Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

KEPERLUAN PEMBINAAN ASRAMA DESA SK BATU TININGKANG

1.0 PENDAHULUAN

SK. Batu Tiningkang Tenom terletak di kawasan luar bandar sejauh 30 km dari pekan Tenom.
Sekolah ini ditubuhkan dalam tahun 1965. Majoriti daripada murid-murid sekolah ini adalah
berbangsa murut. Pada tahun 2012 bilangan murid yang bersekolah di SK Batu Tiningkang ialah
seramai 234 orang terdiri daripada murid pra sekolah hingga murid tahun 6. 99% daripada murid
sekolah ini terdiri daripada anak-anak penoreh, peneroka dan pekerja Lembaga Industri Getah
Lagud Seberang Tenom (LIGS), selebihnya pula adalah anak-anak penduduk Kg. Batu
Tiningkang dan anak-anak guru.

Pada masa ini, murid-murid yang bersekolah di sekolah ini berasal daripada Skim Penempatan
Getah Lagud Seberang (LIGS), Kg. Batu Tiningkang dan Kg. Menining. Skim Penempatan
Getah Lagud Seberang terdiri daripada sembilan blok. Murid-murid yang tinggal di blok satu
hingga blok lima tidak mempunyai masalah untuk datang ke sekolah kerana jarak tempat tinggal
mereka tidak jauh dari sekolah iaitu sekitar 1 kilometer hingga 2 kilometer sahaja. Murid-murid
dari blok 1 hingga blok 5 menggunakan bas mini yang disewa untuk datang ke sekolah ataupun
dihantar oleh ibubapa meraka, dan ada juga murid yang berjalan kaki sahaja ke sekolah.

Apa yang menjadi masalah disini adalah kedatangan murid-murid yang tinggal di blok 6 hingga
blok 9. Murid-murid ini terpaksa tinggal bersama ibubapa mereka yang bekerja sebagai penoreh
di blok 6 hingga blok 9 iaitu jarak dari sekolah melebihi 15 kilometer. Melalui tinjauan dan kaji
selidik yang dibuat serta perbincangan bersama ibubapa, masalah utama yang dihadapi oleh
murid-murid untuk datang ke sekolah ialah faktor pengangkutan dan keadaan jalan. Walaupun
pihak LIGS ada menyediakan pengangkutan, namun sekiranya musim hujan kenderaan yang
disediakan tidak dapat menghantar murid-murid ke sekolah kerana faktor jalan yang licin dan
tidak selamat.

Pihak sekolah sangat memandang serius masalah ini kerana melibatkan masa depan anak-anak
yang bersekolah di SK Batu Tiningkang. Pihak sekolah telah mengadakan beberapa mesyuarat
bersama ibubapa berhubung masalah ini dan semua pihak mengharapkan agar ada satu
penyelesaian yang boleh mengatasi masalah ini supaya murid-murid ini dapat hadir ke sekolah
dengan selamat. Pihak sekolah memohon pembinaan Asrama Desa untuk menempatkan murid-
murid ini supaya mereka selesa dan mudah untuk datang ke sekolah. Cadangan ini telahpun
dibangkitkan beberapa tahun lepas melalui mesyuarat guru dan PIBG sekolah namun hasrat ini
belum menjadi kenyataan sehingga kini.

2.0 MATLAMAT PEMBINAAN ASRAMA DESA

Matlamat utama pembinaan Asrama Desa ini ialah:
1. Memberi keselesan kepada murid untuk datang ke sekolah.
2. Murid dapat datang setiap hari persekolahan dan tidak ketinggalan dalam pelajaran.
3. Keselamatan murid lebih terjamin.
4. Dapat memupuk nilai berdikari dalam diri setiap murid.
5. Peratus kehadiran dapat ditingkatkan.
6. Mengelakkan keciciran murid.
7. Keprihatinan terhadap keperluan seorang murid.


3.0 FAKTOR UTAMA KEPERLUAN ASRAMA DESA DIWUJUDKAN

1. Masalah Ketidak hadiran murid LIGS yang tinggal di blok 6 hingga 9.

Faktor ketidak hadiran murid LIGS yang tinggal di blok 6 dan blok 9 merupakan
penyumbang utama peratusan kedatangan ke sekolah yang rendah. Pada tahun 2011
hanya 87.22 peratus kedatangan murid ke sekolah dan pada tahun 2012 ialah 83.05
peratus sahaja.

