaklah secara homophonic/polyphonic
atau gabungan kedua-duanya.
6.2.3 Pakaian bagi kumpulan koir lelaki/perempuan mestilah seragam
dan kemas.

(Note: Homophonic ialah lapisan-lapisan suara bergerak secara in-step antara satu
dengan lain manakala polyphonic ialah lapisan-lapisan suara yang mempamerkan
ritma secara sendirian)

6.3 Muzik Iringan
6.3.1 Persembahan Koir boleh diiringi dengan iringan muzik secara
minus-one atau dimainkan secara live atau gabungan kedua-
duanya.
6.3.2 Hanya satu jenis penggunaan alat muzik sahaja dibenarkan
termasuk piano, keyboard atau gitar
6.3.3 Alat muzik iringan hendaklah dimainkan secara live oleh
seorang pemuzik.
6.3.4 Persembahan secara Acapella adalah dibenarkan.
6.3.5 Pemilihan lagu boleh dibuat secara Medley


6.4 Pembatalan Penyertaan
6.4.1 Peserta hendaklah melaporkan diri dimeja urusetia
pertandingan bermula jam 7.30 pagi.
6.4.2 15 minit sebelum pertandingan bermula akan diberikan kepada
semua pasukan. Jika mana-mana pasukan yang tidak dapat
hadir maka penyertaan akan terbatal dan dikira menarik diri
daripada pertandingan.
6.4.3 Pertandingan akan bermula jam 9.00 pagi.


Page 4




6.5 Penghakiman /Permarkahan
6.5.1 Urusetia berhak menolak sebarang penyertaan yang melanggar
peraturan dan mengubah sebarang syarat yang dirasakan perlu
dari masa ke semasa.
6.5.2 Panel Juri akan dilantik oleh pihak penganjur dan keputusan Juri
adalah MUKTAMAD.

6.5.3 Penilaian adalah berdasarkan kepada aspek:
Harmoni
Dinamik
Intonasi (tone colour/pitching)
Attack/Release (tempo/stability)
Sebutan
Ketrampilan



6.6 Hadiah dan Cenderamata
6.6.1 Keputusan akan diumumkan pada hari pertandingan.
6.6.2 Upacara penyampaian hadiah akan dijalankan bersama Majlis
Penutup di akhir pertandingan.
6.6.3 Hadiah-hadiah adalah seperti berikut:

Johan
i. Piala Pusingan
ii. Piala Iringan
iii. Wang Tunai RM 1,500.00
iv. Sijil Penyertaan




Page 5




Naib Johan
i. Plaque
ii. Wang Tunai RM 1,000.00
iii. Sijil Penyertaan

Tempat ke-3
i. Plaque
ii. Wang Tunai RM 750.00
iii. Sijil Penyertaan

Hadiah Saguhati
i) Sijil Penyertaan
.

7. PENUTUP

Diharapkan semoga pertandingan ini dapat dijalankan dengan lancar dan
berjaya. Melalui pertandingan ini juga diharapkan semoga JPS dapat
melahirkan insan yang berdaya saing, berfikiran kreatif dan positif
seterusnya dapat membentuk pegawai yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.











Page 6




Lampiran A

SENARAI LAGU PILIHAN

Senarai Lagu Patriotik:

1. Nyalakan Tekad
2. Dirgahayu Tanah Airku
3. Malaysiaku Gemilang
4. Keranamu Malaysia
5. Warisan (Sudirman)
6. Bahtera Merdeka
7. Perwira (Saloma)


Senarai Lagu Bebas:

1. Ayat-Ayat Cinta (Rossa)
2. Tanya Sama Itu Hud-Hud (M. Nasir)
3. Joget Kenangan Manis (Sudirman)
4. Gemuruh (Faizal Tahir)
5. Gemilang (Jaclyn Victor)
6. Hijau (Zainal Abidin)
7. Terukir Di Bintang (Yuna)
8. Tari Tualang Tiga (Filem Semerah Padi)
9. Memori Tercipta (Shila Amzah)

You might also like