Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 41

DISEDIAKAN OLEH :

ALLERY JIMMY
GELMY
JOSEPHINE TING
LING SIEW LENG
LING SIEW LI
Pendekatan pembelajaran bahasa
penting untuk memastikan
keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Pemilihan pendekatan perlu dilakukan
dengan teliti agar pengajaran dan
pembelajaran dapat mencapai objektif
seperti yang dirancang.
Antara pendekatan yang sesuai untuk
diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah :


Pembelajaran berasaskan aktiviti
Pembelajaran berasaskan situasional /
senario
Pembelajaran berasaskan permainan
PEMBELAJARAN BERASASKAN
AKTIVITI


Aktiviti bermaksud gerak kerja atau
tindakan.

Di bawah konteks pendidikan, ia melibatkan
segala gerak kerja yang dilakukan oleh guru
dan murid untuk mencapai objektif
pelajaran.

Aktiviti juga suatu pendekatan utama
dalam pendidikan moden.

M.J. Dewey (1910) - pelajaran haruslah
berasaskan aktiviti murid.

Melalui aktiviti murid, JERIS mereka dapat
dikembangkan secara menyeluruh dan
seimbang.

Murid-murid akan belajar dengan lebih
berkesan melalui cara praktik.

Dalam konteks pendidikan moden, terdapat
pelbagai aktiviti dan tugasan yang boleh
digunakan di sekolah.


Dalam sesuatu pengajaran bahasa, murid-
murid akan dilengkapi dengan satu senarai
kata yang perlu dikuasai.

Bagi memahami perbendaharaan kata
tersebut, murid-murid diberi terjemahan dalam
bahasa ibunda.

Di samping itu, murid-murid juga dilatih untuk
membentuk ayat berdasarkan peraturan-
peraturan nahu yang telah diajar.

Aktiviti membaca merupakan asas untuk
mecerakinkan nahu serta menterjemahkan
bahasa daripada bahasa sasaran kepada
bahasa ibunda ataupun sebaliknya.

Aktiviti menulis merupakan latihan nahu
yang telah diajar serta latihan menulis
tentang bahan-bahan yang telah dibaca
dan diterjemahkan oleh murid-murid.

PEMBELAJARAN BERASASKAN
SITUASIONAL/SENARIO


Pendekatan ini mementingkan penggunaan
objek secara konkrit, gambar-gambar dan
bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah
laku yang boleh membantu menjayakan
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.


Guru hanya bertindak sebagai model dan
menyediakan latar situasi yang dapat
menciptakan struktur bahasa sasaran dan
kemudian mengemukakan contoh-contoh
untuk diikuti secara berulang untuk
mengukuhkan pembelajaran.


Mackey(1965), salah seorang penganjur
pendekatan situasi, berpendapat bahawa
pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi
semua unsur kefahaman mendengar serta
penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang
betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang
betul tetapi juga merangkumi pemilihan kata-
kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan
unsur-unsur tersebut dengan betul supaya
tergambar makna yang betul.

Pendekatan situasi yang berlandaskan teori
bahasa struktural dan teori pembelajaran
behaviouris beranggapan bahawa
penguasaan kemahiran lisan memerlukan
seseorang penutur menguasai beberapa
kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat
serta menyebut sistem bunyi dan struktur
dalam sesuatu bahasa yang betul.

Pendekatan ini berpendapat bahawa pengajaran
kemahiran mestilah berlandaskan prinsip
pengajaran berikut:

i. Pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha
guru yang banyak.Tiap-tiap gerak balas yang
betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu
diulangi lagi.

ii. Murid-murid tidak boleh bertutur dengan
lancar kalau mereka hanya mendengar
pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka
peluang untuk bertutur.



Latih tubi
Latih tubi dijalankan bagi melatih murid
menguasai bahasa, sebutan dan pola yang
digunakan oleh guru.

Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian
murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut.

Sekiranya murid masih bermasalah dengan
sebutan tersebut, murid harus ulanginya lagi.


Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa,
perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi
fonem yang diambil dibahagian dialog
kemudian dibaca oleh murid.

Pasangan perkataan yang mempunyai
perbezaan yang paling kecil tetapi dapat
menghasilkan makna digunakan.

Contoh: daki dengan laki, tari dengan lari,
malu dengan balu

Dialog dan Nyanyian
Dialog atau perbualan merupakan bahan
yang sering digunakan dalam latihan lisan.

Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi
oleh guru sebelum guru dapat menyuruh
murid meniru dan menghafal dialog.

Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-
murid menguasai kemahiran lisan kerana
menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-
bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada
yang betul.