2. Masalah yang dihadapi oleh murid ke sekolah yang tinggal di blok 6 hingga blok 9.

i. Kenderaan
- Hanya kenderaan pacuan empat roda yang dikhaskan untuk mengambil murid
setiap hari persekolahan dan sekiranya kenderaan rosak murid tidak dapat
datang ke sekolah.
- Kenderaan yang digunakan tidak sesuai untuk mengangkut murid ke sekolah
kerana tidak berbumbung dan murid terdedah dengan habuk dan cuaca sejuk.
- Murid-murid bersesak-sesak duduk di belakang kenderaan.
ii. Jalan raya
- Hanya kenderaan pacuan empat roda yang boleh digunakan untuk
mengangkut murid kerana keadaan jalan yang licin serta bukit yang tinggi.
- Keadaan cuaca yang hujan memburukkan keadaan jalan menyebabkan
kenderaan tidak dapat mengangkut murid kerana memikirkan faktor
keselamatan.
iii. Tempat tinggal
- Murid tidak ada tempat tinggal berdekatan dengan sekolah.
- Ibubapa mahu sebaik-baiknya anak mereka berada dalam jagaan mereka
kerana risau faktor keselamatan anak.
iv. Masalah yang dihadapi murid
- Murid datang lewat ke sekolah kerana jarak tempat tinggal yang jauh.
- Murid terpaksa bangun seawal empat pagi untuk bersiap ke sekolah setiap hari
dan kadang kala ada murid yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana terlewat
bangun.
- Terdapat murid yang tidak sempat bersarapan sebelum ke sekolah kerana
terpaksa bertolak awal untuk ke sekolah.
- Pada masa akhir persekolahan murid terpaksa menunggu kenderaan terlalu
lama untuk balik ke rumah kerana pemandu yang dikhaskan oleh LIGS untuk
mengangkut murid mempunyai kerja lain di LIGS. Keadaan ini menyebabkan
ada murid yang kelaparan terutama murid ditahap satu dan pra sekolah.
- Kesihatan murid terganggu kerana terpaksa menaiki kenderaan dengan jarak
yang jauh serta jalan raya yang tidak elok setiap hari.
- Keselamatan murid tidak terjamin kerana duduk bersesak di belakang
kenderaan yang tidak berbumbung.
- Kes kemalangan pernah terjadi apabila salah seorang murid perempuan dari
blok 9 terjatuh dari atas kenderaan yang sedang bergerak ketika pulang dari
sekolah.

v. Masalah yang dihadapi pihak sekolah
- Kebanyakkan pelajar kategori LINUS di sekolah ini terdiri daripada murid
yang tinggal di blok 6 hingga blok 9, ini kerana murid dari blok 6 hingga blok
9 sering ketinggalan pelajaran kerana masalah kehadiran.
- Masalah ketidak hadiran ke sekolah disumbang oleh murid yang tinggal di
blok 6 hingga blok 9. Sekiranya hari hujan kedatangan ke sekolah sangat teruk
kerana murid dari blok 6 hingga 9 tidak dapat datang ke sekolah kerana
masalah jalan licin.
- Murid dari blok 6 hingga blok 9 tidak dapat mengikuti aktiviti sekolah pada
waktu petang sebagai contoh kelas tambahan tahun 6 dan latihan sukan.

4.0 ASAS PERTIMBANGAN

Pembinaan Asrama Desa adalah sangat penting untuk melicinkan proses pembelajaran dan
sekaligus menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk murid-murid di SK Batu Tiningkang.
Rasionalnya pembinaan asrama desa ini adalah:
I. Untuk memberikan keselesaan kepada murid-murid datang ke sekolah.
II. Untuk memastikan murid-murid tidak tercicir dalam pelajaran.
III. Untuk melahirkan murid-murid yang lebih berdikari.
IV. Untuk memastikan murid datang ke sekolah dengan selamat setiap hari.
V. Untuk meningkatkan peratusan kehadiran ke sekolah setiap hari.
VI. Untuk memastikan murid-murid dapat belajar dengan teratur dan dapat melahirkan
murid-murid yang cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum, mempunyai bakat dan
potensi dalam kepimpinan.




