كونبينشين توليسن جاوي

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

> Keputusan-keputusan Dan Usul-usul Konvensyen Tulisan

Jawi>1.0- Menerima usul-usul yang terkandung di dalam kertas kerja pertama


yang bertajuk


1.0- Menerima usul-usul yang terkandung di dalam kertaskerja pertama yang
bertajuk:

'Sistem baru ejaan jawi bahasa Melayu'
Usul-usul tersebut adalah seperti berikut:
1.1- Menerima cadangan tentang sistem ejaan bagi kata dasar dua sukukata
yang tidak seragam, sebagaimana yang tersebut dalam kertas kerja
Jawatankuasa Projek Ejaan Jawi DBP pada perenggan 3.3 (1), ( ), ( ),
( ), ( ) dan perenggan 3.4 ( ) hingga ( ).
Walau bagaimanapun Konvensyen memutuskan pengecualian bagi
beberapa hukum, iaitu:
1.1.1- Hukum ( ): Di dalam 2.4 ( )
Seperti:
1.1.2- Hukum ( ): Di dalam 3.4 ( )
Seperti: , ,
1.1.3- Hukum ( ): Di dalam 3.4 ( )
Seperti:
1.2- Menyerahkan kaedah mengeja kata berstruktur suku kata terbuka diikuti
oleh suku kata tertutup ( dengan pola + ) kepada Jawatankuasa Projek
Ejaan Jawi DBP.
1.3- Menerima hasilan penyelidikan Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti
Teknologi Malaysia tentang papan kekunci piawaian untuk komputer jawi
dan mesin taip jawi.
1.4- Menerima padanan jawi bagi huruf V dalam tulisan rumi sebagai
tambahan dalam aksara jawi. Padanan yang dicadangkan ialah sama ada:
1.4.1- atau , bergantung kepada konteks.
Misalnya visa dieja dan vokal dieja .
1.4.2- (huruf fa yang dipindahkan titiknya ke bahagian bawah).
Walau bagaimanapun konvensyen menyerahkan keputusan tentang
hal ini kepada Jawatankuasa Projek Ejaan Jawi DBP.
1.5- Mengekalkan jumlah vokal yang sedia ada, iaitu tiga vokal saja ( , , ).
1.6- Menerima prinsip ekonomi penulisan bagi kata dasar tiga suku kata,
misalnya pahala tidak dieja , tetapi saja.
1.7- Sistem ejaan jawi bagi kata yang berasal daripada bahasa Arab hendaklah
mengikut garis panduan yang berikut ini:
1.7.1- Istilah agama Islam hendaklah dikekalkan ejaan asalnya
sebagaimana yang terdapat dalam bahasa Arab.
1.7.2- Kata umum yang tidak ada hubungannya dengan agama Islam dieja
menurut bunyi yang lazim dalam bahasa Melayu, dengan tidak
menekankan bentuk asalnya.
1.8- Ejaan jawi bagi istilah agama Islam hendaklah dijadikan asas bagi ejaan
istilah tersebut dalam tulisan rumi, bukan sebaliknya.
1.9- Ejaan jawi bagi kata ulang hendaklah diselaraskan dengan ejaan ruminya,
iaitu dengan menggugurkan tanda ( ) dan menggunakan tanda sempang.
1.10- Menerima semua cadangan Jawatankuasa Projek Ejaan Jawi DBP
tentang ejaan kata berimbuhan dengan beberapa pindaan, iaitu:
1.10.1- Kata kompleks yang menerima imbuhan , atau
hendaklah dieja dengan meletakkan sesudah huruf pertama
kata dasar, jika kata dasar itu bermula dengan huruf " " ( ,
, ).
Misalnya: , ,
1.10.2- Akhiran an yang selama ini ditulis dengan tiga cara,
iaitu (seperti dalam ( ), (seperti dalam ) dan (
seperti dalam ), ditetapkan sebagai saja, kecuali bagi kata
yang berakhir dengan huruf yang menerima bentuk (seperti
dalam ).
1.11- Menerima cadangan Jawatankuasa Projek Ejaan Jawi DBP tentang cara
mengeja kata daripada bahasa Eropah, seperti pada halaman 9, para 3.8.
ruang 1 dalam kertas kerja.
1.12- Istilah lama dan baru seperti vokal-huruf saksi, konsonan-huruf benar
dan sebagainya akan digunakan serentak dalam penjelasan atau huraian
tentang sistem ejaan jawi.
1.13- Perlu ada keselarasan di antara ejaan dengan sebutan dalam tulisan jawi
sebagaimana halnya dalam tulisan rumi.