Latihan Pandang dan Sebut
Latihan pandang dan sebut merupakan latih
tubi bertutur dengan menggunakan gambar-
gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.

Carta bergambar, bahagian filem dan slaid
juga digunakan.

Semua alat digunakan supaya murid-murid
dapat menghasilkan pertuturan yang baik
PEMBELAJARAN
BERASASKAN PERMAINAN

Permainan adalah satu jenis aktiviti yang
menarik dan memikat.

Guru-guru boleh menggunakan permainan
sebagai satu pendekatan mengajar yang
positif.

Bermain biasanya bersifat komunikatif dan
menghiburkan.


Bagi guru-guru di sekolah, permainan merupakan
alat yang amat penting kerana ia boleh
digunakan apabila kanak-kanak berhadapan
dengan konsep-konsep dan kemahiran yang
memerlukan konsolidasi dan peneguhan.

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam
mempelajari bahasa melalui teknik permainan.

Penglibatan dalam permainan telah memberi
peluang kepada pelajar memperolehi latihan
intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
dianogstik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan
menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa
pelajar antaranya kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.

Permainan dapat menimbulkan situasi
pembelajaran yang menggembirakan murid.

Guru dapat memupuk semangat bersaing di
antara murid-murid.

Guru dapat melatih murid-murid untuk
mengaktifkan kecekapan bahasa mereka serta
mengembangkan penguasaan keempat-empat
kemahiran bahasa.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang
bertepatan dengan kemahuan dalam sistem
pendidikan negara amnya dan Falsafah
Pendidikan Negara khususnya.

Hala tuju ini diinterpretasikan melalui objektif
tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
Merangsang interaksi verbal pelajar
Menambah kefasihan dan keyakinan
Menyediakan konteks pembelajaran
Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis
rasa bosan
Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan
dan penggayaan



Mewujudkan satu suasana pembelajaran
bahasa yang selesa dan menggembirakan

Membolehkan murid-murid
menggunakan bahasa sebagai alat
perantaraan semasa bermain



Meneguhkan penggunaan unsur-unsur
bahasa tertentu tanpa disedari oleh
murid-murid

Mewujudkan situasi sosial yang sihat bagi
membolehkan murid berinteraksi dengan
rakan sebaya mereka.

Mendorong minat murid untuk
berkerjasama bagi menjayakan sesuatu
tugas yang diberi.

Menggalakkan interaksi

Peluang-peluang menggunakan
tenaga dan kebolehan berkomunikasi
adalah bahagian-bahagian yang
berhubung rapat dalam pengalaman
berbahasa.

Perkara yang lebih penting ialah kesan
dari pada hubungan rakan-rakan
sebaya.

Kerjasama

Adalah elemen penting dalam
permainan. Ahli-ahli sesebuah
kumpulan bekerjasama sesama sendiri
untuk memastikan kumpulan mereka
berjaya.

Oleh itu, permainan boleh mewujudkan
naluri semulajadi manusia untuk
bekerjasama

Pertandingan

Permainan memberi peluang kepada
murid-murid bertanding sesama sendiri.

Permainan boleh melibatkan peserta,
masa, kebolehan tertentu, kecemerlangan
dan matlamat-matlamat tertentu.

Permainan mewujudkan kecenderungan
untuk bertanding dan menyalurkannya
untuk tujuan-tujuan pembelajaran.

Pembelajaran secara semulajadi

Permainan-permainan yang berbentuk
komunikatif membenarkan pembelajaran
secara komunikatif.

Banyak aspek pembelajaran bahasa
berlaku hanya melalui proses yang
semulajadi apabila seseorang itu terlibat
dengan penggunaan bahasa untuk
berkomunikasi.



Untuk merangsangkan interaksi
verbal murid-murid

Dalam permainan, murid-murid digalakkan
bercakap untuk membolehkan mereka
menyuarakan pendapat dan menyatakan
pandangan mereka.

Guru sebagai fasilitator akan mewujudkan
pembelajaran yang berpusatkan murid.

Peranan guru ialah menggalakkan
interaksi dan mengawal keadaan kelas
dari segi ketenteraman dan displin.


Untuk menambahkan kelancaran dan
keyakinan

Permainan boleh digunakan sebagai satu cara untuk
menambah dan mempertingkatkan kelancaran dan
keyakinan murid-murid.

Fungsi bahasa boleh dilaksanakan melalui aras
linguistik yang berbeza-beza.

Ini membolehkan permainan yang mengandungi
arahan-arahan dapat dilaksanakan pada semua
peringkat mengikut kadar kefasihan dan kelancaran
serta pengetahuan murid terhadap bahasa tersebut.