5.0 TAPAK BINA DAN LOKASI

Pihak sekolah mencadangkan supaya lokasi asrama desa yang sesuai untuk dijadikan tapak
asrama ialah kawasan sekolah iaitu dibahagian belakang rumah guru.
Tapak bina ini juga dikira bersesuaian kerana di dalam kawasan sekolah dan berhampiran
dengan rumah guru.













Gambar 1: Tapak bina yang dicadangkan untuk asrama desa, di belakang rumah guru

6.0 ANGGARAN KOS

Kos pembinaan asrama desa dianggarkan sebanyak RM500,000.00 (Lima Ratus Ribu Ringgit
Malaysia). Kos ini untuk pembinaan sebuah asrama desa berkeluasan 70 x 23. Kos ini termasuk
kos menimbus dan meratakan kawasan tersebut. Melalui perbincangan daripada pihak sekolah
dan PIBG cadangan bahan binaan untuk asrama desa ini adalah kayu dan konkrit.

7.0 SUMBER KEWANGAN

Pihak sekolah mengharapkan agar pihak jabatan pelajaran dapat membantu menyalurkan dana
bagi menampung pembinaan asrama ini. Adalah wajar peruntukan ini diberi perhatian
memandangkan keperluan murid dan kecemerlangan akademik.









8.0 CADANGAN REKA BENTUK ASRAMA DESA












Pandangan atas











Pandangan Depan










Pandangan Tepi





9.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan yang besar kepada para ibubapa dan masyarakat untuk melihat asrama
desa ini dapat dibina di SK Batu Tiningkang seterusnya dapat melahirkan generasi yang
berpendidikan serta berdaya saing sebagaimana yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan
Negara.

Jestru itu besarlah harapan pihak PIBG sekolah ini agar permohonan asrama desa mendapat
perhatian khusus dan tindakan sewajarnya daripada pihak kementerian.

Kertas kerja ini juga diharapkan akan membuahkan hasil dan keputusan yang baik kearah
melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak, dan mampu mencorakkan generasi yang
bertamadun tinggi pada masa akan datang.


Disediakan Oleh: Penyemak Pertama:


________________________ _______________________
NOORAIDY BINTI MUTANG DAUNI BIN PARAS
Tim. Setiausaha YDP PIBG,
PIBG SK Batu Tiningkang. SK Batu Tiningkang.


Penyemak Kedua: Disahkan Oleh:


_______________________ _____________________________
AUGUSTINE YEN PAININ BIN JALUMIN @ DALUMIN
Penolong Kanan HEM, Guru Besar,
SK Batu Tiningkang. SK Batu Tiningkang.











LAMPIRAN


















Kenderaan persendirian yang digunakan untuk menghantar murid-murid dari blok 8-9.



















Kenderaan yang sesak, tidak berbumbung dan tayar botak sangat membahayakan murid-murid.




















Murid-murid dari blok 8 dan blok 9 yang menunggu kenderaan selepas waktu persekolahan.



















Antara murid-murid yang tinggal di blok 8 dan 9 dari prasekolah hingga tahun 6.



Inilah keadaan jalan yang perlu dilalui setiap hari ke sekolah oleh murid dari blok 6-8.









































Keadaan jalan
yang curam,
tidak rata dan
licin
Gaung yang sangat
merbahaya untuk
kenderaan
terutama ketika
hari hujan
Laluan bahaya yang terpaksa dilalui oleh murid dari blok 6-8 setiap hari ke sekolah











































Kemalangan ini berlaku pada bulan April 2014. Ini merupakan salah satu kenderaan penduduk
yang tinggal di blok 6. Kenderaan ini dipercayai terbabas kerana jalan sangat licin.




Murid akan bertolak ke sekolah seawal 4.30 pagi dan
sampai ke rumah pada lewat petang. Beginilah rutin
setiap hari murid-murid dari blok 6-8 ke sekolah.
Melalui temu ramah yang dibuat oleh Pn. Nooraidy
terdapat murid mengeluh penat dan ada juga murid
yang memberitahu bahawa mereka sering tertinggal
kereta disebabkan mereka terlambat bangun.
Ladang Kelapa Sawit, Ladang Getah dan Kawasan Hutan inilah laluan yang perlu diredah oleh
murid blok 6-8 ke sekolah setiap hari.

You might also like