> Keputusan-keputusan Dan Usul-usul Konvensyen Tulisan
Jawi>2.0- Menerima usul-usul yang terkandung di dalam kertas kerja kedua yang
bertajuk


2.0- Menerima usul-usul yang terkandung di dalam kertas kerja kedua yang
bertajuk:

'Peluasan Penggunaan Tulisan Jawi Sebagai Lambang dan Hiasan'.
Oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Usul-usul tersebut adalah seperti berikut:
2.1- Tulisan jawi hendaklah dijadikan salah satu asas keperibadian bangsa
dengan cara menetapkan taraf tulisan tersebut iaitu dengan mengadakan
akta atau undang-undang khas tentang tulisan jawi.
2.2- Pelaksanaan pengajaran tulisan jawi di sekolah hendaklah benar-benar
terancang iaitu jawi hendaklah diberi masa yang cukup dalam
matapelajaran Bahasa Malaysia, dan jawi hendaklah diajar kepada semua
murid daripada pelbagai kaum.
2.3- Kementerian Pelajaran, khususnya Bahagian Pendidikan Guru dan
Maktab-maktab Perguruan hendaklah memastikan bahawa pensyarah
yang mengajarkan kurikulum tulisan jawi benar-benar menguasai sistem
tulisan jawi serta kaedah pengajaran jawi.
2.4- Masalah kekurangan guru yang mahir mengajarkan jawi di sekolah-
sekolah hendaklah diatasi segera oleh Kementerian Pelajaran.
2.5- Kementerian Pelajaran hendaklah memanfaatkan tenaga mahir dalam
bidang tulisan jawi yang sudah bersara daripada perkhidmatan kerajaan
sebagai tenaga sambilan atau kontrak di institusi perguruan.
2.6- Kementerian Pelajaran perlu mengadakan kursus dalam perkhidmatan
khusus tentang sistem dan kaedah pengajaran jawi kepada guru dan
pensyarah maktab yang kurang mahir dalam jawi.
2.7- Kementerian Pelajaran didesak memulihkan peranan Maktab Perguruan
Bahasa menurut tujuan asal penubuhannya, iaitu sebagai pusat bahasa,
supaya dengan demikian Jawi sebagai satu bidang pengajaran bahasa
dapat turut dipesatkan.
2.8- Para penerbit hendaklah memperbanyak bahan bacaan dalam tulisan jawi
supaya peranan tulisan jawi dapat ditingkatkan dan diperluas, di samping
membantu generasi muda membiasakan diri dengan sistem tulisan jawi
dan selanjutnya menguasainya dengan baik.
2.9- Dewan Bahasa hendaklah memainkan peranan menerbitkan buku bacaan
jawi.
2.10- Kamus umum rumi-jawi perlu disusun segera.
2.11- Kerajaan hendaklah melipatgandakan usaha penyebaran bahan bacaan
dalam tulisan jawi melalui prasarana yang sedia ada, seperti perpustakaan
bergerak, perpustakaan daerah dan sebagainya.
2.12- Kerajaan hendaklah mengadakan satu skim subsidi kepada penerbit
bahan bacaan dalam tulisan jawi sebagai perangsang.
2.13- Institut Dewan, yang mempunyai kepakaran jawi hendaklah sentiasa
memberikan bantuan nasihat dan teknik serta sedia memberikan teguran
kepada pihak-pihak pelaksana tulisan jawi supaya mutu tulisan jawi dapat
dipertahankan.
2.14- Jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal penamaan syarikat
dan peletakan papan tanda hendaklah mengawasi penggunaan tulisan jawi
di tempat awam untuk mempertahankan sistem dan seni penulisannya.
2.15- Kerajaan mestilah menyertakan tulisan jawi pada lambang-lambang
penting negara seperti pada matawang dan sebagainya, sebagai tulisan
utama.
2.16- Media penyiaran kerajaan (RTM) hendaklah memasukkan tulisan jawi
pada tempat-tempat yang sesuai, khususnya di televisyen.
2.17- Kerajaan hendaklah memberikan pertimbangan istimewa kepada calon
yang menguasai jawi dalam pelantikan ke jawatan kerajaan dan
memberikan insentif kepada jurutaip jawi dalam bentuk elaun khas.
2.18- Ketua Setiausaha Negara hendaklah menarik balik pekeliling yang
melarang penggunaan jawi pada bangunan dan sebagainya.
2.19- Kerajaan Negeri Terengganu disarankan menggiatkan pelaksanaan jawi
supaya dapat menjadi perintis dan contoh bagi negeri-negeri lain dalam
melaksanakan penggunaan jawi.
2.20- Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian
Penerangan hendaklah menganjurkan peraduan khat dan tulisan jawi
secara meluas untuk peringkat masyarakat umum sementara Kementerian
Pelajaran menganjurkan peraduan tersebut di peringkat sekolah.
Kertas Kerja yang dibentangkan pada
Konvensyen Tulisan Jawi
anjuran Pusat Islam Malaysia,
Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri,
di Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur,
pada 6-8 November 1991.

Pedoman Ejaan Jawi
yang Disempurnakan (1986)

Oleh
ISMAIL BIN DAHAMAN
Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa
Dewan Bahasa dan Pustaka


2.21- Kerajaan perlu mengadakan Hadiah Sastera dalam tulisan jawi yang
sama nilainya dengan Hadiah Sastera dalam tulisan rumi.
2.22- Nama tulisan jawi untuk sementara waktu dikekalkan, dengan
pengertian bahawa jawi meliputi alam Nusantara, bukan untuk
masyarakat Jawa.

You might also like