Untuk mewujudkan konteks
pembelajaran

Permainan menyediakan peluang-peluang
perhubungan yang positif untuk berkembang,
bukan sahaja diantara murid-murid bahkan juga
diantara guru dan murid.

Perhubungan yang mesra membantu
mengharmonikan kelas, membentuk
perhubungan mesra sesama mereka.

Untuk bertindak sebagai alat bagi
mengatasi kebosanan pada saat-saat
kritikal

Pada saat-saat kritikal seperti waktu hampir-
hampir tiba masa makan tengah hari, murid-
murid merasa letih dan biasanya mereka akan
bosan, mengantuk dan lapar.

Permainan dapat menciptakan satu bentuk
komunikasi secara semulajadi untuk menemui
keperluan murid-murid.

Contoh: permainan berdasarkan justifikasi
perbalahan.


Permainan yang dipilih untuk sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran hendaklah dapat
memenuhi keperluan psikologi murid-murid iaitu
sesuai dengan umur, minat, kebolehan mental
dan pengalaman murid-murid.

Guru harus peka dengan objektif permainan
yang hendak dijalankan sebaik-baiknya
permainan yang telah dipilih itu dapat memenuhi
tujuan dan matlamat pengajaran hari itu.

Setiap permainan yang dipilih harus dapat
memberi sumbangan yang besar terhadap
peningkatan tahap berbahasa dan pengetahuan
atau kemahiran yang hendak dikuasai.

Sebelum permainan itu dijalankan, guru perlu
merancangkannya terlebih dahulu, iaitu
bagaimana hendak melaksanakannya, alat-alat
yang diperlukan, ganjaran-ganjaran yang perlu
disediakan, ruang untuk menjalankan gerak kerja
tersebut, penglibatan murid dan sebagainya.

Penerangan tentang peraturan-peraturan
dan syarat-syarat permainan mestilah
dijelaskan terlebih dahulu sebelum pelajaran
dapat dijalankan.

Semasa aktiviti permainan dijalankan, guru
hendaklah membimbing murid-murid.

Di bahagian akhir aktiviti, guru bolehlah
bincangkan kesalahan-kesalahan yang
berlaku.


Guru juga boleh menyemak jawapan murid
atau membincangkan perjalanan
permainan tersebut.

Guru hendaklah memastikan permainan
tersebut mempunyai penutup.

Permainan harus difokuskan kepada
sesuatu kemahiran atau pengetahuan

Guru harus menerangkan terlebih dahulu
permainan yang akan dimainkan.

Murid-murid harus tahu apakah yang akan
dikaitkan oleh permainan itu.

Sekiranya permainan itu memerlukan penerangan
dan penjelasan, guru harus menyediakan kad-kad
atau salinan foto.

Edarkan salinan foto ini kepada murid-murid dan
beri mereka sedikit masa untuk mempelajarinya.

Guru kemudian menunjukkan cara bagaimana
permainan itu dapat dilaksanakan.

Gunakan seorang murid atau sekumpulan murid
dan lakukan demonstrasi dihadapan kelas.

Dengan cara ini, idea bagi permainan tersebut
adalah lebih mudah dikuasai melalui salinan foto
yang dibekalkan, dan penerangan secara verbal
tidak dapat membantu pemahaman murid secara
berkesan.

Permainan hendaklah digunakan mengikut
peringkat dalam pelajaran.

Ia harus berfaedah dan menyumbang sesuatu
bagi mengukuhkan pengetahuan dan
kemahiran yang hendak dipelajari dan dikuasai.

Kelas boleh dikendalikan secara berpasangan
atau berkumpulan.

Permainan secara individu boleh juga dijalankan
untuk mempertingkatkan kemahiran murid-
murid.

Permainan yang berasaskan pemerhatian
atau ingatan.
Permainan yang berasaskan huraian atau
meneka.
Permainan yang berasaskan interaksi
kumpulan atau antara individu
Permainan kad
Permainan dam

Nama permainan : Mendengar dan membuat

Tujuan : supaya murid-murid boleh mendengar
dengan betul dan mengikut arahan.

Bahan : pegang hidung kamu, sentuh tangan
kamu dan lain-lain.

Cara bermain : di dalam kelas

Langkah-langkah : Guru memberi arahan seperti:
1 - Bongkokkan badan kamu
2- Angkat tangan kamu
3- Pusingkan badan kamu

Murid-murid membuat arahan itu sambil berkata
Saya bongkokkan badan saya, saya angkat
tangan saya dan saya pusing badan saya.

Jika terdapat perbuatan yang salah, maka murid
itu tidak dapat markah, kalau betul dapat
markah.

You might also like