Atmosfera yang beracun adalah di antara kebanyakan bahaya yang menghalang
usaha-usaha anggota bomba daripada memadam kebakaran atau mencari mangsa yang mengalami kecederaan atau penghuni yang terperangkap dalam sesebuah bangunan Semua jenis alat pernafasan perlu diperakui dan dikemukakan kepada Health and Safety Executive (HSE)
DEFINISI PERALATAN ALAT PERNAFASAN
1. Self contained breathing apparatus -peralatan yang menggunakan bekalan udara atau oksigen dari tabung atau bekas lain yang sebahagian dalam peralatan berkenaan
2. Self contained closed circuit breathing apparatus -peralatan yang menggunakan semula udara yang dihembuskan keluar oleh pemakai dengan full face mask atau mouthpiece dan nose clip
3. Self contained open circuit breathing apparatus -peralatan yang menggunakan udara yang dimampatkan ke dalam tabung
4. Compressed air line apparatus -peralatan yang membekalkan udara yang dimampatkan kepada pemakai di mana bekalan udara tidak dibawa oleh pemakai
5. Escape breathing apparatus -peralatan yang digunakan pada suatu jangka masa yang pendek hanya melepaskan diri dari keadaan atmosfera yang berbahaya
JENIS ALAT PERNAFASAN 1. Close circuit
-tekanan positif -ia menggunakan pure oksigen -digunakan berulang kali menyebabkan penggunaannya lebih lama
2. Open circuit -tekanan negatif -alat pernafasan ini menggunakan udara biasa -jangka masa penggunaan tidak lama kerana jenis alat ini digunakan sekali sahaja
BAHAGIAN ALAT PERNAFASAN
Face mask ( topeng muka) -reka bentuk topeng muka berbeza daripada satu produk kepada satu produk -semua topeng muka mempunyai full vision, visor, exhaling valve dan inner mask
Cylinder (tabung) -saiz yang berbeza (6liter, 9liter dan escape) -diperbuat daripada aluminium -dibalut dengan composite fibre -lebih ringan berbanding tabung udara yang diperbuat daripada carbon steel
Phneumatic system (alat pernafasan) -terbahagi kepada 2jenis : a. First stage reducer - menggunakan tekanan tinggi tabung udara kepada 4-7bar b. Second stage reducer (demand regulator) - membekalkan udara mengikut kehendak si pemakai
Back plate -Ianya berfungsi untuk menyokong keberatan tabung alat pernafasan. Selain daripada itu ia juga memberikan keselesaan kepada si pemakai.
UJIAN PADA ALAT PERNAFASAN
Ujian tekanan tinggi -untuk mengesan kebocoran di bahagian penyambungan dan phnuematic system -untuk mengetahui kandungan udara di dalam tabung
Ujian tekanan rendah -untuk mengesan kebocoran pada topeng muka -dapat menguji tekanan positif pada topeng muka
CARA MEMAKAI ALAT PERNAFASAN Cara bahu ke bahu Cara menjulang
PERHITUNGAN WAKTU PENGGUNAAN SELF CONTAINED BREATHING APPARATUS (SCBA)
Rumus pengunaan waktu SCBA sebagai berikut : Waktu penggunaan = volume botol (liter) x preasure (bar) / 40 liter/minit 40 liter/minit adalah keperluan udara bagi seseorang pada saat bekerja berat. Contoh : bila diketahui volume botol 9 liter dan tekanan 300 bar, maka = 9 x 300 / 40 = 2700 / 40 = 67.5 minit
waktu penggunaan SCBA secara optimum adalah hasil perhitungan dikurangi 10 minit sebagai waktu sebelum pemakaian masker dan 10 minit waktu cadangan, sehingga dari contoh tersebut maka waktu optimumnya adalah 47.5 minit.
Langkah Keselamatan Yang Perlu Dipatuhi Tak kira jenis atau model SCBA, semasa memakai alat pernafasan beberapa langkah keselamatan haruslah diperiksa untuk dijadikan keutamaan semasa memakai SCBA. Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi sebelum memakai alat pernafasan. a) Periksa kandungan udara dalam tabung. Adalah disyorkan tekanan dalam tabung hendaklah tidak kurang daripada 80% kapasiti tabung. b) Periksa harness assembly dan facepiece untuk memastikan kesemua strap telah di panjangkan. c) Periksa kesemua valve. Pastikan ia di kedudukan yang betul.
Peraturan-Peraturan Pemakaian Facepiece Kebanyakan cara pemakaian facepiece SCBA adalah sama. Perbezaan hanyalah dari segi bilangan strap untuk diketatkan di bahagian harness kepala. Lain-lain perbezaan ialah kedudukan regulator. Bentuk dan saiz kanta facepiece juga adalah berbeza. Namun demikian prosedur pemakaian facepiece pada keseluruhannya adalah sama. Peraturan-peraturan tersebut adalah seperti berikut : a) Elakkan rambut antara kulit dan permukaan yang menutupi facepiece b) Dagu hendaklah dibahagian tengah dan harness juga mestilah dibahagian tengah belakang kepala. c) Strap Facepiece mestilah diketatkan dengan manarik serentak ke belakang agar tidak merosakan dan sesuaikan dengan butang (yang boleh di ubahsuai). Ketatkan strap bawah dahulu diikuti tengah dan akhir sekali bahagian atas jika ada. d) Facepiece mestilah diperiksa, tentukan kesesuaian penutup dan operasi valve hembusan berfungsi. Semua sambungan selamat dan semua butang operasi berada dikedudukannya. e) Tekanan positive haruslah diperiksa dengan cara memasukkan dua jari di sisi facepiece dan dapat rasakan pergerakan udara melalui jari yang dimasukan. Jika tidak tanggalkan dan periksa alat tersebut. f) Sekiranya terdapat penutup kepala, ianya hendaklah dipakai. Jangan sampai mengganggu penglihatan. g) Helmet hendaklah dipakai.
PENUTUP Dengan memahami dan mengetahui segala maklumat tentang alat penafasan, mungkin akan dapat menbantu ahli bomba ketika measuki bangunan dan akan menambah keyakinan untuk menjalankan operasi kebakaran dan menyelamat.